Turn Balik Raya

3.18.2025

Seronok baca pendapat orang tentang bab balik raya, bila dah kahwin inilah antara ujian puncak selepas berpuasa, bertoleransi dalam alam rumahtangga. Honestly 5 tahun pertama kahwin bab ni lah kami bergaduh, masam muka, tak bercakap, bila part balik raya, either kita suruh dia mengalah dan dia suruh kita beralah. Tak mudah ye bab balik kampung nak raya ni even rumah mertua dan besannya hanya 40minit perjalanan. Pun boleh bergaduh, tak tahu camne yang kahwin jiran depan, kahwin dengan orang kampung sebelah tak sampai 10minit perjalanan, ku agak depa lagi payah tahun awal kahwin tu nak decide macam mana. Pernah baca yang kahwin jiran tu, pasal makan tengahari pun boleh bergaduh, yelah mak sendiri ajak makan kat rumah, mak mertua pun sama, hahaha. 


Korang yang dah kahwin, benda ni kena bincang, jangan ikut flow aje. Ada ye, species suami yang family dah state awal-awal raya pertama mesti rumah maknya dulu, biasa kalau cemni memang mak mertua jenis takde empati, pikir tekak sendiri aje, suami mak mertua pun tak mampu larang, ada juga yang jenis sama naik, mak ke bapak sama pesen. Tak mertua makpak sendiri jenis macam tu, jangan dok nampak asyik belah family mertua aje, perati juga family sendiri. Kalau ada rules stick the rules lah, tahun lepas raya rumah family kita, tahun ni rayalah rumah family mertua pula, jangan disebabkan situasi tak best, tak meriah dijadikan alasan untuk kita langgar the rules. Respect it. 


Ya, bukan tentang raya je sebenarnya, ia tentang orang tua kita. Kalau cerita bab bergaduh gilir balik raya ni, apa cerita je tak jadi, macam-macam sepanjang berbelas tahun kahwin ni, tapi masuk tahun kesepuluh, ku dah tenang-tenang sikit, biasa kalau bab toleransi balik raya ni, alhamdulillah masih bergaduh juga lagi tapi dalam keadaan santai jelah, macam borak borak dengan member, kalau dulu, hahahaha, simpan jelah sendiri macam mana rupa gaduh. Isteri jangan guna kad muka sedih, manja manja, untuk kawtim giliran, tak payah dan jangan cuba buat, nanti sendiri makan hati juga next next punya giliran. Respect each other turn jelah. 


Ku masih ingat masa awal kahwin kebetulan abah sakit, dan dalam tempoh sakit tu kalau boleh abah nak semua anak-anaknya ada sentiasa even raya, mana tak tercucuk hati, permintaan dari orang tua, macam mak ayah kita juga, at the same time kita pun fikir mak ayah pun tentu rasa cemtu juga bila raya, so beberapa tahun dalam tempoh abah sakit memang buat sistem giliran half day, pagi duduk sini, petang balik sana, vice versa sebab suami pun kena jaga hati isteri. Lepas abah takde kebetulan tahun pertama ma raya sensorang tanpa abah even ada adik beradik bujang lain, kebetulan  semua yang dah kahwin turn belah utara selatan, tinggal kita je yang paling dekat, so ku beralah turn sebab kesian pula sebab baru beberapa bulan berpisah abadi, takkan cucu seorang pun takde teman raya, tulah first time ku belajar betul-betul dengan hati bab toleransi. Alhamdulillah bertitik tolak dari tu, ku takdelah melantun-lantun dah bab bergilir raya ni sebab suami sendiri dah faham gayanya macam mana. Korang kalau suami baik sangat sampai mampu beralah tiap kali turn raya, asyik rumah kita aje, one day you will taste your own medicine. 



Ku dah tengok dah, betullah, apa yang dia pernah buat dulu, anaknya buat balik kat dia, dulu setiap kali turn rumah mak mertua dia tak nak balik, balik kampung sendiri aje beraya, bila dah tua, beranak cucu, anak lelakinya sendiri buat camtu kat dia, haa merasalah macam mana perasaan bila lalu sendiri situasi yang dicipta sendiri suatu ketika dulu, baru padan. Nak mengatur pun tak boleh, sebab menantu pun persis dirinya yang dulu, begitulah lambat cepat aje merasa. Kita kalau tak nak orang buat kita macam tu, jangan sesekali buat. So ku tak nak lalui perasaan perit tu bila anak-anak ada kehidupan sendiri nanti, anak-anak dalam mode memerhati tingkahlaku kita, apa yang kita tunjuk, anak akan buat, so tunjuk contoh yang baik untuk mereka buat nanti. Insyaallah. 


So daku tahun ni raya mana? Insyaallah belah mertua, dah dapat request dah dari ma untuk masak, yahuuu. Nak sahihkan giliran ku kena belek entri entri raya sebelum ni, mana tahu ekk, kot ada loophole, babahahaha. Bukan apa, kami berdua pelupa, lupa turn siapa dulu, yelah banyak sangat ulang alik sini sana rumah dekat tak dekat sangat, cemnilah jadinya, adoii, apa pun selamat bergaduh ye korang, tiga minggu lagi nak battle, insyaallah masing-masing ada unique agreement mengikut lifestyle masing-masing, buat dan adjust lah bagaimanapun, yang penting dua-dua happy, please tak payah banyak drama bab balik kampung ni tak kira which side, kihkih.