Tak Mudah

8.17.2023

Hidup ini tak mudah,
Harus tetap dijalani walaupun payah

Hidup ni tak mudah
Harus tetap dijalani walaupun kecewa

Hidup ni tak mudah 
Harus tetap dijalani walaupun menyedihkan

Hidup ni tak mudah
Harus tetap dijalani walaupun menyusahkan orang

Hidup ni tak mudah 
Harus tetap dijalani walaupun rasa tak perlu diteruskan lagi

Kerana ini adalah proses kehidupan kita semua untuk menemuiNYA, semua kepayahan, keperitan, kesusahan, kekecewaan, keputusasaan akan berlalu pergi bagai angin lalu. 

Laju, perlahan, cepat, lambat, semua akan hilang dengan masa. 

Sabarlah, kerana kuncinya hanyalah sabar. Menyebut tak seperti merasai, tapi tetaplah sabar. 

Sentiasalah bersangka baik dengan susun atur kehidupan olehNYA. 

Hiduplah hari ini walaupun rasa tak berguna. 

Hiduplah untuk hari ini walaupun hati tersiat

Hiduplah untuk hari ini walaupun akal tak mampu menghadam

Hiduplah untuk hari ini walaupun daya seakan hilang

Hiduplah, nikmatilah. 

Ada ketika air mata perlu mengalir, biarkanlah ia berderai

Adakala amarah perlu dilepaskan, lepaskanlah diangin

Adakala kecewa perlu di simpan, simpan dan buang bila tiba masa yang tepat

Keruh dan kerut jangan berlama-lama di tanam, kerana semaiannya pasti menyedihkan


Dunia sememangnya kejam, ambil seperlunya kerana jika berlebihan membawa bencana

Nikmatilah hari ini, buang rasa cemas dan gelisah untuk hari esok. 

Kawallah hari yang di lalui hari ini, moga berlalu dengan sebaiknya. 

Usah mengeluh dengan nikmat yang belum dimiliki, manfaatkan apa yang dimiliki hari ini

Sedikit yang cukup lebih baik dari banyak yang menyusahkan

Berusahalah menjadi orang yang sabar dalam menerima kesulitan, kerana jalan keluarnya pasti ada

Jika terasa kosong, sentiasa ingat ilmu membuahkan amal. Nak beramal kena berilmu


Tak mudah 

Namun hakikatnya perasaan, bahagia, sedih, cemas, gelisah atau tenang datang dari kita sendiri. Kitalah yang memberi warna kepada hidup. 

Selama jiwa tidak sihat, segala sesuatu dalam keadaan kacau, gelap, cemas, gelisah dengan liputan yang tak pernah berpenghujung


Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita, maka peliharalah fikiran-fikiran kita


Hidup tak mudah
Tapi mudah bila meletakkan DIA sebagai fokus kita

Hidup tak mudah bila syukur kita masih bertapi-tapi

Hiduplah untuk hari ini, 

"Ya Allah, aku serahkan jiwaku kepada-Mu dan aku hadapkan wajahku ke hadapan-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, dan aku baringkan belakangku kepada-Mu disertai dengan harapan kepada-Mu. Tidak ada tempat untuk selamat kecuali kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa aku beriman kepada kitab yang telah England turunkan dan kepada nabi yang telah Engkau utus" [Riwayat al-Bukhari]

“Ya Allah, bagi Mu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

Bagi Mulah segala puji, Engkaulah yang benar, janji Mu adalah benar, perjumpaan Mu itu adalah benar, firman Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepada Mulah aku berserah diri, kepada Mulah aku kembali dan beriman, kepada Mulah aku pasrah, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelum nya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan Allah.




Xoxo
Sayang diri Lillahitaala
Kurniaan tiada bandingan
Unik dan tiada yang sama