Sampai kat Besut lalu ikut Jeti Besut mengimbau memori Pulau Perhentian, memang berzaman dah tak pergi Pulau belah sini, bila plan nak pergi asyik beranak pantang ulang sampai yang ke6 keluar, tak sampai-sampai lagi Pulau Redang. Takpe, nanti sekali harung kita jejak, tunggu anak bongsu besar sikit. Sekarang tahan sabor je dulu, nikmati yang mana sempat dulu.
Tak sengaja juga jumpa iklan Chalet ni kat area Besut, tak tahu tang mana, tapi bila pergi memang puas hati sebab ku ambil 2 bilik yang interconnecting, harga tak sampai RM200 pun, masyaallah memang great deal betul. Dari bersambung mandi kolam kat Sekepeng Penarik anak-anak sibuk nak mandi kat kolam sini pulak. Masa kami sampai tu takde orang pun, kami je, sebab tengah minggu kan? Hihi. So harga pun ikut rate weekdays la kot. Kolam kat sini kurangnya satu je, tinggi! Kena menapak naik tangga nak ke kolam, dan dalamnya boleh tahan jugak untuk budak-budak. Kolam budak ada dua section, sebelah cetek takat pinggang, sebelah dalam sampai dada budak-budak. Kolam dewasa lagilah, maybe dalam 1.3meter. Kalau ikut ketinggianku memang hapus terus la sampai kepala, memang target orang mandi sini yang dah pandai berenang atau mandi pakai life jacket untuk safety.
Bab bilik pula sangatlah luas, katil lebih dari mencukupi, dan yang penting fasiliti kat Chalet lengkap. Malam kalau tak nak keluar, ada cafe kecil kat lobi, ada kerabu megi, megi tomyam, masakan goreng panas simple, lokceng, serta air minuman. Kalau tak nak keluar bilik, nak stay makan kat chalet pun takde hal. Nak request tempat BBQ pun depa layan. Depan chalet ada beberapa pondok berhadapan pantai, nak lepak situ pun okay sangat sebab masa kami datang tu bulan penuh, cantik sangat view malam dan sunrise. Nampak jelas pulau perhentian kat depan chalet.
Kalau nak pergi Pulau Perhentian, balik hari, chalet ni antara yang terdekat juga dengan Jeti Besut. Nak cari makan area sini pun senang sebab berada antara centre pekan kecil Besut, tempat pelancong bertumpu, hujung minggu ada pasar pagi kat jalan depan berdekatan Jeti. Ku pilih kat sini sebab nak ajak mak ayah makan kat Zul Ikan Bakar Besut. Dah check in semua dah lapar terus lunch kat bilik. Siap makan, anak-anak bising dah tak sabar nak mandi kolam, panas merelip pun terjun kolam juga, layannn. Siap mandi terus bersiap untuk makan malam,
Kat Zul Ikan Bakar memang Ikan dan segala lauk dari laut memang segar bugar baru naik ke darat. Memandang kami singgah makan kat Penarik kelmarin dulu tak memuaskan hati, alhamdulillah dapat makan kat Zul Ikan Bakar ni sangatlah berbaloi dan puas hati sangat. Alhamdulillah ada rezeki bawak mak ayah makan sini, famous dan menjadi pilihan sebab kesegaran seafood. Fresh padu dan sangat murah, memang boleh repeat. Puas hati anak-anak makan udang segar, best sangat.
So balik malam dah, kekenyangan, fikir nak tidur jelah. Tapi anak-anakku selagi celik mata depa lapar, nasib ada jual makan kat little cafe di Chalet ni, order waffle satu sorang, alhamdulillah dah kenyang semua tidur, sebab esok nak selesaikan misi nan satu tak settle lagi iaitu makan nasi dagang. Pagi esoknya kami bersiap-siap mandi awal, anak-anak dah tak nak mandi kolam pasal petang depa mandi kat kolam tu angin pantai kuat sangat, takdan 2jam depa mandi dah menggigil kesejukan ditambah angin. Jadinya kami checkout awal untuk ke kedai makan pagi yang tak femes tapi paling sedap, ayahkulah yang bagitahu, kalau nak datang makan nasi dagang, makan kat sini, tak ramai orang tapi antara yang tersedap. Ku pun tak tahu nak mention kat mana tapi dekat sangat lah dengan pasar pagi besut tu. Siap makan kami bertolak balik je, sebab banyak hari dah tinggal Oyen dan chiko kat rumah, harap depa tak merempanlah kena berdikari. Lagipun hari jumaat nak kena sampai sebelum masuk waktu zohor. Alhamdulillah that's our wrap for Terengganu roadtrip 5 days 4 night , moga Allah izin lagi bawak mak ayah roadtrip dikala mereka masih sihat dan bertenaga. Amin