Kebaikan Buaian & Puting

10.15.2013

since lahirnya Ahmad Haddad tak pernah terfikir pulak nak beli buaian untuk anak. Namun disebabkan mak sendiri kesian tengok anaknya melayan cucu-cucunya dengan agak kelam kabut, haru biru dan sebagainya dalam tempoh berpantang...so my parent tolong decide untuk beli buaian untuk cucunya bagi menyenangkan kita..Memandangkan hari pertama baby Haddad dibawa pulang setelah bermalam di hotel NICU, maka terbuntanglah mata abangnya melihat mamanya mendukung seseorang yang berbalut comel..nangis sikit baby Haddad, terus kena peluk mama (i mean breastfeed) mana tak jeles abangnya masa mula-mula adiknya balik...tengah-tengah malam bangun sama bila dengar suara adiknya nangis, tapi yang bertenggek atas ribanya, confirmlah dia tu pun sekejap aje sempat bertenggek pasal masa tu luka belum baik dan  mak kita cepat-cepat amik si abang, mana tak meraung budak tu, terasa tersisih, terpinggir, poor my son..huhu, minggu pertama confinement tu memang sedih tengok reaksi si abang Harraz..menangis minta didukung, menangis minta beriba..owhh, memang sadis perasaan masa tu..ada jugak curi-curi angkat si abang sebab kesian, yelah kalau angkat depan mak ayah mahu kena bebel 43756ratus kali takut peranakan jatuh...huhu-.-'..

So after two weeks, brainwash benda sama dekat abang Harraz, tell him that baby is his little brother..so lama-kelamaan he can accept that...datang dekat cium cium dahi...kadang-kadanglah, kadang-kadang datang geramnya, mahu dicucuk mata adiknya, lempanglah, tindihlah...so kena sentiasa dalam pemerhatian, sama-sama baby, sama- sama tak tahu apa-apa, baik ke buruk ke, asal boleh lempang macam dah satu something fun pulak kat dia..so don't let it be happen...just repeatedly give positive and nice word to him, show how to kiss little brother and etc..insyaallah lama-lama fahamla dia..so meleret tak tentu hala lagi, nak cerita pasal buaian asalnya...after that my mum belikan cucunya buaian untuk berendoi...tak kiralah siapa yang nak berendoi asalkan boleh menyenangkan kerja nanti bila dah habis berpantang dan balik ke rumah sendiri nanti..memandangkan selama ne Abang Harraz tak pernah berendoi, just guna carseat untuk amik syarat buai-buai sikit masa dia nak tidur, almost six months ++ jugak macam tu, lepas tu dia dah tak nak duduk dalam carseat, nak tidur bergolek-golek aje atas comforter asal ada yang menepuk bontotnya terus lena...so try jugak letak abangnya dalam buai pasal dah tak sempat nak menepuk-nepuk bontotnya, nak menyusu si adik lagi...ada dua tangan je ok, memandangkan jadual menyusu dan tidur keduanya sama dan tak menunjukkan tanda perubahan untuk bergilir-gilir, so nak tak nak kenalah jugak ajar anak berendoi...ingatkan pelangi hingga ke petang rupanya ribut sekejap ditengah hari..Abang Harraz tak boleh tidur berendoi, tidur tak lena dan sekejap aje...menangis mamanyaT_T. okehh, takpe try adik nya pulak...sekali...pun sama tak boleh tidur berendoi...muahaha...padan muka haku, terpaksa guna kaki tangan yang ada..-.-". means dalam pantang orang yang paling bizi, dah tentu-tentulah haku..maklumlah mak berkerja, muehehe..so dalam membengkungkan diri sendiri, mentungkukan diri sendiri, memanggang diri sendiri..waktu yang paling tak tahan dua-dua meraung nak menyusu dan tidur...dengan haku sekali menangis...wuhuuhuu, menangis sebab penat, menangis sebab macam tak tahu nak buat apa...tapi itulah pengalaman...manis jadinya, walaupun masa tu rasa pahit..haa, kang meleret entah apa-apa lagi...so, kesimpulannya my sons menolak untuk berendoi...orang lain sibuk tak nak bagi anak berendoi, ko sibuk nak ajar anak berendoi...wakaka, for me berendoi atau tidak as long benda tu akan menyenangkan why not guna jelah daripada serabut serabai dengar anak menangis, lagipun orang kata tidur berendoi ni anak lena tidurnya, bagus la kalau gitu, yang tak bestnye susahlah sikit nak bawak buai kesana kemari..macam mak-mak sedara kita...muahehe, takpelah susah sikit masa anak-anak kecik je, dah besar nanti dah senang hati...insyaallah.
 gambar: pertama kali kenalkan carseat buat Ahmad Harraz
gambar: Ahmad Haddad tidur dikaki buaian je
gambar: akhirnya buaian jadi hiasan je, freestyle jadi pilihan dua beradik comel ne...hihi
selepas peristiwa guna buaian gagal..try pulak nak bagi baby Haddad puting..memandangkan baby Haddad suka memuting, so my mum bagitahu "ishh, tak makan minum, tak buat apa-apalah la ko nanti kalu anak asyik nak bergayut" terus my mum beli puting..tapi tak berjaya jugak..tak macam abangnya..abang Harraz memang ada peristiwa macam mana dia nak puting...masa tu umur dah 5bulan lebih kalau tak silap..dia menangis malamnya, semua serba tak kena, sekali sumbat puting terus diam dan tidur...sampailah sekarang..sampaikan tak tahu dah nak buang tabiatnya yang suka memuting tu macam mana..putingnya hanya berfungsi masa nak tidur(kalau dah tidur dia sendiri akan buang dan campak sesuka hati) dan masa menangis aje, selain waktu tu dia akan campak sesuka hati, bila nak mulalah tercari-cari(mama dialah yang kelam kabut mencari)..huhu-.-". so i decide biar abang Harraz sendiri yang berhenti memuting..hihi, lama-lama bosanlah kot..harapnyalah...-.-".For me dua benda takde masalah, depends parents..baby happy kita pun happy, ye tak...daa>_<"