Penginapan Tanjung Inn Chalet, Cherating

3.06.2016

Sampai pun dah sekitar pukul 5petang camtu lepas singgah makan, dan pusing sekitar cherating. Bila masuk ke kawasan chalet-chalet cherating sememangnya banyak pilihan, namun disebabkan cuti bersambung kebanyakan chalet-chalet murah/bajet dah penuh...so kitaorang mencuba tanya satu-satu chalet lagi-lagi yang berhadapan pantai, nama lagi tujuan anak nak main kat pantai tentu-tentulah kriteria yang dekat pantai tu penting melainkan dah takde yang kosong terpaksa kitaorang fikir untuk bermalam area bandar saja. Tu kira last choicela..




So tanya punya tanya tinggal bilik kosong di Tanjung Inn Chalet je available, dan kalau ikutkan ada je bilik yang lebih murah, tapi disebabkan kena menapak jauh sikit kalau nak ke pantai, terus je suami ambil bilik yang baru siap dan betul-betul tepi pantai. So harganya little bit pricey for me..dalam RM230/night, berbanding chalet yang jauh dari pantai tu hanya RM130-RM180/night. Apapun ikut jelah..lagipun chalet ne dekat sikit dengan kedai makan, kena menapak keluar kira oklah yang penting tak payah start enjin kereta dah malam tu. Masakan pun sedap, cuma tak banyak kedai makan yang buka so tak banyak pilihan. Lepas balik makan, apalagi kitaorang laki bini lepak kat depan bilik, tengok bintang, sambil dengar deruan air pantai...ahh,romantiklah plak feeling sekali sekala kan...


Esoknya pagi-pagi lagi anakanda bangun awal beli sarapan pagi dengan suami, siap-siap makan terus terjah pantai..hihi, memang diorang ne sejak dah pandai main pasir dan mandi pantai memang tak keruanla tengok air pantai...main pasir berjam-jam pun tak mengapa, lagi pula air pantai kat sini cetek memang seronokla diorang berdua mandi... So aktiviti mandi main pasir dari pukul 8pagi sampai pukul 11, punyalah bersungguh anakandaku main, then siap-siap bersihkan diri, packing barang kitaorang checkout...lepas check-out sempatlah kitaorang pusing-pusing sehingga sempadan kemaman hinggalah ke pantai Teluk Mak Nik.


Nak dijadikan cerita kitaorang first time sampai sini,kebetulan pulak tengok warung satar yang dipenuhi orang, sampai beratur panjang, penuh kereta parking, so kitaorang lakibini memang agak-agak ini mesti tempat satar tersedap kot sampai camtu sekali orang ramai, suami turun tanya rupanya satar pun lambat lagi siap sebab yang dah banyak-banyak yang dah bakar pun orang booking, kalau tak silap Warung Satar Aziz. Memandangkan takde rezeki nak try kitaorang just teruskan perjalanan untuk balik dan on the way gerak tu lepas je pintu gerbang sempadan kemaman kitaorang tengok ada gerai-gerai banyak termasuk gerai yang jual satar..alang-alang ada tu kitaorang try je beli, dan alhamdulillah memang sedap sangat satar kat gerai tu, so takdelah rasa terkilan tak sempat makan satar kat Warung Satar Aziz...kikiki, rezeki jugak kan..daaa