entri sebelum ne dah buat dah pasal macam mana nak handle anak bila dia buat perangai a.k.a tantrum..so just nak share nasihat dari prof dr. rozieta...
Soalan:
As salam prof... maaaf menganggu... sy ibu dua org ank lelaki usia 4thn dn 2thn... prof sy ingin penjelasan dr prof utk menangani kerenah ank lelaki saya.. kenapa budak baya ini ssh mendegar kata kalau kite menegur..juga akan memukul sy balik jika kemahuan ya tidak dituruti.. kdg2 prof sy jadi hilang sabar dn memukul mereka kerangeram.. tp sy ada baca jika kita lg pukul mereka lg mereka jadi degil..Betul ke prof? Apa cara yg patut sy lakukan?
Jawapan:Kita ni manusia, jika anak berperagai buruk, memang mudah kita hilang sabar. Oleh itu bilanglah berapa banyak anda boleh bersabar dan hargailah diri anda yang sedang berusaha belajar bersabar. Ini sangat penting dalam meraih sabar yang besar. Ada beza anak yang mengamuk pada usia 2 tahun dan yang mengamuk pada usia 4 tahun. Budak pada usia 2 tahun sememangnya akan lebih kuat mengamuk jika kehendaknya tidak diikuti. Ini adalah pada usia ini dia mula cuba untuk ekspres dirinya dan uji sejauh mana dia boleh mempunyai kuasa kepada ibu atau bapanya.Tantrum ini juga berlaku kerana ketidakbolehan anak mengawal kekecewaan yang mereka rasa di dalam diri mereka. Juga kerana kurangnya mereka diberi outlet untuk mengeluarkan tenaga negatif yang tersimpan dengan bermain. Ibu sudah banyak menulis mengenai bagaimana untuk mengawal anak yang tantrum.
Jika anak anda yang sudah 4 tahun mengamuk dan memukul anda, kemungkinan besar semasa anak itu dua tahun dan dia tantrum, cara anda mengendalikan keadaan itu membuatkan radang anak itu tidak selesai. Bila anda sama menjerit marah, maka anda sebenarnya sudah kalah di dalam power struggle itu. Apa yang disarankan anda buat, bukanlah memujuk, tetapi dengan tegas tanpa berleter atau menjerit kepada anak itu, bangun dan lihat dia ke bawah. Ketinggian anda membuatkan anda memberi mesej anda memegang kepimpinan di situ. Beritahu, anda tidak suka dia berperangai begitu. Pegang tangan atau kakinya dan beri dia amaran dengan kasih-sayang tapi bernada tegas.Jika dia terus memukul. Ambik dia dan bawa ke satu sudut dan nyatakan dia duduk di situ sehingga dia boleh belajar mengawal tangan atau kakinya dari memukul atau menendang anda. Tinggalkan buat seketika. Jangan pujuk, tapi bercakap baik.
Anda perlu cekal hati dan mengawal emosi anda jangan membenci dia. Dia dapat merasakannya.Setelah reda, anda boleh bawa dia dan membasuh mukanya dan beritahu, bukan pujuk, bahawa perangainya memukul anda itu perlu berhenti. Dia perlu ikut cakap anda jika anda melarang sesuatu. Dan anda juga perlulah berpatutan dalam melarang. Janganlah semua benda pula hendak melarang. Perlu bijak menggunakan kuasa. Kerana anak belajar menggunakan kuasa dari anda.Bila dia sudah nampak bekerjasama, ucapkan kata penghargaan kepadanya dan puji sikapnya.Sebagai ibu bapa kita perlu memimpin dengan kasih-sayang dan tegas bukan lemas dalam pergelutan kuasa dengan anak.
perasan tak highlight tu..yes..point tu sama dengan some paragraph dalam entries terdahulu..dah lupa dah kat mana tengok yang ingatkan usia emas anak-anak kita antara umurnya 2tahun, that's mean memang waktu tu waktu terbaik kita nak didik and train anak kita control their emotions..huu, so memandangkan ahmad harraz berada linkungan umur tu dan pengalaman yang kitaorang dah alami sepanjang otw balik dari kedah ke KL haritu sangat memberi kesan ..bayangkan perjalanan balik dari kedah hampir memakan masa yang lama sebab ahmad harraz mengamuk nak duduk beriba atas ayahnya while driving..honestly memang aku tak ajar anak duduk depan/beriba masa ayahnya drive..orang lain sukahati dialah, but me won't allow that happen..silapnya, pagi sebelum balik KL, ayahnya nak beli breakfast bawa dia sekali, tapi tak nak duduk dengan his uncle, end up, pergi kedai sambil beriba dengan ayah, so bila dah jadi camtu, he know, "oo, rupa-rupanya boleh duduk depan" maklumlah sebelum ne tak terdedah...huhu, i just wonder my son thinking like that...so tu yang mengamuk sakan, disebabkan dah terlalu lama perjalanan, bosan maybe...so ahmad harraz menjerit/menangis bagai nak rak nak pergi duduk depan...my mistakes, disebabkan dah terlalu penat duduk dalam kereta lama, i'm not handle my emotion first, big mistake there..semakin dilarang semakin kuat keinginan dia nak pergi duduk depan...sampaikan kitaorang banyak kali stop kat R&R..suami pun dah letih, mengantuk nak hadap karenah anak lagi, so lastly kitaorang take a deep breath and slowtalk, my hubby dukung sekejap..amik angin luar, then duduk kat drive sit sambil riba anakanda harraz..and tell slowly kenapa tak boleh duduk depan blablabla, memang take a minutes, but the end ahmad harraz slowly come to sit with me and sleep...memang meletihkan amat that situation, penat ok..tapi disebabkan peristiwa tu me and hubby dah lebih clear how to handle the toddler emotion,..hii, boleh bayangkan kitaorang bertolak balik pukul 3petang dari gurun kedah, pukul 4pagi kitaorang sampai rumah, guna highway tu...pfffttt..tu pun my hubby dah penat sangat terpaksa berhenti tidur kat R&R mane ntah sekejap..penat hooihh mengurus anak-anak membesar ne, but really worth it..so hargailah emosi anak-anak ketika waktu emas ne kalau tak nak lagi penat bila diorang dah semakin membesar...tu pasal ada pepatah melentur buluh biar dari rebungnya...takut bila dah besar lansung tak boleh disentuh/tegur/patahkan..whatever.. jom like page prof dr rozieta...banyak ilmu keibubapaan...k daa
Top Social