Tiny House Mula Jadi Pilihan Trending

11.03.2022

Sekarang kalau cakap bab rumah, tak lain tak bukan, 'mahal' jadi isu tambah lagi dengan isu riba. Perasan tak perasan dah ramai buka mata bab rumah ni dan ikut preference dan kemampuan masing-masing. Tapi dalam banyak-banyak isu rumah, paling trending buat rumah kecil atau dengan kata popular 'tiny house'. Agak interesting idea rumah kecil ni sebab jimat banyak benda.


Kalau ikutkan kebanyakan orang memang nak rumah besarlah sebab senang nak letak semua keperluan, perabot idaman, utensil idaman, kabinet idaman. Antara artikel menarik ku baca dan sependapat dengan kami laki bini bila dah lalui sendiri dengan keluarga masing-masing. Konsep Tiny house ni dekat kat hati sebab kami dah tinggal banyak jenis rumah dari rumah besar hingga ke rumah kecil(rumah sewa), rumah banglo (rumah keluarga). Bila dah umur camni dan boleh memahami kesunyian orang tua. 

Dulu sis pon pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain. 

Salah satunya sebab SUNYI. Ye sunyi..

Dulu, tiap kali berkunjung kat rumah orang kaya kaya yang nak jual rumah, 

Dalam hati sis berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling guling

Selesa sungguh! 

Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat. 

Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain music 🎶, argh! Complete ! Semua nyaaa adaaa

Bab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef 

Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa. . 

Seronok kan? 

Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka. 

Rupa rupa nya , bila dah meniti usia tua, 
“Kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah…

Keluhan mereka biasanya mesti macam ni, 

Kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni Anne, penat! 

Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni? 

Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik. 

Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar besar semua untuk anak anak sekali

Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masing

Tak mahu nya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni

Rumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa. 

Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senang 

Kereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian. Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive? 

Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri. 

Jadi bertambah “lapang” la depan rumah. 

Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua. 

Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula. 

Ish! Panjangkan keluhan mereka? 

Aku yang tadi elok2 nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan? 

Tak dengar kata sangat kenapa Anne oi? Nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suami ku bantah. Disuruhnya sis booking hotel ada kolam.

Tak pulak sis mandi kolam

Sis nak beli kereta baru pon dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja. 

Oh rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku! 

Nah kalau korang nak “merasa” berada di tempat mereka, korang boleh la beli rumah ini. Ada 11 bilik semua nya. Nak parking 10 kereta depan rumah pon boleh. 

Founder & jutawan bolehla beli. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara. 

Ni bukan kata beli rumah besar salah okey
Terpulang korang. Mampu apa salah nya. Ha gituu…


Masa anak membesar ni, sangat tepat kita semua perlukan yang yang lapang, banyak space, so rumah besar memang relevant untuk didiami, tapi bila anak dah dewasa, ada kehidupan sendiri, keluarga sendiri, rumah besar dah tak relevant lagi. Tu masa hidup, kalau dah meninggal? Lagi sesak dada tengok rumah besar-besar usang, ditinggalkan sebegitu je, mungkin masalah pengurusan pusaka dan sebagainya. Anak ni kalau dah ada aset sendiri dah dimiliki, memang yang orang tua tinggal bukan lagi keutamaan terutamanya rumah, yelah tempat kerja dan kehidupan sepenuhnya dah kat tempat lain. Tu tak masuk lagi part tamak, berebut-rebut harta pusaka. Nak mengurus harta pusaka pun costly sangat, so kalau tinggalkan harta yang terlalu banyak kat anak-anak yang tak mampu, agak-agak terurus ke? Banyak cabaran part urus harta pusaka ni.


Jadi, trend tiny house ni ada juga baiknya, selain kita ada tempat berteduh, kita sedar hidup ni tak perlu berlebih-lebihan. Part yang ni pun masing-masing punya pilihan dan selera. Tiap kali makan angin kat negeri mana-mana pasti jumpa, terlihat rumah tinggal yang terlalu besar tidak berpenghuni dan rosak, bukti bahawa harta benda, benda yang kita suka dan cinta ada limit. Limit dari segi tenaga pun ye, limit dari segi kewangan pun ye sebab rumah, tempat tinggal perlukan penyelenggaraan berkala. Masa muda ni ada lagi energy nak teliti kemas, mop, susun atur, sampai masa energy dah berkurang tentu akan merumitkan diri jua. Bab selenggara, lagi besar rumah, lagi tinggilah kos selenggara, betul tak, apapun yang selamat, ambil jalan tengah, bersederhana. 


Jadi idea tiny house ni mula jadi tarikan untuk kami yang menuju ketuaan ni. Ramai dah juga mulakan usaha buat tinyhouse dalam kebun bila waktu kena kurung dulu, rasanya since dari situ idea tiny house mula popular. Kebaikan bila rajin mengembara banyak tempat, tempat berbeza, bagi inspirasi kat kita. Kat instagram ramai juga ku follow mereka yang miliki tiny house dan juga minimalist, orang kata ambil inspirasi untuk jadikan kenyataan diwaktu yang tepat. Amin. Antara idea tiny house

Source: tinyhouse.com