Penginapan AgroFarm Stay, Durian Tunggal Melaka

3.01.2016

Sempena cuti bersambung kitaorang lakibini plan nak bercuti,tapi masing2 blur...tak tahu nak pergi mana, resort dan tempat penginapan pula sah-sah full book bila cuti sekolah dan cuti bersambung so kitaorang memang last minit plan atau dengan kata lain main terjah, so disebabkan last minit decision suami decide jalan-jalan kat melaka je..hee pilihan tak berapa ok bila musim bersesak..tapi nak buat macam mana kan, nak bercuti punya pasal layankan lah...actually banyak lagi part kat melaka kitaorang tak sempat pusing...even kakak sendiri duduk kat melaka tapi memang tak menyempat nak jalan-jalan pusing melaka.


So suami book awal-awal tempat penginapan sebab risau takde yang kosong dimusim ne lagi-lagi kat tengah bandar. Book penginapan agrofarm melaka kat durian tunggal,kalau tengok kan gambar nampak menarik juga tempatnya sebab ada kolam, ada taman mini haiwan,kebun buah. Bila sampai ke tempat ne memang kitaorang sedikit kecewa lah sebab beyond expectation kan,hihi, tapi disebabkan last minit kitaorang redha jelah, just we and others two family yang menginap kat sini mungkin tak ramai sebab jauh sangat dari bandar dan scary sikit tempatnya disebabkan kurang penyelenggaraan. Biasanya agrofarm resort ne menjadi pilihan pelajar sekolah buat kursus dan kem tapi kebetulan masa tu banyak renovation tengah berjalan..so memang nampak tak terurus sikit tempatnya. Suami just daftar ambil kunci dan decide nak pusing-pusing sekitar pengkalan balak sambil cari makan. Memandangkan agrofarm tu jauh sikit dari tempat makan so kitaorang ingat nak makan malam siap2 sebelum balik check-in kebilik..tapi lain plak jadinya lepas tu...behehe,


Kitaorang stay just one night je kat agrofarm ne kalau ikut plan asal nak stay sini 2 malam,tapi just stay one night sebelum bertolak balik keesokannya. Bilik kat sini for me 4 bintang, tapi yang sangat distracted banyak lalat..huuu, memang terus jadi 2 bintang, kalau ikutkan keselesaan bilik sangat selesa sebab lengkap..dan yang paling best kitaorang anak beranak je main kolam kat situ dari pagi sampai tengahari sebelum checkout...sebab xramai yang menginap sini.. Anak-anak memang main kolam sepuas hatila macam kolam rumah sendiri..kikiki.. Oklah harga pun dalam RM 150/nite kira pejam mata sebab tak puas hati dengan lalat yang banyak. Ingatkan bolehlah bawa anak2 tengok taman mini haiwan tengok kambing, kuda, etc..tapi semua binatang takde tinggal biri-biri 2ekor je...huhuuu. So tu lah pengalaman kat agrofarm maybe next dah upgrade la kot sebab banyak nampak yang tengah renovate, kalau tak memang first and last jelah kitaorang stay situ..kikikii..k daaa




Ditulis 26 disember 2015
11.36am