Seronok baca pendapat orang tentang bab balik raya, bila dah kahwin inilah antara ujian puncak selepas berpuasa, bertoleransi dalam alam rumahtangga. Honestly 5 tahun pertama kahwin bab ni lah kami bergaduh, masam muka, tak bercakap, bila part balik raya, either kita suruh dia mengalah dan dia suruh kita beralah. Tak mudah ye bab balik kampung nak raya ni even rumah mertua dan besannya hanya 40minit perjalanan. Pun boleh bergaduh, tak tahu camne yang kahwin jiran depan, kahwin dengan orang kampung sebelah tak sampai 10minit perjalanan, ku agak depa lagi payah tahun awal kahwin tu nak decide macam mana. Pernah baca yang kahwin jiran tu, pasal makan tengahari pun boleh bergaduh, yelah mak sendiri ajak makan kat rumah, mak mertua pun sama, hahaha.
Korang yang dah kahwin, benda ni kena bincang, jangan ikut flow aje. Ada ye, species suami yang family dah state awal-awal raya pertama mesti rumah maknya dulu, biasa kalau cemni memang mak mertua jenis takde empati, pikir tekak sendiri aje, suami mak mertua pun tak mampu larang, ada juga yang jenis sama naik, mak ke bapak sama pesen. Tak mertua makpak sendiri jenis macam tu, jangan dok nampak asyik belah family mertua aje, perati juga family sendiri. Kalau ada rules stick the rules lah, tahun lepas raya rumah family kita, tahun ni rayalah rumah family mertua pula, jangan disebabkan situasi tak best, tak meriah dijadikan alasan untuk kita langgar the rules. Respect it.
Ya, bukan tentang raya je sebenarnya, ia tentang orang tua kita. Kalau cerita bab bergaduh gilir balik raya ni, apa cerita je tak jadi, macam-macam sepanjang berbelas tahun kahwin ni, tapi masuk tahun kesepuluh, ku dah tenang-tenang sikit, biasa kalau bab toleransi balik raya ni, alhamdulillah masih bergaduh juga lagi tapi dalam keadaan santai jelah, macam borak borak dengan member, kalau dulu, hahahaha, simpan jelah sendiri macam mana rupa gaduh. Isteri jangan guna kad muka sedih, manja manja, untuk kawtim giliran, tak payah dan jangan cuba buat, nanti sendiri makan hati juga next next punya giliran. Respect each other turn jelah.
Ku masih ingat masa awal kahwin kebetulan abah sakit, dan dalam tempoh sakit tu kalau boleh abah nak semua anak-anaknya ada sentiasa even raya, mana tak tercucuk hati, permintaan dari orang tua, macam mak ayah kita juga, at the same time kita pun fikir mak ayah pun tentu rasa cemtu juga bila raya, so beberapa tahun dalam tempoh abah sakit memang buat sistem giliran half day, pagi duduk sini, petang balik sana, vice versa sebab suami pun kena jaga hati isteri. Lepas abah takde kebetulan tahun pertama ma raya sensorang tanpa abah even ada adik beradik bujang lain, kebetulan semua yang dah kahwin turn belah utara selatan, tinggal kita je yang paling dekat, so ku beralah turn sebab kesian pula sebab baru beberapa bulan berpisah abadi, takkan cucu seorang pun takde teman raya, tulah first time ku belajar betul-betul dengan hati bab toleransi. Alhamdulillah bertitik tolak dari tu, ku takdelah melantun-lantun dah bab bergilir raya ni sebab suami sendiri dah faham gayanya macam mana. Korang kalau suami baik sangat sampai mampu beralah tiap kali turn raya, asyik rumah kita aje, one day you will taste your own medicine.
Ku dah tengok dah, betullah, apa yang dia pernah buat dulu, anaknya buat balik kat dia, dulu setiap kali turn rumah mak mertua dia tak nak balik, balik kampung sendiri aje beraya, bila dah tua, beranak cucu, anak lelakinya sendiri buat camtu kat dia, haa merasalah macam mana perasaan bila lalu sendiri situasi yang dicipta sendiri suatu ketika dulu, baru padan. Nak mengatur pun tak boleh, sebab menantu pun persis dirinya yang dulu, begitulah lambat cepat aje merasa. Kita kalau tak nak orang buat kita macam tu, jangan sesekali buat. So ku tak nak lalui perasaan perit tu bila anak-anak ada kehidupan sendiri nanti, anak-anak dalam mode memerhati tingkahlaku kita, apa yang kita tunjuk, anak akan buat, so tunjuk contoh yang baik untuk mereka buat nanti. Insyaallah.
So daku tahun ni raya mana? Insyaallah belah mertua, dah dapat request dah dari ma untuk masak, yahuuu. Nak sahihkan giliran ku kena belek entri entri raya sebelum ni, mana tahu ekk, kot ada loophole, babahahaha. Bukan apa, kami berdua pelupa, lupa turn siapa dulu, yelah banyak sangat ulang alik sini sana rumah dekat tak dekat sangat, cemnilah jadinya, adoii, apa pun selamat bergaduh ye korang, tiga minggu lagi nak battle, insyaallah masing-masing ada unique agreement mengikut lifestyle masing-masing, buat dan adjust lah bagaimanapun, yang penting dua-dua happy, please tak payah banyak drama bab balik kampung ni tak kira which side, kihkih.
Hidup atas dunia mahupun akhirat nanti, semuanya ada balasan. Atas dunia kita buat aniaya orang, pasti penganiayaan yang sama atau lebih lagi buat pelaku pasti terbalas, kita buat zalim kat orang, pasti kezaliman terbalas, kita buat hina orang pasti kehinaan terbalas, kita buat jahat kat orang pasti kejahatan itu terbalas, kita mengata orang, pasti orang mengata kita balik. Apa saja kelakuan kita baik, buruk pasti ada balasan. Hukum tabur tuai dalam Islam adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebab-akibat dari setiap perbuatan manusia. Bukan karma, sebab dalam islam memang takdak karma karma ni. Balasan pun takde limit masa, cepat lambat, memang akan dapat balasan, tu je.
Siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, dia akan melihat (balasan)-nya. Siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, dia akan melihat (balasan)-nya.
Bab kifarah ni, kemaafan lah yang paling mahal, sebab nak memaafkan apa yang orang dah buat tak mudah, dah maafkan pun masih tak lupa. Memaafkan tak semudah disebut mulut, tapi memaafkan orang ni the best thing yang perlu kita belajar buat, ku dah ada pengajaran besar dalam hidup bagaimana kehidupan orang yang tak nak memaafkan, tak mampu nak memaafkan, impaknya miserable juga jadinya buat diri sendiri , macam membawa satu beban sepanjang hidup, tak sudah-sudah kesannya, bukan setakat emosi, tapi membawa ke fizikal. Memaafkan satu perkara yang teramat-amat berat untuk dilakukan oleh sesiapun makhluk yang dizalimi, dikhianati, di hinakan, di jahati, dan setara dengannya, tak mudah. Namun, memaafkan tu lah sebenarnya satu hukuman terberat buat pelaku kerana segala apa yang dilakukan akan dibalasi oleh Allah, malah sempurna sekali balasan. Percayalah. Korang kena belajar buat, memaafkan. Supaya mereka bersenang hati untuk sementara menunggu kifarah, puas hati bila Allah balas ni, sebab tiada sesiapa pun mampu menghalang terjadinya balasan buat mereka akibat perbuatan jahat mereka sendiri. Totally serah, berserah diri.
Ku rasa pernah coret dalam entri blog ni, tentang cerita ayah suatu hari diwaktu hari raya tahun bila ku dah lupa, biasa waktu lepas solat sunat raya memang akan ziarah kubur, seseorang mendekati ayah, menghulur tangan memohon kemaafan. Matanya merah, suaranya sebak, 'maafkan hamba'..ayah pandang kelibat yang menghulur tangan dengan pandangan tak terkata, tak tersangka, walaupun dah sedikit berubah, ayah cam sangat raut wajah orang tu, orang yang langgar mati satu-satunya adik lelakiku ketika itu dan memfitnah sehingga masuk surat khabar tahun tersebut, dahlah buat salah, pi plak buat twist laporan, dan cerita tak betul kat akhbar, makan tahun ayahku naik turun mahkamah, tapi di sebabkan anak somebody kat kampung, makanya kesekian begitulah cerita orang berduit dengan tak berduit ni, kita semua boleh agakkan bagaimana keputusannya. Betullah walaupun dah hampir berpuluh tahun peristiwa hitam dan berdarah tu berlaku, air mata ayah tak pernah kering kalau cerita tentang tragedi tu, mak ayah hilang anak ni, tak tahu nak describe macam mana peritnya. Hukuman dalam mahkamah boleh lari, boleh twist, boleh buat apa saja untuk menang, tapi hukuman dari Allah, tuan badan aje yang merasa. Mungkin hidup tak tenang, sentiasa dihantui, diburu rasa bersalah, hidup gelisah,atau apa yang dia pernah buat kena balik kat diri atau orang yang dia sayang, no ever one know melainkan tuan badan aje yang merasa kifarahnya, sehingga tuan badan akhirnya datang jua mengadap bertentang mata dengan ayahku memohon maaf atas kejadian dan mengaku bersalah, kesal. Begitulah hidup, bila buat salah jangan lari, jangan menipu, jangan fikir diri saja, makan diri je nanti, lambat atau cepat saja. Even berpuluh tahun baru ayah dengar sendiri permohonan maaf tersebut, walau dah terlambat untuk keluarga kami dengar, kami dah lama redha, maafkan, dan menyerahkan sepenuhnya segala keadilan kepada Allah. Even makan puluh tahun, we deserve to hear an apology too. We know that an apology won’t change anything what happened, even it won’t magically mend our broken heart or erase the memories of the pain. But it really matters. Sobs. Moga Allah tempatkan arwah adikku di syurgaMu, meninggal ketika umur mumayiz, Amin. Tulah kan? Datang terlintas juga waktu tu, dengan kemenangan dia, dah puluh tahun dah pun, why dia mai cari juga minta maaf, buat keras jelah macam awal-awal dulu, jalani kehidupan macam biasa, macam takde apa-apa berlaku, sebagaimana yang dinafi, tapi mesti ada yang something yang push him datang jua mengadap, dia ja lah tahu kan kenapa?
Orang buat aniaya kat kita memang menyakitkan, derita, tapi ingat dikala tiada apa pun yang mampu menolong kita, orang teraniaya punya senjata paling hebat iaitu DOA. Doalah, doalah sepenuh hati, doa penuh yakin, doa penuh penyerahan, ditambah pula di bulan istimewa, bulan Ramadan ni. Ambil peluang, biarkan saja penganiaya, tersenyum, berjimba puas-puas, kita berdoalah sehingga rasa puas. Lambat cepat kifarah di rasa, bila datangnya kifarah dari Allah tiada apa pun yang dapat menepis. Masa tu kita pula berterima kasih kat Allah sebab kurniakan hati kita untuk memaafkan, menyabarkan diri, berusaha kuat untuk didik hati redha dan terus berserah , ganjaran pun pasti bukan kaleng-kaleng. Ku doakan buat penzalim, orang yang keji menganiaya orang lain, orang orang yang sengaja melakukan kejahatan, Allah balas kifarah berpuluh kali ganda lagi kekejian yang kamu buat.
Xoxo,
25 tahun berlalu meninggalkan kami
Masyaallah Tabarakallah, Ramadan ke sepuluh baru sempat mengadap skrin, too much to settle, urus anak-anak sekolah bersambung-sambung meleret dengan urusan kehidupan harian. Tahu-tahu dah habis minggu pertama bab berpuasa, means dah sepertiga bulan Ramadan kita selesai. Alhamdulillah Allah kurnia nikmat melalui, merasa bulan Ramadan, nikmat tak semua orang dapat. Syukur nikmat dan peluang tak ternilai ni, Ramadan tahun ni banyak throwback talk, how and memories kami anak beranak sepanjang Ramadan bersama. Tahun ni macam biasa kena rajin masak, baru berbaloi makan berbuka, yang penting takde pembaziran, buat sekali makan, no more moreh. Tak beli kuih sangat dah sebab banyak ke tong sampah sebelum sebelum ni, maka beringat, supaya tak kesal.
Kalau ingat dari kecil sekolah rendah darjah 6 baru ku lengkap puasa penuh, disebabkan nak kasi semangat kat anak-anak kena fahamkan kenapa depa kena disiplin bab solat dulu, puasa pun kena seiring perlahan-lahan sesuai dengan kemampuan mereka. Awal puasa hari pertama pun dah hampir berlaku tragedi, next timelah cerita yang tu. Memoriku puasa seawal remaja, mendewasa paling ku ingat masa belajar kat Kedah, ada once tu ku balik outing ke rumah pak saudara kat Jitra, nak dijadikan cerita semua tak sedar bangun sahur awal, 5 minit sebelum imsak kalut semua nak makan, yelah dah berhidang, laju-laju je makan semua.
Kalau masa belajar kat Terengganu pula kami gilir-gilir masak, ada hari tertentu kami pergi bazaar Ramadan area Seberang Takir, Manir, dok main ulang situlah, sekali sekala sampai juga Kuala Terengganu. What a beautiful memories. Ku kan tengah selesai satu misi, nanti kalau semua jumpa semua gambar ku nak upload sini, orang kata makin tua ni kita akan mula ingat balik semua core memories yang buat kita lalui kehidupan hari ni, ups and downs semua berhikmah, semua jadi manis untuk diingat. Maybe melalui semua gambar ku boleh tulis details what, when, how, semua dilalui.
Masa single banyak mingles dengan kawan-kawan, adik beradik, ku ingat lagi masa puasa balik Ampang sekali sekala buka puasa dengan adik kakak, pergi jalan-jalan cari makan untuk berbuka kat area pasar Ampang. At the same time berpeluang kenal partner now camne dalam bulan puasa tu, kenmain gigih datang Shah Alam berbuka sama-sama. Dalam bulan puasa juga suami bawa jumpa abang-abang dan biras. The effort masa bercinta ni memang lima bintang betul, sekarang alhamdulillah remain the same malah lebih baik. Paling kelakar sekali paling ingat dan rasa tak logik boleh berlaku daku dari Shah Alam berjalan kat bazaar Ramadan Kampung Baru, nak naik train balik ke Shah Alam semula terjumpa kakak sendiri tengah dating buka puasa, punyalah sebesar-besar KL tu boleh terserempak kat restoren terpencil, berdekah kalau borak timbul balik memori ni. Padahal masing-masing tak tahu pun aktiviti masing-masing. Kuat betul sibling connecting, hahahah.
Masuk fasa kahwinlah ku rasa paling banyaknya ujian masa Ramadan malas nak karang balik, Ramadhan kat NICU, Ramadan kat labor room, Ramadan kat wad, Ramadan kat hospital, Ramadan terpisah kena kurung, Ramadan bersama, cabaran ganti puasa Ramadan, so ku hargai sangat Ramadan yang di lalui sekarang sebab semua tahun Ramadan yang ku lalui dah bermacam dilalui, jadi nikmat yang dirasa ni ku syukur sangat dapat berkumpul semua, dapat balik berbuka puasa dengan keluarga. Tak semua orang dapat, jadi yang masih berpeluang hargai, walaupun moment kadang tak best ke apa, ingat tu je waktu Allah temukan kita semua, sama juga masa sambut raya, walau ada certain part tak best, kita ambil ingatan yang best-best aje. I don't have any complain more, dapat nikmati hari ni, bernafas, menikmati udara, kehidupan saat ni so big blessed berbanding yang dah pergi mengadap ilahi. Ku selalu ingat, pesanan ustaz dalam ceramah, ahli-ahli kubur setiap saat meratap supaya diberi kesempatan untuk kembali kedunia supaya dapat buat balik segala apa yang mereka tak berpeluang.
Peluang ibadah, bersilaturrahim, bermaafan, berkasih sayang, dalam pada sekecil-kecil nikmat yang kita rasa, ada yang berharap dapat menempati tempat kita. Kesimpulannya, Selamat menjalani ibadah puasa semua. Yang berpeluang ke Masjid, buatlah dan ambil kesempatan waktu istimewa ni, ku suka baca yang buat Masjid hoping sepanjang bulan Ramadan, ku harap ramai anak-anak muda buat sebab ni pun antara dakwah jua, buat supaya Allah teguhkan, istiqamahkan kita setelah hidayah yang dikurnia. Jangan bitter dengan non-muslim yang sudah ramai mula berpuasa, hidayah ni kerja Allah, niat mereka Allah je tahu, don't easy judging people. Kerana ramai yang islam pun masih belum berakhlak di bulan puasa ni, ambil peluang bulan baik ni baiki dan upgrade akhlak, kerana akhlak jua jalan ke Syurga Allah. Ku masih solat terawih kat rumah, sebab dah selesa, tapi ingat nak pergi jualah merasa sekali dua tahun ni feel solat terawih kat Masjid. Insyaallah.
XoxoHamba penuh khilaf
"mak dulu, habis 40hari pantang terus masuk kerja, muka pucat lesi, penat letih tak habis lagi, nak cari pitis besar anak-anak",
Sedih pulak teringat kata-kata ayah.
Mak Ika orang berkerjaya, so bila isu compare itu ini, banyak sedih gak sebab kita pernah rasa dan lalui banyak pengorbanan mak buat anak.
Letih orang berkerja pun boleh tahan penatnya.
Banyak juga 'kos melepas' mak-mak berkerjaya.
Tentunya waktu dengan anak-anak.
Waktu pergi ambil mak balik kerja adalah waktu yang paling menggembirakan.
Dulu tunggu bot datang ambil dan hantar ke seberang sebelum jambatan pasir mas siap buat, lepas tu upgrade sikit tunggu bas, lepas tu last sekali tunggu mak depan pejabat sebab dah makin dekat, puluhan tahun macam tu. Seiring usia daku menanti mak macam tu. Menanti mak balik kerja.
Walaupun mak sibuk kerja, air tangan mak tetap terbaik, hari minggu memang mak wajib masak special.
Kalau ada masa kami kena 'ikat perut' memang mak siap-siap masak menu dari pagi bekal sampai malam.
Jimat banyak dah kat situ.
Siapa kata kalau suami isteri berkerja, hidup senang. Ada waktunya teramat payah.
Tapi orang 'lihat' senang.
Tapi mak tetap buat terbaik untuk keluarga. Itulah mak, bekerja atau tak bukan isunya.
Isunya tanggungjawab sebagai mak tetap terlunas dengan sebaik mungkin.
Anak-anak dapat pendidikan dan ilmu terbaik. Tulah pengorbanan mak paling mulia dan besar pada pandangan daku sebagai anak.
Mak selalu cakap, mak ayah takde harta nak tinggalkan buat anak-anak, yang ada hanya ilmu yang mak boleh usahakan untuk anak-anak belajar dan doa selalu. Nak harta, kau carilah sendiri, yang mak ayah dok buat ni sekadar untuk keperluan mak ayah je sebab mak ayah tak nak susahkan anak-anak kedepan-depan nanti bila dah takde tenaga. Untuk anak-anak masing-masing usaha sendiri.
Tu sebab bab belajar, walaupun tak top ten tetap ku teruskan belajar sampai tua, even duduk rumah sekalipun. Mak selalu pesan, orang perempuan kena rajin membaca, membaca boleh buat minda terbuka, benda tak tahu jadi tahu. Even tak kerja kena rajin membaca. Nak tidur bacalah sehelai dua. Baca buku, baca Al-Quran lagilah, mak pesan jangan tinggal. Dapat baca sehelai sehari pun jadi, jangan tinggal.
Ku tak pernah tak dapat soalan lain bila call masa duduk asrama dulu, mak tanya, dah solat ke? Dah baca Al-Quran ke hari ni, kalau tak terbaca lagi, memang mengaku je. Kenalah bebel sikit. Tapi jadi ingatan diri.
Kalau bab kat meja makan, perbincangan hanya tentang kami-kami, kalau terkeluar bab orang lain, terus mak cakap, biarlah bab orang, bab kita ni kena cara, tak suka diam aje. Jangan cakap, nanti Allah uji sama kat kita.
Kadang kalau memikirkan tak banyak memoriku dengan mak, sebab mak orang bekerja, yang faham tu faham lah. Tapi masa yang terhad mak gunakan sebaiknya dengan anak-anak jadi yang sikit tu lah jadi kenangan dan memori berharga buat anak-anak. Anak-anak betul jadi kawan bila meningkat remaja dan dewasa, maklah tempat borak dan sembang.
Ku ingat jelas masa mak beri kepercayaan masak kat dapur mak, buat menu pertama untuk kami makan, mana tak happy, makanan dibuat pula kena puji, memang melangit dia punya impak, tu sebab ku suka masak sampai sekarang. Dan kepercayaan mak kat anak-anak tu sangat penting. Mak selalu cakap, ko gunalah trust mak tu leklok, sekali mak hilang percaya, tak dapat dah sama macam yang asal, pesanan mak masa daku meniti usia remaja.
Mak orang yang sangat payah nak marah, memang jaranglah tengok mak marah. Ku sebagai anak tak tahu bila mak marah, marah pun nada macam tak marah, jadi tak tahu bila masa marah.
Entah ku dapat menjadi seorang mama sebaik sosok mak ke tak? Bagiku mak terlalu sempurna, entah bila mak berdukalara, kecewa ku tak nampak.
Hanya ganjaran syurga buat pengorbanan mak ayah sebagai balasan penat lelah.
Mak tetap inspirasi terbaik.
Tetiba taip pasal mak, sebab bulan Ramadhan dah menghampiri, sosok maklah paling diingat, jiwa bersentimental tetiba.
Balik jumpa mak, ibarat dapat recharge balik segala tangki diri sebagai seorang anak, isteri dan sebagai mama.
Masa cucu mak cakap rindu mamanya, dalam masa yang sama ku jua rindu kat mak. Sengaja forward voicenote cucu mak supaya mak pun potong bawang sama, naughty daughter. How can i imagine world without mak. Sobs.
Xoxo,
I need recharge (taip sambil kesat air mata)
Siapa suka almari jenis open cemni, ku tak sedar sejak bila suka style open wardrobe tapi throwback balik memang sejak belajar dulu lagi ku cari cari open wardrobe sebab senang nak organize. Dan bagi rasa lapang boleh tengok barang apa ada kat rak, jenis tak reti nak sorok-sorok gituu. Sekarang ada instagram, antara those yang manifestation my imagination dream house to real adalah rumah belakang instagram,
dan tidy alin some of my minimalist stuff yang daku follow.
Untuk orang yang suka kabinet tertutup, open wardrobe ni nampak menyerabutkan mata, sebab nampak barang, depa kalau boleh semua benda nak tersorok dalam almari, baru nampak kemas, betul jugak tu. Tapi untuk daku yang dah berpengalaman dan merasai bagaimana hidden secret kabinet tertutup ni, jadi open wardrobe always my favorite. Almari tertutup ni, kebanyakan simpan barang yang jarang guna, atau pun tak terguna pun, sampai bertimbun-timbun dalam tu, sudahnya jadi sarang benda lain, tak semua orang macam tu tapi untuk certain people macam daku kabinet tertutup big no, setakat basic bawah area sink tu still okay, tapi kalau dah melarat Sampai ke atas dinding, belakang, depan, tambah area dining lagi, memang taklerr. Stress nak kemas nanti. Sebab tu yang jenis open shelves lover tak difahami oleh orang yang suka kabinet tertutup sebab kita berbeza view dan perspective. Tak kisahlah, yang penting dua-dua function kan?.
Bila makin bertambah umur memang ku tak nak serabut dengan barang-barang tak perlu dan kumpul habuk, cukup dengan barang yang betul-betul guna dan seoptimum dimanfaatkan, lagi pun ku antara orang yang tak berapa rajin mengemas, deep clean pun sebulan sekali satu rumah sekarang ni. Bila fikir bab rumah ni energy banyak guna untuk kemas, simpan, cuci, selenggara. Fikir umur makin meningkat energy tak sama dah sekarang, jadi bab buat rumah ni memang kena particular fikir bab selenggaralah, sebab benda selenggara ni guna duit dan tenaga. Salah plan, buat, habis tenaga dan duit dekat bahagian selenggara saja, dan salah buat tenaga dan duit tak dapat nak tolong cantikkan rumah pun. Lagi teruk macam tak bertuan even masih ada tuan
One of kebaikan ku praktik sepanjang guna open wardrobe adalah sistem FIFO, first in first out, so takde isu barang expired dan dibuang begitu sahaja kes tak nampak kat mata, rasa macam takde kat rumah, padahal memang dah ada, buat stock up takde masalah, tapi barang stuck kat tempat sama tu tanpa diguna last-last rosak buat daku frust, so open shelf kebaikan yang ku dapat takde pembaziran barang terutama bab makanan. Memang topup dan digunakan sepenuhnya.
Selain tu, open shelves ni menuntut diri sendiri pastikan kekemasan dan keteraturan barang kat rak, kebersihan, sebab benda see through kan, telus, mak mertua datang pun, even mak sendiri datang takdelah ku rushing, berpenat lelah buat deep clean pasalnya dan memang kena pastikan setiap masa berkemas, benda tertutup boleh sorok-sorok juga kalau tak menyempat kemas. Saja menaip sambil cari idea untuk rumah sendiri nanti yang entah bila nak terbina, kot masuk rumah abadi dulu pun tak tahu,huhuuu, berangan nak hire interior designer, tapi memikirkan duit tak berapa nak ada entah lepas ke tidak, maka terpadam cita-cita dan angan, cukup kita godek insta sep-sep yang share deco rumah, hahaha. Best betul berangan dikala cuaca bloomy,gloomy, bau hawa hujan, tarik selimut sambung mimpi pulak, kihkih.



Top Social