Mandi jeram antara aktiviti kesukaan kami, best sangat mandi air bukit ni, sejuk segar. Antara jeram kesukaan kami adalah Kampar dan Sahom, sebab scenery sekeliling tu worth sangat, memang release dan healing kekdahnya. So kali ni kami nak cuba pulak mandi jeram kat dalam kebun pokok getah. Benda viral ni kadang dekat-dekat kita je, tapi kadang tak ambil tahu nampak yang jauh jugak yang bestnya. Nampak orang share tempat mandi okay sangat, cetek dan sesuai untuk anak-anak mandi dan bermain. So apalagi ditunggu, hujung minggu kita terjah.
Gigihla pepagi buta turun bukan sebab semangat nak pergi jeram sangat, utamanya nak makan nasi kerabu golok sedap, mandi jeram tu sampingan, hahaha maka dari rumah terus ke Hospital Slim River, terus ke cafe hospital borong 8bungkus nasi kerabu golok, oii dasar tamak perut gendut nafsu makan kenmain. Yelah since duduk Perak payah sangat nak cari nasi kerabu yang win kat tekak melainkan buat sendiri, eh terpuji masakan sendiri pulak, wakaka. Lepas dah borong nasi patah balik dari Slim river ke Trolak cari jeram kat Felda Trolak Timur ni, punya pening waze, kami pun naik pening cari jeram, nasib baik jumpa, ingat nak give up dah, nasib lerr jumpa air cendol santan pure guna kelapa sawit, bawak pi kelah sekali depan jeram. Syokk air sejuk macam ais uii. Tanya orang jual air cendol nasib baik boleh jugak mandi jeram sini. Adalah dalam 3 ke 4 kali pusing-pusing dalam Felda ni, tak jumpa jeramnya.
Alhamdulillah setelah bertanya, pun sesat juga sekali, try pergi sampai hujung jalan mati baru jumpa jeramnya, padahal dah sampai situ masa first round, tapi punya takut sebab tulis jalan mati, terus pusing ke lain. Punya takut kat mati tu, sampai tulisan jalan mati pun takut nak try pergi tengok, al-wahn dalam hati cemtulah, Allahu, astaghfirullah. Suasana kampung dalam felda tu rasa macam mustahil pulak nak jumpa jeram, itu pasal kami pusing berkali-kali tak jumpa, macam pelik kat mana tempatnya, paling hujung tempatnya.
Berbaloilah sampai Jeram Trolak ni, sungai jeram memang cantik, bersih, air tenang, sesuai sangat untuk riadah sekeluarga. Level air sini memang selamat dan agak cetek, bolehlah lepaskan kanak-kanak bawah 2-10 tahun main air sungai, ada part macam air sungai, ada part air jeram, pilih lerr mana satu suka.
Kami pilih tempat hujung sekali sebab ada pasir, bolehlah anak main-main pasir sungai. Ada anak kecil tengah membesar ni, aktiviti paling best untuk diorang adalah main pasir, sebab itu jugalah permainanku masa kecil paling favourite, dia macam asyik tau. So parents kalau tak tahu nak bawak anak enjoy kat mana, bawa je pergi main pasir, insyaallah free je banfing masuk waterpark, themepark. Sekali sekala boleh terjah tempat moden, tapi kopak jugalah poket, zaman sekarang nak berak, kencing berbayar seringgit apatah lagi yang lainnya. So manfaatkan benda free sekeliling selagi jumpa peluang.
Pemuda pemudi sini pun bagus sangat, nampaklah depa jaga kampung sendiri, bersihkan tempat orang berkelah, susun balik batu jeram yang di usik pengunjung. Korang datang tempat percuma macam ni, hargailah dengan jaga kebersihan, datang bawa barang-barang, balik nanti yang jadi sampah tu bawa naik kereta sekali, kalau tak kesian orang setempat, dari tak berpengunjung, jadi perhatian, terus tunggang terbalik, baik jadi tempat terpelihara takde pengunjung. Kadang betul juga orang dok bising jangan viralkan tempat-tempat cantik, sebab bukan semua orang tahu menghargai. Bila dah kena bayar itu ini, tahu pula nak complain itu ini tak kena sedangkan masa percuma tak reti pula nak jaga elok-elok.
Bestlah datang tempat sebegini, healing free aje, nak camping boleh, nak sewa bilik boleh, harga bilik pun murah cuma rm100 sebilik tepi dekat jeram tu. Nak waze tengok youtube ni, boleh agak-agak mana tempatnya. Agak-agak pening tanya jelah penduduk kampung, depa lebih tahu, malu bertanya sesat jalan macam kami, sesat dua tiga round.
📍 FELDA TROLAK TIMUR , SUNGKAI,PERAK.
https://youtu.be/pK86-kE3aXo
Untuk camping dan bermalam sebaiknya maklumkan pada pihak koperasi Felda.
No fon saya letak kat sini +60175417860(koperasi)
Top Social