Pages

Pages

6.03.2020

Ramadhan & Aidilfitri 2020 yang Berbeza

Disebabkan ramai yang dah ratib #newnormal, ku nak bagitahu apa yang berlaku sekarang abnormal. Jangan menormalkan benda tak normal. New brainwash untuk manusia, yang follow mainstream teruskan follow kerana itulah apa yang mereka mahu anda percaya. Hidup dizakhir zaman ni sangatlah mencabar bila nak bezakan hak dan batil, hanya kepada Allah sajalah kita minta petunjuk. Cerita-cerita zombie di TV melalui drama dan movie bukan sesaja. Zombie itu siapa? Bukankah dikalangan manusia juga, bagi yang suka berfikir dan mengkaji, buatlah pembacaan, kajian, Baca dari banyak sumber, buka satu hala dan favorable sahaja dan akhir sekali buatlah pertimbangan yang adil, gunakan akal fikiran yang dianugerahkan, banyak kan tadabbur Al-Quran, banyak kan follow ceramah-ceramah tentang akhir zaman, then connect the dots yourself. Takut-takut dalam tak sedar kita lah zombie tu sebenarnya, brainless. No one will tell you the truth termasuklah media massa. They tell something what they want you to believe in, berhati-hatilah, hanya kepada Allah sajalah kita minta pertolongan dan pergantungan, kita semakin menghampiri dengan realiti yang di katakan mengarut.

Masih ingat setahun dua ni ramai yang bagitahu tentang 'mental health' issues akan meningkat bermula tahun 2020 berkali ganda, boleh relate dengan keadaan sekarang dan akan datang? Pandai-pandai sendiri lah fikir kenapa? Al-Kahfi jangan tinggal, hafal 10 Ayat awal dan akhir pun dah bagus sangat. Lagi bagus setiap kali Jumaat habis kan satu surah. Hargai tempoh cuti percuma yang diberi dalam tempoh PKP ni. Dan mula lah kita semua rajin bercucuk tanam, mantapkan survival skills yang tak pernah kita buat. Jangan buat hutang Bank baru dalam tempoh 5 tahun ni, kerana akan banyak kelonggaran 'to do so', selesaikan apa yang dah kita hadap. Cashless will become reality, lagi mudah semua orang buat hutang baru, semua di alam maya, tapi hati-hati lah perangkap akhir zaman. Just remind myself. This new normal sangatlah penting untuk bisnes owner tak the chance, follow the wave, we're moving to cashless world, nak tak nak kena follow jugak.


Yes Ramadhan kali ni sangat berbeza, tak sangka apa yang dengar dulu dalam ceramah tengah kita hadap realiti, this is early signal, tapi as soon as possible benda ni semakin cepat untuk kita lalui. Bersediakah kita? Apapun realiti mati satu hakikat, just be prepare, kerana matlamat kita semua mati dalam Husnul Khatimah, anak-anak kuat kan akar akidah kerana cabaran yang mendatang tak ketahuan.


Alhamdulillah tahun ni walau Ramadhan yang berbeza, dapat jalani bulan Ramadhan penuh dengan family kat kampung, suami pun dapat balik beraya sekali tahun ni. Nikmat apa lagi yang kami dustakan. Dapat masak menu berbuka untuk keluarga dan mak ayah dah rasa puas sebab dapat berbakti walaupun sumbang tenaga je, hehe. Apapun kenangan Ramadhan 2020 memang mahal sebab dalam tempoh yang sama terpaksa BERPJJ dengan suami. Setiap hari anak-anak bervideo call dengan ayahnya. Soalan bila nak balik tu macam mandrem dah, hehe. Tak pasal-pasal tahun ni mengada buat biskut raya sendiri, menu berbuka pun sepenuhnya buat sendiri.







Anak-anak pun dapat berjemaah dengan keluarga, selama berkahwin hampir 10 tahun ni, 3 orang anak lahir bulan Ramadhan, Ahmad Harraz, Ahmad Haddad dan Azra Haniy so sepanjang pengalaman tu, 4 kali jugaklah dapat menjalani Ibadah Puasa kat kampung bersama keluarga termasuk tahun 2020. Mana nak dapat peluang sebegitu kan kalau dah kahwin melainkan duduk sesama dengan mak ayah. So ku anggap ni Anugerah dan hadiah dari Allah untuk luangkan masa dengan orang kesayangan kat kampung. Sempat lagi bercucuk tanam ringan-ringan kat kampung dengan adik-adik. Sederhana je sambut raya tahun ni, baju raya pakai apa yang ada, ziarah siapa yang boleh ziarah saja, maklumlah ramai paranoid teruk ditipu media massa. Apapun bersyukur Allah kurniakan kesihatan terbaik buat kami sekeluarga dan anak-anak sepanjang tempoh wabak ni. So tak tahu ada lagi tak sekelompok orang yang basuh duit dan barang, dan mandi dulu lepas keluar, hihi.








Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 
Buang segala prasangka, dengki dalam hati, takut-takut dengan #newnormal ni makin ramai orang yang berpenyakit hati dalam tak sedar. Maklumlah tak boleh tengok orang berkumpul, berziarah, beriadah, beribadah. Hati-hati dengan jarum halus musuh-musuh Islam. Peace. 


Catatan 11 Syawal 1441H
1.05pm.