Kalau datang Teluk Intan jangan lepaskan peluang pergi Pulau Bangau, naik river cruise menyusuri sungai Teluk Intan. Berbaloi weehh. Alhamdulillah ada alasan juga nak menyusuri Sungai Teluk Intan asbab nak tinggal anak-anak dengan mak ayah selama dua minggu umrah haritu, mak ayah aku ni dah lama zaman tinggal aktiviti pengasuhan anak-anak kecil ni, aku risau diorang penat, boring pakej penat, so sebelum melalui tempoh boring,penat aku bawa depa tukar angin sikit sebelum berkepung dalam rumah,ulang alik ambik cucu depa pergi dan balik sekolah,kihkih.
Aku memang dah lama aim nak pergi Pulau Bangau ni, laki aku cakap tak best sebab kita tak ramai, what? Dah enam orang aku teran keluar pun boleh cakap masih tak meriah, sabor jelah, jadi alang-alang orang tua ada aku bawak depa makan angin sekitar Teluk Intan, masa awal-awal pindah kat Perak ni ada sekali adik aku datang bawak mak ayah yang kebetulan datang tolong kami kemas rumah berpindah, pergi dekat menara condong Teluk Intan sebelum depa pergi Pulau Pangkor, punya excited mak ayah aku sampai nak feri baru perasan beg baju depa tertinggal rumah aku kat tepi pintu sliding, berdekahh kalu ingat balik, tak pasal kena shopping baju pakai kat Pangkor. Memandangkan mak ayah aku pun sampai sempat sipi-sipi aje kenal Teluk Intan, kami bawa pusing pekan Teluk Intan di hujung minggu tu.
Kami bawa mak ayah makan tengahari kat D'Tepian Teluk Intan tempat favorite makan kami, puas hati ayah mak makan, semua makanan yang kami order abis licin, dan masakan kat situ memang sedap mak ayah puji sedap ye. Puashati ye tengok orang tua makan berselera. Siap makan kami bawa mak ayah ke Masjid Teluk Intan, Salah satu tempat wajib juga singgah kalau datang Teluk Intan ni. Tempat musafir banyak singgah. Aku suka. Siap solat kami terus ke belah jeti Sungai Teluk Intan, kat situ memang banyak pilihan untuk naik Cruise, so kome pilih je lah mana-mana pakej, sebab datang ramai tu boleh jimat sebenarnya, kami ambil pakej A dalam RM150++, aku dah lupa exactly price, tapi berbaloi naik satu bot, sekali dengan boatman yang cerita sejarah sungai Teluk Intan.
Sungai Teluk Intan ni kalau pandangan mata aku ibarat lautan sebab kelebaran sungai tu memang besar sangat, kalau lalu jalan nak ke Manjung memang nampak macam lalu tepi laut. Apapun naik bot dalam sejam gitu, ronda slow setiap bahagian, bermula dari jeti, kenapa menara Condong Teluk tu, ada kaitan ke tak? Cerita kampung kecil seberang dari Jeti utama, pokok sungai yang jarang orang ambil tahu, tempat udang-udang berkumpul, tempat spesis bangau dalam kelompok yang agak besar dan pelbagai spesis. Seriously lalu kat pulau bangau tu macam cerita National Geo wehh, ya Allah nak dijadikan cerita masa tu air surut jadi takde rezeki nak lalu kat laluan kecil yang boleh tengok lagi dekat bagaimana depa bersarang, macam mana kelompok depa beranak pinak situ. Perghh kalau dapat lalu video mahal untuk aku dapat capture that moments. Tapi itulah, lainkali pula nampak gayanya, pi tengok sunset sambil belek sarang depa nohh.
Boatman pun bagus sangat dari story telling, santai tapi penuh information. Cerita pasal kepala keretapi tengah sungai Teluk Intan tu, sejauh mana kebenarannya terbongkar, mengekek aku dengar cerita. Apapun seronok betul baik Cruise Sungai Teluk Intan ni, berbaloi dan memang boleh repeat. Boatman pesan kalau betul-betul nak menyelusuri laluan Pulau Bangau tu, call tanya dulu keadaan sungai, sebab sungai Teluk Intan ada musim sungai jadi warna hijau biru, dan timing pasang surut tu, jadi better call next time. Time kami pergi tu air surut, air sungai warna teh tarik,kihkihh. Ayah aku siap angkat cap jempol, maknanya puas hati benor lah tu dapat naik cruise dapat plak function boatman. Nak pergi memancing and stay kat Kelong pun boleh ye.
Alhamdulillah selesai ronda sungai Teluk Intan, hujan turun. Macam-macam tahu-tahu aje program kami dah selesai, jadi on the way kami balik singgah makan malam ringan-ringan, roti Nan, kat Saddam Teluk Intan. Sebagai orang yang dah berulang kali makan kat Gulam Rasul, betullah Saddam takleh challenge rasa kat Gulam Rasul, tapi kalau banding Gulam Rasul dengan tempat lain yang aku suka, memang jauh lagi lah,kihkih. Korang datang Teluk Intan naiklerr cruise, best!








Top Social