Hari jumaat ni mulalah aku hati tisu, habis berpeluh satu badan, dok sesaja belek album tertengok gambar ni. Masa awal minggu balik dari Umrah, balik tengah minggu kebetulan cuti bersambung lepas tu, adik aku ajak mak ayah yang dah berkampung kat rumah aku sepanjang aku dan laki takde, pergi bercuti ambil angin pantai. Big act for me sebab adik aku fikir aku mak ayah aku mesti dah boring duduk 'bertumah' lama dalam rumah, nak aku bawa mak ayah tentu kami masih jetlag. Then kami sepakat adik beradik berkumpul kat kedai makan viral, nasi buluh kat Sungkai tu, memandangkan kakak aku nak datang juga dan pergi bercuti sekali dengan mak ayah, jadi kami sepakat alang-alang dah nak pergi berjumpa kami berkumpul kat kedai makan-makan sekali. Simple act, tapi decision tu semua dari Allah, mak ayah, even orang tua mana pun suka, kalau anak-anak dapat berkumpul sekali macam ni, we just know it, so do you. Alhamdulillah kami makan tengahari kat sana sebelum berpisah, kami balik rumah tidur, krohhh tak sedar apa, adik kakak aku pergi short trip kat Lumut.
Pagi tu aku korek bagasi yang masih belum berkemas lagi sepenuhnya, jumpa pun! Daging dalam tin, padahal kat Malaysia pun ada, tapi lain, yang ni aku sendiri beli kat Madinah, jadi feel masa makan tu lain, kihkih. How I missed the feeling being there, sobs. Sehari dua tak terasa, seminggu dua, sebulan, ni dah hampir setahun, aku belum move on from that feeling. Tiap kali terpandang sekeping kanvas besor kat dinding, wajib tumpah air mata. Ya Allah bagaimanalah nak ubati kerinduan yang tak mampu nak describe ni. Aku teringat breakfast kat Madinah terutamanya, jadi pagi tu aku buat breakfast simple, tapi sangatlah mengusik jiwa raga rasanya.
Merenung kembali hubungan adik beradik ni, kami bersyukur sangat, even banyak dugaan setiap orang, we did it! Even panjang lagi perjalanannya, moga Allah permudahkan jalannya nanti, Amin yra. Alhamdulillah memang tak lari ujian dari Allah untuk semua adik beradik, nak bersatu memang sukar walau dari rahim yang sama, tambah lagi bila adik beradik bila dah ada keluarga sendiri, ada kehidupan sendiri, jalan kehidupan dah tak sama, wavelength dah lain, tapi doalah selalu walau terpisah jauh, sana, sinun, Allah satukan hati adik beradik even apapun berlaku. Setiap adik beradik rezeki lain-lain, ada yang susah, sederhana, mampu, mewah, tapi jangan jadikan tu asbab untuk menjarakkan diri masing-masing, salinglah jadi support system antara satu sama lain. Yang asyik bergaduh pun jangan kita dok kata apa, ingat dan renung kembali Surah Yusuf, banyak Ibrah, banyak pelajaran untuk kita. Ye, melibatkan adik beradik ni art berat dalam kehidupan, sebab kita saudara sedarah, sedaging, nak bertanggungjawab, nak bersilatur-rahim, bertolak ansur, berlapang dada, common sense etc antara satu sama lain tak mudah, doalah selalu minta kat DIA, sebab ada perkara yang luar kawalan kita dan semua tu dari Allah.
Kadang simple act kecil pun boleh buat mata berkaca, huhuu. Even aku surirumah alhamdulillah takde kasta-kasta, walaupun zaman dah data center pun ada ye dalam kepala jumud tu mengkastakan orang tak tentu hala, nauzubillahiminzalik peel cemni sampai mati. Adik kakak aku selalu ingat, dan raikan antara satu sama lain, and so do i, kami ni kadang even tak jumpa lama, tak call, tapi selalu wasap tanya khabar, ada yang perlukan kata semangat, selalu kasi kata semangat, kalau ada persoalan, cadangan, bangkangan kami cuba bincang, cuba tegur, kami cuba buat apa yang semampunya kami buat. Gaduh tu of course ada, terasa hati, kecil hati of courselah, memang tak boleh tidak ada je, tapi ambik masa then move on, kita manusia semua ada silap salahnya, yang penting muhasabah diri selalu, check diri sendiri selalu. Kadang kita selalu lupa, asbab kita 'hidup' hari ni pun ada kasih sayang, ihsan, doa etc orang lain. Kita semua akan diuji, tak kira dengan siapa, tapi sentiasa ingat, dunia ni memang hidup pentas ujian untuk 'menghidupkan hati', ada ujian yang kita rasa tak fair, tapi ingatkan ujian Nabi kita Rasulullah SAW lagilah menginsafkan diri. Apapun sempena jumaat Mari berselawat banyak, tanda cinta dan rindu tak tertanggung kat susuk tubuh yang tak pernah kita lihat. The feelings so undescribable...sobs, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.
Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”
Korang pernah masuk kedai, terus mai segala mala nostalgia terkumpul dalam memori mengulang kembali 'rasa' yang tersimpan dalam kortek serebrum dan amiglada. Jadi aku faham ketika mana video Khairul Aming FYP behind the scene buat sambal bilis nyet tu bercerita kesusahpayahan nelayan menangkap ikan bilis dilautan, ramai yang buat belian sebab FOMO, tapi ada segelintir yang membeli disebabkan value yang disampaikan melalui penceritaan tu sendiri. So did Kedei Kupi Cherok ni, ada value tentang apa yang ada di kedai makan sebegini.
Vintage, old-school theme memang tengah in sekarang ni kat cafe-cafe di bandar sekalipun? Agak-agak kenapa? Masa first time laki aku ajak makan kat sana, time tu apak mertuanya ada sekali, aku ghisau, yelah ayah aku boleh tahan bab mengomen, wakaka. Tapi bila dah sampai kedai, duduk dan makan, that's moment aku rasa macam tengah makan dengan mak ayah masa remajaku suatu ketika dulu. Satu pagi minggu ayah aku ajak makan pagi kat satu kedai, makan roti canai je pun, tapi forever the memory remains, sebab ayah aku jarang ajak makan kat kedai terutama waktu pagi, disebabkan semua anak-anak happy bila dapat makan kat kedai, sekali sekala lepas tu, ayah aku ajak makan pagi kat luar, like special events biarpun makan menu ringkas, telur masak separuh, roti canai, roti bakar. Gituhh. Nampak kecil tapi besar untuk 'rasa' yang disimpan di otak sana. Dan aku agak ayah aku pun sama, bila melibatkan segala mala yang berkaitan memori dahulu, terpampang di dinding sekitar kedai.
Menu kat sini pun ringkas, tapi sedap. Sebenarnya petang tu balik dari Felda Sungkai Hotspring, ayah aku ada sebut nak makan mee Kari, kalu ikutkan nak singgah dekat kedai Mee Kari berdekatan, namun masa tu hujan lebat sangat, jadi kami lajak ke depan sikit sambil tunggu hujan reda, dan sampai kat kedai ni pun hujan dah slowing stop. Memang rezeki nak merasa makanan kat sinilah, even aku pun tak tahu kewujudan kedai-kedai cemni kat pekan kecil Sungkai, kau jangan main-main ye negeri Perak ni, dia punya aesthetic buat orang ketagih nak mai, kihkih, tak kira ceruk mana, ada ja mind blowing place yang kita tak sangka, macam Kedei Kupi Cherok ni lah.
Siap makan, aku tanya ayah? Macam mana ayah? Okay ka? Ayah angkat cap jempol, nak ke kereta ayah cakap lebih kurang kedai kopi Pok Pi, Pok Awe berjaman sampai lani anak-anak cucu plak mewarisi perniagaan. Bagusla ada kedai gini version orang-orang muda, boleh juga merasa suasana orang-orang tua dulu mengopi. Aku iyakan. Bukan pergi lepak kedai, tapi pergi menikmati makanan dalam keadaan slowing everything even in mind, mengingati 'sesuatu' yang tak mungkin terulang dah di waktu ni called nostalgia, mungkin bersama partners ketika muda mudi, mungkin bersama rakan sebaya sepermainan, mungkin bersama parents and so many maybes....
Datang Sungkai jangan lupa nahh singgah Kedei Kupi Cherok ni, paling win kat tekak aku menu kat sini lempeng dan ubi rebus, sedap aihhh, wajib tapau sekali. Adeii sedap ehh teringat plak menunya, dua kali aku pi, dua kali waktu hujan, thanks Allah for dramatic effect untuk aku nikmati that moment makan kat sana, Alhamdulillah, Masyaallah Tabarakallah. Nak pergi sana, Google maps sana, insyallah sampai.
Bazzar Melayu, 7, Jln Kelab,
35600 Sungkai, Perak.
Xoxo🍃
Panas isu aku baca yang lelaki kena kecam asbab minta buat bekal cekodok. Aduii, tak pasal dapat title anak lelaki belum putus susu. Ni kalau netizen tengok aku kopekkan kulit udang, kokak kulit ketam cari isi, korek isi siput, bukakan kulit etok untuk laki aku, konpem kena kecam tak pasal dapat title sama, wakaka. Aku baru ja berkecimpung dalam bidang ni 2, 3 tahun setelah 10tahun lebih suami aku buatkan, dan i'm so happy to do that. Kalau bab masak lagilah demand itu ini kalau orang tengok pun menyampah demand kenmain, itulah orang kata bab rumahtangga ni yang lalui ja tahu. Yang luar dari tu depa nampak surface aje. Apapun yang kahwin tu insyallah faham, yang belum kahwin aku doakan korang merasa dan fikir yang baik-baik ye tentang sebuah perkahwinan ni, jangan tuduh bukan-bukan, cakap baik-baik insyallah dapat yang baik-baik, semua orang ada keinginan masing-masing. "Aku mengikut sangkaan hamba-Ku" adalah sebahagian daripada sebuah Hadis Qudsi yang sahih (riwayat al-Bukhari dan Muslim). Bitter sweet rumahtangga ni memang cringe for everyone yang tak memahami. Terlalu banyak plot twist.
So nak cerita aku ni dah lama teringin nak berglamping, iyolah nak jugak merasa, bukan sebab fomo, tapi itulah tiapkali pergi buka puasa kat Glamping Gopeng tu, tiap kalilah tu mai terfikir dalam kepala, "bilalah boleh merasa berglamping ni!". Padahal dulu pun dah pernah berglamping kat Teluk Intan, tapi itulah nak merasa yang dalam hutan. Aku pun bukan jenis mengajak laki aku pi sana sini, jadi berangan ajelah sensorang, kihkih, benda free. Until satu petang masuk wasap laki aku tanya okay ka nak pi stay kat Glamping, yihh. Macam tahu-tahu ja, even keinginan tu dah bertahun, akhirnya tertunai jua. Aku tanya kat Gopeng ke? Tak! Okaylah mana-mana pun, asalkan glamping, onzzz, hahaha. Punya payah nak dapat slot kosong, sampai laaa penuhh weekend depa. Alhamdulillah nak dijadikan rezeki nak bawa birthday trip anak 'terkumpul',pasal tunggu tiga birthday sekali untuk satu trip, kes abang-abang dah stay asrama ni, nak berjalan jauh sikit pun kena tunggu depa balik bermalam, jimat pun iyye,kihkih. Slot kosong yang kami dapat ni kat Terong atau Trong. Aku tak tahu yang mana original ejaan tempat ni, tapi bunyinya begitulah "Trong tapi dieja Terong".
Nak dijadikan cerita tahun ni banyak kali betul kami ulang alik mai belah sini,kihkih. Terong ni tepi Taiping je, tapi kalau dari Lebuhraya WCE tu jumpa simpang ke Terong dulu sebelum lajak kedepan lagi untuk ke Taiping. Kali ni memandangkan ada tempat kosong untuk Glamping, aku terutamanya happylah, punya lama bertahun simpan keinginan nak berglamping,hehe, sampai jua masanya merasa, masyaallah Tabarakallah.
Sambil kata nak bertolak awal mulanya sebab bajet timing 3 petang tu dah boleh check in, tapi itulah. Hari jumaat memang rasa kalut sikit, pukul 12 aku keluar ambil anak-anak yang sekolah dekat, laki aku keluar lagi awal ambil anak balik asrama, singgah solat jumaat lagi, balik makan dulu, sudahnya tayar start bergolek hampir pukul 4petang, adududu. Cemtulah biasa bab planning ni, hari kejadian lain plak flownya. Apapun alhamdulillah cuaca cantik, jalan pun takde sibuk sangat. Kami berhenti solat asar dekat RNR Sungai Nyior kalau tak silap. Masa tu dah hampir 5.30 petang dah, depa (pihak resort) dah wasap jangkaan masa bila kami sampai.
Masa ambil simpang ke Terong tu, sampai simpang 3 aku cakap, "ehh asal macam pernah lalu ekk jalan ni?"baru mai teringat aku pernah lalu ikut Beruas apa semua sampai Terong. Aku kalau bab jalan kurang nak ingat juga sebenarnya, tak tahu mana hala kalau pergi berjalan, tapi teringat satu peristiwa suatu ketika dulu, jadi aku mula ambil cakna, ambil berat jalan apa, kat mana aku lalu dan berada, sesat kat jalan ni bahaya juga sebenarnya tambah jalan yang jarang orang lalu. Kita nak call minta orang datang tolong pun payah kalau kita tak ambil berat, tak tahu nak cakap kita kat mana, perhati teliti kita kat mana, okay.
Sambung cerita, lepas simpang 3 ke Terong tu ambil ke kanan, jumpa masjid, depan sikit jumpa lorong belah kanan ke Belantara Resort. Dalam 2 kilometer lebih juga kot ke dalam, ka lebih?Aku dah lupa, mula-mula jumpa kebun, rumah orang kampung sikit, lepas tu hutan balik. Masa masuk hutan tu, aku cakap"uihhh hutan belantara saja, ya ka ni? tambah plak bahagian hujung maps takde tunjuk jalan proper, udahlah dah lewat petang. Itu sebab nama dia Belantara Resort, laki aku cakap, mengekek aku gelak, iyye jugak eh! Mudah terhibur betul. Tapi memang betul dalam hutan belantara.
Alhamdulillah setelah in confuse road, kami sampai jua kat Belantara Resort, terus check in dan depa angkut barang kami bawa ke tent guna golf car tu. Nak dijadikan cerita masa laki aku nak book, depa tanya berapa orang, then cakaplah 8orang semua sekali, lepas tu depa bagitahu duduk kat twin tent nanti, rupanya twin tent tu memang private area untuk kami ja, wallah. Ini dikatakan rezeki jugaklah sebab kat glamping lain kebanyakan share aje bathroom. Kami duduk asing khemah, bahagi yang laki aku duduk dengan anak-anak lelaki, aku plak tidur satu khemah dengan anak-anak perempuan. Janji satu kawasan pun okaylah, sebab semua pakaian letak dalam satu bagasi aje , senang nak pass pakaian. Jadi lepas letak barang kat tent kami pusing keliling tengok keadaan, dah alang-alang lewat benor dah sampai, kami tunggu timing makan malam pukul 7.30malam.
Sementara tunggu kami jalan-jalan sekitar resort, masa lalui jeram batu yang cantik, mai terlintas kat mana ekk, macam pernah aku tengok view macam ni, laki aku cakap, kat Lenggong hari tulah, eh betullah, sebijik sejibon plok viewnya cumanya yang kat sini jeram landai, banyak section nak bermandi manda then ada part berpasir jadi anak-anak kecil nak mandi kat sini selesa dan selamat, kurang adventure sikit nak masuk air, tak perlu panjat memanjat. Sambil menunggu, sempatlah anak-anak aku gaul pasir pink buat cekodok, anak-anak aku kalau ikutkan dah tak menyabor nak mandi kolam, apa boleh buat, sampai pun dah lewat, jadi aku cakap,esok pagi bangun awal, dapatlah mandi awal.
Alhamdulillah, 7.30 malam dah start boleh makan malam, kami antara terkawal yang 'goghi'(perasmi) makanan yang dijamu secara buffet. Nak kata banyak variety food, tak sangat, tapi untuk aku dah cukup sangat dah. Perut aku ni banyak mana je nak sumbat makanan, terlampau banyak sangat tak termakan pula, kan dah rugi tu, baik sikit tapi sempat rasa semua, gituuhhh. Ada makanan berat, dan bakar-bakar. Penting ye part makanan bakar-bakar tu, kata lagi bercamping. Mestila vibes bakar-bakar makanan tu wajib ada walaupun orang lain yang bakarkan,hehehe. So far nasi goreng kat sini sedap, aku tambah dua kali, penangan bunga kantan dalam nasi goreng, nak kata nasi goreng kampung tak, nak kata nasi goreng kerabu pun tak, tapi sedappp.
Siap makan, kami masuk bilik, mandi dan bersantai-santai aje sambil tunggu waktu nak tidur. Agak-agak ada taburan bintang memenuhi langit dak? Aku rasa ada, tapi disebabkan kawasan kami dipenuhi lampu terang jadi taburan bintang tak nampak, terus teringat kat taburan bintang kat Kuala Mu. Hmm, datang bercuti kat mana-mana pasti ada small moment, something unique dan yang pasti kami rasa takkan sama setiap tempat tu even konsep lebih kurang sama, pasti ada keistimewaan masing-masing, dan yang special tu lah akan di ingati.
Malam tu kami borak santai je kat laman khemah sambil menikmati kelam malam diterangi lampu-lampu glamping. Siap terbaring tenung langit sambil borak, what a moment. Tahu-tahu dah pukul 11malam suruh anak-anak masuk tidur. Malam tu nak kata sejuk takde sejuk sangat, sejuk aircond adalah, tapi 3kali juga aku bangun nak pergi tandas. Dah nak keluar pergi tandas kat luar khemah tu dah satu hal, tiap kali aku keluar khemah dah satu hal aku terkejut pasalnya laki aku keluar sama khemah sebelah nak pergi tandas juga. Mana tak terkejut aku pukul 1pagi, pukul 3.30 pagi, pukul 5.30pagi terpacul tetiba makhluk depan khemah sebelah. Dia punya sync tu nak pergi masuk tandas pun nak berjemaah, sabor jelah aku.
Pagi tu, anak-anak lepas subuh depa tanya mama nak keluar ke? Depa nak tengok cerita jap kat YouTube jadi aku tinggalkan anak bongsu yang masih tidur kat kakak- kakak, then aku keluar sebelum matahari terbit dengan geng laki(suami& anak-anak lelaki) ambil angin pagi kat sekitar resort sambil tunggu timing makan pagi. Kami ambil masa lebih kurang 40minit keluar dari resort jalan kaki, pastu patah balik sambil sedut bau hutan kelapa sawit dan kebun getah, memang sodapp bau semulajadi dan duit, kihkihhh.
Balik briskwalk, kami suruh anak-anak bersiap pakai baju mandi, sebab lepas makan pagi boleh terus terjun mandi kolam. Kat sini kolam dewasa guna air jeram, memang sejuk sangat, tapi best, macam mandi air batu, dah sejam anak-anak layan mandi kolam budak depa pun nak beralih mandi kolam dewasa. View kat kolam mandi pun cantik, ermm..best sangat berendam lama-lama dalam air bukit ni. Dia lain tau impak mandi kolam berklorin, mandi laut, mandi air bukit, mandi sungai, semua lain. You body know it. Jadi memang rasa ke tulang sum-sum sejuk tu, rasa segar abis satu badan, tak puas mandi kolam, sambung lagi mandi jeram, perghh lagi best boleh pihak batu-batu bukit.
Aku masa lalu sepanjang trail jalan kaki tengok jeram dari atas, punya geram aihhh tengok batu-batu sungai, sebab batu-batu sungai tu bentuknya perfect sangat untuk bertungku, aku memang suka bertungku. Jadi tengok batu-batu tu geram aihh nak kutip, batunya bulat bujur, cantik!. Ni kalau bisnes tengok, bersepah nampak duit aje gamaknya, hahahaha. Orang pandai buat duit lain dia punya pandangan kot ehh. Sempat kami berendam dekat jeram dalam 40minit, ikut timing sebelum kami decide naik untuk bersiap dan check out.



























Top Social