Sambungan roadtrip bajet Terengganu hari tu, punya berbulan mood datang nak sambung cerita ekk, kahkah. Macam tulah tengah syok menaip, anak laparlah, anak beraklah, kerja-kerja rumah dah memang wajib kena settle kan dulu, Kalau tak, bersepah, daku jugaklah menggerutu hari perasaan tengok rumah macam kapal pecah, so utamakan apa yang utama. Ku taip masa anak tidur je, depa dah bangun memang masa untuk diri sendiri kena hold dulu, so bab mengadap blog antara masa untuk diri sendirilah, lega boleh menaip. Panjang plak mukaddimah, kang tak sempat cerita plak eh, bersambung drama anak-anak, okay-okay kita sambung cerita.
Day 2 roadtrip 5D4N pepagi dah order grab sesiap makan nasi kerabu dan nasi berlauk saja, sambil santai tunggu untuk checkout ikut timing next destination buka. Hari kedua plan nampak gaya macam kena cancel sebab Harraz migrain teruk dan cuaca pun tak mengizinkan sebab pgi pun dah start hujan rintik-rintik, tapi gigih juga terus je pergi tempat nak pergi. Singgah Muzium ingat nak naik, tengokkan rupa tangga tinggi teruk cancel plan. Jadi tak berkesempatanlah nak tengok macam mana situasi, apa benda yang ada dalam muzium, mungkin tunggu anak-anak besar sikit semua, dah takde yang berdukung, bolehlah jalan santai-santai tempat tinggi, kena panjat tangga ni, selagi ada yang bergendong, memang tak relalah melelahkan diri sendiri, ahahaha. So sekitar muzium kami pusing-pusing melihat luaran muzium yang cantik dan bergambar. Harraz melepek dekat umi dan che su, tak larat nak jalan. Masa ni dah betul-betul turn off nak teruskan plan, yelah, kesian plak mak ayah nanti nak kena tolong uruskan anakanda pastu tak dapat jalan-jalan.
Tapi teruskan juga pergi Taman Tamadun Islam dengan harapan, cakap pergi tengok dari luar pun okay sebab tengokkan Harraz tak larat, dah fikir nak cancel masuk, nampak ada buggy bagitahu kita naik buggy je ronda Taman Tamadun Islam, terus segar bugar Harraz dalam tak larat. Masa kat kaunter tanyalah pakej buggy macam mana sebab ada warga emas dan budak-budak, harga tiket pun berbaloi sangat. Dari jalan malas-malas, lama-lama dah bertenaga balik, hilang sakit kepala. Alhamdulillah plan berjalan lancar, so dapatlah masuk Taman Tamadun Islam. Punya puas hati sebab takde orang, kami je satu group naik satu buggy untuk 4 dewasa 6 kanak-kanak. Berbaloi bayar tiket RM80 termasuk ambil Buggy, habis pusing dan melawat semua monumen, anak-anak dah lapar balik, tapi sempatlah main kat playground depa, terus menuju ke Mengabang Telipot untuk check in sana. Kami decide untuk makan tengahari di kawasan Mengabang Telipot, banyak kedai makan tengahari kat sini sebab kawasan universiti UNISZA dan UMT.
Cerita tentang Mengabang Telipot ni masa first trip dengan suami dan anak-anak, memang ku terkejut sangatlah, sebab agak banyak perubahan selepas daku tamatkan prngajian kat sana, hampir 14tahun, sampai ku dah tak ingat macam mana rupa asal mengabang bila lintas drawbridge tu ke mengabang Telipot. Dulu-dulu memang kawasan kami bersantai hujung minggulah kat situ, laluan wajib bila nak pergi outing Kuala Terengganu. Kadang malam keluar minum air buah gelas besar cicah keropok lekor. Bila nak pergi Mengabang Telipot ni, satu je aim daku, cari roti paung panas.
Datang Ganu wajiblah makan roti paung, kalau tak rasa macam tak singgah. Kenangan dulu, tiap kali pergi bandar, bila balik kampus singgah beli 2, 3 plastik roti paung seorang, sekali makan habis satu plastik, sedap tambah panas-panas. Uii mengundang betul teringat rasa laparkan roti paung ni, boleh je buat sendiri,tapi tulah kita nak ke suasana tu, hahaha. Okay, back to story, lepas makan tengahari terus kami check in kali kedua tempat sama short vacay itu hari. Kenapa pilih tempat tidur sama di mengabang Telipot ni? Sebab senang, ada kedai makan berdekatan, nak makan pagi, tengahari, petang, malam, semua ada dekat je. Kami pilih bermalam di Chalet Anees mengabang Telipot, kat sini ada bilik family kat bangunan utama, dan chalet untuk 2 dewasa mengadap pantai, daku ambil bilik chalet sebelah menyebelah dengan parent. Sempatlah kami bersila lendik makan keropok lekor depan chalet sambil ambil angin pantai di petang hari. Kat depan pagar chalet tu pun ada nasi kerabu sedap buka waktu pagi untuk sarapan, jalan kaki jelah keluar makan pagi kat kedai.
Kat sini best sangat sebab private beach, kami je mandi kat pantai di resort tu, cuaca hari tu pulak herlokk sangat, even angin agak kuat, tapi panas, dapat lah tengok group sailing yacht kat tengah laut sambil tengok anak main pasir, habis sepetang, maghrib tu hujan ribut. Gerun dengar ribut sekali dengan hujan, tepi pantai plak tu, nasib baik sekejap je, so habis maghrib hujan berhenti sekejap kami keluar makan malam, makan malam kat Kedai D' Rumoh pata, selang berapa rumah je dari Chalet Anees, nak jalan kaki boleh, naik kereta pun boleh, kat sini pun makanan puas hati sebab banyak menu pilihan, tempat bersih, luas dan kemas, kami makan dan balik tidur je untuk next plan esok.
📍Chalet Anees Mengabang Telipot
Taman Tamadun Islam
📍D'Rumoh Pata