2 vs 6

11.13.2023

Betul ka, kalau kita ada anak satu dua, tak layak nak nasihat orang anak ramai? Habis macam mana yang kalau ada anak tunggal, terus tak layak nak cakap apa-apa ke pengalaman, tips apa semua? Tak fair kan hidup? Sebab tu dalam islam ada istilah lapang dada, ihsan, empati dan bermacam lagi akhlak untuk kita apply dalam kehidupan. Sebenarnya dalam hidup ni tak kisah tips apa-apa applylah mengikut kemampuan dan keberadaan diri sendiri, bukanlah memaksa diri rigid mengikut tips yang kita banyak baca, dan ikut apa yang orang lalui, ambil sebagai panduan supaya kita bukan menonong buat sesuatu. 


Kita semua tak sempurnakan, begitulah bab tips-tips, tips ni datang dari teori dan pengalaman, tapi bab praktikal orang yang akan dan lalui sajalah tahu bagaimana ia dilaksanakan, sesuai ke tidak,kalau buat kita makin stress, tak sesuai lah tu, kalau buat kita makin mudah uruskan anak-anak, haa baguslah tu. Kita sebagai pembaca ni bijak dan pintarlah dalam buat keputusan nak buat ke tidak, nak teruskan ke tidak, nak ikut ke tidak, ilmu ikut-ikutan tidak berguna hatta tak bermanfaat jika menimbulkan guru hara akibat melainkan go deep dan betul-betul fahami apa yang realiti didepan mata, teori pastinya jauh panggang dari api dengan apa yang praktikalnya.


Tambah pula tips bab anak-anak ni, tak semua terpakai untuk kita buat, apply. Anak satu tak sama dengan anak tiga, anak sepuluh tak sama dengan anak lima, semua berbeza. Ragam, kelakuan, mindset, suasana, dan pelbagai lagi faktor yang membezakan kita semua. Sampai satu masa, kita rasa kita dah buat betul, orang lain semua salah. Bab anak-anak ni kita buat jelah apa yang kita rasa terbaik supaya anak kita boleh berada dalam masyarakat dan bersedia bawa diri, jaga diri dan tidak beri kesan buruk kat orang lain hatta diri mereka sendiri sekalipun, mereka dapat berdepan dengan pelbagai tingkahlaku pun dah okay sangat, kelakuan masyarakat yang semestinya berbeza dari diri. 


Tak mudah ye zaman sekarang, tetiba kita nak salam dengan orang yang tak kenal pun kena tuduh bawak virus dulu-dulu, anak-anak kat sekolah pun diperingatkan sebegitu kat sekolah dalam tempoh lama juga siap kena marah lagi bila hulurkan tangan, hingga hilang sudah common sense bila jumpa orang tua, kena bersalam. Tetiba juga kena kata anak-anak muda sekarang takde adab jumpa orang lebih tua even yang tak dikenali tak bersalam sedangkan kita jugalah yang cuba menormalisasikan benda tu kat anak-anak kecil, even tempohnya sekejap, tapi impaknya bukan sekejap. Begitulah, kadang orang tak nampak puncanya, tahu nak judge saja. Tak lagi bab lainnya, sudahnya di tuduh ramai anak-anak muda hilang common sense. Makanya keluarlah pelbagai tips dari syurga belaka, tak ingat dah apa realiti yang kita buat, berbelit-belit. 


Pengalaman daku anak dua dengan anak enam memang jauh beza bagai langit dan bumi, bila mak-mak anak satu atau dua mengeluh, mulalah yang ramai anak merentan kata depa lebih perlu mengeluh dengan apa yang depa hadap, haiihla. Bila yang anak satu dua kasi tips, yang anak ramai mulalah menyindir perli tak layak untuk bagi pendapat, pengalaman. Toksiknya mereka yang sebegini, tapi alih-alih depa play victim kata orang toksik, part dia bertoksik dia buat buta. Tak kira apapun situasi keadaan, pengalaman, pendapat, raikan sajalah. Bergaduh-gaduh ni nak kemana? Tapi tak nak, nak juga berbalas-balas. Entahla labuu, bila fikirkan masa kat dunia tak lama mana, cepat-cepatlah kita ignore, jauhkan diri dari situasi tersebut tak kira di alam maya atau di realitinya. 


Ku pernah dengar ye orang tua macam mengejek-ngejek mak muda, alah baru anak dua dah tak reti jaga diri, tengok yang tu anak sepuluh pun macam anak dara lagi (pasal yang ditengoknya si fulan tu dulu kurus keding, muka flawless) bila anak dua 360° darjah jadinya. Ku geram nak menjawab bagi pihak si fulan, tapi memikirkan orang tua zip mulut, ikutkan hati dah penampor tawar sedass. Mana tak membara, iols pernah lalui pengalaman anak satu, dua sampai enam, the struggles handle two kids bukan kaleng-kaleng ye, kalah anak enam, sungguh. Lagi pulak kalau yang jenis,"eh, baru anak satu, dah macam-macam nak bagitahu orang". Ya Allah tolong sabarkan daku jumpa manusia sebegini. Apapun hidup bercampur gaul dengan kepelbagaian spesis keturunan manusia ni macam tulah, sebab tu dalam Al-Quran banyak sebut bab sabar ni, ganjaran orang bersabar bukan kaleng-kaleng. Bersabar dalam berpenat-penat pun, duniakan tempat untuk berpenat-penat. 


Begitulah bab tips ni, terguna pakai bilamana sesuai dan pemudahcara namun, perlu juga disesuaikan dengan realiti hidup hari-hari sebab semuanya tiga ratus enam puluh darjah berbeza. Nak tegur tak semua mampu terima, tak tegur kang, melarat-larat lurus bendulnya, so pandai-pandai sendiri lah jadi bijak pandai dengan terus mencari gali ilmu, kerana ilmu itu cahaya, tapi kalau dah hati keras macam tembok, cahaya pun tak pass nak lalu macam mana? Usahalah kikis tembok kasi runtuh, yang penting kita as parents sentiasalah belajar perbaiki diri, datangnya anak-anak untuk kita bukan untuk kita ajar anak-anak, tapi ajar diri supaya diikuti anak-anak untuk teladan kehidupan mereka pula. Hidup jangan jadi macam ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kena ingat kita ni pun akan menjadi pelajaran atau pengajaran untuk orang lain. Choose wisely, learn, do better.