Sedar tak sedar princess sorang ni dah berumur 1 tahun lebih. Cepatla pulak kakak hawaa membesar, tak puas gomol, cubit pipi, cium bertubi-tubi lagi anak syurga ni.hihi.
22 februari 2016
Genap 36minggu,azra hawaa dilahirkan. Mild contraction selepas solat subuh petanda awal azra hawa akan keluar. Tapi mama, relax lagi siap kemas beg ayah awak nak bertolak balik keperak dah sebelum tinggalkan mama dan anak-anak untuk tunggu masa bersalin. Allah, syukur sangat Allah makbulkan doa supaya suami ada disisi ketika bersalin.
So, masa on the way ayah hantar mama ke rumah makayah tak sangka darah dah banyak keluar. Sampai rumah, terus kemas beg, makan, dan terus bertolak ke hospital husm. Alhamdulillah masa tu tak ramai sangat, dalam pukul 3petang bila check masih 2cm bukaan, transfer wad dulu. Dalam menunggu masa, selepas isyak sakit contraction makin kerap then bila check 4cm, terus dibawa ke labour room.Then doktor cakap biasa lambat lagi keluar baby kalau 4cm, then what happen tepat 12.35tengahmalam hawaa dilahirkan. What a miracle and easy proses. Alhamdulillah.
Perkara paling menggembirakan, adalah dapat direct feeding hawaa selepas kelahiran. Such a wonderful moment, sebab dua kelahiran sebelum tu ika tak mampu buat demikian. 3hari selepas kelahiran the most thing happen yang buat mak dan ika sendiri terkejut hawaa dah angkat kepalanya sendiri bila dimandikan. Still jaundis tapi hanya 10hari berbanding haddad dulu.
Milestone Hawaa
Fasa bubbling paling menyeronokkan bila hawaa dah pandai bagi respon dan gelak serta bubbling bila abang-abangnya bercakap. Umur 5bulan hawa mula pandai bergolek, mengengsot,dan plaing win pandai turun tilam sendiri dengan teknik mengundur hulurkan kaki dulu.hahah.Umur 8bulan hawaa mula merangkak dan makan solid food yang lebih bertekstur kasar selepas 2bulan makan bubur nasi yang dikisar halus. Fasa kenal orang, tak nak dengan semua orang kecuali mama ayah.9bulan mula bangun dan meniti dari kerusi ke kerusi. Pandai bermain, bergelak tawa, kejar mengejar merangkak dengan abangnya.
Paling tak tahan fasa insecure,tak boleh tengok mama solat, pergi tandas, pergi dapur, dan macam2 lagi.Mula tahu merajuk, bertantrum guling2 bila someone ambil barang kat tangannya.10bulan mula bertolak ansur dengan orang lain selain mama ayah,takde dah teriakk macam kena dera bila orang lain dukung.
Win sekali bila dengar sesuatu yang abangnya suka terus buat suara macam nak mention kat orang.11bulan gigi mula tubuh 4 batang sekaligus. Mula meniti dengan bantuan dinding, merangkak dengan pantas sekali. Latest one, boleh berdiri tanpa bantuan selama 7saat then jatuh dia tergelak-gelak. Paling hawaa suka sekali bila dia berjaya buang pampers yang dipakainya sendiri. Suka kemainn. Makan makin banyak, pantang tengok orang makan.
Dan yang paling PANTANG sekali buat hawaa bila bilik air terbuka, dialah paling kalut nak masuk bilik air, dari mengengsot sampai sekarang. Tu sebab kena make sure everytime kunci bilik air, kalau tak ada adengan tukar baju seluar 23010736829 kali.
Sekarang dah 1 tahun 3bulan, fasa tantrum yang terlalu awal. Tengah praktis jalan. Fasa tantrum ni kena cerita next entri, macam kejutan buat mamanya pun ada kes awal sangat bertantrum.
Note to AH
Xoxo
Xoxo
Top Social