Sempena cuti minggu biasalah kitaorang anak-beranak mengisi masa dengan keluar dari rumah menuju ketempat-tempat yang boleh menghiburkan anakanda. Sempena birthday treat jugak kononnya,hahah so kitaorang anak beranak menjejakkan kaki melawat sekitar istana lama. Pusing-pusing sekitar dalam istana dan menyelami rutin dan kehidupan raja.
Memandangkan Istana Jalan Duta adalah Istana rasmi Agung tinggal, maka Istana lama dijadikan muzium diraja supaya rakyat jelata boleh menatap dan melihat dengan sendiri bagaimana suasana istana. Kitaorang sampai tu dah hampir tengahari, terus je ke gate istana dan ambil ticket masuk, kalau tak silap tiket masuk dalam RM13/dewasa dan RM8/5 untuk kanak-kanak...nak berjalan menapak sendiri dari gate ke istana memang jauhla sikit, memandangkan malas nak menapak kitaorang naik tram sampailah depan pintu istana.
Syarat masuk dalam istana ne tak boleh ambil gambar ok..takyah fikir nak curi-curi ambil gambar memang CCTV penuh keliling dinding...hihi..so masuk tu pun kitaorang dah terkagum bukan main, dengan lantai marmar dan segala hiasan mewah..apapun kat dalam istana ne memang banyak section, selain basic section seperti dapur,tempat makan, bilik tidur,bilik mandi, bilik tetamu, bilik mesyuarat, bilik kerja dan banyak lagilah..memang besar betullah nama lagi istana..ruang bilik mandi pun dah sebesar dua rumah teres 20×70, apatah lagi bilik-bilik lain.
Bak kata pakcik makcik yang datang berdua jalan depan kitaorang, ne kalau mati hidup balik tak dapat rumah macam ne...hihi,don't worry ye makcik pakcik kat syurga Allah everything tak mustahil malah lebih lagi yang kat dunia ne...he he.
Bak kata pakcik makcik yang datang berdua jalan depan kitaorang, ne kalau mati hidup balik tak dapat rumah macam ne...hihi,don't worry ye makcik pakcik kat syurga Allah everything tak mustahil malah lebih lagi yang kat dunia ne...he he.
So anak-anak suka lah datang sini,selain tengok suasana yang berbeza, boleh tambah diorang punya pengalaman berbeza datang muzium..ne kalau niat nak datang berdua saja-saja memang taklah, kes nak hiburkan anak punya pasal,semua muzium,kolam, taman mesti sampai..alahai dah jadi Mak pak camtu lah kan, tempat yang tak pernah sampai confirm sampai sebab nak bawa anak-anak, yang dah lama tak mandi kolam, tak pasal mandi kolam teman anak ,yang dah lama tak kayuh basikal tetiba rajin mengayuh..kan? siapa macam tu kita geng lah,hahah...ok daaa
Top Social