Hari jumaat ni mulalah aku hati tisu, habis berpeluh satu badan, dok sesaja belek album tertengok gambar ni. Masa awal minggu balik dari Umrah, balik tengah minggu kebetulan cuti bersambung lepas tu, adik aku ajak mak ayah yang dah berkampung kat rumah aku sepanjang aku dan laki takde, pergi bercuti ambil angin pantai. Big act for me sebab adik aku fikir aku mak ayah aku mesti dah boring duduk 'bertumah' lama dalam rumah, nak aku bawa mak ayah tentu kami masih jetlag. Then kami sepakat adik beradik berkumpul kat kedai makan viral, nasi buluh kat Sungkai tu, memandangkan kakak aku nak datang juga dan pergi bercuti sekali dengan mak ayah, jadi kami sepakat alang-alang dah nak pergi berjumpa kami berkumpul kat kedai makan-makan sekali. Simple act, tapi decision tu semua dari Allah, mak ayah, even orang tua mana pun suka, kalau anak-anak dapat berkumpul sekali macam ni, we just know it, so do you. Alhamdulillah kami makan tengahari kat sana sebelum berpisah, kami balik rumah tidur, krohhh tak sedar apa, adik kakak aku pergi short trip kat Lumut.
Pagi tu aku korek bagasi yang masih belum berkemas lagi sepenuhnya, jumpa pun! Daging dalam tin, padahal kat Malaysia pun ada, tapi lain, yang ni aku sendiri beli kat Madinah, jadi feel masa makan tu lain, kihkih. How I missed the feeling being there, sobs. Sehari dua tak terasa, seminggu dua, sebulan, ni dah hampir setahun, aku belum move on from that feeling. Tiap kali terpandang sekeping kanvas besor kat dinding, wajib tumpah air mata. Ya Allah bagaimanalah nak ubati kerinduan yang tak mampu nak describe ni. Aku teringat breakfast kat Madinah terutamanya, jadi pagi tu aku buat breakfast simple, tapi sangatlah mengusik jiwa raga rasanya.
Merenung kembali hubungan adik beradik ni, kami bersyukur sangat, even banyak dugaan setiap orang, we did it! Even panjang lagi perjalanannya, moga Allah permudahkan jalannya nanti, Amin yra. Alhamdulillah memang tak lari ujian dari Allah untuk semua adik beradik, nak bersatu memang sukar walau dari rahim yang sama, tambah lagi bila adik beradik bila dah ada keluarga sendiri, ada kehidupan sendiri, jalan kehidupan dah tak sama, wavelength dah lain, tapi doalah selalu walau terpisah jauh, sana, sinun, Allah satukan hati adik beradik even apapun berlaku. Setiap adik beradik rezeki lain-lain, ada yang susah, sederhana, mampu, mewah, tapi jangan jadikan tu asbab untuk menjarakkan diri masing-masing, salinglah jadi support system antara satu sama lain. Yang asyik bergaduh pun jangan kita dok kata apa, ingat dan renung kembali Surah Yusuf, banyak Ibrah, banyak pelajaran untuk kita. Ye, melibatkan adik beradik ni art berat dalam kehidupan, sebab kita saudara sedarah, sedaging, nak bertanggungjawab, nak bersilatur-rahim, bertolak ansur, berlapang dada, common sense etc antara satu sama lain tak mudah, doalah selalu minta kat DIA, sebab ada perkara yang luar kawalan kita dan semua tu dari Allah.
Kadang simple act kecil pun boleh buat mata berkaca, huhuu. Even aku surirumah alhamdulillah takde kasta-kasta, walaupun zaman dah data center pun ada ye dalam kepala jumud tu mengkastakan orang tak tentu hala, nauzubillahiminzalik peel cemni sampai mati. Adik kakak aku selalu ingat, dan raikan antara satu sama lain, and so do i, kami ni kadang even tak jumpa lama, tak call, tapi selalu wasap tanya khabar, ada yang perlukan kata semangat, selalu kasi kata semangat, kalau ada persoalan, cadangan, bangkangan kami cuba bincang, cuba tegur, kami cuba buat apa yang semampunya kami buat. Gaduh tu of course ada, terasa hati, kecil hati of courselah, memang tak boleh tidak ada je, tapi ambik masa then move on, kita manusia semua ada silap salahnya, yang penting muhasabah diri selalu, check diri sendiri selalu. Kadang kita selalu lupa, asbab kita 'hidup' hari ni pun ada kasih sayang, ihsan, doa etc orang lain. Kita semua akan diuji, tak kira dengan siapa, tapi sentiasa ingat, dunia ni memang hidup pentas ujian untuk 'menghidupkan hati', ada ujian yang kita rasa tak fair, tapi ingatkan ujian Nabi kita Rasulullah SAW lagilah menginsafkan diri. Apapun sempena jumaat Mari berselawat banyak, tanda cinta dan rindu tak tertanggung kat susuk tubuh yang tak pernah kita lihat. The feelings so undescribable...sobs, اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ.
Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”


Top Social