Dua ratus

10.03.2023

Seriusly RM100 zaman sekarang macam bawak RM50 je nak pergi membeli. Tersentuh hati dengan sharing someone yang buat kerja amal yang bagi duit kat penerima, question back bill penerima yang banyak barang kehendak berbanding keperluan. Question back pun sebab nak didik penerima, betullah daya pemikiran, pemahaman dan buat keputusan ni berbeza setiap orang, cara dibesarkan, didikan, dan suasana sekeliling juga mentaliti. 

Dapat RM100 zaman sekarang duit poket sebagai isteri yang title surirumah pun kena bijaklah berbelanja, once a week dapat RM100, fikir terus nak beli apa, ada tau zaman sekarang yang dapat RM150 untuk sebulan pun, gila. Tapi itulah kita pun tak tahu perkara duduk sebenar, tapi sebagai surirumah bab yang ni memang kena terrerlah mikir, ada suami yang memang tak ambil cara bab belanja rumah ni tara mana, tahu dia demand nak makan lauk itu ini je. So yang suami ambil bahagian bahagian bab shopping barang dapur rumah either pergi pasar borong, pasar pagi, pasaraya, korang kena syukur bebanyak sebab takdelah nanti tiba-tiba suami kita jadi one of post viral kat facebook ambil lauk ikan bawal goreng sambal, ayam quarter half, question kenapa bayar mahal, tunjuk no'ob sendiri, itu jenis tak ambil tahu dan tak pernah be part dalam aktiviti beli barang mentah, barang dapur. 


Zaman sekarang banyak junk food, unreal food dalam pasaran, tak kata orang lah, anak-anak daku kalau bawa pergi pasaraya, ni lah masalahnya, mulalah nak snek, jajan, biskut merepek-repek, air manis kotak tin yang sia-sia, memang boleh panas hati kalau bawak anak-anak masuk sana. Tu sebab kalau nak shopping barang-barang dapur, memang suami atau daku yang totally shopping without them, no distraction, takde tambahan untuk bayaran makanan merepek-repek. Benda macam nilah sebenarnya banyak makan modal dalam belanja. Sekali beli bahagian junk food, habis paling kurang RM30 tu wajib. 


Dengan RM100 ke RM200 kalau dapat zaman sekarang focus beli barang keperluan dulu. Ni contoh daku sekali membeli, tak termasuk beras,bawang apa semua, RM200 tu untuk 7 hari makan bagi lapan orang isi rumah ku, jenis pandai bajet dapatlah 10hari makan, kita mak-mak ni memang kena bijak mengurus mengatur. Bila dalam keadaan susah, kewangan terhad, seulas bawang putih pun terasa sangat berharga walaupun ulas-ulas kecil. Sekecil-kecil nilai duit syiling pun terasa besar hasil yang dapat digunakan, nilai 10sen pun berharga bila nak cukupkan duit RM10. Daku ni bersyukur sangat bila fikir bab makan, beli lauk, Allah cukup kan bahagian ni, Allah kasi banyak ilham dan idea pelbagaikan masakan dengan sumber lauk yang terhad. 



Terfikir mak-mak zaman dulu, kreatif depa dan guna apa yang ada sekeliling untuk bahagiakan perut keluarga. Daku ni antara kategori tak bersyukur banyak lagilah sebab tak cuba bercucuk tanam lagi, rasa macam insecure sangat tengok yang berkebun even takde laman, takde tanah sejemput pun kat rumah mereka, tapi mereka boleh buat, inspirasi sangat kat depa ni dalam masa yang sama, I just pray dapat their strengths untuk mulakan berkebun, hari tu, beli dan bela cacing ingat nak buat compost source dari bahan makanan, semua mati akibat daku tak sempat cara, sampai trauma nak bela depa balik takut daku terzalim kat depa, ni ada tanah sekeliling haraplah Allah bagi kekuatan nak mula. So how yours hadap kekangan sekarang? 


Kita ni memang sedap bercakap, RM200 tu cukuplah, tapi untuk family daku seekor ayam tu untuk 2-3 hari, tu pun kalau makan ayam hari-hari, anak-anakku semua suka ikan, haishh, apapun kena pandai-pandai sendirilah nak hidup. Nak merungut, komplen pun tak guna, buat drain energy aje, so mohler kita sama-sama kreatif berjimat cermat, insyaallah kita semua dapat lalui ujian sebegini, kadang apapun yang jadi mungkin kita too much take for granted sebelum ni dengan apa yang kita dah miliki. Apapun syukurlah dapat juga shopping, yihaaa.