Kosong

10.26.2023

Sedih plak baca sharing atau POV tentang surirumah yang rasa kosong, kosongggg, tak tau nak fikir apa, buat apa pun rasa kosong, rutin penuh pun rasa kosong. Rasa kosong dari restless aktiviti harian. Tambah lagi kalau yang pernah bekerja, tukar rutin drastik. Ramai yang shocking mental, fizikal, emosi sampai terbeban, ramai juga yang rasa lebih freedom, dan bermacam ragam lagilah. 


Know what? Sebagai surirumah sepanjang dua belas tahun, I adore so much my nenda, opah and such beautiful strong mothers icon outhere yang berjuang setiap hari membesarkan dan mendidik anak tambah lagi tanpa suami disisi, sama ada bercerai mati/hidup. Ku bersyukur ku punya someone yang menanggung nafkah sepenuhnya, helper in house chores, dan sepanjang ups downs as full-time housewife, he the one know and understand the real struggle. Sebab tu orang yang dah alami kehilangan, they lost half of them, real lost, sebab separuh diri, hati, gone! 


Kalau nak ingatkan bab penat anak-anak fasa umur baru lahir ke umur empat atau lima tahun, memang penat gila, tambah yang berderet macam daku ni, memang penat takleh bincang, tambah lagi masa mengandung, asal suami balik, air mata turun, sebab penat dah tak boleh describe, nak bebel pun tak larat, apatah lagi nak cerita the whole day yang dilalui. Air mata jelah ceritanya, either tersesak-esak, turun senyap-senyap tu jelah tahap nak cerita penatnya, hehe. 


Sampai tahap penat tu, ku dah tune dalam pemikiran nak lari dari rumah tinggalkan anak-anak. Punya dasyat bab penat tu, ku execute plan nak lari dari rumah tidur, rehat kat hotel. Tapi anak menyusu wehh?! Macam mana? Fikir lagi, okay bawak yang masih bertempek ni aje, then anak-anak lain dah pandai urus diri, dan boleh tengokkan yang kecik tu. Makanan masak siap-siap, takdelah anak-anak lapar nanti, kurang-kurang laki balik kerja tengok bini hilang, boleh makan kenyang-kenyang, then sambung call cari bini, yang tak angkat atau dah off telefon. Tu pun kalau perasan bini takde. 


Bab bini plak sempat lagi fikir cemtu ye penat-penat pastu nak larikan diri pun, fikir lagi perut anak-anak, suami. Takpe teruskan plan, cakap kat anak-anak mama nak keluar cari barang, nanti makan kalau lapar. Teruskan rancangan, mesej suami, nak keluar, dapat izin, terus on. Off telefon teruskan gerak ke hotel. Alhamdulillah sampai hotel terus check in, wallah! Heaven, anak susu cap gantung dia tahu nak main ja, sorang pun takde masalah. Settle. Boleh lelap dengan aman, takde siapa kacau. Ermm...tik tok tik tokk,jam terus bergerak. 


Sampai waktu suami balik kerja. Mana mama? Entah mama cakap nak keluar sekejap je, tak balik-balik lagi. Suami cuba call, berkali-kali tak masuk line. Mula gelisah, bermacam timbul dalam fikiran minda, risau kemalangan, kena rompak, kena pedajal dek manusia yang lebih pada hantu. Mula risau, nak report polis tak cukup 24jam. Cuba call lagi. Tetap tak boleh. Macam mana ni? Nak call bagitahu mak ayah kat kampung? Kang pengsan orang tua. Terkejut. Takpe, cuba settle dulu. Cari kawasan sekitar. Terus keluar dengan anak-anak cari. 


Bini plak dok fikir macam yang suami buat, panjang punya fikir kalau suami terjumpa kereta park kat hotel, naik cari dan marah-marah macam mana? Huuh, nasib baik ada parking special, pasti tak jumpa kereta. Selamat! I hope they'll not find me. Begitulah dalam pemikiran. Terlelap. Tersedar bila anak nak menyusu. Lihat sekeliling, kosong. Datang menerjah memori tika suami balik kerja pasti ada sesuatu ditangan, sesimple ais cream cornetto, bilangan ais krim termasuk untuk mama sekali. Kadang-kadang sekotak coklat, pun termasuk untuk mama sekali. Comel. 


Tersenyum dengan perbuatan cute si ayah untuk anak-anak termasuk mama. Dalam pada berpenat ada yang membahagiakan, cuba menutup mata kesekian kalinya. Datang pula memori anak-anak, mama boleh masak ke hari ni? Nak makan apa? Harraz dah kemas sinki, nak tolong mama masak boleh? Sambil tangan depa dah mula sibuk keluarkan makanan dari freezer. Goreng sendiri apa yang patut. Mama tahu tak?! meneruskan tadah telinga cerita anak-anak hari yang mereka lalui di sekolah. Kadang-kadang terkekek-kekek ketawa dengan cerita mereka.


Sedihla pula terbayang anak ternanti-nanti mama, tertanya-tanya mana mama? Nak balik ke atau teruskan stay di hotel tanpa sebarang gangguan ni. Ahh, lantaklah, tidur lagi bagus, lelap. Kelam gelap lena. 


Mama! Mama! Nak bawak bekal nasi goreng boleh? Ooh, bangun dan lihat jam dah subuh dah. Masyaallah, astaghfirullah khayalan sampai tertidur. Begitulah. Penat-penat kita mampu berkhayal saja, ahahaha. Dah pi buat kerja nuh. Nanti ku sambung bab kosong ni how i'm deal with it. Banyak kosong kosong bab duit ni best, banyak kosong bab perasaan, emosi, jiwa ni jangan terikut-ikut sangat. Ikut hati mati. 


"Nanti besar Hawaa nak jadi macam mama, duduk kat rumah, best!" berdekahh ku dengar, comel sangat impian anakanda, okay mama doakan. Mama tanya sebab apa? Sebab boleh tidur lama sikit, kahkah, sabor jelah. Depa dah lupa time depa kecik-kecik agaknya apa depa buat dengan tidur mama, and still now.... 


Naiff betul anak-anak.