Honestly masih terasa diri di fasa bulan madu..alhamdulillah, ahmad haddad dah 4 bulan lebih umurnya...tak menyempat nak menaip disebabkan beberapa hari ni mengalami diri tidak punya kesihatan yang mengizinkan tapi sempat shopping online..wakakak...sakit perut yang melanda beberapa hari memang menyebabkan hati berasa tidak tenang, pasal dah terfikir yang bukan-bukan...masa tulah sibuk fikir dua batu nisan, alahai manusia manusia, bila sakit baru nak ingat pencipta..khilafnya aku ya allah..walaupun masih berbaki rasa sakit perut ne..takde cirit birit, maybe angin kuskus disebabkan dah langgar pantang awal-awal makan pulut banyak sangat, padan muka kau!!so natijahnya tanggunglah sendiri...begitulah kesimpulannya...disebabkan sekarang terlalu banyak wabak penyakit yang tidak terjangka, boleh pulak terfikirkan air kencing tikus...nauzubillahiminzaliq, takut jugaklah kan, even dah beringat supaya kurang-kurangkan makan dan beli makanan kat luar, tapi ada masa jugak malasnya datang, beliiilah jugak...huuu, apapun nampak gayanya tak bersambut lagi anniversary tahun ne, konon nak bercuti tapi koya-koya sendirilah gayanya..dalam mimpi lah-.-".
so fasa berbulan madu dengan anak-anak lagi best, dah macam-macam plan dengan hubby bila ahmad harraz dah boleh jalan, nak pergi zoo lah, nak bawak diorang campinglah, berkelah lah...huii, macam-macam kalau bab cakapnya, tapi yang bab laksana tak tahulah entah bila...takpelah, sampai masa nanti tertunailah jugak..sabar itu membuahkan hasil...mihmih..tambah pulak sekarang dah nak cuti sekolah..mengingati tarikh penting ne memang penting, tak tahulah kenapa kan? tapi my memori very very bad, ada sekali masa nak buat buku merah ahmad harraz ke ahmad haddad dah lupa, lol..bila nurse tanya tarikh nikah, terus blank, tak ingat tarikh, kena tengok kad nikah dulu..huhu dan tahun lepas punya anniversary pun suami yang buat surprise pasal haku tak ingat...huhu, so tahun ne buat awal-awal entri supaya ingat tarikh anniversary sendiri, tak tahulah bila dah dekat tarikh jadi terlupa pulak-.-"..adoii, hape penyakit tak tahulah, banyak berkarat ne...apapun berharap fasa bulan madu akan terus segar sampai ke akhir hayat kami suami isteri...moga anak-anak menjadi penyeri hidup yang menyejukkan hati...ok daa, salam jumaat&salam hijrah, moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..insyaallah
Top Social