Bertitik tolak dari cerita agrofarm resort durian tunggal, memandangkan tempatnya jauh dari bandar dan jauh kedalam ladang kelapa sawit so suami ajak pusing-pusing sekitar pantai pengkalan balak untuk cari makan. Actually kitaorang pernah sampai kat pantai pengkalan balak ne beberapa kali singgah makan kat restoren seafood tepi pantai tu, tapi tak pernah terfikir dan terlintas nak masuk lagi ke dalam area tepi pantai tu. Petang tu bila kitaorang lakibini pusing-pusing sekitar baru tahu rupanya memang terlalu banyak chalet penginapan dan resort serta homestay disepanjang pantai pengkalan balak tu...
Dan apa yang kitaorang rasa tentulah menyesal sebab tak survey betul-betul dulu sebelum book agrofarm tu...kat sini memang best sebab tepi pantai dan banyak tempat makan. Memandangkan kitaorang dah sememangnya last minit..memang terasa nak juga stay a night kat tepi pantai tu,memang berharapla ada resort,homestay, atau chalet yang kosong, gigih suami berhenti tanya satu2 tempat if ada tempat kosong tak tapi kebanyakannya memang mengecewakan sebab memang full. Tengok suasana pun dah tahu ramai yang buat family day,reunion, dan sebagainya..sadis betul, tapi alhamdulilah nak dijadikan cerita tempat last kitaorang singgah tanya iaitu Kemunting resort, ada bilik last yang kosong..apalagi punyalah suka terus confirm ambil, dan kitaorang decide stay kat kemunting resort dulu semalaman sebelum tidur semalaman kat Agrofarm resort malam esoknya.
Dan-dan tukar plan...huuu, kesnya nak bagi anak-anak main air pantai dan main pasir, juga main kolam..so puas hati semua pakej anak dapat merasa...lagipun yang paling penting senang nak cari makan, either belah malam dan pagi keesokannya.
After check-in kitaorang jalan-jalan tepi pantai dengan anak-anak sebelum naik bersiap-siap untuk solat dan pergi makan malam, kedai makan seafood pun banyak pilihan, so kitaorang singgah makan kat kedai seafood yang memang recommended sebab masakannya sedap dan murah iaitu Restoren Bayu Selera, kali ke3 kitaorang datang makan sini,sebelum ne just singgah makan dan kebetulannya je..kikiki. Lepas makan memang kitaorang rest in bed la apalagi sebab esoknya dah bagitahu anak2 supaya bangun awal nak mandi kolam dan pantai..memang berpagi-pagian lagila anak2 bangun kes tak sabar,turun cari breakfast siap breakfast terus turun lepak tepi pantai. Even last minit,kira berbaloilah dan-dan tukar plan kan..boleh juga anak-anak main air pantai yang penting kitaorang dapat rate still in budget kat kemunting resort ne RM130/night.. Kalau awal sikit survey mungkin dapat chalet-chalet murah disepanjang pantai pengkalan balak tu, tapi dah tu je rezeki alhamdulillah tu pun kira ok dah..daaa
Ditulis pada 26 disember 2015
12.21pm
12.21pm
Top Social