Showing posts with label Roadtrip. Show all posts
Showing posts with label Roadtrip. Show all posts

Hotspring Sungkai

10.22.2023

First time kami datang ke sini setelah bertahun, tak terkejut pun kalau harga dah berubah banyak, sebab fasiliti pun kira okaylah setelah penutupan yang makan tahun. Masa tempat ni masih ditutup untuk orang ramai sedihla sangat tengok keadaan hotspring ni, terbiar, sepi, terus jadi kelam masa tu tengok tempat ni. Alhamdulillah kunjungan kami ke tempat ni baru-baru ni banyak jugalah perubahan menarik dan lebih segar. Dulu ni antara favorite place anak-anak lah nak mandi kolam, sebab dikira murah untuk satu kepala iaitu RM16, sekarang dah upgrade ke RM20±, kira still okaylah sebab air takdak klorin, berbaloi la bayar untuk fresh water. 


Antara tarikan kat sini dulu adalah mini train untuk angkut pengunjung dari tempat kaunter ticket ke area kolam-kolam. Kalau nak berjalan pun takde sempat nak pecah peluh bawah ketiak, punya dekat jelah sebenarnya. Sekarang takde mini train tu, anak-anak iols frust lerr, takde dah episod naik train ni even tak sampai 5 minit geraknya, hahaha. Uols kena menapak jalan kaki je menuju ke kolam-kolam mandi dan jalan utama dulu dah jadi jalan belakang dah. Lepas dah checking ticket tu terus boleh jalan ke kolam mandi sambil menikmati udara segar dari hutan mini sepanjang jalan tu, sebelum sampai ke kawasan kolam ada tempat tarikan baru Kat sini, iaitu mini zoo. Nak masuk kira dah include dah dengan harga satu tiket tu, lepas mandi jangan gaduh nak buang tiket kat pergelangan tangan tu,  sebab kena tunjuk sebagai pass masuk ke dalam mini zoo. Nak singgah mini zoo dulu pun takde hal, pun boleh. 




First entry kolam terus jumpa kolam air panas, yang paling besarlah, beg, dompet apa semua boleh letak kat dalam locker yang disediakan supaya dapat mandi kolam bertenang-tenang. Free? Memang taklah, kena bayar dalam RM6-RM10/token sekali letak, bergantung saiz locker, cari person yang jaga kolam terdekat untuk bayar dan ambil token. Then bolehlah fokus mandi kolam sepuashati. Ye ke? Memang taklah yer, kalau datang dengan member boleh layan mandi kolam sepuashati, kalau dengan anak-anak, takdan nak basah semua badan, depa dah ratib lapar wehh, padahal dah makan sebelum datang. Sini tak boleh bawa masuk makanan ye, ada sesi cek beg kat kaunter, tak macam kat refarm kampar, bawak masuk makanan kena caj RM10 rasanya kalau tak naik hargalah. Kat sini big no lah, lapar kena belilah.kikiki. Mana lagi best? Of course lerr yang dapat bawak masuk makanan, at least jimat dah kat situ tak payah beli dah. Apapun harga makanan still marhaenlah kat sini, alhamdulillah. Masih berbaloi untuk beli makanan even tak dapat bawak masuk makanan, takde lah cekik darah harganya. Standard harga zaman sekarang, gitulah. So tak payah risau. Standby duit je, hihuuu. 


Apapun yang penting enjoy! Dari kolam air panas beralih ke kolam budak-budak, yang ni best sangat untuk anak-anak dan sangat lah berbaloi. Ada dua kolam khas untuk kanak-kanak yang agak luas konsep pirate satu, dan satu lagi playground. Ada gelongsor dan bermacam lagilah depa boleh main kat kolam kanak-kanak, memang sejam pun tak rasa apa depa main situ. Anak-anak yang dah besar sikit boleh ke kolam utama yang paling besar sebab ada gelongsor sotong tu, aa yang tu best pasal air bukit. Sejuk, segar airnya. Kalau datang sini dulukala, kami mandi bawah pancuran air kat tepi-tepi kolam tu buat terapi urut belakang badan, pasal airnya deras, tajam, tapi best rasa macam diurut-urut kepala, bahu, belakang badan. Sekarang dah takde dah, ataupun depa buka masa-masa tertentu sebab yang kami pergi ni memang takde nampak dah air keluar ikut situ. 

Bila dah lapar sangat jangan risau lah, kedai runcit, cafe, banyak kat sini, banyak pilihan jugalah untuk makan minum. Nak rebus telur pun boleh, ni aktiviti wajiblah kalau datang sini, rebus guna air panas semulajadi. Rugi tak try. Nak lagi sedap beli megi, rebus telur, pecahkan telur dalam megi, makan panas-panas, perghh! Perut lapar, badan dah sejuk berendam air bukit, aaa memang syokla makan. Lepas dah kenyang makan, boleh sambung main kolam lagi. 

Anak-anak selamba je berenang dalam kolam-kolam kecil air panas yang suhunya 40° ke atas. Ku letak kaki pun dah terkejut punya panas uuii. Ada banyak kolam air panas yang ikut suhu kawasan air tu, yang paling panas air mendidih tempat masak telur lah. Tepi kolam yang masak telur tu kedua terpanas. Kami pernah jumpa dulu sorang uncle, dia cakap kerja kat oil and gas, banyak kali juga datang terapi buang toksik kat dalam badan guna air panas ni. Dia rasa lebih sihat lepas buat rendaman air panas ni. Siap tunjuk cara nak stay lama dalam kolam air panas tu macam mana bermula dari kaki. Lakiku try memang rasa nak meletup dia punya panas air tu, baru rendam kaki ke betis. Pakcik tu selamba berendam dalam air cetek tu sambil baring je, suhu 52°± kot, ajeerr. Dia cakap kena duduk diam jangan bergerak, baru lah tak rasa air panas menggigit-gigit kulit. Merah ye, macam kena masak, adoii ghisau nak bayang kot telur lain yang masak. Lakiku tak berani turun badan kat dalam air tu, ahahaha. Cukuplah betis jadi taruhan, tu pun after effect lepas mandi kolam air panas, rendam kaki lagi dalam air suhu kedua panas, pening rasa nak pitam. Tu dakulah, lakiku jadi berdenyut-denyut kepala, menyucuk sakitnya masa drive on the way balik. Kali pertama dalam hidup kena air panas berdenting cemtu kot jadinya. 

Selepas dari tu kami kerap datang buat rendaman air panas, lama-lama okay dah, takde dah rasa pening, sakit kepala, pening etc. Hinggalah yang latest ni siap boleh berendam dalam air panas seluruh badan yang suhu 30°-40° tu. Takde dah rasa nak pitam bagai. Belum ada rezeki lagi nak menginap kat sini sebab asyik penuh je setiap minggu, teringinlah juga nak menginap kat Villa yang ada private pool, lagila puas hati berendam kat private area kan?  Even kat sini ada juga area kolam air panas private tak nak bercampur dengan orang ramai , kena bayar tambahanlah tiket masuk ke kolam tertutup untuk lebih privasi, dalam RM50-RM80 cemtu sekali entry, kalau tak silaplah. Datang sini kalau day trip, aim datang awal pagi seawal kaunter tiket dibuka, baru berbaloi, percayalah even datang dari pagi, sampai petang anak-anak mandi, depa tak puas, tak nak balik. Kat sini ada surau, bawak lah  kelengkapan siap-siap kalau nak solat. Jadi takde lah rushing bila masuk waktu solat. Bab part tempat mandi dan persalinan ada dua tempat, luas, bersih dan berfungsi. Jangan risau. So apalagi datanglah sini bawa anak-anak, enjoy the whole day tanpa rasa ralat. Cukuplah anak-anak enjoy kat sini dulu, nak bawak anak-anak saiz macam ni ke Tambun waterpark belum berbaloi lagi, tunggu semua cukup inci, baru untung bayar tiket untuk depa, dapat rasa semua tempat mainan. Kalau dapat free ticket sekali menginap tu lain ceritalah pulak kan, ahahaha, gituuu. 


Creepy Apartment Service Bukit Merah

9.15.2023

Adoii gelak kami tengok video yang viral dari baru check in terus auto checkout bila sampai ke hotel seram kat Bukit Merah, mana tak gelaknya sebab apartment yang dikatakan seram tu tempat favorite kami pergi bermalam bila anak-anak nak mandi kolam, murah dah satu hal, yang penting kolam mandinya heaven wehh, pasal besar dan luas termasuk kolam mandi kanak-kanak dan orang dewasa, kalau nak dibandingkan dengan Bukit Merah Water park yang sesak dan ramai, lagi tenang mandi kat sinilah, herlok juga viral pasal seram tu, sebab memang seram pun, wakakaka. Memang tak tipu dia punya creepy tu, bukan tempat pilihan ramai. So cerita macam mana kami boleh tersampai ke sini pun tak terjangka gak, kira daku memang tak pernah tahu wujud apartment service as hotel ni. Lakiku confident lebih pasalnya dia dah pernah stay situ bertahun dulukala masa tengah study kat Johor lagi. 


Tahu-tahu dah kena kemas beg je, tanya nak kemana, tak tahu. Kita pergi dulu, eh pun bolehh. Start enjin kereta terus gerak ingat nak pergi Manjung je, sekali sampai Teluk Senangin orang macam semut. Sikit ruang pun takda nak celah tumpang lepak kat tepi pantai. Cari tempat tidur kat Manjung semua penuh, ahh sudah, nampak gaya kena patah balik tidur rumah aje lerr. Bertenang dulu singgah makan tengahari, solat, fikir macam mana ni? Alang-alang dah keluar, cari hotel on the spot kat Agoda, ini aje yang tinggal, tak tanya-tanya kita, terus di booknya.


Sekali google macam tempat berhantu aje, dahler murah RM70++ aje, tak masuk akal murahnya. Orang kata kalau murah pelik tu adalah tak kena, aishhh. Dalam perjalanan tu ku dah tak keruan, tanya lakiku, tak boleh cancel ke? Cari yang lain tak boleh ke? Macam tak sedap hati ja pasal murah bebenornya, ahahah. Tengok gambar punya usang tempatnya, ya ka laki aku ni book. Ku dah memacam dalam pikiran, sudahlah macam bangunan lama kena tinggal, kang sekali terbook dengan tuan tak nampak, naya uii! Mintak jauh lerr. Nak suruh cancel kan kesian plak effort tu. So onzz jelah sambil doa all is well. 


Dari Teluk Senangin terus ke Bukit Merah, habis jalan kitaorang lalu, shortcut, tak shortcut nasib sampai, dah lewat petang sangat dah, nasib baik penjaga kolam kasi masuk untuk last entry sebab nak tutup kolam dah pukul 6 petang. Masa mula-mula masuk simpang ke apartment ku dah fikir nak suruh cancel aje, tengok bangunan dah lama, macam lama kena sidai takde orang cara, pastu yang lagi tak bestnya takdak orang wehh, boleh kira berapa bijik kereta je parking kat depan apartment blok A dan B, kami dapat blok B, perghhh, lagi seram, pasal kami kereta kedua yang masuk parking situ, ada satu kereta yang dah park situ, means kami orang kedualah menginap situ, masuk bangunan terus ke lif, pasal dah ambil kunci kat bilik guard, kat reception memang takdak orang jaga pun. Nak pulang kunci lepas check out nanti letak dalam bakul kat kaunter reception ja. 



Naik tingkat dua, lampu sepanjang koridor bilik-bilik plak berkelip-kelip, haishh, sabor jelah haku, dahlah masa lakiku cakap dah booking bilik tadi, terus ku Google  cerita dan review hotel seram sekitar Bukit Merah ni, rajin sangatkan baca cerita cemtu, dah memacam version dalam kepala otak ni dok berputar. Jumpa bilik, alhamdulillah bila masuk bilik, okay sangat lah biliknya, kemas, bersih dan lengkap. Ku risau malam karang lerr, pasalnya sebesar-besar bangunan tu, kami dan satu bilik je yang berpenghuni, ghisau bunyi-bunyi pelik kang, terus istighfar banyak-banyak jangan fikir bukan-bukan. Anak-anak terus bersiap nak turun mandi, nasib baiklah lepas masuk lagi mandi kolam, sebab ada timing dan penjaga kat kolam mandi, sempatlah setengah jam anak-anak mandi kolam, lepas tu dah nak senja kami naik. Lepas solat maghrib kami turun pergi makan malam kat kedai kawasan sekitar. 


Punya ramai orang Bukit Merah Laketown resort tu penuh sesak parking dari pagi sampai petang masa kitaorang lalu depan Resort sebelum tuju ke tempat ni. So memang lepak kat hotel ni untuk mandi kolam semata-mata. Untung jugak sebab memang tenang dan tak ramai orang kat sini bila pagi esoknya, tempat nampak tak semenggah dan macam usang juga tapi kolam bukan main luas, bersih dan terjaga.Tengok dari highway hotel ni pun dah seram tu yang tak ramai kot, jalan nak datang sini pun seram jugak. Tapi berbaloi rupanya. Puas hati belaka mandi kolam trip ni, yang penting air kolam klorin level renjis-renjis je. Luluslah depa enjoy terjun mandi. So nak datang Bukit Merah pilihlah sini, kalau nak yang ada game air apa semua tu wajib check in Bukit Merah Lake Town Resortlah. Kat sini untuk anak ramai, nak jimat, tempat tidur luas boleh pilih service apartment ni. Yang penting kolam puas hati sangat.


Dalam seram tak seram kami repeat datang bermalam sini bila anak-anak nak mandi kolam, so bila orang share tempat ni memang seram, yelah kot. Datang stay sorang-sorang kat sini, baik tak payahlah, kalau daku pun auto checkout, ni kes ada peneman, takdelah takut sangat. Orang lebih pilih stay kat Bukit Merah water park resort, apartment service ni atas sikit dari resort Bukit Merah, tengok kan kawasan dan jalan serta bangunan sekitar apartment ni pun memang creepy, tapi bila duduk bermalam okay je. Masa kali kedua kami datang sini, checkout bilik pertama, siap blackout lagi masa nak azan maghrib tu, terus call in charge person tukar bilik lain, alhamdulillah pun okay, maybe ada penghuni lain, tapi syukur lah takde kena usik apa, dahlah masa tu Hana baru masuk umur 3 ke 4 bulan. Biarlah jelah penghuni tak nampak tu, asal tak kacau kita, yang penting selama duduk hotel sana sini, sekali jelah kena kacau dek depa. Haishh, pengalaman, cemtu lah. 


📍OYO HOME 90301 Suria Service Apartments @ Bukit Merak Laketown Resort

Sekepeng Penarik Kg Mangkuk

9.08.2023

Day 4 Roadtrip 5D4N bangun pagi lagi anak-anak punya excited. Lepas solat subuh berjemaah duduk kat balkoni belakang bilik untuk tengok sunrise. Tak boleh move on betul dengan views kat sini, best betul. Dengan bunyi ombak, burung berkicau, angin sepoi-sepoi, pemandangan amazing sangat. Lepak sekejap ajak anak naik basikal, boleh sewa basikal juga sini untuk ronda kat tepi pantai. Anak-anak ronda dalam Sekepeng je, malas nak keluar kes depa dah aim nak mandi kolam.

Kampung Mangkuk, Terengganu lokasi yang kurang mendapat perhatian ramai ini sebenarnya pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa, Pulang dan beberapa filem tempatan yang lain. 


Kampung ni sebenarnya terletak kira-kira 64km dari bandar Kuala Terengganu dan beberapa kilometer dari Pantai Penarik (lokasi famous ikan celup tepung) sebab sebelum sampai kampung ni, berderet restoren cells tepung sepanjang jalan tepi pantai, pilih je mana satu. 



Apa yang menarik mengenai Kampung Mangkuk ni?

Kawasan disini agak sunyi dan mendamaikan, memang betul-betul damai lain macam, memang vibes tu best tak boleh describe. Pokok kelapa kat sini macam 'beratur' dan tersusun rapi. Memang sangat cantik untuk bergambar sekitar kampung Mangkuk. 

Pantai disini juga bersih, pasir halus dan lembut cuma ombak agak kuatlah sikit dan besar. Memang syok layan pantai yang lawa ditambah dengan view laut yang membiru. Selain daripada mempunyai laut yang cantik, para penggemar aktiviti memancing juga boleh memancing di sungai Setiu yang terletak betul-betul bertentangan dengan kawasan pantai. Area kg mangkuk ni macam di apit kiri kanan, sungai dan pantai, I bet lah orang kat sini. 

Sekiranya korang ingin berkunjung ke Kampung Mangkuk, memang terrain untuk menginap at least satu malam disini, baru sampai maksud orang kata, berbaloi pun ye sebab dapat menghayati keindahan sunrise dan sunset. Terdapat beberapa homestay dan resort di Kampung Mangkuk, antaranya:

1. Sekepeng Penarek 
2. Terrapuri
3. Bayu laut homestay
4. Bayu beach Penarek
5. Pulang Resort

Itu je yang dalam pencarian daku, yang lain semua penuh, dok refresh naik sekepeng Penarik juga, dari mahal sikit turun harga, entah macam mana penuh, padahal hari bekerja, sabor jelah, maka dari rugi takde terus penginapan, ambil jelah apa yang ada, tawakkal jelah masa tu booking, on the spot plan tukar, so tu termenginap kat Sekepeng Penarik. Mungkin bagi sesetengah orang, kawasan Kampung Mangkuk ni macam creepy dan scary sebab terlalu sunyi.

Best sangat kat Sekepeng Penarik sebab very homey, nak datang sini tak payah bawak perkakasan dapur, daku terbawak, tapi tak gunalah, haishh buat penuh kereta je. Kat sini semua barang dah lengkap, macam kat rumah sendiri dah. Lagi luck masa kitaorang datang kolam kanak-kanak baru je siap bina dan boleh digunakan, kolam besar depa 1.3M agak dalam untuk kanak-kanak, so bila ada kolam kanak-kanak rasa safety sikit nak biar anak-anak mandi. Kami pergi memang musim hujan tak hujan lah, ada masa hujan ada masa tak, so bila nampak matahari naik tu happyla pasalnya dah tentu hari berkemungkinan tak hujan. Tapi untuk yang inginkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota, lokasi ini sangat-sangat best dan mendamaikan.




Bangun pagi tu semua mood herlok je, mana taknya suasana best teruk, cantik, damai, feeling tak boleh describe, masyaallah. Tak sempat breakfast apa, anak-anak teruslah terjun kolam mandi lepas main basikal. Mandi sepuashati lah sebab tengahari dah nak checkout. So siap mandi prepare terus makanan tengahari sebab bajet sampai kat penginapan seterusnya boleh makan dan rehat je.  Sempatlah kami singgah beli keropok lekor, keropok losong makan yang rebus dan goreng panas-panas, sedap! Sampai kat Besut, lagi terkejut, pasalnya....

Chalet Anees

8.30.2023

Dua kali kami menginap dekat chalet Anees ni, sebab puas hati dengan kemudahan dan tempatnya yang strategik. Mula-mula short vacay datang dengan family kecil kami, second time bawa mak ayah sekali. Murah dah satu hal, nak tempah pun mudah je, call untuk lock bilik, antara yang termurah sebab tak perlu security deposit, terus datang, bayar dan dapat kunci. Daku antara penginap Chalet Anees yang berpuas hati sebab nak dapat penginapan betul-betul mengadap pantai ni limited juga sekitar Mengabang Telipot. 



Kalau anak ramai macam iols, ku ambil family room satu bangunan dengan lobby, ada 3 katil queen, 2bilik air tak sampai RM300 untuk satu malam, kalau nak bilik chalet sebab nak vibes mengadap pantai ambil bilik kena tambah tilam atau bawak toto/tilam angin. Kat bilik chalet lengkap ruang solat dan agak luas ruang bawah boleh muat satu lagi tilam queen. Nak barbecue pun takde hal kat sini sebab semua kemudahan ada. 

Paling best kat sini sebab kedai makan banyak pilihan, nak cari makan-makan celup tepung kat sini banyak pilihan, sebelah malam tengah malam pun ada orang jual burger seberang jalan dari chalet, belah pagi banyak kedai makan pagi termasuk tepi pagar chalet Anees ni. 

Masa mula-mula sampai lakiku dah risau tengokkan rupa tepi pantai macam dalam je sebab benteng ombak batu besar tu biasanya pantai jadi dalam, takde nampak sorang pun main tepi pantai dan mandi. Tanyalah orang kaunter, boleh mandi pantai ke kat sini? Orang tu tanya balik, nappe? ade napok signboard larang mandi ke? Blurr jap lakiku, cerita balik kat daku, berdekahh ku gelak, dia cakap macam kasor bunyinyo orang terengganu cakap, tapi betul jugak soalan dia tanya, memang takde tulis kawasan larang mandi, ku bagitau memang gitulah bahasa diorang, takde kasar, kita tak biasa rasalah macam tu, orang ganu baik-baik je, 3 tahun lebih dok terengganu ku rasa cara depa tak jauh beza dengan orang Kelantan. So dapatlah mandi pantai, cuma agak dalam cerunnya, kalau nak mandi kena ada pantauanlah. Nampak air ombak besar, ada angin, atau air pasang tak payahlah mandi, ni benda common sense. 


Chalet ni buka je pintu terus nampak pantai, selalu menjadi rebutan untuk customer. Chalet Anees menyediakan  19 bilik penginapan dan satu dorm dengan suasana yang berkonsepkan Rumah berkonsepkan Tradisional Kampung di perkampungan nelayan Di pantai Tanjung Gelam Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. 

7 Minit ke Unisza
5 Minit ke UMT
5 Minit ke IPG
5 Minit ICT Sotong Pok Nong
15 minit ke Airport
20 minit ke Drawbridge 
25 minit Ke Kuala terengganu
30 minit ke Jeti Merang

RM 120/malam untuk satu unit chalet
Lokasi : CHALET ANEES, KG. TANJUNG GELAM MENGABANG TELIPOT, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu 



Direct call owner : Chalet Anees 

09 6680 137 Ofice
013 9677492 (Zaidi)
014 5338585 (watsap)
ni nombor terbaru Chalet Anees. Call direct office 09 6680 137 untuk maklumbalas yg lebih cepat.



Mengabang Telipot

8.22.2023

Sambungan roadtrip bajet Terengganu hari tu, punya berbulan mood datang nak sambung cerita ekk, kahkah. Macam tulah tengah syok menaip, anak laparlah, anak beraklah, kerja-kerja rumah dah memang wajib kena settle kan dulu, Kalau tak, bersepah, daku jugaklah menggerutu hari perasaan tengok rumah macam kapal pecah, so utamakan apa yang utama. Ku taip masa anak tidur je, depa dah bangun memang masa untuk diri sendiri kena hold dulu, so bab mengadap blog antara masa untuk diri sendirilah, lega boleh menaip. Panjang plak mukaddimah, kang tak sempat cerita plak eh, bersambung drama anak-anak, okay-okay kita sambung cerita. 


Day 2 roadtrip 5D4N pepagi dah order grab sesiap makan nasi kerabu dan nasi berlauk saja, sambil santai tunggu untuk checkout ikut timing next destination buka. Hari kedua  plan nampak gaya macam kena cancel sebab Harraz migrain teruk dan cuaca pun tak mengizinkan sebab pgi pun dah start hujan rintik-rintik, tapi gigih juga terus je pergi tempat nak pergi. Singgah Muzium ingat nak naik, tengokkan rupa tangga tinggi teruk cancel plan. Jadi tak berkesempatanlah nak tengok macam mana situasi, apa benda yang ada dalam muzium, mungkin tunggu anak-anak besar sikit semua, dah takde yang berdukung, bolehlah jalan santai-santai tempat tinggi, kena panjat tangga ni, selagi ada yang bergendong, memang tak relalah melelahkan diri sendiri, ahahaha. So sekitar muzium kami pusing-pusing melihat luaran muzium yang cantik dan bergambar. Harraz melepek dekat umi dan che su, tak larat nak jalan. Masa ni dah betul-betul turn off nak teruskan plan, yelah, kesian plak mak ayah nanti nak kena tolong uruskan anakanda pastu tak dapat jalan-jalan. 


Tapi teruskan juga pergi Taman Tamadun Islam dengan harapan, cakap pergi tengok dari luar pun okay sebab tengokkan Harraz tak larat, dah fikir nak cancel masuk, nampak ada buggy bagitahu kita naik buggy je ronda Taman Tamadun Islam, terus segar bugar Harraz dalam tak larat. Masa kat kaunter tanyalah pakej buggy macam mana sebab ada warga emas dan budak-budak, harga tiket pun berbaloi sangat. Dari jalan malas-malas, lama-lama dah bertenaga balik, hilang sakit kepala. Alhamdulillah plan berjalan lancar, so dapatlah masuk Taman Tamadun Islam. Punya puas hati sebab takde orang, kami je satu group naik satu buggy untuk 4 dewasa 6 kanak-kanak. Berbaloi bayar tiket RM80 termasuk ambil Buggy, habis pusing dan melawat semua monumen, anak-anak dah lapar balik, tapi sempatlah main kat playground depa, terus menuju ke Mengabang Telipot untuk check in sana. Kami decide untuk makan tengahari di kawasan Mengabang Telipot, banyak kedai makan tengahari kat sini sebab kawasan universiti UNISZA dan UMT. 


Cerita tentang Mengabang Telipot ni masa first trip dengan suami dan anak-anak, memang ku terkejut sangatlah, sebab agak banyak perubahan selepas daku tamatkan prngajian kat sana, hampir 14tahun, sampai ku dah tak ingat macam mana rupa asal mengabang bila lintas drawbridge tu ke mengabang Telipot. Dulu-dulu memang kawasan kami bersantai hujung minggulah kat situ, laluan wajib bila nak pergi outing Kuala Terengganu. Kadang malam keluar minum air buah gelas besar cicah keropok lekor. Bila nak pergi Mengabang Telipot ni, satu je aim daku, cari roti paung panas. 


Datang Ganu wajiblah makan roti paung, kalau tak rasa macam tak singgah. Kenangan dulu, tiap kali pergi bandar, bila balik kampus singgah beli 2, 3 plastik roti paung seorang, sekali makan habis satu plastik, sedap tambah panas-panas. Uii mengundang betul teringat rasa laparkan roti paung ni, boleh je buat sendiri,tapi tulah kita nak ke suasana tu, hahaha. Okay, back to story, lepas makan tengahari terus kami check in kali kedua tempat sama short vacay itu hari. Kenapa pilih tempat tidur sama di mengabang Telipot ni? Sebab senang, ada kedai makan berdekatan, nak makan pagi, tengahari, petang, malam, semua ada dekat je. Kami pilih bermalam di Chalet Anees mengabang Telipot, kat sini ada bilik family kat bangunan utama, dan chalet untuk 2 dewasa mengadap pantai, daku ambil bilik chalet sebelah menyebelah dengan parent. Sempatlah kami bersila lendik makan keropok lekor depan chalet sambil ambil angin pantai di petang hari. Kat depan pagar chalet tu pun ada nasi kerabu sedap buka waktu pagi untuk sarapan, jalan kaki jelah keluar makan pagi kat kedai. 


Kat sini best sangat sebab private beach, kami je mandi kat pantai di resort tu, cuaca hari tu pulak herlokk sangat, even angin agak kuat, tapi panas, dapat lah tengok group sailing yacht kat tengah laut sambil tengok anak main pasir, habis sepetang, maghrib tu hujan ribut. Gerun dengar ribut sekali dengan hujan, tepi pantai plak tu, nasib baik sekejap je, so habis maghrib hujan berhenti sekejap kami keluar makan malam, makan malam kat Kedai D' Rumoh pata, selang berapa rumah je dari Chalet Anees, nak jalan kaki boleh, naik kereta pun boleh, kat sini pun makanan puas hati sebab banyak menu pilihan, tempat bersih, luas dan kemas, kami makan dan balik tidur je untuk next plan esok.



📍Chalet Anees Mengabang Telipot

Taman Tamadun Islam



📍D'Rumoh Pata


Roadtrip Bajet 5 Hari 4 Malam ke Terengganu

3.17.2023

Tak sangka pula dari plan nak berjalan 3hari 2malam je kat Terengganu bertukar total. Sementara tunggu suami balik menyelesaikan urusan, ku ajak mak ayah dah lama terperap kat rumah sebab jaga mak saudara yang bedridden sebulan sebelum pergi menunaikan ibadah umrah. Belum rezeki lagi mak saudaraku, moga Allah bagi kesembuhan dan kemudahan untuk mak saudaraku yang tersayang sepanjang proses pemulihan. Since dah start jaga orang sakit, memang tak keluar rumah dan tak pergi berjalan kemana-manalah mak ayah, so since suami ada urusan dan kami stay kat kampung, kuajak mak ambil angin luar, tukar suasana dari sawah, bandar je, ke pemandangan lain sekejap setelah lama terperap. Jadi tanyalah mak nak duduk hotel mana, yelah kira last minute dah tempah, bila cakap nak pergi tiga hari je, mak bagi tahu, kita ambil hari isnin sehingga hari jumaatlah tak kisah tidur mana-mana, means lima hari semua sekali, terus ku gelabah buat booking on the spot, even bukan masa orang bercuti, entah kenapa tetap je penuh hotel resort kat Terengganu ye. Ingat nak lumpsumpkan terus entry untuk roadtrip ni, kalau sempat taiplah, timing anak bangun tak tentu so ku taip mana yang sempat, tak sempat ku drag ke entry lain pulak. 

Hoihh, macam manalah mom's blogger boleh buat entry setiap hari on time, ku salute betullah. Memang nak mengadap taip ni kena set satu masa tertentu macam awal pagi ke untuk blog sahaja, tapi macam daku ni, rela tidur lagilah dari bangun menaip, yang serious mungkinlah, tahap daku ni, sekadar mengisi masa lapang, bolehlah menaip masa lapang, hahaha. So back to stories plan roadtrip ni dah lama ku dok imagine, ingat nak ajak suami, masih dengan kekangan kerja yang superbusy, makanya suami izinkan dan suruh ajak mak ayah je temankan, maybe for next roadtrip suami boleh tunaikan. Insyaallah. So even dapat roadtrip dengan mak ayah pun happy sangat. Nak tunggu buat Family Day takde masa terluang lagi antara adik beradik berkumpul bersama disebabkan kerja juga, jadinya kesempatan yang ada ni kita isi dulu dengan anak-anak. 

So hari pertama kami bertolak nak kata lewat memang awal kami turun, pasal mak ayah semangat betul nak berjalan-jalan. Dalam pukul 9 pagi kami turun dan bergerak, pandu pun santai-santai je 60/km-80/km sepanjang jalan, ayah yang bawa, dapat merasa ayah sendiri yang bawa kereta pun satu rahmat yang besar dah di umur hampir 70tahun. Alhamdulillah ayah dikurniakan kesihatan yang baik, adalah sekali sekala datang sakit kena gout bila salah makan. Teringat dulukala ayah bawa kami jalan-jalan, sekarang Allah bagi kesempatan cucu pulak merasa tok ayah mereka bawa jalan-jalan. Dari Kota Bharu lalu jalan Jerteh untuk ke Kuala Terengganu. Betul-betul mengimbau nostalgia belajar kat UMT dulu, jalan yang sama ku ulang alik balik rumah setiap hujung minggu, tak dua minggu sekali, sebulan sekali, takpun setiap minggu, tengok jadual kelas. Tahu-tahu dah tua dah pun daku ni. Dah 15tahun dah waktu tu berlalu, masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri dah belaka. Hmm, memori terindah dikala muda muda dulu. Meleret-leret pula. 

Jadinya sedang elok tengahari kami sampai kat pinggir bandar, singgah makan tengahari dulu kat gerai tepi jalan. Makan kenyang, selesai urusan kencing berak anak  dah boleh teruskan perjalanan ketempat penginapan. Memandangkan Pasar Payang adalah tempat pertama kami akan singgah, so ku cari tempat tidur dekat je dengan Pasar Payang, jalan kaki ja ke sana nanti. Sampai tempat penginapan, ambil kunci, terus naik dan wallah, puashati betul dapat bilik macam ni dengan harga murah walaupun last minutes. Ku recommend sangat sesiapa yang nak berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu dengan hotel ni, sebab sangat berpatutan dan sesuai untuk keluarga besar. Masa ku tempah tu harga untuk 3bilik dapat harga promotion hanya RM200+ sekali dengan tax. Mana tak terkejut oii, nanti ku buat costing sekali untuk yang nak berjalan-jalan dengan family so bolehlah bajet-bajet sikit. 3 bilik kat hotel ni luas sangatlah, ada lif siap nak naik tingkat atas. Apapun memang mak ayah pun puashati dapat menginap hotel ni, selesa sangat. Siap ada hall space untuk kami makan dan lepak. Masyaaallah. Alhmdulillah rezeki dapat merasa. 

Jadi selepas dengan 'wow' kami masuk bilik, berehat sekejap, kami decide turun berjalan ke Pasar Payang yang jaraknya dekat saja, sambil korek hidung pun boleh sampai, so nak berjalan santai macam ni bawa orang tua, benda nampak kecil tapi ianya perkara besar untuk diambil kira sebab tenaga orang tua tak sama dengan orang muda ye. Jadi dengan jarak dekat tempat tidur, takde masalah kami nak berjalan kaki ke Pasar Payang. Tak fikir tempat parking kereta dah sebab kereta dah parking kat parking Hotel. Masuk je Pasar anak-anak ku dah berzikir lapar, ya Rabbi baru je makan tengahari 2jam yang lepas, tepuk dahi. 
Teruslah tok ayah mereka cari kedai makan dalam Pasar selesaikan perut cucu-cucu dulu, kalau tak, nak berjalan cuci mata macam mana. Nak habiskan satu Pasar Payang besar juga, tak lagi bab ralit tengok itu ini. Jadi singgah makan dulu, macam tulah kanak-kanak punya peel weh, ko kena sabar banyak je kalau bawak depa jalan-jalan, hahaha. Paling tak tahan ingatkan takde orang, yelah tengah minggu kan, apa? penuh juga orang kat gerai makan pasar, entah dari manalah orang ni semua. Agaknya cemtulah orang lain fikir bila tengok daku dan anak-anak berderet, nak kata cuti sekolah pun tak, anakku ponteng sekolah dengan izin cikgu selama ayahnya selesaikan kerja. Siap makan, kami mula pusing-pusing sekitar dalam Pasar, ingat nak cuci mata je, bawa orang tua ni tak sah membeli barangan kenangan, dengan daku sekali terbeli baju batik disebabkan pempengaruh cucuk jarum (mak dakulerr), tok ayah depa plan borong baju untuk cucu sorang satu, aduhaii. Penuh tangan kiri kanan membeli makanan tradisional Terengganu, sikit-sikit pun besar jugak satu plastik, hahaha. 

Balik dari Pasar Payang singgah beli Cendol sedap kat bucu simpang hotel. Imagine masa kami nak pergi Pasar balang air Cendol masih penuh, yelah baru nak buka gerai, kami balik tu dah tinggal suku balang dah air cendolnya. Ayahku cakap, confirm sedap ni, moh kita beli. Maka membelilah kami air Cendol satu bekas sorang, memang sugguhlerr sedap air cendolnya,secukup rasa. Balik letak barang kat bilik, kami semua naik kereta pergi ke Jambatan angkat, alang-alang dah stay situ dekat sangat dahlah, lewat petang dah, awan pun gelap macam nak hujan. Pergi Jambatan angkat tu, sempatlah pusing bandar Kuala Terengganu, sambil terpusing-pusing nostalgia kami satu gang universiti berjimba di bandar KT, banyak sangat dah perubahan sampai tak boleh imagine dah yang dulu macam mana. Sampai kat Jambatan angkat, ambillah gambar kenangan, kat tepi-tepi Jambatan angkat tu gerai lori yang akan berniaga belah petang ke malam, mungkin hujung minggu lagi meriah. Sebelah Jambatan angkat tu terus ke seberang Takir, ingat nak pusing sekejap tapi dah nak masuk waktu maghrib kami decide balik bilik je untuk berehat. 

Malam tu semua dah letih, malas nak tukar baju, jadinya ku order Grab je makan makanan goreng-goreng panas hantar kat bilik. Lepas makan, solat berjemaah, terus kami lepak santai, borak-borak plan esoknya dan tidur awal. Ingatkan pagi esoknya kami nak pergi makan nasi dagang atas Tol, rupanya hari selasa hari depa rehat dan tutup kedai, takdak rezeki sungguh nak merasa nasi dagang signature Terengganu. Jadi ku order grab nasi kerabu je makan kat bilik sebab pagi tu hujan panas. Dah rasa macam kena cancel plan sebab tengokkan hujan macam berlarutan dan panjang, namun ayah suruh gerak je dulu, singgah kat dataran Payang ambil gambar terus ke destinasi seterusnya. 

Nak dijadikan cerita, Harraz bangun pagi dah sakit kepala migrain. Silapku jua tak bawa buku, kertas pen, masa tu tak terfikir pula sebab utama kenapa jadi migrain sebab julung kali dia kena migrain ni, balik roadtrip baru datang terlintas kenapa anak jadi macam tu. Jenis anakku ni balik beraktiviti mesti kena jotdown sesuatu kat kertas, macam melepaskan apa yang dalam kepala, since balik dari berjalan tu, harraz tak buat, semua aktiviti yang dilalui seharian tak ditulis dilukis, semua pendam dan simpan dalam kepala, jadinya pagi tu mulalah dok sakit kepala. Ditambah dengan situasi tu lagilah takde mood dia nak berjalan. Adakah plan di teruskan? Hmm sedihnya kalau dah sampai tak sempat pergi tempat yang dirancangkan? Betul tak? 


Kesimpulannya, hari pertama Roadtrip 5D4N Terengganu dengan mak ayah dan adik bongsu untuk killed time tunggu suami balik even tak sempat cover banyak tempat dan tak dapat makan nasi dagang atas tol, tetap rasa puashati trip kali ni sebab dapat bawa mak ayah pergi tempat yang kita pernah pergi dengan anak-anak. Nak juga kasi mak ayah rasa feeling kami bila bercuti.


Jangan pelik kalau nampak macam pergi tempat sama je, sebab kami lakibini macam tulah tiap kali pergi bercuti, mesti tersebut dan kata 'nanti lainkali kita bawa mak ayah dan ma pula datang sini', wherever we goes mesti rasa nak bawa mak ayah ma datang juga tempat yang kami pergi. Dah dewasa ni banyak kekangan terutama masa, nak spend dengan parents macam dulukala time bujang hampir mustahil sudah, so ada peluang ni grab je apa yang mampu, kerana esok lusa belum tentu ada peluang yang sama.

Anak-anak happylerr pasal depa cuti time orang lain sekolah. So kenapa pilih Terengganu? Kan dah cakap datang Terengganu tak pernah rasa puas, tempat cantik, makanan sedap dan yang penting nostalgia kami belajar kat sini dulu ada di negeri ni, mak pun belajar kat Terengganu dulu masa menengah tinggi, ku pula masa masuk universiti. Sama-sama ada memori belajar dan kawan-kawan kat sini.

So datang kali ni just santai relax je nak release mood dan luang masa mak ayah dengan anak cucu. Sampai pun sedang elok je boleh check in bilik, best betul jalan hari bekerja ni, bilik penginapan pun murah je tu yang sampai teruja kami semua bila dapat bilik macam resort mewah tapi harga hotel bajet. Puas hati sangat sebab nak pergi pasar payang pun menapak je. Dekat sangat aihh. So first day memang nak jalan-jalan kat pasar payang dan singgah kat jambatan angkat je. Lepas tu lepak kat bilik makan-makan, tidur. Jalan-jalan masa weekdays pun, orang punya ramai macam holidays jugak, heran sungguh😂. Yang pasti kena sampai lagi pasal kami semua tak sempat merasa nasi dagang atas tol, wahahha. 

📍Uptown Eco Hotel Kuala Terengganu
📍Pasar Payang
📍Jambatan Angkat

*notes:macam biasa tak sempat habis taip, anak dah minta perhatian, maka utamakan yang lebih utama, till next entry ye. Doakan ku lapang masa nak menaip. Sepatutnya nak taip kos sekali, tak jumpa plan notes belanja letak kat mana. Nanti ku letak untuk rujukan bagi yang nak bajet jalan-jalan makan angin. 


Mandi Kolam Hotel Sfera Manjung

1.20.2023

Asyik mandi kolam rumah aje, nak jugak diorang sibuk nak mandi beramai-ramai dengan orang lain. Alhamdulillah ada kosong, orang tengah gian keluar dari rumah, everyweek penuh aje even now apatah lagi tempat camping, sampai jammed jadual camping kat mana-mana tempat. Apapun ni antara tempat kitaorang stay if datang Manjung, since dah masuk kolam yang latest ni, memang haukk dia punya level klorin tu, macam mandi air klorin terus. Apapun semua pilihan sendiri kan, so hadap jelah. Ya ampun memang last check in kat sini dah kot( boleh percaya ka ni) 

Nama lagi kolam hotel, dah itu jelah cara nak pastikan air tak berkeladak dan kotor, nak komplen lebih-lebih pun tak boleh, so nikmati sajalah apa yang dipilih. Bertolak datang sini kalau kira dah awal sangat dah, tapi biasalah hadap peel anak-anak ni, tengah jalan merengek lapar, pastu nak pula makan nasi dalam pinggan besi(nasi kandar M. Gulam Rasul Teluk Intan) tapi masa tu dah nak on the way ke sitiawan dah, so kami singgah yang cawangan, tapi kat sini takdelah guna pinggan besi tu, terus spoil mood anak keduaku ni, begitu rumit sekali anak kedua ni, ku faham sebab daku pun anak kedua, hahaha. 

So apalagi, sambil menitis air matalah anakanda makan nasi dalam pinggan plastik, ya rabbi sabor jelah! Sebagaimana sabar lakiku hadap peel bini anak kedua, maka ku tahankan hati sabar mengadap peel anak keduaku, memang turn off betul mood bercuti, baru suku jalan nak pergi dah bermacam ragam, macam mana nak berjalan banyak hari, yang perjalanan untuk tidur semalaman pun dah urut dahi pening, ahaha. Jadinya dalam pukul 4petang kami sampai terus check in, terus tak dan-dan depa nak mandi kolam even masa tu matahari panas mencanak lagi, eh!eh! 
Tapi dah datangnya memang niat nak mandi kolam, betullah tu dengan excited depa kan? Hahaha, so apalagi bersiap-siap tukar baju mandi, terus ke kolam, penuh dah pun kolam, ku agak semua anak-anak pun macam tulah peel depa kan, tak sabar-sabar nak tunggu teduh sikit, haa mandilah puas-puas. Dari pukul 5petang sampai 6 setengah petang depa main sungguh-sungguh anak kedua ku juga datang merengek sakit dekat tempat sunat, terus naik dan masuk bilik, mandi bersihkan diri, bila tengok dah merah bengkak gatal dekat lingkaran kena potong. Punya boleh tahan juga kesan klorin overdose sampaikan yang lain pun merah macam biji saga mata masing-masing. Malam tu keluar makan dan lepak santai jelah kat bilik. Semua tidur awal sebab letih main kolam, memang bersungguh-sungguh bab terjun naik kolam, memang letihla tidur tak sedar apa belaka. 

Terus tak nak main kolam dah pagi esoknya, jadi lepas breakfast terus checkout dan pusing-pusing area Manjung je. Korang yang takde masalah dengan klorin ni bolehlah check in sini, antara favor spot hotel juga kat Manjung asbab ada kolam. Tempat tidur sini quite okay, variety banyak pilihan ikut kesesuaian keluarga. Antara hotel yang lengkap dengan gym, restoren, siap ada bilik khas baca buku lagi, masa pergi tu pun diorang tengah upgrade tempat makan, tepi gym, mesti lagi cantik dan luas, antara the best hotel jugalah kat Lumut sebab serba lengkap, hope depa upgrade samalah bab kolam. Boleh kami repeat lagi kalau ada rezeki dan masa terluang, insyaallah. 

📍Sfera Hotel


Pengalaman di Mongolia versi Rick Resort Teluk Intan

1.17.2023

Bila ada anak-anak ni boleh buat alasan anak-anak boring, anak-anak ajak mandi kolam, anak-anak nak tidur hotel, mamanya boleh tumpang enjoy sama. Tapi nak buat alasan guna nama anak-anak ni ada batasan juga, bila anak dah cerdik boleh fikir dan timbang tara, dah pandai buat keputusan, dah ada life sendiri jangan sesuka hati guna term anak-anak yang nak sedangkan diri yang teringin, terus terang lebih baik, karang dok pendam, simpan jadi keladak tak cantik impaknya nanti. Yelah jadi mak-mak ni ada masa dan banyak kali rasa tak tergamak ni datang. Tu yang guna anak-anaklah sebagai penyelamat keadaan. Tapi bab berjalan, keluar dari rumah ni tambah takde plan apa-apa memang kerja partnerlah. Dalam banyak benda selama jadi housewife ni, memang bab keluar dari rumah dihujung minggu sememangnya ditunggu-tunggu even keluar cari air kelapa, cendol, pati soya, eh semua bab makan plak tu jadi sampingan mana tak kelaut azam kurus setiap tahun, hahaha. So bab keluar jalan-jalan ni selalu je onz tanpa halangan, tanpa alasan untuk menolak. Kuhargai sangat bab jalan-jalan ni tau sebab ku pernah perhati kehidupan seorang surirumah yang tak pernah berjalan-jalan, bila first time berjalan keluar negara terus dia macam shock dan terasa ruginya umur dah warga emas baru merasa nikmat melancong, even tempat dekat-dekat pun tak pernah ambil port. Sekarang even suami dah tak mampu bawa kereta sebab sakit, dia yang drive sendiri, bawa suami gigih dia pusing negeri berjalan-jalan kat rumah anak-anak dan ambil angin. So dari situ dapat pengajaran ketika ada masa, peluang dan tenaga ni ambil, guna, isi dengan baik sebab masa sudah tentu tak berulang.

Staycation kat tempat dekat pun teruja kenmain belaka. Dari nak main pasir, terus ke Sahom cari jeram berpasir kat Sungai Jahang, tapi kat sini memang arus air agak lajulah, memang tempat aktiviti berkumpulan buat water confident dan dan main jeram dengan boat ringan tu, entah apa dia dah namanya. Sampai je memang terkam pasirlah anak-anak, cari tempat duduk ada rumah kecil ala-ala wakaf kat sini untuk duduk seharian bersantai. Nak berkhemah pun takde masalah. Tapi tu lah musim tak menentu sekarang tak boleh agak tak sempat nak main pasir lama-lama hujan start turun. Turun moody belaka pasalnya nak main pasir dalam hujan tak boleh kes ada petir. Tak nak ambil risiko terus berkemas untuk balik. Kesian bila mood terpancung kat tengah jalan, Dari Gopeng terus suami decide ke Teluk Intan, cari tempat penginapan kosong berkolam. 

Sempat singgah packing baju untuk semalaman, sampai pun dah lewat petang dah pun, terus check in dekat Rick Resort dan keluar makan malam. So balik bilik rest dan main kolamlah, budak-budaklah. Daku kalau pergi hotel memang kerja nak tidur jelah, hahaha. Orang kata baik nikmati tempat kat hotel, barulah betul bercuti, sebagai full-time suri rumah, tempat cemnilah ku rasa baru boleh duduk berehat, tak buat apa, jadi tidurlah paling the best aktiviti, anak-anak kasilah partner settle. Dapat setengah ke sejam tidur tanpa gangguan pun heaven sangat dah, sebelum suami kejut anak nak susu. Susu cap gantung cemtulah, orang kata senanglah, tapi yang mengadap bermacam cabaran, apapun kita anggap jelah cabaran pun nikmat juga. 
So datang bermalam kat Rick Resort ni agak lain macam sikit sebab nak kata glamping pun macam juga, tapi lebih kepada Mongolian tent, sangat luas khemahnya, memang boleh tahan berguling, kebetulan masa tu tent yang kosong hanya yang berasingan dari bilik air. So nak pergi bilik air untuk mandi dan ke tandas kena keluar berjalanlah. Yang penting tempat tidurnya selesa, kolam mandi sangat besar dan luas. Kat Teluk Intan tak banyak sangat hotel berkolam, semata tempat tidur tu banyaklah. Tiap kali datang Teluk Intan, memang selalu cakap kitaorang kalau datang Teluk Intan bukan sesaja datang nak ambil gambar kat Menara Condong Teluk Intan, kalau datang asbab nak settle barang rumah atau barang rosak, sebab kat Teluk Intan nampak aje macam old version semua kedai tapi semua otai dan legend punya produk depa ada jual, buat servis. So kali ni dapatlah merasa stay kat Teluk Intan, macam buang tabiat kekdahnya. Biarlah asal anak gembira main kolam, dan daku dapat tidur dengan benar kejap sebab masa tempoh ni dalam fasa tempoh 'tidur-tidur ayam' ni. 

Kalau datang Teluk Intan nak bermalam dengan pengalaman berbeza bolehlah merasa tidur kat 'Mongolia' ni, dah dapat merasa yang ala-ala pun kira okay dah sebab nak tunggu yang real tak tahu bila dapat merasa kan? Rate pun agak affordable dan banyak pilihan bilik ikut kesesuaian keluarga dan bajet, kalau dapat grab masa promotion lagilah untung. Macam daku kalau datang Teluk Intan macam tak banyak idea nak buat apa, pergi mana. Since dah ramai share apa boleh buat kat sini, ku cadangkan sama aktiviti kat Teluk Intan ni nak buat apa. Sekarang pun dah banyak sikit pilihan tempat tidur berkolam private. Nak berjalan-jalan kat Teluk Intan ni cukup kot 2hari 1malam, dah settle satu Teluk. Biasa Teluk Intan famous dengan bab makan juga. Kalau untuk macam kami, Teluk Intan adalah tempat shoppinglah, jenis malas nak pergi bandar besar Ipoh, Teluk Intan the best and warm place to visit. 

Aktiviti Menarik:
River Cruise Teluk Intan
Lepak di Menara Condong 
Gerbang Malam Uptown Teluk Intan
Restoren Udang Galah Tepi Sungai
Ladang Moccis Sdn Bhd Teluk Intan
Pawangam Teluk Intan


Greenview & Avant Chocolate Cameron Highlands Newlook

11.08.2022

Antara hotspot wajib singgah bila datang Cameron Highlands adalah Avant Chocolate & Greenview stopcentre ni, kalau mak ayah atau mertua tempat ni wajib singgah untuk ke tandas dan cuci mata. Tahun 2022 Greenview banyak buat upgrade untuk tambah daya tarikan. Antara tempat makan juga( untuk yang islam sebaliknya cek dulu bab halal toyyib), halal tu dah soheh tapi part toyyib better check sebab banyak kali ku singgah all the time tengok orang bukan islam yang masak, rasa yakin teruskan je makan, tubuh badan masing-masing. Biasa sini tempat kami singgah pergi tandas dan anak-anak main je sebab ada mini animal farm kat sini dan tempat anak main bot. 


Sepanjang pkp banyak jugaklah section dan look di tambah baik kat Greenview ni. Tempat yang menarik untuk anak-anaklah, yang turun atau naik ikut Simpang Pulai bolehlah singgah sini, kawasan pun sedang-sedang tak luas sangatlah. Biasa singgah sini sebab anak-anak nak main paddle boat dan bagi makan kat kambing. Masuk kat sini Free je untuk bergambar dan sebagainya, kalau nak main paddle boat RM10 untuk setengah jam, untuk bagi makan kat binatang kat petting zoo RM2-RM5 harga makanan binatang, untuk tandas RM0.50-RM1. Nak singgah beli sayur pun okay kat sini tapi takde pilihan sangatlah. Biasa yang datang sini untuk ambil gambar je ramainya. 
Selain tu kalau nak beli berbagai jenis perisa Chocolate, memang kat sinilah jawapannya, sayangnya kilang coklat sampai la tutup tak boleh masuk tengok macam dulu dah, even pilihan perisa teh dzn kopi pun banyak kat sini. View kat sini berbaloilah untuk Instagram able, ootd dan sewaktu dengannya, dalam gambar cantik sangatlah, tapi dah nama lagi zoo, baunya memang sedaplah, tapi memang puashati dan berbaloi pun datang sini. Alang-alang dah sampai Cameron Highlands tu singgahlah sini. Bila lagi kan, datang bukan selalu. 
Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja,
39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Kode GPS: 4.579943, 101.379882
Email: avantchocolate@gmail.com
No Tel: +6 05 – 4981 982

Kea Garden GuestHouse Cameron Highlands

11.07.2022

Pengalaman menginap dua kali kat Kea Garden GuestHouse ni. Sebelum datang merasa menginap tentulah rasa teruja rasa nak menginap tempat camni. Yelah siapa tak teruja tengok pemandangan kat depan hotel pun dah cantik kenmain kan? Penuh bunga-bungaan warna warni. Tambah lagi best lokasinya strategik hanya 2 Minit menapak jalan kaki ke Pasar Kea Farm je dah sampai. Kat tepi je tempat tidur kekdahnya. 


Tapi, sebelum decide nak tidur kat sini, consider dulu beberapa perkara. Memandangkan dah ada pengalaman menginap kat sini, rasa sesuai tak sesuai atas masing-masing, tapi untuk pengalaman sendiri Ika share kat sini apa yang best dan apa yang tak best. Pertama kali datang sini kami satu family je datang tidur kat sini memang rasa seronoklah sebab memang murah. Rasanya antara tempat penginapan kat Brinchang, kat sini antara harga yang berpatutan dan lokasinya menjadi pilihan ramai untuk singgah jika datang bercuti. 


Tempat penginapan: Sangat luas untuk family kami yang besar ni, ada satu katil Queen bed dan tiga katil single, masa tu kami book dengan harga promosi iaitu RM100± include tax untuk bilik Suite Junior. Dengan harga sebegitu, memang murahlah, sebab bilik pun luas size boleh main kejar-kejar lagi anak-anakku dalam tu. Keperluan dan kemudahan lain seperti tuala, water heater, electric kettle, iron semua ada. Alhamdulillah kali pertama kami duduk kat tingkat bawah tak perlu naik tangga, senang dekat dengan tempat parking dan hanya berjalan dan naik tangga sikit untuk ke Kea Farm. Masa kali kedua kami book jenis bilik Family Room bersebelahan untuk mak ayah dan adik bongsu satu bilik tapi dapat tingkat atas sebab masa tu peak season. Puas hati sangat lah kalau bab tidur kat Kea Garden GuestHouse ni. Cuma kalau datang family besar sikit, kami dok berulang alik ke bilik sebelah lah sempat nak berborak. 


Kea Guesthouse ni ada jenis penginapan ye, bilik hotel dan mini chalet room. Nak stay dengan harga murah dan bajet bawah RM100, boleh ambil Mini Chalet, untuk married couple, anak sorang, single, datang by group dengan kawan-kawan, sesuailah sebab yang ni shared bathroom dan biliknya memang mini. Kalau macam dah family ada anak lebih dari dua better ambil hotel rooms atau ambil mini chalet lebih dari sebilik, sebab memang tak muat kalau ramai. Tak boleh expect lebihlerr kalau dah nama mini, tapi lengkap bertv bagai ye, towels ada, kira oklah tu, nak tidur selesa kira dah memenuhi dah keperluan dengan harga bajet. 


Tempat tarikan: Haa yang ni yang paling utama, sebab dekatlah dengan hot spot pelancong untuk membeli belah, juga dekat dengan The Sheep Sanctuary Cameron Highlands, dekat sangatlah, jalan kaki je dari tempat penginapan, tak payah fikir bab parking kereta. Nak pergi Kea Farm yang Centre tu pun kena lintas jalan je. Kalau jenis malas fikir bab parking tambah lagi time peakseason, alangkan hujung minggu pun jem teruk apatah lagi kalau cuti sekolah atau cuti bersambung, stress beratur kekdahnya. Nak pergi Flora park pun jalan kaki jelah ke tempat naik jipnya(kalau datang single dengan kawan-kawan recommended lah cemtu). Kalau macam Ika dengan anak berderet ni, fikir 10 kali nak jalan kaki, wakaka. Tapi memang betul dekat sangat kalau nak pergi Floral Park Parking, memang kena naik dari sinilah sebab wajib jip yang bawa kita ke park tu. 



Kedai makan: Yang ni lah sebenarnya paling penting selepas tempat tidur. Ye tempat makan! Diulangi, tempat makan, sebab datang tempat sejuk, takde benda lain jadi melainkan lapar, lapar, lapar! Rasa nak makan, rasa nak mengunyah, rasa nak mengudap je kerja. Bukan budak-budak je, orang tua pun jadi macam tu. Mesti diingat ye, kalau nak tidur kat Kea Garden GuestHouse ni if dah plan nak makan kat luar, jauh sikit dari tempat menginap, insyaallah takde masalah. Tapi kalau malas keluar jauh-jauh, tempat makan yang ada berdekatan (hanya jalan kaki saja) hanya ada satu tempat iaitu Sinar Hijjaz, makan buffet steamboat, nak kata sedap tu so-so jelah, sekadar mengisi perut. Tu jelah pilihan yang ada. Dan semestinya pukul 7 petang semua kedai kat Kea Farm dah tutup, pukul 8 malam tu dah gelap kawasan sekitar ye. So kurangnya dan tak best kat sini takde kedai-kedai berdekatan seperti 7eleven, mart, kedai makan lainnya, atau kedai runcit. Nak datang stay sini kena bawa makanan lebih sikit, tambah kalau bawa anak-anak, roti, biskut atau apa-apa makananlah sebab nak cari on the spot memang kena keluar jauh sikit, even area Corptone hotel pun takde sangat kedai-kedai, nak tak nak kena turun ke area Nova Hotel untuk cari farmasi atau kedai serbaguna. Tu jelah yang tak bestnya, yelah kadang banyak unexpected situasi seperti air minum dah habis ke, makanan dah habis ke, pampers anak lupa bawak ke, jauh sikitlah kena keluar mencari. 


Ada lagi, bila menginap kat sini rasa tak privacy sangat sebab orag awam yang tak menginap sini boleh masuk kawasan sesuka hati untuk melihat kawasan, ambil gambar, little bit risk kalau tingkap bilik buka dan tinggal, selain tu bising sangatlah sebab tempat yang menjadi tumpuan crowds. So kalau nak datang berehat in peace this place not for you sebab pagi-pagi pun orang dah penuh, yelah Kea Farm pukul 7pagi pun dah ada gerai yang buka. 


Owh, lagi satu tambahan kat sini ada foodcourt, which means agak menjadi pilihan untuk makan pagi dan tengahari tapi mungkinlah tak ramai sangat yang tahu tempat makan ni, sebab kedudukannya agak tersorok dan terbelakang sedikit dari pandangan mata. Nak kata sedap, hmm tekak dan selera masing-masing, buka 8pagi sampai 5petang je tu pun takdelah banyak sangat pilihan, nak minum teh sambil tengok sini memang okay sangat . Dan sepanjang kami naik turun Cameron takde lagi rasa nak recommend korang kedai paling sedap, rasa nak makan tu singgah jelah kedai makan mana-mana, asalkan korang kenyang je. Entahlah kenapa nasi lemak kat sini pun tak sampai spec dia, tak tahu apa salah, nak kata orang indonesia masak, sah-sah memang orang kita. Jauh lagi nak rasa sambal bilis tu, satu-satunya kedai yang sampai maksud makan nasi arab dengan nasi lemak area Taman Sedia tu je, yang lain tak tahulah, no komen. Tekakku cerewet agaknya. 


Kesimpulannya? Best tak stay Kea Garden GuestHouse ni? Untuk family kecil, jenis tak cerewet, ok this hotel really for you, harga patut, scenery cantik, paling penting katil tempat tidur selesa. Yang jenis asal ada tempat tidur je kekdahnya. Yang bau lumut, kulat tu kalau datang Cameron Highlands, benda ni memang dah tak boleh elak ye, sebab nama pun tempat sejuk, hujan bukit tu biasa dah, so lumut-lumut tu memang tempat dia lah. Lagipun Kea Farm ni adalah tempat tertinggi kat Cameron Highlands.

view at night

Nampak cahaya malam kat sini pun cantik je dalam gambar, cerah happening je kan? Tapi bila kedai tepi dan sekitar dah tutup memang gelap dan suram kawasan, so nak lepak malam-malam depan bilik tu bawah pukul 9malam tu still okay, cahaya lampu liplap tu still meriah tapi tak dapat tandingi kecerahan lampu putih selebihnya baik dok lepak dalam biliklah sebab sejuk, suram, sunyi sikitlah bila malamnya. Tidur jelah jawabnya lepas makan. Yang dah plan memang nak berjalan sekitar Kea Farm, memang Kea Garden GuestHouse ni Ika recommended, tapi kalau bawa warga emas yang tak boleh berjalan(guna wheelchair) dan boleh berjalan tapi uzur sangat tak sesuai bertingkat-tingkat tangganya. Juga kalau bab makan takde hal, bolehlah pilih sini, makan je steamboat Hijjaz Sinar tu. Kalau rajin nak keluar jauh silakan, takde masalah, jenisku kalau dah masuk bilik landing atas katil, bermalas-malasan, memang malaslah jawabnya nak bersiap-siap pula nak keluar makan semata, wakaka. Nak datang kita-kita je(family kecil kita) Kea Garden Guesthouse ni recommended, kalau bawa family lain terutamanya orang tua better ambil apartment je, lebih selesa. 

Reviews: 4.5/5

Nak booking directly : click sini keagarden.com

Kea Garden GuestHouse 
Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Roadschooling: Jeram Felda Trolak Sungkai

11.02.2022

Mandi jeram antara aktiviti kesukaan kami, best sangat mandi air bukit ni, sejuk segar. Antara jeram kesukaan kami adalah Kampar dan Sahom, sebab scenery sekeliling tu worth sangat, memang release dan healing kekdahnya. So kali ni kami nak cuba pulak mandi jeram kat dalam kebun pokok getah. Benda viral ni kadang dekat-dekat kita je, tapi kadang tak ambil tahu nampak yang jauh jugak yang bestnya. Nampak orang share tempat mandi okay sangat, cetek dan sesuai untuk anak-anak mandi dan bermain. So apalagi ditunggu, hujung minggu kita terjah. 

Gigihla pepagi buta turun bukan sebab semangat nak pergi jeram sangat, utamanya nak makan nasi kerabu golok sedap, mandi jeram tu sampingan, hahaha maka dari rumah terus ke Hospital Slim River, terus ke cafe hospital borong 8bungkus nasi kerabu golok, oii dasar tamak perut gendut nafsu makan kenmain. Yelah since duduk Perak payah sangat nak cari nasi kerabu yang win kat tekak melainkan buat sendiri, eh terpuji masakan sendiri pulak, wakaka. Lepas dah borong nasi patah balik dari Slim river ke Trolak cari jeram kat Felda Trolak Timur ni, punya pening waze, kami pun naik pening cari jeram, nasib baik jumpa, ingat nak give up dah, nasib lerr jumpa air cendol santan pure guna kelapa sawit, bawak pi kelah sekali depan jeram. Syokk air sejuk macam ais uii. Tanya orang jual air cendol nasib baik boleh jugak mandi jeram sini. Adalah dalam 3 ke 4 kali pusing-pusing dalam Felda ni, tak jumpa jeramnya. 


Alhamdulillah setelah bertanya, pun sesat juga sekali, try pergi sampai hujung jalan mati baru jumpa jeramnya, padahal dah sampai situ masa first round, tapi punya takut sebab tulis jalan mati, terus pusing ke lain. Punya takut kat mati tu, sampai tulisan jalan mati pun takut nak try pergi tengok, al-wahn dalam hati cemtulah, Allahu, astaghfirullah. Suasana kampung dalam felda tu rasa macam mustahil pulak nak jumpa jeram, itu pasal kami pusing berkali-kali tak jumpa, macam  pelik kat mana tempatnya, paling hujung tempatnya.

Berbaloilah sampai Jeram Trolak ni, sungai jeram memang  cantik, bersih, air tenang,  sesuai sangat untuk riadah sekeluarga. Level air sini memang selamat dan agak cetek, bolehlah lepaskan kanak-kanak bawah 2-10 tahun main air sungai, ada part macam air sungai, ada part air jeram, pilih lerr mana satu suka. 

Kami pilih tempat hujung sekali sebab ada pasir, bolehlah anak main-main pasir sungai. Ada anak kecil tengah membesar ni, aktiviti paling best untuk diorang adalah main pasir, sebab itu jugalah permainanku masa kecil paling favourite, dia macam asyik tau. So parents kalau tak tahu nak bawak anak enjoy kat mana, bawa je pergi main pasir, insyaallah free je banfing masuk waterpark, themepark. Sekali sekala boleh terjah tempat moden, tapi kopak jugalah poket, zaman sekarang nak berak, kencing berbayar seringgit apatah lagi yang lainnya. So manfaatkan benda free sekeliling selagi jumpa peluang. 


Pemuda pemudi sini pun bagus sangat, nampaklah depa jaga kampung sendiri, bersihkan tempat orang berkelah, susun balik batu jeram yang di usik pengunjung. Korang datang tempat percuma macam ni, hargailah dengan jaga kebersihan, datang bawa barang-barang, balik nanti yang jadi sampah tu bawa naik kereta sekali, kalau tak kesian orang setempat, dari tak berpengunjung, jadi perhatian, terus tunggang terbalik, baik jadi tempat terpelihara takde pengunjung. Kadang betul juga orang dok bising jangan viralkan tempat-tempat cantik, sebab bukan semua orang tahu menghargai. Bila dah kena bayar itu ini, tahu pula nak complain itu ini tak kena sedangkan masa percuma tak reti pula nak jaga elok-elok. 

Bestlah datang tempat sebegini, healing free aje, nak camping boleh, nak sewa bilik boleh, harga bilik pun murah cuma rm100 sebilik tepi dekat jeram tu. Nak waze tengok youtube ni, boleh agak-agak mana tempatnya. Agak-agak pening tanya jelah penduduk kampung, depa lebih tahu, malu bertanya sesat jalan macam kami, sesat dua tiga round.

📍 FELDA TROLAK TIMUR , SUNGKAI,PERAK.

https://youtu.be/pK86-kE3aXo

Untuk camping dan bermalam sebaiknya maklumkan pada pihak koperasi Felda. 
No fon saya letak kat sini +60175417860(koperasi)

Roadtrip Pekan Pahang

10.28.2022

Memandangkan dah ramai yang buat aktiviti travel, salah satu tempat yang agak tak popular tapi superb adalah Pekan Pahang. Korang patut masukkan dalam list travel korang sebab memang berbaloi datang sini. Sebenarnya Pekan ni tak pernah masuk list pun dalam list travel, roadtrip kami kalau berjalan. Kalau bagi pilihan Pekan atau Rompin, kami pilih Rompin lagi, tapi itulah rezeki nak sampai ke Pekan Pahang ni memang buka mata kami. Nama je Pekan, tapi Najib punya tempat ni memang bukan biasa-biasa ye. Dari Kuala Kangsar kami terus ke Seremban, Muadzam Syah, Rompin dan akhirnya sampai ke Pekan. Ikut plan asalnya nak bercuti kat Rompin repeat untuk kali kedua, tapi tukar plan terus ke bandar Pekan.
Pekan merupakan sebuah daerah, dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang. Biasa kalau sampai Kuantan pun Pekan ni takkan ada tarikan rasa nak pergi. Bila sampai Pekan serasa seakan-akan berjalan-jalan kat Terengganu, ada vibes tu. Sebab tepi pantai, dan yang menariknya pantai kat sini landai dan seronok untuk anak main. Level pantai sini macam pantai Cherating gitu. 

Masa kami sampai tu kebetulan minggu tu hujan je, panas sekejap-sekejap je. So kami terjah tempat yang sempat aje, pun tetap puas hati sebab sehari tu dah boleh cover banyak tempat, yelah bukan besar sangat bandar Pekan. Datang Pekan Pahang antara hotspot yang korang patut singgah antaranya

Pekan Riverfront
Masa kami sampai memandangkan sempadan negeri baru buka, aktiviti naik boat belum beroperasi sepenuhnya lagi, so tak dapatlah naik River Cruise ronda persisiran sungai Pekan, namun kat sini bolehlah lepak santai sambil makan-makan ambil angin tepi sungai. Kat sini pun banyak gerai makanan dan minuman juga kedai masakan Ikan bakar. 

Pantai Air Leleh
Kalau berjalan dengan anak-anak tak sah pula kalau tak menyinggah pantai kalau ada pantai, kalau ada kolam wajib ke kolam. Antara pantai popular kat sini adalah Pantai Air Leleh. Tenang je sebab tak ramai orang. Nak mandi pun air ombak tak seganas ombak kat belah Pantai Timur so boleh berkelah makan-makan dan lepak main pasir juga pantai kat sini. Nak stay dekat area Pantai pun ada pilihan Chalet Casa D Bayu Roomstay, Homestay By The Sea, 79 Beach Homestay banyak lagilah stayroom yang tepi pantai. Kalau nak singgah makan kawasan pantai tu, singgahlah Dapur Mek Kelate dan Warung Cili Padi Serandu. Puas hati dan berbaloi makan.

Muzium Sultan Abu Bakar
Alang-alang dah sampai bandar Pekan, wajib singgah bergambar kat Muzium Sultan Abu Bakar, Muzium ni betul-betul dekat tengah bandar, dekat dengan Pekan River Front. Lepas tu kalau nak ke Muzium Masjid Sultan Abdullah ala-ala Taj Mahal, jalan kaki je, semua tempat bersejarah ada berkumpul setempat je, senang gitu. Galeri Tun Teja pun kat sini. 

Dah puas pusing kat tengah bandar bolehlah korang tuju ke Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri bagaimana kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap, jadi siapa yang berkenan tu boleh beli direct atau buat tempahan kat corak kan yang kita dah berkenan. Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak juga nyata menggamit hati, best kalau datang tempat cemni, ada inspirasi orang kata, terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, rumah ini adalah rumah yang dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir, teringat pula Galeri Tun Razak kat Kuala Lumpur, sana pun best juga. Datang sini rasa tak rugi sebab ada banyak tempat menarik satu-satu lokasi, dekat-dekat je. 

Makan Sedap di Pekan Pahang
Kalau dah berjalan makan angin, tempat makan sedap pun jadi point untuk kita sampai kat sesuatu tempat kan? So nak menjamu selera kat Pekan Pahang ni takde hal, banyak sangat pilihan makanan, dan seleranya tak jauh beza dari selera belah Kelantan, Terengganu. Ada nasi kerabu, nasi minyak, nasi dagang, kat gerai tepi jalan pun banyak pilihan untuk makan pagi. Kalau tengahari cari makan dekat pinggir bandar banyak pilihan termasuk menu ikan patin di  Warung Pekan Lama untuk hidangan makan tengah hari pasti tidak mengecewakan terutama bagi penggemar ikan patin dan makanan kampung, dah macam makan ikan Patin Temerloh dah. 

Selepas kenyang makan tengahari bolehlah bungkus Murtabak Mengkasar. Kami tak makan kat kedai sebab perut dah kenyang sangat, hujan pula, tu yang malas nak turun bungkus makan lepak kat bilik je. Sedap juga murtabak Mengkasar ni, kalau kat Kelantan digelar Murtabak Diraja sebab ketebalan murtabak, samalah murtabak mengkasar ni ada keenakan tersendiri dan lebih tebal berbanding murtabak biasa kerana memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dengan 21 jenis rempah-ratus berkualiti dan dimasak garing. Korang yang sukakan keju, boleh order murtabak Mengkasar ‘special’ memberikan rasa keju yang sedap dan tak muak pastinya. Antara tempat makan sedap di Pekan Warung Pekan Lama, Kedai Makan Warisan, Medan Ikan Bakar Kuala Pahang dan banyak lagilah pilihan bab makan-makan ni. 


Penginapan Pekan Pahang
Nak datang Pekan Pahang bab penginapan janganlah risau banyak sangat pilihan tempat tidur termasuk yang 4 bintang iaitu Ancasa Royale antara hotel the best kat Pahang sebab di tepi Sungai Pekan. Kami cari bajet hotel berbintang 4 je,mana taknya bintang 4 dapat katil double complete everything dengan harga tak masuk akal, so our unplanned roadtrip kali ni sangatlah berbaloi. Untuk family besar macam kami memang perlukan Family room dah kalau pergi bercuti, tak kisahlah hotel bajet ke apa asalkan semua dapat tidur selesa atas katil, kalau hotel 5bintang katil pun tak boleh tambah, melainkan tambah bilik lain rasa tak berbaloi pulakkan. Just memikir plak camne eh orang lain tidur kat hotel standard/mewah yang ada katil king/queen satu tu? Kalau anak ada tiga pun dah tak muat, means ada yang kena tidur kat lantai? Ke camne eh? Adoii sibuk pulak memikirnya, wakakka. 

So trip kali ni kami pilih untuk tidur kat Pekan Auto City Bajet Hotel. Nampak je luar macam bengkel kereta, tapi wallah kat dalam macam hotel 4bintang, puas hati bayar bermalam. Bajet tak bajet memang tu je matlamat nak tidur dengan selesa setelah melalui perjalanan yang panjang, takde yang kena tidur atas lantai, dah letih bontot duduk atas kereta, mestilah tidur pun nak selesa. Sekarang memang tu jelah point cari bilik kat mana-mana tempat bercuti, katil double mesti dua dan kalau lebih lagi bagus. Harga belakang kira dah asal memenuhi keperluan tidur. Gitulah bila keluarga makin membesar, ni anak-anak tak besar remaja lagi, dah remaja auto dah kena tempah bilik asing dah, kan?

So yang tak nak berjalan kat tempat sesak, pergi situ sini pun beratur, nak makan pun beratur, nak ambil gambar pun beratur, nak beli tiket pun beratur, pilihlah Pekan Pahang, banyak tempat free boleh lawat. Tenang pun ye. Syukur Alhamdulillah.