Pages

Pages

3.12.2020

Majlis Kesyukuran & Family Day

Sebulan lepas pindah rumah, mak ayah buat Majlis Kesyukuran. Orang-orang tua kiasnya nak anak-anak balik berkumpul dengan buat majlis kat kampung. So memang anak-anak wajib baliklah tambahan lagi acara tahunan memang dah bertarikh tetap setiap kali musim cuti sekolah akhir tahun, sedang elok ayah rancang buat majlis.


Actually bulan November tahun lepas kejadian tak terduga jadi kat mak, bila mak jatuh kat tempat berlangsungnya dinner sebelum mak bersara setelah berpuluh tahun berkhidmat sebagai pegawai bank. Nak di jadikan cerita mak nak pergi tandas untuk solat maghrib, laluan situ licin, mak terjatuh tertongkat tangan hingga patah dekat pergelangan tangan. Sepatutnya November tu bulan last mak kerja, tapi Allah plans who never know, so start hari tu mak bersara terus sambung cuti dan terus bersara. Tak sempat bermajlis bagai. Insyaallah ada hikmahnya. Moga mak cepat sembuh, sekarang still berbalut lagilah. Ambil masa untuk betul-betul kuat gunakan tangan. 


So balik kampung lah kami untuk majlis dan juga family beza sebulan je dari tempoh mak datang jalan-jalan kat rumah kami, hehe. Bergilir-gilir gitu. Syukur sangat ayah masih kuat dan sihat bertenaga diumur 65 tahun, rasa sekejap je masa, masih terasa iols muda remaja, tapi tiap kali mak ayah datang hantar lepas pantang sayu je, tengok dan perati garis-garis tua diraut wajah, tubuh dan tangan mak ayah. Allahu, masa berputar dan berputar tanpa henti. Al-fatihah hadiah untuk mak ayah dikala kejauhan ni. Moga Allah lorongkan jalan mudah supaya dapat duduk dekat mak ayah hingga akhir usia mereka. Dapat jaga dan ambilberat sebagaimana mereka bersungguh-sungguh ambilberat tentang anak-anak even dah tua bangka ni, huwaa. 


So dapur legend mak always kat hati anak-anak. Dapur nilah tempat kami anak beranak membawang, berborak santai, berbincang, cakap isu semasa, cakap isu serius dan dapur ini jugaklah yang menyatukan kami sekeluarga besar bila berkumpul. Rindu. 




Biasa buat majlis memang tingkat atas untuk acara belakang tabir je, segala majlis semua kat bawah, selawat ke, solat hajat ke sebab ruang bawah tu memang kitaorang tak duduk. Hanya guna ketika majlis, raya dan acara keramaian je. Ewahh bunyi macam hotel lah pulak. Dulu masa sekolah memang berteman lah nak turun ke tingkat bawah ni, semua takut even rumah sendiri, hahha. Ku rasa bukan ku sorang yang macam tu. Almost orang perempuan kot macam tu, pecut macam hape lepas ambil apa-apa kat tingkat bawah. 
Kumpulan marhaban tu semua kawan-kawan mak minah, nenda kesayangan. Teringatlah masa muda mudi dulu selalu pergi hantar mak minah pergi mengaji, maklumlah lepas spm takde kerja buat, cuti semester duduk sesaja memang kerja teman mak minah pergi pasar, hantar pergi mengaji marhaban. Siap mak minah and geng ni dah cuba kenen kami adik beradik maklumlah semua perempuan, kenen dengan cucu-cucu yang ada. Korang kalau ada nenek tu ambillah peluang, mana tahu jumpa jodoh. Tapi tulah kami adik beradik masa tu semua dah berpunca. So gone macam tu jelah harapan nenda nak kenen sampai jadi. Selesai acara selawat bersambung dengan acara solat hajat. Acara makan tu jangan ditanya, memang sampai ke lewat petang baru settle. Lusanya terus ke acara family day. Terus lah kami ke Tok Bali. Berkumpul santai ramai-ramai.Since 2008 family day kami buat kalau tak silap, bermula naik Cameron Highland lepas tu bersambung-sambung hingglah kini, dari bujang, semua dah beranak pinak, cucu cicit sedara bertambah jadi keluarga besar. MasyaAllah, syukur. 
Beginilah setiap tahun siap yang berkelapangan memang tak lepas peluang untuk join. Kami laki bini pernah pillow talk, kadang hidup ni kena stop sekejap, pandang sekeliling. Setiap hari kita sibuk dengan kerja, dengan tanggungjawab masing-masing yang dah bina keluarga, biasa semua ada alasan sibuk. Tapi untuk acara sebegini, jangan letak alasan sebab untuk berkumpul sebeginiemang tak selalu peluang ada. Boleh jadi waktu tu je peluang kita ada untuk bersilaturrahim, masa akan datang kita dah pulang ke kampung abadi. Atau masa tu kita tak sihat, even tak mampu bangun. So hargai 5 perkara sebelum 5 perkara. 


Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


Sekadar mengingatkan, sebab kadang Ika sendiri pun lalai dan alpa dengan 5 perkara tu. Tahu-tahu semua dah berlalu rasa tak sempat Berbuat apa-apa. Sangat merugikan. 

Disaat masih dapat berbual, senyum, bergembira dengan orang-orang yang kita sayang, buat dan jangan bertangguh. Kerana bila kita bertangguh memang kerugian yang kita alami. Ada sesetengah orang tak rasa event sebegini penting, tapi untuk Ika yang jarang boleh balik kerap ke kampung, peluang sebegini memang tak boleh dilepaskan. Moga next family day Allah izinkan untuk berkumpul kembali. 
Bab makan bersama ni memang paling meriah, dapat borak dan membawang bersama ibu bapa saudara, sepupu-sepapat. Perut kenyang, hati pun senang, tu yang memboyahh semua perut. Kambing seekor memang licin tak tinggal apa. Tulang pun rembat buat balik esoknya untuk dibuat sup cicah roti. 
Selagi tak licin memang bab makan tak boleh nak berhenti. Puas hati betul tahun lepas sebab memang tak susah payah nak membakar, berbbq, tahun ni semua upah catering. Aduihh lagi sedap makan. 

Semua tidur lena, even angin kuat maklumlah hujung tahun dengan musim hujan dan beranginnya, yang penting tak banjir. Esok pagi semua bangkit awal, nak main sukaneka seronok santai-santai je acara keluarga kami, main dengan anak-anak, tukar-tukar hadiah kasi meriah suasana dan happening.



Ni rest 10minit,kebetulan pak cik jual aiskrim datang pakat serbuk, habis satu tong, rezeki tak terduga pak cik aiskrim kena serbuk keluarga besar tak cukup tangan. 


Dalam banyak-banyak gambar, gambar ni satu sekali sebab inilah kali terakhir mak bidah join family day. Last minit berubah keputusan nak join, sebelum tu tak nak. Rupanya inilah family day terakhir mak bidah. 
Apapun syukur alhamdulillah acara sebegini Allah bulat kan satu hati kami semua untuk berkumpul. Bukan mudah nak buat acara sebegini kalau tak kerana sebulat suara, seiring pendapat dan Allah izinkan masa luang untuk berkumpul. Insyaallah tahun 2020 moga semua dapat menyertai acara mahal tak ternilai ni. Love uols.


Xoxo-Ika
Other things may change us, but we start and end with the family