Hidup atas dunia mahupun akhirat nanti, semuanya ada balasan. Atas dunia kita buat aniaya orang, pasti penganiayaan yang sama atau lebih lagi buat pelaku pasti terbalas, kita buat zalim kat orang, pasti kezaliman terbalas, kita buat hina orang pasti kehinaan terbalas, kita buat jahat kat orang pasti kejahatan itu terbalas, kita mengata orang, pasti orang mengata kita balik. Apa saja kelakuan kita baik, buruk pasti ada balasan. Hukum tabur tuai dalam Islam adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebab-akibat dari setiap perbuatan manusia. Bukan karma, sebab dalam islam memang takdak karma karma ni. Balasan pun takde limit masa, cepat lambat, memang akan dapat balasan, tu je.
Siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, dia akan melihat (balasan)-nya. Siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, dia akan melihat (balasan)-nya.
Bab kifarah ni, kemaafan lah yang paling mahal, sebab nak memaafkan apa yang orang dah buat tak mudah, dah maafkan pun masih tak lupa. Memaafkan tak semudah disebut mulut, tapi memaafkan orang ni the best thing yang perlu kita belajar buat, ku dah ada pengajaran besar dalam hidup bagaimana kehidupan orang yang tak nak memaafkan, tak mampu nak memaafkan, impaknya miserable juga jadinya buat diri sendiri , macam membawa satu beban sepanjang hidup, tak sudah-sudah kesannya, bukan setakat emosi, tapi membawa ke fizikal. Memaafkan satu perkara yang teramat-amat berat untuk dilakukan oleh sesiapun makhluk yang dizalimi, dikhianati, di hinakan, di jahati, dan setara dengannya, tak mudah. Namun, memaafkan tu lah sebenarnya satu hukuman terberat buat pelaku kerana segala apa yang dilakukan akan dibalasi oleh Allah, malah sempurna sekali balasan. Percayalah. Korang kena belajar buat, memaafkan. Supaya mereka bersenang hati untuk sementara menunggu kifarah, puas hati bila Allah balas ni, sebab tiada sesiapa pun mampu menghalang terjadinya balasan buat mereka akibat perbuatan jahat mereka sendiri. Totally serah, berserah diri.
Ku rasa pernah coret dalam entri blog ni, tentang cerita ayah suatu hari diwaktu hari raya tahun bila ku dah lupa, biasa waktu lepas solat sunat raya memang akan ziarah kubur, seseorang mendekati ayah, menghulur tangan memohon kemaafan. Matanya merah, suaranya sebak, 'maafkan hamba'..ayah pandang kelibat yang menghulur tangan dengan pandangan tak terkata, tak tersangka, walaupun dah sedikit berubah, ayah cam sangat raut wajah orang tu, orang yang langgar mati satu-satunya adik lelakiku ketika itu dan memfitnah sehingga masuk surat khabar tahun tersebut, dahlah buat salah, pi plak buat twist laporan, dan cerita tak betul kat akhbar, makan tahun ayahku naik turun mahkamah, tapi di sebabkan anak somebody kat kampung, makanya kesekian begitulah cerita orang berduit dengan tak berduit ni, kita semua boleh agakkan bagaimana keputusannya. Betullah walaupun dah hampir berpuluh tahun peristiwa hitam dan berdarah tu berlaku, air mata ayah tak pernah kering kalau cerita tentang tragedi tu, mak ayah hilang anak ni, tak tahu nak describe macam mana peritnya. Hukuman dalam mahkamah boleh lari, boleh twist, boleh buat apa saja untuk menang, tapi hukuman dari Allah, tuan badan aje yang merasa. Mungkin hidup tak tenang, sentiasa dihantui, diburu rasa bersalah, hidup gelisah,atau apa yang dia pernah buat kena balik kat diri atau orang yang dia sayang, no ever one know melainkan tuan badan aje yang merasa kifarahnya, sehingga tuan badan akhirnya datang jua mengadap bertentang mata dengan ayahku memohon maaf atas kejadian dan mengaku bersalah, kesal. Begitulah hidup, bila buat salah jangan lari, jangan menipu, jangan fikir diri saja, makan diri je nanti, lambat atau cepat saja. Even berpuluh tahun baru ayah dengar sendiri permohonan maaf tersebut, walau dah terlambat untuk keluarga kami dengar, kami dah lama redha, maafkan, dan menyerahkan sepenuhnya segala keadilan kepada Allah. Even makan puluh tahun, we deserve to hear an apology too. We know that an apology won’t change anything what happened, even it won’t magically mend our broken heart or erase the memories of the pain. But it really matters. Sobs. Moga Allah tempatkan arwah adikku di syurgaMu, meninggal ketika umur mumayiz, Amin. Tulah kan? Datang terlintas juga waktu tu, dengan kemenangan dia, dah puluh tahun dah pun, why dia mai cari juga minta maaf, buat keras jelah macam awal-awal dulu, jalani kehidupan macam biasa, macam takde apa-apa berlaku, sebagaimana yang dinafi, tapi mesti ada yang something yang push him datang jua mengadap, dia ja lah tahu kan kenapa?
Orang buat aniaya kat kita memang menyakitkan, derita, tapi ingat dikala tiada apa pun yang mampu menolong kita, orang teraniaya punya senjata paling hebat iaitu DOA. Doalah, doalah sepenuh hati, doa penuh yakin, doa penuh penyerahan, ditambah pula di bulan istimewa, bulan Ramadan ni. Ambil peluang, biarkan saja penganiaya, tersenyum, berjimba puas-puas, kita berdoalah sehingga rasa puas. Lambat cepat kifarah di rasa, bila datangnya kifarah dari Allah tiada apa pun yang dapat menepis. Masa tu kita pula berterima kasih kat Allah sebab kurniakan hati kita untuk memaafkan, menyabarkan diri, berusaha kuat untuk didik hati redha dan terus berserah , ganjaran pun pasti bukan kaleng-kaleng. Ku doakan buat penzalim, orang yang keji menganiaya orang lain, orang orang yang sengaja melakukan kejahatan, Allah balas kifarah berpuluh kali ganda lagi kekejian yang kamu buat.
Top Social