Pages

Pages

3.14.2024

Masjid

Daku nih kalau bab timbul isu solat kat masjid, senyum ja baca. Kesian pun ada. Apapun bila jadi mak-mak, eh tak nyempat jadi mak pun, jadi isteri memang ku lebih gemar dan suka solat kat rumah. Ada anak lagilah daku malas nak pergi solat masjid, solat kat masjid hanya ketika bermusafir aje. Tu pun dah puas hati boleh singgah sekali sekala. Dah masuk bulan Ramadhan satu kelegaan besar buat daku dapat bersolat kat rumah, dengan keletah dan peel anak-anak even dah masuk umur empat lima enam tahun, ku tetap malas nak bawa anak-anak pergi masjid. Cukuplah depa masuk masjid masa bermusafir. 


Sebab ku ingat pesanan ayah masa memula dapat anak "tak payah dok jealous, rasa sedih, kecewa, rugi lah tak dapat pergi masjid bila terawih, afdal solat kat rumah je kita orang perempuan tambah ada anak kecil, suami pergi masjid iyye dah tu, pahala sama juga dapat kat isteri, jangan rasa rugi". Begitulah pesanan ayahandaku. Jadi ku tak pernah ambil port pun isu-isu mak-mak yang teringin, rindu nak pergi masjid. Biarlah depa, daku cukuplah pengalaman, nostalgia masa bujang jadi kaki masjid, lagi terpaling kaki masjid bila masuk bulan Ramadhan, mana tak rajin, penuh budak-budak tahfiz datang menuhkan masjid, hahahaha, hareyy sungguh niat sekali sekala nak usya bakal-bakal imam dedulu, kononnyalah. Part teman nenek pergi solat, part berlumba siapa terawih penuh sesama adik beradik dan sepupu sepapat. Begitulah memori daku pergi masjid dari zaman kanak-kanak, remaja, sampailah jadi single bujang. Memangku ambil peluang pergi terawih kat masjid. 


Jadi bila dah beranak pinak, makin menua ni, takde penyesalan tak pergi masjid masa muda-muda dulu dan atkde penyesalan bila tak dapat pergi sekarang tambah dibulan mulia ni. Rasa cukuplah memori dulukala mengubat kerinduan berjemaah kat masjid, insyaallah sampai masa sesuai Allah kasi balik rasa bahagia berjemaah dan beriftikaf kat masjid jika berkehendak. Gitulah. Sekarang kalau tersinggah kat masjid sedang elok masuk waktu, kira rezekilah dapat berjemaah, anak-anak dah besar dan cerdik, tinggal si bongsu yang paling kecil, ada kakak mengasuh kira okaylah, kalau tak gilir-gilir solat. 

Antara masjid yang teringin nak singgah


Apapun bawa anak-anak pergi masjid tak salah, yang salah bila takde common sense tak fikir jemaah lain. Tapi kita ambil peringatan juga akhlak yang ditunjukkan kepada anak-anak kecil oleh Nabi kita sebagai panduan. Kalau kita dah tahu anak macam mana bila ditempat awam, fikir sepuluh kali dulu sebelum buat keputusan bawa anak, kalau hingga menyusahkan dan mengganggu orang lain, tu satu hal. Satu hal lain, membahayakan anak sendiri, kot kita dok ralit solat, anak kena sauk kat orang, anak pergi merata sampai keluar masjid, masjid pula dekat dengan jalan raya, possible ye, tambah pulak jumpa sekumpulan baya. Haaa, naya. Sebaiknya solatlah kat rumah, jangan fikir adil tak adil, yelah suami pula bersenang lenang, tiada gangguan solat kat masjid.  Setiap perkara pasti ada sebabnya, yang pasti kita orang perempuan afdhal solat kat rumah dan pahala tetap besar. Toksah kalut. Kalau ikut memang serabutlah hai, solat pun anak dok ganggu, panjat situ sini, tarik telekung, lompat sana sini. Tapi takdelah hati dok risau anak pergi tak tentu hala, selesa pun lebih selesa kat rumah. Lebih mudah, nak jaga aurat, nak perbaharui wudhuk, macam-macam lagilah. Sekejap aje masa depa kecil ni. 


Kalau rasa tak boleh go nak solat masa anak dok aktif, cari masa anak tidur. Kita buat dia. Herlok jugaklah dapat solat kat rumah, kurang-kurang dapat jaga hati jugak dari bengkek bila acik-acik tak nak berganjak dari sejadah sendiri, nak kata satu saf bukan, tak kata satu saf pun bukan, tapi berjemaah. Pening sungguh, bukan lani ja peel cemtu, berzaman dah peel orang tua cemtu bila berjemaah, orang perempuanlah. Zaman daku budak-budak lagi, bila kosong ruang tak nak pula diri sendiri penuhkan, dok suruh orang lain pi penuhkan. Baik solat kat rumah la kalau tak nak bergesel bahu, sayang sejadah sendiri. Ke camne? Yang muda suruh beralah, yang tua tak reti-reti mengalah, begitulah. Kadang yang tua ni payah jugak nak diajar, kang tegur dikata kurang ajar. Apapun ingatlah, pergi masjid tunjuk akhlak baik, tak kira muda ke tua. 


Daku pun anak-anak dah bersekolah ni baru rasa tenang, chill nak solat, masa anak kecik-kecik , ya ampun terkejar-kejar, hujung waktu, terbabas, dan segala macam ragam, kecewa, sedih, tak puas hati, macam-macam feeling dah merasa, tapi itulah, semua yang kita buat layan anak-anak, niat sebagai ibadah kita. Moga ada pahala dan ganjaran, dikala orang lain bersolat sunat berganda-ganda, kita dok berkecah dengan anak-anak tak sudah-sudah sambil buat ibadah solat. Yang pasti tak selamanya begitu, ye dak? 


Kesimpulannya, masa muda,masa tenaga masih banyak dan paling penting masa masih berpeluang berjemaah kat masjid pergilah, lagi-lagi yang lelaki tu, yang perempuan ambillah kesempatan masa single, masa tak disibukkan dengan 'handbag-handbag' pelbagai saiz kiri kanan, depan belakang. Percayalah semua tu akan dirindui kelak sebab situasi takkan sama dah pada masa mendatang. Ingat peluang tak datang berulang kali, masa, umur, peluang sekali ja lalui belaka. Takkan nak tunggu masa dah tak mampu dok meraban meratib nak pergi masjid, mampu tu masa sihatlah, mampu tu bila ada peluang. Manfaatkan.