Fasa Merangkak yang Terlalu Lama

12.13.2013

lama tak post pasal anak-anak...disebabkan sibuk dengan anak-anak sampai tak menyempat nak menjenguk alam maya khasnya blog sendiri..macam manala ibu emak lain handle masa..ahmad harraz sangat tak suka tengok mamanya mengadap laptop, terus tarik tangan ajak untuk melayannya main, ajar dirinya berjalan..yezzaa, ahmad harraz masih dalam proses belajar untuk berjalan..his enthusiasm to learn so high, ajakan sebegini dari anak manakan boleh ditolak sewenang-wenangnya, walaupun dah hampir sebulan lebih berlatih, namun tuan punya diri need more time nampak gayanya, dan hasil usahanya dah menampakkan hasil sehari dua ne bila more step without any pit stop...mihmih. Ahmad Harraz melalui fasa merangkak yang sangat lama, i guess..sebabnya waktu Ahmad Haddad dilahirkan, masa tu tak pandai pun budak comel ne merangkak, alih-alih bila adiknya boleh keluar wad dan bawak balik rumah, haritu jugaklah ahmad harraz boleh merangkak, cam magik pulak kan? mentang-mentang nampak adiknya terus nak tunjuk kebolehan...kohkoh-.-'. So sampaila dari hari tu sehinggalah sekarang ahmad harraz belum boleh jalan sepenuhnya lagi, almost nak masuk 6 bulan atau setengah tahun...but it's ok, setiap anak berbeza keupayaan dan kebolehannya, no worries, tambah pulak lepas baca tips dari pakar mental kanak-kanak,really good info ...adiknya pula bila dah lama memerhati usaha abangnya berjalan, sekarang dah tunjuk usaha untuk meniarap dan berpusing 720darjah...berlumba-lumba pulak dua beradik ne, huu..makin penatla mamanya nak melayan keaktifan dua beradik ne..

ahmad harraz pun baru pandai pegang botol susu dalam tempoh sebulan lebih ne, that's why sangat penat bile keduanya nak menyusu at the same time, tangan sebelah pegang botol susu, sebelah lagi pangku adiknya nak menyusu, baby bambam tu bukan tahu nak sabar ke, nak menunggu, yang dia tahu kalau lambat disumbat hasil susuannya, mahu bergegar taman perumahan diraungnya...yang abang pulak memang tak boleh nampak didahulukan adiknya, mulalah merajuk..manja hokeiii, sudahnya kakitangan haku jugak sibuk bekerja..mihmih, anak punya pasal, kenalah kreatif, tambah pulak bila dua-dua nak berdukung..dua-dualah kena angkat jawabnya...letih memang letih tapi bila fikir balik sekejap je masa nak layan karenah anak-anak masa diorang kecil, rasa berbaloi sangat, sekarang pun dah rasa rindu sangat masa ahmad harraz baby..tup-tup dah besar, sekejapnye masa ya allah...huuu. tu jelah sempat kongsi, daa