Tips Bila Musim Hujan

11.01.2022


Kita dah pun diingatkan dengan masuknya musim moonson  oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dimana semasa Fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat. Tengok realitilah, kebanyakan hari langit mendung, gelap, kadang berangin tak kira pagi, petang, malam menandakan bahawa monsun telah tiba. Sekarang di Malaysia hujan lebih kerap dari biasa, kalau tak pagi, dari tengahari, petang cuaca mula gelap dan hujan. Adakala lebat, atau gerimis berterusan. Jujurnya, musim ni seeloknya percutian ke tempat-tempat tertentu ditangguhkan seperti tepi sungai, jeram, air terjun, pantai dan sewaktu dengannya sebab banyak risiko bahaya menanti. Sebagai surirumah, musim ni lebih banyak rasa nak stay kat rumah, nak berjalan dalam hujan bukan tak syok tapi banyak renyahnya tambah lagi kalau hujan lebat disertai ribut. Takut pun ye juga, musim hujan apakata kita semua tingkatkan kesedaran masing-masing untuk berjaga-jaga. 


Yelah, musim hujan sekarang tak macam dulukala dah, hujan setengah hari pun dah buat banjir kat certain tempat apatah lagi kalau hujan berterusan dua ke tiga hari. Ambil pengajaran banjir mengejut yang berlaku kat Sri Muda dulu, tempat yang tak pernah jangka naik, air naik mendadak, tiada persiapan fizikal mahu pun mental untuk menghadapi banjir. Sekarang kat mana-mana pun dah ada risiko naik air kalau hujan lebat, so jangan pandang remeh musim hujan yang sedang kita alami ni. Persediaan itu sentiasa perlu. Ambil peluang ketika masih boleh buat persediaan awal ni. Antaranya:-


1. Periksa kebocoran, retak di sekeliling rumah. 
Masa hujan biasanya kalau dah lebat sangat baru kita tahu bumbung/atap rumah kita ada kebocoran. Periksalah rekahan disepanjang siling, dinding, paip bocor/tersumbat atau air paip menitis tanpa henti. Jika tak pandai DIY panggil saja pakar untuk selesaikan masalah kebocoran/keretakan yang berlaku. 


2. Bersihkan longkang rumah 
Pastikan longkang tidak tersumbat dan kawasan sekitarnya bersih. Hujan yang lebat dan tanpa henti dalam satu-satu masa akan menyebabkan air tidak mengalir dan lama kelamaan limpahan air berlaku sehingga air tersebut masuk kedalam rumah atau bertakung depan jalan. Periksa setiap sudut dalam longkang, dan pastikan semua kemungkinan besar serpihan sampah sarap terkumpul dan menyumbat longkang dibuang dan dibersihkan. Orang yang ambil berat tentang sistem longkang adalah orang yang bijak kerana ini bukan sahaja mengelakkan bau busuk tetapi juga menghalang serangga daripada membiak dan menyebarkan penyakit. Taburkan agen peluntur untuk menjauhkan tikus dan haiwan kecil lain yang mungkin cuba mencari perlindungan daripada hujan. Err, terutamanya 'sang cewe', ee nak sebut pun takut, ngeri membayangkan depa betapa kat celah-celah rak, tempat stor rumah musim hujan ni. 


3. Tukar linen sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu 
Musim hujan ni nak tak nak kena rajin tukar cadar terutamanya dari sebulan ke 2minggu sekali, dari 2minggu sekali ke setiap minggu. Kalau fikir bab tiada ruang nak  keringkan sarung katil dan cadar yang besar itu, memang malaslah tetapi kelembapan dalam udara boleh memacu bau yang kurang menyenangkan selain itu kotoran boleh merosakkan fabrik seperti tahi lalat kat fabrik mudah terjadi bila kain lembap dan tidak kering sepenuhnya. Adalah bijak untuk membersihkannya secara berkala semasa musim tengkujuh untuk mengelakkan kain, pakaian, cadar daripada rosak atau bilik tidur kita berbau kepam. Nak cuci kering fabrik saiz besar ni memang lecehlah, tapi dobi 24jam kan ada. Tambahan peringatan, musim hujan ni jangan kumpul kain yang dah pakai banyak-banyak, basuh dan keringkan sesegera mungkin, selain mengelak baju bau kepam, kita pun tak pening kepala tengok kain tak berbasuh menimbun, mana nak jemur, mana nak sangkut, sebab ruang jemur kain kat luar rumah tak boleh digunakan sebab hujankan. So jangan ditambah masalah pula dimusim hujan, takde baju nak pakai. 


4. Pembasmian kuman/virus
Ni satu kemestianlah sebab masa musim hujan ibarat karnival untuk lipas dan lintah dan pepijat, lalat, semut yang menjengkelkan  kelihatan di mana-mana sama ada didalam rumah atau luar rumah. Selain daripada risiko penyakit dan gigitan, serangga ini membiak di celah-celah yang jelas menjijikkan. Bersihkan semua sudut dengan teliti dan semak sarang atau sarang labah-labah. Pastikan lantai kering sebaik mungkin. Sapu atau spray cecair pembasmi kuman atau serangga yang selamat untuk memastikan serangga tak buat rumatangga depa kat mana-mana sudut tersorok. Selain itu, kalau koleksi buku anda banyak, tengok dan belek buku lembaplah paling dihiris-hiris jika rosak. Jika anda seorang pembaca yang gemar dengan koleksi yang banyak,  kerosakan buku tidak boleh diperbaiki yang disebabkan oleh kelembapan buku ye. Cara mudah adalah untuk menyusun penyerap lembapan dan memastikan rak atau kotak buku diletak alat penyerap kelembapan. Order Lazada atau shoppe je. Cari Dehumidifier moisture, boleh letak kat rak kasut, baju dan tempat sesuai dengannya.


 5. Prepping
Sebut prepping ni ramai tak faham, salahfaham, atau mungkin tak pernah ada kesedaran. Prepping lebih kepada ilmu, ilmu survival dikala ketidaktentuan cuaca berlaku, boleh jadi blackout bila banjir/hujan/ribut. Bagaimana ilmu tersebut kita gunakan dimana banyak halangan berlaku seperti ketiadaan air, elektrik, makanan, perubatan dan sebagainya. Ambil saja contoh masa banjir kat tengah-tengah bandar Taman Sri Muda dulu, kita yang tak alami banyak ibrah yang kita boleh buat untuk hadapi situasi tersebut jika berlaku lagi. Rumah kita tak pernah banjir, bukan jaminan ia takkan sesekali berlaku. Yang geng camper tu insyaallah depa dah 50% survival mode dah, kita yang tak terjebak dengan aktiviti sebegitu, jangan kecewa, ambil tahu dan belajar. Banyak dah geng prepping ni kasi panduan, tinggal kita saja nak buat dan praktik atau tidak, kerana segala mungkin boleh terjadi dimusim cuaca tak boleh nak jangka to the worst.