Daku sangat bersyukur Allah bagi peluang menikmati bulan Ramadhan tahun ni, dan tahun-tahun sebelum ni, banyak kalau pengalaman berpuasa yang pahit manis sepanjang hayat dikandung ni, paling takkan lupa sesekali bila Allah kurnia rahmat dan nikmat masa mula-mula kahwin, tahun pertama kahwin terus dapat berpuasa sekaligus beranak masa bulan Ramadhan, pakej sambung situasi sama untuk tahun berikutnya berpuasa dan beranak dalam bulan Ramadhan.
Ya, dalam ujian tetap ada nikmat, maraton berganti puasa, imagine dalam masa mengandung, menyusu, jaga yang sulung, ku ganti puasa untuk 28hari berturut-turut sedang elok habis ganti, tiga hari lepas tu dah masuk bulan Ramadhan sambung puasa balik, tak sampai seminggu puasa beranak anak kedua. Uii, baca pun penat, entah macam manalah daku lalui masa tu, macam tak percaya pernah lalui situasi sebegitu, ingatkan dah habis sesi macam tu, rupanya tak habis. Penutup untuk situasi yang sama berulang bagi anak kelima dan keenam. Tapi situasinya energy dah tak sama, ketaklaratannya sangatlah tak boleh bincang.
Tiga kali tandem nursing, yang latest ni memang surrender teruk, sampai boleh tahap pitam even dah sahur, makan sepatutnya. Tulah menandakan level penuaan yang makin meningkat, energy dan keupayaan diri pun makin berkurang. Tandem nursing kali nilah paling teruk hadap tahap mengempeng anak, kalau layan stress memang boleh jadi serabut pulak, jadi lantaklah, hanya mampu doa jelah sampai masa tepat anak kedua bongsuku give up in nursing, dah treat all strategy dah untuk cerai susu, get nothing the end, hanya frustration. Apapun jalan yang Allah atur ni ku doa Allah kurnia kelapangan dada untuk ku terima seredhanya. Untuk some mommies benda ni just tiny thing, but for me really huge thing, sebab ku niat hanya cukuplah 2tahun cukup penyusuan anak, dah tertulis rezeki anakanda, mampu senyum jelah.
So back to story, since empat kali situsi berpuasa dalam keadaan berpantang dan jauh dari suami, setiap kali Ramadhan yang kami spend bersama kuhargai sangat. Seronok sungguh dapat bangun khidmat sediakan sahur untuk suami dan anak-anak, sebab waktu macam ni tak selalu dan tak dijamin akan dilalui lagi. Since kahwin dan beranak pinak ni tahap keinginan nak pergi solat kat masjid untuk terawih dah takde, malah ku lega dapat buat ibadah kat rumah sambil jaga anak-anak kecil. Ayah selalu cakap "jangan susah hati lah tak dapat buat macam orang lain beribadah sepenuhnya di bulan puasa, apa yang daku buat kat rumah setiap masa tu pun ibadah, pahala suami pergi masjid solat terawih pun tetap juga kita dapat, Allah Maha Pemurah, pahala Allah kurnia dalam pelbagai cara". Thank you ayah, dan paling mengharukan, umur daku ni pun, anak dah enam orang, laki pun ada, ayah tetap gigih telefon kejut anak-anak untuk bangun solat tahajud, siapkan sahur.
Apapun Ramadhan kali ni kita buat sebaik mungkin semampunya, kerana untuk yang akan datang tiada siapa yang tahu kita masih ada peluang yang sama atau tidak. Tahun ni ku ambil pendekatan masak kat rumah sebanyak mungkin seperti tahun-tahun sebelumnya. Adalah tiga empat kali ke bazaar ambil suasana. Sama juga persediaan raya buat sederhana sahaja asalkan dapat beraya bersama keluarga yang lengkap pun satu kurniaan yang cukup istimewa. Alhamdulillah. Selamat menjalani ibadah puasa semua, yang rajin baca coretanku terima kasih seadanya, kerana tiada kebetulan walaupun hanya di alam maya kita berkenal. Terima kasih untuk masamu untuk coretanku, moga ada penulisanku yang bermanfaat, diambil pengajaran dan hikmah.
Agar tidak lupa, kita menulis.
Agar tidak tercicir syukur yang muncul kerana peristiwa, kita menulis.
Agar tidak hilang kenang-kenangan budi, kita menulis.
Agar tidak gugur keyakinan yang pernah tumbuh, kita menulis.
Menulis dengan ilmu agar ingatan, syukur, kenangan budi, keyakinan tersimpan elok yang dapat memanusiakan kita kembali.
-Pahrol Muhammad Juoi-
Ingatkan bulan Ramadhan banyak juga masa nak spend untuk menulis termasuk review buku yang dah habis baca, siap berangan tu nak buat segmen resepi masak campak-campak sempena Ramadhan, hahaha, kesudahnya memang tak tahu mana. Lagi penat, lagi tak menyempat ada. Daku ingatkan daku sorang aje jenis lepas anak-anak semua pergi sekolah, ku bantai tidur. Yelah lepas anak pergi sekolah kemas dulu apa patut, basuh, jemur kain apa semua, sedang elok sedar dah kena bersiap-siap pergi ambil anak sekolah pukul duabelas. Okaylah sempat lelap sejam dua untuk hilangkan rasa penat tak boleh dibincangkan. Rupanya ramai mak-mak respond kasitahu buat benda sama. Semua pakat bantai tidur, mana taknya, orang paling lewat tidur dan juga orang paling awal bangun siapkan sahur adalah mak-mak, yang bekerja lagi lah double triple letih, mohon bersabar ye semua, penat kita insyaallah pasti ada ganjarannya.
Ada pula terbaca some of influencers as founder too, dia share penat jaga anak-anak kecik, punya toksik level tinggi manusia ni, sama gender pulak tu, boleh pergi komen
"Alah, penat dia ada maid lain dengan kita yang takde maid”
" Penat orang berduit tak sama dengan orang tak berduit"
"Penat-penat pun ada orang gaji"
Uii even macam tu sekali pun dia tak layak ke rasa penat?Sadis sungguh kadang baca komen netizen kat sesiapa terutama yang founders, influencer, artis bab penat ni. Orang berduit, penat dia lain, orang takde duit, penat dia lain. Orang ada maid, penat dia lain, orang takde maid, penat dia lain. Dah kenapa? Setiap manusia kat mukabumi semua berpenat, berpenat untuk apa tu je bezanya. Berpenat untuk dunia, dapatlah untuk dunia semata, berpenat untuk duniakhirat, dapatlah dua-dua.
Dia macamkan tak puashati if someone share penat lelah masing-masing, terutama yang berduit dan bermaid ni, toxic sungguh baca. Dengan daku pun penat baca komen manusia camni, macam penat dia sorang je kena validate, penat orang lain tak boleh kalau tak susah payah sama macam dia. Tak pasal baca benda tak elok, too much negative. Kalau kita takde perkataan baik-baik, diam-diam sajalah, dulu orang suruh jaga mulut, sekarang jari jemari tu kena jaga elok-elok, tak pasal buat saham yang kita terlupakan. Haishh.
So back to story, memandangkan focus Ramadhan ni tak nak pergi bazaar, tapi nak pendekkan masa kat dapur, tetaplah terasa penatnya. Biasanya petang dah fokus masuk dapur dalam sejam, lepas tu malam lebih kepada completekan to do list ibadah, mengaji, solat tapi bercampur-campur dengan bab layan anak. Ada anak-anak kecil memang kena banyak sabarlah. Bermacam ragam depa unexpected, nak buat ibadah macam zaman single tu memang tak samalah. Sebab tu kena hargai waktu muda sebelum datang tua. Sebab prosesnya begitulah circle hidup, dah tua, anak-anak dah bina hidup sendiri belaka, mungkin dah boleh fokus balik bab ibadah, tu pun kalau panjang umur merasa title warga emas.
So waktu 24jam rasa macam tak cukup, tapi syukur sangat ada zikir harian yang boleh mak-mak full-time housewives terutamanya juga yang bekerja boleh amal bila buat kerja rumah, sebab nak bersila lama-lama kat sejadah, anak panjat situ sini, anak nangis nak menyusu dan tidur, adakala datang rasa kecewa tak boleh nak duduk berlama buat ibadah, so I'm truly happy even rasa macam tak sempat pun nak buat amalan sunat bila Ramadhan, ada zikir mudah yang Rasulullah dah bagi guide untuk amal, rasa lega dan gembira even tahu-tahu dah habis sehari, dah pertengahan Ramadhan pun. Niatlah apajua kita lakukan moga Allah bagi ganjaran, kurang merungut dan jalani hari dengan penuh syukur. Cukup tak cukup masa, begitulah hakikatnya tentang masa. Berlapang dada dan zikirlah. Itu kuncinya. So mak-mak yang rasa tak sempat buat apapun ibadah sunat, jangan kecewa. Bersihkan hati dengan zikir, bila hati bersih tak mudah nak kecil hati, sentap, mudah berlapang dada. Amal sedikit tapi konsisten lebih baik dari amal banyak tapi macam biskut chipsmore.