7 Tahun Manis Pahit Suka Duka

7.07.2020

29 Jun 2020 cukuplah 7 Tahun umur anakanda kedua. Banyak suka duka membesarkan anak rapat ni, banyak juga pengalaman, pengajaran bila dapat anak-anak rapat. Alhamdulillah ku syukur Allah bagi ujian dan nikmat ni buat ku dan suami, syukur atas anugerah dan amanah yang Allah kurniakan buat kami suami isteri. Sekejap je masa berlalu bila anak dah 5 tahun ke atas, sekejap sekejap dah beralih tahun, tahu-tahu anak dah nak nikah kahwin nanti. Sempena birthday anak Sempena pkpp ni nothing special, konon nak buat sendirilah keknya, tapi faham-faham sendirilah ku bab baking ni seloww dan tak minat sikit, tu yang banyak alasan bila anak ajak buat kek sendiri. Last-last suami decide tapau dari kedai je macam biasa, hehe. Selain tu anak minta ayam goreng tepung tu je Sempena birthday. 




Anak nombor dua ni memang karakter dia lain sikit dari adik beradik yang lain terutama dengan yang sulung tapi mama tak nak banding kan anak-anak sebab setiap anak ada keistimewaan dan kelebihan juga kekurangan masing-masing. Apa yang Ika perasan Haddad ni memang keras luaran tapi dalam hati ada taman, macam mama juga, kena cara treat memang lain macam hasil yang dapat. Nak mintak tolong bagitahu je baik-baik, kurangnya jenis tak sabar-sabar. Yang rajin layan dik-adik dialah, yang senang nak minta tolong pun dia yang paling cepat respond. 



Paling tak tahan peel bila nak sesuatu memang tak sabar menyabar, kalau nak tu memang dan dan tu jugak dia nak, kalau tak kena cara memang berpanjangan drama, sini lah kena bijak pandai pujuk dan divert trick untuk anak kedua ni makan saman. Kalau lagi kau berkeras, lagi dia double triple berkeras, uhuiii boleh terbang lintang pukang kesabaran. Apapun setiap anak ada cabaran masing-masing sebab masing-masing semua berbeza dari dalam rahim lagi diorang berbeza, pengalaman mengandung, kelahiran dan bila membesarkan anak-anak ni, yang penting parents tetap sayang semua anak-anak tiada lebih dan kurang kan? Sebab manusia tu unik, takde yang exactly sama, cara treat anak-anak pastilah doesn't fit one ways, so do the best sajalah kita as parents, everyone want the best to each other especially untuk anak-anaknya. 


Kita sebagai parents Jadi pendorong, penggalak, supportive, complimentary, understanding them. Bunyi macam mudah je kan? Takpe lah sampai masa semua orang akan rasai apa yang dah mak ayah kita lalui dahulu masa besar kan kita, ambil panduan dan pengajaran apa yang telah kita lalui sepanjang membesar dari didikan ibubapa kita. Jika kita rasa kita Jadi the best person dengan cara didikan mak ayah kita, why not kita follow saja apa yang diorang dah terapkan apa yang baik untuk kita sepanjang hidup ni. Tak rugi pun kan. 




So untuk anak-anak mama, nak didik Jadi pejuang Islam rasa macam jauh sangat lagi, tapi as long as niat kita sebagai mak ayah tiada lain dan bukan mama doakan anak-anak mama membesar Jadi orang bermanfaat untuk agama, dunia akhirat. Jadi hamba yang mendirikan solat, amalkan al-Quran sebagai panduan hidup, bukan semata-mata baca tapi amal dan istiqamah, sesungguhnya mama ayah sentiasa ingat pesanan tok ayah dan umi supaya jangan sesekali tinggal solat dan al-Quran sebab tu sajalah bekalan terbaik sebagai hamba Allah kerana matlamat hidup kita semua untuk mengejar syurga Allah. Mama doakan anak mama sentiasa berjaya dalam apa jua urusan hidup, dikurniakan kesihatan yang baik dan tenang bahagia dan gembira dalam menikmati semua anugerah Ilahi, dilindungi dalam apa jua situasi,  happy 7th birthday my son Ahmad Haddad. Your story birth will remain forever in mama's memories. 

Catatan 29 Jun 2020
Sempena ulang tahun hari kelahiran anakanda