Gigitan Hama disangka Chickenpox

11.15.2013

Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh sang pencipta untuk sentiasa bersyukur atas kesihatan yang baik dan kehidupan yang tenang, keadaan ahamd haddad dan abangnya sudah pulih seperti sediakala setelah berbulan naik bintil-bintil merah seakan chickenpox, tapi rupanya bukan chickenpox..huu, masa balik kampung sempat ke klinik Balqis (pakar kulit), bukan main payah nak jumpa dr. balqis ne..pepagi buta dah tercongok depan klinik nak ambil no.giliran punya pasal..klinik belum buka pun dah berbondong orang menunggu..tapi memang berbaloilah, sebabnya ubat kat klinik balqis ne dibancuh sendiri dr.balqis..sangat awesome kan?dan tak sampai dua minggu bintil-bintil kat kepala ahmad haddad sembuh, patutla makan bulan chickenpox luarbiasa ni, rupanya kesilapan perubatan, biasalah tu kan..no human perfect, sekali tengok memang macam chickenpox..so me tak salahkan doktor yang merawat, cuma silap jumpa doktor yang tepat..apapun tak kisahlah, yang penting my sons dah sembuh, alhamdulillah..kesimpulannya keduanya kena gigit serangga atau lebih tepatnya kena gigit hama.. penat juga mengemas rumah, merebus pakaian anak-anak, dan buat apa yang patut untuk membunuh kuman hama ne, hama ne memang kejam sikit spesisnya, sebabnya sekali dah gigit ia akan merebak ke kawasan sekelilingnya, means satu gigitan dah cukup untuk tinggalkan really bad rashes..memang perangai huduh, so disebabkan rumah tepi jalan lagilah senang habuk dan debu berterbangan sekali dengan hama tu..doesn't mean kita pengotor lah jika ada hama ne, ehemm..tu ayat doktor bagilah kan, so memang betul, walaupun hari-hari mengemop, rumah pun takde karpet disebabkan my prem babies, so elakkan rumah ada karpet, debu tak elok for them...apa boleh buat, hama berkenan jugak nak datang menjenguk my sons, redha jelah..-.-"

sakit-sakit ne kifarah dosa..oleh itu sentiasalah bersyukur Allah nak ringankan bebankan kita dan anak-anak..dalam pada tu didik juga kita bersabar kan?..menjaga amanah Allah bukannya mudah tapi insyaallah Allah permudahkan urusan kita jika kita sentiasa mengingati-NYA...so much happens lately yang banyak memberi pengajaran berhikmah..samada nak ambil secara positif atau negatif je apa yang berlaku sebagai iktibar dan sempadan dalam meniti kehidupan yang sementara ne..sesungguhnya kematian itu pasti walaupun sejauh mana kita pergi, kerana ianya adalah perkara yang paling dekat...entah selama mana diri ini memiliki dan dimiliki, entah selama mana diri meminjam dan dipinjamkan..semoga jumaat yang penuh barakah ini kita sentiasa mengambil peluang yang ada untuk sentiasa mengingati dan menginsafi diri untuk apa kita wujud di dunia ini...perkara yang paling mudah adalah menasihati, semoga diriku sentiasa berada dijalanmu yang benar ya allah...amin...salam jumaat^_^