Dalam banyak-banyak homestay, honestly nak stay homestay ni antara yang agak payah nak dapat chance bila hujung minggu, sebab asyik full book. Weekdays pun adakalanya penuh jugak tengok acara bulanan kalau ada cuti bersambung ke apa, pasti tak dapat. Satu hari lakiku suruh kemas beg, tanya nak pergi mana? Pergi Teluk Intan, tidur kat sana. Setahuku kat Teluk Intan kalau setakat nak tidur semata, macam tak berbaloi melainkan orang dari luar perak nak datang tidur! Itu yelah, biasa jadi persinggahan sebelum next destination diorang, asal boleh hotel mana-mana banyak juga pilihan hotel. Ku cakap nak pergi Mongolia lagi ka, kolam tak best, klorin kuat nauu. Bukan! kemas aje, karang lewat plak nak cari makanan bagai untuk berbuka.
So kemas-kemas terus direct je ke Teluk Intan, bila sampai pening tak jumpa tempat, rupanya rumah Tangga merah ni lakiku cari. Ku tanya apesal boleh plak kalini, biasa nak book hilang mood, asyik penuh ja, asbab nak mandi kolam mandi private ja, hahaha. Lakiku cakap, bulan puasa siapalah rajin nak datang bercuti-cuti, ahahaha, ye jugak kan?! Makanya dapat lah merasa menginap kat rumah kampung Tangga merah ni. Anak-anak seronokla dapat mandi air kolam, even waktu malam sekali pun. Apedehal, depa tak kira asalkan dapat main air.
Kalau datang Teluk Intan ni, ku pun tak tahu sangat apa yang menarik kat sini, kecuali Menara Condong Teluk Intan tu. Tapi setiap kali hujung minggu tambah waktu gaji, area Menara Condong ni akan penuh dengan orang luar terutama geng motor. Tapi yang best kat sini bandarnya memang kena dengan jiwaku, kedai deret-deret tapi semua lengkap, macam zaman 90an kat bandar Kota Bharu dulukala, tapi kat sini siap pawagam pun ada. Kalau nak tengok movie best sini antara favorite juga sebab orang tak ramai. Pernah kami pergi tengok cerita apa dah, kami macam sewa satu pawagam untuk kami je, pasal dalam tu kami anak beranak je tengok cerita. Best betul.
So cerita Rumah Tangga Merah ni, kami datang semata nak merasai duduk kat rumah kampung dan menikmati mandi air kolam privately aje. Memang luaslah untuk kami sekeluarga. Ada dua bilik, satu kat atas ada dua double bed, satu kat bawah ada satu double bed. Jadinya kami decide tidur belah bawah je, sebab tivinya kat bawah, dan tepi kolam senang anak nak masuk mandi. Nak ke dapur pun senang kot tersedar nak minum air apa tak payah menapak naik turun tangga, apa salah tangga pun tak tahu, hahaha. Tilam dan comforter, bantal tambahan pun tuan rumah sediakan. Jadi anak-anak decide nak tidur depan tivi. Alahaii. Pun boleh, yang penting depa seronok. Duduk rumah kampung depa cakap macam rumah tok ayah, dan yang best suasana rumah ni lah yang mengimbau nostalgia.
Duluuu...aaah, mula dah! Korang baca jelah, ku suka sangat pergi tidur rumah nenek dan opah mereka ni, sebab memang best. Dari rumah ku lintas jalan, berjalan kaki melalui rumah-rumah jiran, nak short cut lalu ikut laluan hutan buluh dan kubur kecil, turun bukit sikit, terus sampai. Nak laluan jauh pula sebab sambil jamu mata, tengok sungai, boleh ambil laluan dalam mini hutan kebun getah, yang laluan ni tembus kat kebun depan rumah opah, jadi boleh petik buah ciku kalau musim buahnya lebat. Sampai rumah opah, bukan terus naik, main kejar angsa dulu, pusing belakang rumah petik buah-buah hutan. Takpun musim buah getah luruh,kutip buat main congkak. Korek-korek tanah buat lubang congkak, lepas tu mainlah dengan kakak adik.
Dah letih baru reti nak naik rumah opah, pun minum air, bukak saji tengok ada makanan apa. Cik ani ajak petik daun paku pakis sambil ambil biri-biri yang ditambat dalam kebun getah terus kami berlari mengikut langkah dengan gembira. Aktiviti macam tu punya happy. Tak lagi anak lori jual lauk sampai, macam-macamlah kami shopping jajan, haiilah, memori terindah kanak-kanak. Dah makan tengahari, tersadai depan tivi pulak, habis sepetang baru kalut nak balik, jauhnya rumah nenek ku dengan rumah mak ayah, hampir 3km , tapi selamba je dulu jalan kaki, selamat pun ye. Sekarang? Errr...kalau esoknya hujung minggu, kami decide tidur rumah nenek. Jadi jimatlah tenaga berjalan kaki, pasalnya mak ayah wajib datang jenguk opah, jadi tumpang balik sekali.
Tidur rumah papan, berkayu, dinding dengan sisir angin terbuka memang best, angin sejuk malam semulajadi, tapi nyamuk bersepah. Tidur kat rumah tangga Merah macam tulah anak-anak lalui, udara sejuk, sebab aircondlah tapi nyamuk, hahaha tapi nyamuk still ada, biasalah tu, tak dapat semua pengalaman, sikit pun okaylah untuk kenangan anak-anak. They really loved it, once ada peluang bawak depa kat kampung Kuala Kangsar plak, boleh memancing, dan buat aktiviti orang kampung.
Rumah nenek sebelah rumah pula, ku jarang sekali nak pergi tidur overnight melainkan nenek bersungguh ajak, overnight dengan adanya persepakatan sepupu, kalau kami adik beradik je memang taklerr. Ku tak gemar mana, sebab arwah Che memang garang beno, tapi banyak juga pelajaran yang masih ku ingat bila arwah Che ada, nenek plak over baik tapi ada dark side juga, ahahaha. Ku simpan kemas. Biar mati jelah ingatan tu sampai tutup muka buku kat dunia ku simpan. Antara yang paling ku ingat, nak makan tengahari, ada dua ekor ikan, jangan cubit semua, cubit satu-satu, dah habis seekor, baru beralih ke seekor lagi, makan satu per satu, ingat orang lain juga yang belum makan, atau untuk simpan untuk next meal, itulah yang arwah Che bagitahu. Nak mandi, mandi air sejuk terbaik, sebab bagus untuk otot, sampai sekarang air telaga tepi rumah nenek masih ada, dan bermanfaat. Kami mandi ramai-ramai kat situlah kalau hujung minggu, itu ajelah waterpark kami, bergilir-gilir naikkan timba air, kau jirus aku, aku jirus kau, gitu kekdahnya. Paling menakutkan ku jam dinding kesayangan arwah Che la, tak tahulah kenapa, bunyinya agak seram, sampai sekarang masih ada, tapi dah tak fungsi dah. Dulu kalau rosak ke apa, ayahku rajinlah bawak jam tu dibaikikan, since arwah takde, biar je kat dinding tu, kadang bergerak, kadang tak. Tapi bunyi loceng tu memang rosak dah. Rumah nenek pun asasnya kayu juga, lain ye feeling rumah kayu ni kan. Entahlah.
Hahh, panjang juga nostalgia ku taip, tahap makcik-makcik macam ni lah. Nostalgia kita semua memang unikkan, generasi atas sikit lain pula, ni generasi anak-anak dan bakal cucu-cucu masa depan nanti lain pula. Tak kisah berubahnya zaman, yang mana boleh jaga adab dan kesopanan, jagalah baik-baik, jangan hilang dek arus kemodenan dan teknologi. Apa pun yang datang Teluk Intan nak bernostalgia macam daku boleh pilih penginapan macam ni, tukar angin sekali sekala. Jangan tanya apa yang best kat Teluk Intan. Ku tak tahu, hahhaa. Nak makan petang sedap, laksa, cendol, mee sedap singgahlah makan kat gerai sempoi tepi masjid. Nak makan rojak famous kat Teluk Intan pun boleh.
Top Social