Antara port berekreasi yang takde tiket masuk dan berunsurkan semulajadi yang menjadi pilihan adalah Paya Wetland dengkil...hihi, maybe tak sepopular tempat lain sebab masuk percuma, kalau kena bayar tentu-tentu ramai yang serbu, sebab bila kena bayar tentu value yang pengunjung dapat lebih dihargai betul tak...
Apa yang best dekat paya wetland ne kaya dengan khazanah alam, selain ada taman mini yang menempatkan hippo dan buaya,kat sini pun ada taman mini burung, ladang mini itik, serta trek berbasikal buat pengunjung. Korang kalau nak datang sini, better bawak bekal untuk berkelah atau camping, duduk seharian sepagi atau sepetang memang berbaloi lagipun kawasan ne sangat lapang, anak-anak memang sukalah aktiviti berbasikal kat sini. Di lobi utama selepas pintu masuk biasanya pengunjung kena daftar dulu then bolehlah pusing sekitar paya wetland, kalau yang nak berbasikal boleh sewa basikal kat sini tapi untuk yang dewasa jelah, kalau anak-anak bawak yang sendiri punya...hihi
Sayangnya mungkin disebabkan free, penyelenggaraan pun tak efektif..kedai-kedai dalam tu hanya sorang je menyewa,mungkin faktor promosi tempat kurang..apapun tempat ne memang menjadi kegemaran photographer sebab cantik. I'm not sure kalau ada yang menginap kat sini...sebab kat sini pun ada chalet disediakan cuma tak tahu lah berapa rate penginapan. Korang kalau nak datang ke paya wetland untuk berkelah dan berekreasi, tentunya pilihan yang tepat,memang nyaman, jauh dari kesibukan kota...daaa
Top Social