Kelik nyoleh ko tahun ni? Tulah setiap kali soalan ayah bila tiba pilihanraya. Nyoleh tu maksudnya mengundilah, pangkah kat siapa. Kalau ikut mood, ikut rasa memang dah malas buat tanggungjawab yang ni satu, rasa nak pencen, tak nak terlibat dah, sebab muak. Dah satu hal pula nak balik kampung setiap kali buang undi, hidup nomad macam ni lah, tak tentu duduk kat mana, tak berlama-lama, sudahnya tak tukar tempat mengundi sampai ke tua.
Ikut kan tak adil memang tak adillah mengundi kat tempat yang kita tak tinggal, apapun masing-masing ada sebab yang tersendiri untuk stay atau tukar tempat mengundi. Dah sampai tahap ni bab politik, ku bersederhana sudah, tak memihak kat sesiapa, nampak buat kerja, kita undi, tak buat kita buang terus dari list. Takde dah taksub macam orang dulukala dah, kena matang dah belaka dalam bab berpolitik ni. Bila dah taksub ni macam dah hilang waras dah belaka, sedangkan kena ingatkan diri sistem yang kita duduk bangun dan pertahankan ini, adalah sistem 'mereka', sistem yang memang dicipta untuk memecah belahkan kita semua terutama umat Islam.
Kita rakyatlah kena bijak, jangan kasi peluang kat ahli politik ambil kesempatan kat rakyat bila dah dapat kuasa, jawatan. Politik taksub-taksub, politik perangai warisan orang-orang dulu tak payah bawak kat zaman laa, biar semua bertamadun. Herlok juga setiap orang politik ni jangan berlama-lama pegang jawatan yang sama dalam tempoh lama, bila dah berlama-lama ni, nafsu makin tak memadai, rasa nak lebih-lebih, tak kira parti apapun.
Cukuplah kita semua doa, politik taksub ni terhakis dari rakyat Malaysia, tak terlalu mengangkat sesiapa berlebihan, sebabnya mereka pun manusia, cukuplah dapat undi, buat kerja, biar selari dengan apa yang dikempen. Zaman maya, hujung jari, fitnah teruk berleluasa tak kira mana-mana pihak pun, kita rakyat, ambil tapis-tapis, yang penting tak boleh pegang percaya orang politik ni sebab depa pun ada limit masing-masing. Cukuplah jalankan amanah masing-masing, rakyat memerhati teliti dah apa depa buat kerja ke tidak. Kita semua mahukan 'Malaysia yang lebih baik, tak kira dari sudut apapun’. Tak gitu?
Apapun ku suka movement gesture dari rakyat Terengganu, you give shit, I give you double shit,vice versa, tak sia-sia banyak tahun bermastautin di Terengganu, harap kat Kelantan pun macam ni lah, ada masa kena muhasabah juga, risau takut terlalu lama dalam zon selesa, ada yang lari dari landasan kita tak sedar, sampai tahap nak tegur pun dah tak boleh. Insyaallah ku doakan semua matang dalam berpolitik. Takut-takut dok laung Islam, tapi tak semenggah dengan akhlak, caci maki, fitnah, tak buat kerja, curi tulang waktu kerja, tak nak bayar hutang, pengotor, dan semacam lagi perangai, jangan bawa Islam sebagai warisan. Begitulah. Kena ingat selalu, kita di akhir zaman, pasti akan lalui apa yang Nabi sabdakan, rela ke tidak, suka ke tidak, sampai masa kita akan lalui saat itu. Zaman pemimpin zalim makin teruk hingga kemuncak, ni baru permulaan, penunggang agama dan ulama suu wujud di akhir zaman.
PERINGATAN ABDULLAH BIN MAS'UD R.A TENTANG KESESATAN JIWA YANG DIJADIKAN SISTEM HIDUP DI AKHIR ZAMANAkhir Zaman, akan berlaku fitnah. Fitnah dalam agama maksudnya kecelaruan akal, celaru iman dan amal. Sehingga suatu ketika tidak dapat dibezakan antara sesat dan benar. Tauhid yang goyang sehingga manusia tergamak membunuh. Itulah fitnah, bukan fitnah yang difahami dalam budaya dan bahasa melayu. Sebab bila disebut fitnah, ramai yang membayangkan ianya bermaksud "tuduhan" pada orang tertentu sebagai "fitnah" dalam agama. Bukan. Itu kesalahan faham.Mari kita lihat apa yang pernah disebut oleh sahabat rasulullah SAW tentang kejadian akhir zaman yang dipenuhi fitnah, iaitu kecelaruan dalam beragama. Sehingga kesesatan akal, amal dan jiwa dianggap normal. Bahkan dijadikan fikiran mainstream. Syariah ALLAH dan Sunnah rasulullah SAW pula diubah dan diganti dengan bid'ah dan kesesatan dalam bermasyarakat, bernegara dan kepercayaan agama. Abdullah Ibn Mas'ud r.a salah seorang sahabat rasulullah yang faqih dan bermata hati memberi peringatan akan berlaku fitnah akhir zaman ini. Kata ibn Mas'ud r.a:كيف أنتم إذا لبستكم فتنةٌ يهرم فيها الكبير، ويربوا فيها الصغير، ويتخذها الناس سنة فإذا غيرت قالوا: غيرت السنة؟ قالوا: ومتى ذلك يا أبا عبد الرحمن؟ قال: إذا كثُر قرَّاؤُكم وقلّت فقهاؤُكم، كثُرت أُمراؤكم وقلّت أُمناؤُكم، والتُمست الدنيا بعمل الآخر"Bagaimana keadaan kamu kelak apabila benar-benar ditimpakan kepada kamu fitnah (fitnah maksudnya kecelaruan akal, iman, akhlak dan agama) yang orang dewasa menjadi tua dalam fitnah itu, dan kanak-kanak membesar dalam fitnah itu, lalu manusia menjadikan fitnah itu sebagai jalan sunnah kehidupan, apabila fitnah itu cuba diubah lalu manusia berkata: "(mengapa) diubah sunnah ini?" Mereka yang mendengar khabar Ibn Mas'ud r.a ketika itu bertanya: "Bilakah hal ini terjadi wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibn Mas'ud)? Ibn Mas'ud r.a menjawab: "Apabila golongan pembaca menjadi ramai dan sedikitnya orang faqih kamu (iaitu orang berpengetahuan agama dan bermata hati), banyak pemimpin kamu tapi sedikit orang yang amanah, dan manusia mencari dunia dengan amalan akhirat" (Sunan ad-Darimi. Dalam Muqaddimah Bab Perubahan zaman dan Apa Yang Disebut Padanya. hlm 58. Disebut oleh Ibn Abdil Barr dalam Al-Jami' Bayan al-Ilmi 1/188)Kecelaruan dan fitnah akhir zaman berlaku ketika pemimpinnya rosak, ramai yang berebut menjadi pemimpin tapi sedikit sekali yang amanah, mereka berlaku khianat dan berdusta kepada rakyat. Ulamanya pula sangat sedikit, yang ramai ialah para pembaca, samaada pembaca quran, pembaca kitab dan golongan yang hanya banyak membaca, "ulama atas kertas" yang hanya ada hafalan al-Quran dan hadith, serta hafalan kitabnya meluas tapi hakikatnya bodoh, jahil dan kering jiwanya. Kerana ulama maknanya besar. Ulama itu pewaris nabi-nabi, ulama asli sifatnya rabbani, matang, luas mata hati, dan sudah pasti luas pengetahuan agama. Sebab itu kita akan lihat di mana-mana hal ini sudah sekian lama berlaku. Ramai berilmu secara zahir tapi tidak ada hati budi. Berilmu di atas kertas tapi tidak ada mata hati. Bacaan al-quran mereka sedikit pun tidak tembus ke dalam jiwa mereka. Makin berilmu bukan makin merendah diri, tapi semakin berilmu semakin takabbur.Begitu pula akhir zaman fitnah itu berlaku ketika ramai yang beramal seperti amalan agama, nampak seperti pejuang agama, nama dan gelarannya dengan gelaran ulama, berjuang untuk agama, tapi sebenarnya mereka mencari dunia, mencari kemegahan, memburu nama dan mencari populariti. Inilah semua fitnah yang sedang kita lalui. Dan fitnah kebejatan ini akan dianggap sebati sebagai jalan hidup manusia. Hal-hal ini semua dianggap sunnah, jalan kebaikan dan jalan kebenaran. Inilah fitnah jahat yang dijadikan pemikiran mainstream, dan dianggap sebagai sebuah sistem hidup. Malangnya, anak-anak dibesarkan dengan fikiran yang sesat ini, dan orang dewasanya menjadi tua dan matang dengan kebobrokan fikiran ini semua.Kalau ada orang yang cuba menukar ajaran dan norma mereka ini, atau menegur sikap mereka, atau cuba menyedarkan kebobrokan mainstream ini semua, lantas mereka akan marah. Mereka menganggap orang yang menentang sistem itu sebagai gila,sesat, bodoh, dan tidak berada di atas jalan kebaikan.Inilah fitnah akhir zaman, yang disebut oleh Ibn Mas'ud r.a yang sudah pasti beliau mengambil ilmu ini dari guru beliau iaitu Rasulullah SAW. Moga-moga kita diselamatkan dari fitnah akhir zaman ini. Sedar dan genggamlah seperti memegang bara api, gigitlah dengan gigi geraham. Mudah-mudahan kita berdiri di atas tauhid yang benar sehingga kita mati. Kita semua pendosa siang dan malam, memang itulah insan. Yang terbaik ialah yang sentiasa membaiki dan bangun ketika jatuh. Tapi jangan sampai tauhid kita tergadai. Jangan sampai pendirian hidup kita tercabut. Kalau tauhid pun tergadai, bagaimana kita menghadap ALLAH?Credit to-ibn otuh salleh-
Top Social