Betullah orang kata bila bersalin ada bahagian masing-masing rasa....syukur walaupun perit dan membuatkan diri fobia, semua selamat. Dalam pada selepas bersalin, suami keluar untuk doktor selesaikan tugasnya..doktor tercakap kat nurse yang membantu..."uri tak keluar ne, saya kena buat jugak "tak keruan dengar ayat doktor tu..terus doktor tu "i'm sorry ok, awak tahan sakit sikit...sedut gas entonox, saya bius sekali nak kurangkan sakit" keletihan meneran satu hal...sakit bersalin dah lupa dah...sakit yang ini yang menakutkan, pasal dah terbaca isu uri tersangkut kat Pa&Ma bulan Jun, tak tersangka plak jadik kat diri sendiri...so i know the process and how pain it is..huuuT_T. Allahuakbar, tak tahu nak describe macam bila doktor mula masukkan tangan kat bawah tu dan cuba menarik keluar uri...seperti sepohon pokok yang tumbuh subur ditanah, tiba-tiba akarnya direnjat-renjat keluar dari tanah...Allahurrabbi hanya Allah je tahu macam mana sakitnya, berkali ganda sakit lebih dari sakit bersalin, tiga kali doktor tarik, uri keluar...dan ...meneliti uri tersebut lengkap atau tidak...sekali lagi doktor tanya nurse tu" dah lengkap ne kan?tapi macam ada yang tertinggal sikit"..Allah...bertambah tak keruan, sekali lagi doktor, noooo, berkali-kali doktor keluar masukkan tangan korek serpihan uri dah darah beku yang ada kat dalam rahim..perasaan masa tu dan rasa sakitnya...T_T(hanya mampu nangis kalau nak ingat balik)..sampaikan diri dah tak berapa nak sedar akibat terlebih sedut gas entonox untuk menghilangkan rasa sakit (tapi tak kurangkan jugak sakitnya) kena korek macam tu, banyak kali pulak tu..sampaikan diri dah hampir terawang-awang dan pandangan mulai nak gelap...doktor panggil my name "please, menyahut!!" masa tu memang tak menyahut sebab still sedar cuma tak mampu nak sahut panggilan aje...dah siap berdoa dalam terawang-awang tu, "ya Allah, jika tiba masanya ku pulang ke pangkuan-Mu, kembalikanlah aku dalam Husnul khatimah"..
Namun, dalam sedar tak sedar..doktor menggerakkan my body suruh celik mata.."hah, buat saya risau je", "maaf ye, saya kena buat macam tu sebab kalau ada sisa uri yang tertinggal saya risau awak tumpah darah lepas ne...dah siap, cuma nak make sure sekali lagi semuanya dah keluar ke tak, kita scan sekejap"panjang lebar doktor bagitahu.. then after scan, rupa-rupanya ada lagi yang tertinggal.."doktor, please...sakit sangat sangat..kena korek lagi ke?" dah separuh merayu.."sorry ye"doktor terus korek apa yang tertinggal..Allahurabbi, rasa dihujung nyawa lagi.."ok dah, semua selesai, saya nak jahit koyakan awak tahan ye"kata doktor...part ne tak payah cakapla, disebabkan sakit terlampau kena korek tadi, sampai stress doktor nak jahit koyakan disebabkan me tak dok diam..huhu, lastnya selesai juga...alhamdulillah, lepas tu terus lelap lepas dibagi ubat bius sekali lagi untuk mengurangkan sakit yang masih bersisa ..sedar dari lena, tengok doktor yang melayan karenahku tadi kat sebelah, sambil bertanya..."macam mana?ada rasa sakit tak kat perut?"hanya mengangguk..sambil memegang tangan doktor, aku ucapkan terima kasih, say sorry sebab susahkan kerja doktor tadi..she just smile...then say "it's ok, just get rest, and don't forget, jarakkan kehamilan lepas ne, luka czer awak masih dikira baru, tapi nasib baik luka dalam dah sembuh elok, uri sangkut tadi pasalnya uri anak tebal sangat..takde kaitan dengan luka czer, congrates"..for this time memang lupa nak tanya nama doktor tu...semoga Allah sentiasa memudahkan urusanmu..so, sementara menunggu ubat kecut rahim habis dimasukkan, me terlelap sambil dok termimpi-mimpi keskitan kena korek tadi...mulut terkumat kamit cakap sakit, sakit...sampai suami yang entah bila masuk balik ke bilik bersalin suruh selawat bebanyak..so malam tu, memang tak boleh tidur akibat sakit seluruh badan dan asal tidur termimpi mende sama..My MIL tumpang simpati katanya memang sakit kalau kena macam tu.."ma baru je dengar cerita orang dok cerita pasal uri sangkut, tak sangka pulak kena kat menantu sendiri"said my MIL..huu, itulah pengalaman bersalin kali kedua..sakit tapi nikmat, huu^.^
Top Social