Masa dan Amalan

10.09.2020

148 Hari Pergi Selamanya
Hari ni genap 148 hari arwah mak saudara bongsu belah ayah meninggalkan kami. Rasa masih tak percaya, sebab pemergian mak saudara Ika dalam tempoh PKP. Tak siapa yang dapat menziarah kecuali yang duduk berdekatan. Adik beradik ayah yang pergi hanya mampu melihat kuburan sahaja tanpa melihat jenazah buat kali terakhir, apapun kami sangat bersyukur dan gembira kerana arwah mak saudara betul-betul terpilih kerana pergi di hari yang baik dan mulia, pada hari pertama 10 malam terakhir Ramadhan, urusan pengebumian pun dipermudahkan Allah Taala. 2 tahun disahkan punya kanser limfoma dan mendapatkan rawatan kimoterapi sepenuhnya, disahkan kanser hilang selepas complete 6 cycle kimo dan kanser datang balik dengan penambahan 2 tumor berdekatan mata dan otak. It's so devastating to being her, tapi kami keep positive and give full moral support. Setiap derita dan kesakitan pasti Allah sedia kan ganjaran buat hambaNYA.


Apapun banyak pelajaran yang Ika dapat ambil dari kehidupan mak saudara Ika ni. Mok cikyah Ika ni suka sangat menjamu saudara mara, tak kira bila-bila, hujung minggu, tak hujung minggu, hari cuti umum lagilah. Suka masak dan jamu anak-anak saudara, ipar duai, adik beradik, yang Ika tahu rumah mak saudara Ika ni tak pernah putus dari kunjungan orang. Tak kira masa pulak tu pagi ke petang, malam, semua layan. Hebat tak? Kita ni kadang nak terima tetamu datang yang sekali sekala dah tarik muka kes malas nak merenyah. Mak saudara Ika ni bukan macam tu, manalah semua tak sayang. Jadi pemergian mok cikyah salah satu kehilangan besar buat kami. Ika masih ingat lagi masa nak mula belajar kat Uitm Shah Alam, mok cikyah lah yang banyak tolong dari hari register sampailah part hujung minggu kalau boring pergi melepak kat kedai stationary kat seksyen 7 tu. Port wajib lepas tu dapat belaja makan. 

Setiap kali Ika bersalin one of person yang wajib visit Ika mok cikyah lah, lepas tu datang bukan dengan tangan kosong, wajib besar-besar gedabak hadiah dibawanya untuk baby, hmmm(crying). Sesungguhnya Ika saksi mokcikyah seorang pemberi yang sangat-sangat pemurah hati. Antara adik-beradik ayah yang sangat tidak pernah berkira dengan sesiapa tak kira macam mana buruk orang, dia layan dan bagi je tanpa banyak soal. Antara hadiah istimewa Ika dapat dari Mok Cikyah adalah buku dan jam ni lepas dari Mokcikyah tahu dan disahkan punya kanser. "Ikah guna lah buku ni sebaik-baiknya, sedekah kat Mokcikyah juga sokmo-sokmo supaya cepat sembuh". Jam tangan ni pun Mokcikyah suruh pilih dan ambil satu buat kenangan, antara jam-jam favourite arwah. I will and always, insyaallah. 

Pandang dan buka buku ni memang berjurai air mata, terima kasih Mokcikyah, moga dengan segala apa yang Mokcikyah beri, lalui atas dunia ni, pastilah kegembiraan dan kebahagiaan dialam sana yang Allah janjikan Mokcikyah nikmati sekarang, sungguh PJJ sebegini menyesakkan dada untuk orang-orang tersayang yang di tinggalkan. 


Dua benda yang arwah mak saudara Ika hadiah kan ni buat diri terfikir panjang tentang masa dan amalan. Sungguh benda yang paling banyak manusia terpedaya adalah masa. Masa yang kita ada sekarang belum tentu ada esoknya, tiada siapa mampu jamin, tapi kita masih bersenang lrnang, leka, lalai dengan duniawi. Percaya atau tidak, kebanyakan dari kita sedang tidur, kematianlah yang banyak mengejutkan kita dari tidur, Allahu I'm really scare if one day datangnya kematian, amalan kita masih tiada apa-apa dan sedikit. Rasa belum buat itu ini, belum banyak mengaji Al-Quran, tak pernah bertahajud, asyik mengumpat, mengeji, mengejek, bersangka buruk, suka menilai orang, tak banyak lagi berbakti, tak bersedekah dan banyak amalan lain lagi tak sempat buat. Allahu, moga-moga kita Semua belum terlambat untuk merancang cara kematian kita. Bukan part nak hidup dalam rumah besar, kereta jenis itu ini, travel situ sini, makan itu ini je kena rancang, bab yang satu ni pun kena merancang. Orang yang paling baik adalah mengingati kematian tapi kalau tiada usaha kearah tu pun sia-sia juga. Buatlah apa yang kita mampu buat dari sekarang semudah melafazkan zikir. Hidup lawannya mati, tiada siapa dapat lari dari hakikat sebuah kehidupan. 

Paksa diri untuk masuk syurga
Paksa diri untuk tutup aurat sempurna
Paksa diri untuk mengaji Al-quran setiap hari
Paksa diri untuk berzikir setiap hari
Paksa diri untuk bersedekah setiap hari
Paksa diri untuk berbuat baik dengan makhluk Allah 
Tiket syurga mahal
Buatlah kerana Lillahitaala



Self-reminder entry, just remind diri Ika sendiri yang kita ni banyak tertipu dengan masa, kita rasa kita banyak lagi masa, rupanya tidak. Masa yang kita ada hanyalah masa sekarang, yang dah lepas tak boleh ulang, yang mendatang belum tentu di lalui, rasa masih muda? rasa masih sihat? rasa masih banyak peluang? Fikir-fikirkan balik. So dah break habit negatif dan sia-sia? Belum terlambat untuk mula. 



Rendam Kaki sambil makan di La Cottage Cafe Sahom Kampar

10.07.2020

Menikmati makanan enak sambil kaki bermain air sungai antara pengalaman unik yang dapat anda rasai jika berkunjung La Cottage Cafe kat Sahom Kampar ni. Semacam satu trend, makan kat dalam sungai ni sebab dah makin bertambah restoren berkonsep alam sekitar dan semulajadi yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam dan dalam masa yang sama dapat mengisi perut yang kelaparan. Lagi best bila makanan yang dimasak sangat sedap dan kena dengan selera. Nak dijadikan cerita selepas bawa mak ayah jumpa kawan yang terpisah sejak 40 tahun di Kampung Gajah kami bergerak ke Ipoh. Tapi suami ada plan tak terjangka singgah makan kat La Cottage Cafe ni sebelum ke Ipoh. 

Alhamdulillah sepanjang mak ayah datang cuaca memang cerah dan baik je berbeza sangat sebab sebelumnya memang setiap hari akan hujan. Eh!macam tahu-tahu je kita nak bawa mak ayah jalan-jalan makan angin, almaklum lepas mak jatuh patah tangan, memang mak ayah tak keluar kemana-manalah, sambung pula dengan pkp, hampir setahun jugalah mak ayah duduk rumah tak kemana-mana. Memandangkan mak ayah niat datang Perak untuk berjalan-jalan makanya kita bawak lah kat tempat-tempat menarik. Tapi almaklum bukan mak ayah je nak keluar jenjalan lepas pkp, I though semua rakyat Malaysia yang kena kurung macam terlepas dari sangkar semua keluar jalan-jalan, mana taknya semua resort, penginapan, homestay, dan tempat bercuti penuh dengan orang ramai. Makanya bab main terjah jugaklah suami ni nak pergi La Cottage Cafe ni. 


Nak dijadikan cerita kami sampai sana dah pukul tiga petang dah, orang pun masih ramai lagi tapi tak penuh. Suami pergi tanya if boleh makan lagi tak kat situ sebab makanan kat situ kena tempah dulu. Alhamdulillah rezeki kami tukang masak tu cakap ada group motor dari Penang tak dapat datang akibat hujan lebat masa diorang ride so tak dapat datang sebab tersangkut kat Rnr. So petang tu adalah makanan untuk kami petang tu, consider makan tengaharilah tapi lewat, alhamdulillah rezeki asbab depa tak dapat datang, kami dapat makan kat situ hari tu. Sebelum ni dah ada niat nak pergi situ, tapi tengokkan menu tak berbaloi nak pergi sebab menunya perset dan sangat banyak buat kami tujuh beranak, yang makannya kami laki bini je, budak-budak ni memang makan takat mana je, makanya kami tak jadi pergi sana. Rasa tak berbaloi juga kalau order makan tak habis, bungkus buat balik rumah, once dah bungkus memang tak terusiklah jawabnya. 


Bila mak ayah datang ni haa kira peluang untuk kami lah merasa makan dalam air ni juga, tengok pun macam best, bila dah rasa sendiri memang best sangat pun. Anak-anak lagilah dapat main air jeram yang sejuk dan sangat jernih. Basah lencun semua main air, berendam kaki, tenang sangat bunyi deruan air jeram. Masa kami tunggu makan tu dah ramai yang beransur-ansur siap makan dan mandi. Kat sini meriah bila ramai-ramai makan, mandi. La Cottage ni ada juga chalet untuk penginapan, so yang nak menginap pun boleh kat sini, tempah siap-siap untuk makan sekali. Berbaloi kot set menu makan kat sini dengan harga serendah Rm150 dah dapat makan pelbagai menu dalam set tu. Macam yang kami ambil dan available masa tu set basic je, tu pun dapat kurang dari harga basic sebab ada satu menu tak cukup iaitu kerabu. Adalah dalam RM130 kena caj, nasi dan air boleh tambah pula tu for free. Kalau nak datang sini make sure datang dalam satu group 5-6 orang dewasa, berbaloilah nak makan, kalau berdua dengan anak-anak pun okay kot, tapi kena ulang makan, makan, mandi then makan balik second round, baru habis untuk elakkan pembaziran. Menu kat sini banyak set pilihan dari Rm150 hingga RM200++, nak yang ada menu udang galah ambil set yang 200++ tu, still berbaloi sangat sebab banyak sangat untuk setiap lauk tu. Dan yang pasti masakannya sangat sedap untuk setiap menu terutama gulai darat. 

Nak datang sini senang sangat dari simpang tiga ke Sahom valley dari Kampar atau Ipoh tu straight je ke dalam hingga jumpa flyover sebelum ke Sahom Valley, dari flyover tu dah nampak restoren ni dari atas. Ika nak terang bab peta ni memang fail, korang waze je insyaallah jumpa. Yang penting buat tempahan dulu seawal sehari sebelum pergi makan tu. Biasa yang menempah ni akan duduk kat meja makan agak lama, tambah jika ada aktiviti mandi-mana kat jeram, boleh jadi setengah hari pun ada kalau yang datang balik hari, sambil makan dan mandi kekdahnya. Kalau tak nak menunggu lama, buat tempahan okay. 

La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak 
Jalan menduk Sahom,kg sahom, Kampar, perak
No Telefon :013-4966014

Google Adsense Lulus!

10.05.2020

Seseksi seksi mana makhluk Allah, sebesar-sebesar dosa yang hambaNYA lakukan, jika kita mohon taubat dan petunjuk pasti Allah ampun kan dan tunjuk jalan. Teringat dulu ada artis yang sangat seksi komen netizen kalah syaitanniirrajim, judge, label macamkan buat kerja Allah, diorang yang jahil tu kadang bila Allah dah jentik hati, bagi hidayah, berubah lebih baik dari kita, malah lebih sempurna dari kita. Kita ni sesama manusia kadang orang dah berubah pun sanggup pergi korek, ulang cerita silam dan dosa silam orang lain. Ingat Allah tak tengok kita punya permulaan, kita punya pengakhiran tu penting, kalau orang dah berubah lepas tu kita sinis dan perli, 'alahh ku tahu macam mana dulu orangnya' sibuk dok kirai dosa orang, baik lah muhasabah diri sendiri. Tapi tulah nama lagi netizen, maknanya dialah yang paling baik, paling bagus, boleh nilai orang sesuka hati. Hati-hati lah walaupun takde siapa tahu yang menaip kat medan sosial tu, Allah tahu dan tak pernah tidur, dosa sesama manusia ni kalau tak minta ampun sesama manusia, Allah sajalah tahu apa natijahnya, tambah lagi kalau yang dah meninggal, once ada yang fitnah kata-kata buruk tiada lainlah yang membelanya kecuali Allah, takut tak? Kita kat dunia ada lagi peguambela apa semua, tapi orang mati, peguambelanya Allah, hati-hati takut gamam tak terkata bila dapat kifarah atas dunia lagi. Scary nowadays pengguna sosial yang tiada batasan akhlak, nak menegur ada cara yang berhikmah bukan main sedap komen. Fuuh, begitulah baik buruk sesuatu pasti datang berpakej, guna media sosial untuk kebaikan dan manfaat moga ada pahala yang tercatat begitulah sebaliknya. 

So nak cerita ya Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur sangat Google adsense Ika dah lulus, dari tahun lepas apply, tahun ni baru dapat, dah banyak kali adjust sana sini, buat ikut tips blogger otai, macam-macamlah tapi bayang nak lulus pun tak nampak gaya. Ada yang senang je apply dua hari terus dapat, ada yang makan minggu bulan dan tahun. Rezeki masing-masingkan? Alhamdulillah niat Ika nak aktif balik blog Allah permudahkan. Yelah takkan nak menulis saja-saja, menulis biar dapat duit padu terkejut gitu. Bab menulis ni memang minat Ika, cuma kadang-kadang hilang fokus dan kekangan masa. Sekarang anak-anak dah mula sekolah, Haniy pun komitmen dan keperluan pun dah berubah, maka banyak masa terluang Ika gunakan untuk menulis dan update entry. Buat yang berkongsi tips dan segala cara dan langkah untuk lulus Google adsense ni Ika doakan korang diberi ganjaran oleh Allah berganda-ganda atas kemurahan hati berkongsi ilmu dan Pelajaran, kadang tak tunggu benda besar, hebat untuk di kongsi, benda simple dan tak nampak apa-apa pulangan menguntungkan sangat memberi impak kepada orang lain. So korang kalau ada idea, ilham, ilmu, sharelah jangan simpan sendiri mana tahu asbab perkongsian kita dapat membuka minda, dapat bantu orang lain memperbaiki diri. Niatlah yang baik-baik. 


Bila adsense dari Google ni dah lulus memang gembira dan bahagia sangatlah sebab kita buat apa yang kita suka kan, lagi plak dapat hasil dari minat kita sendiri mana tak bahagia oii. Moga apa yang tercatat ke medan ni dapat membawa kebaikan dan juga manfaat terbaik untuk orang lain. Apa yang tertulis kat dalam blog hanya perkongsian Ika dari pengalaman, kenangan, detik dan waktu di lalui sepanjang diberi nikmat dan ujian oleh Allah. Yang baik buat teladan yang tak elok buat sempadan. So jomlah kita menulis yang baik-baik dan yang memberi manfaat, syurga Allah itu mahal, amalan kita sendiri tak menjamin kita masuk syurga. So buatlah apa saja kebaikan tak kira sekecil debu, semudah-mudah mengalihkan batu kecil kat jalan supaya tak menyusahkan orang lain pun boleh jadi asbab kita masuk syurga, moga dengan rahmat Allah dapat mengumpulkan kita semua disyurgaNYA amin. 

The Sheep Sanctuary Cameron Highlands

10.03.2020

Kali pertama pergi kat sini, lagipun tempat biri-biri Cameron Highlands ni masih agak baru, asal part buat duit bergeliga je diorang ni kan? pastu kita lah yang menghabiskan duit pula, macam tulah cyclenya. Dah sampai Cameron Highland kalau tak menyinggah tempat-tempat menarik kat sana rugilah kan? Memandangkan dah 'tersebut' ladang biri-biri depan anak, makanya zikir itu berterusanlah selagi tak sampai sana. Nak taknak pergi jugalah, tengok kambing import tara mana. Lagipun kalau ke Cameron Highlands terlalu banyak tempat menarik yang korang nak singgah. Kali ni selain petik strawberry kita pergi tengok Shaun and the Sheep kata anak-anakku. 
Tiket masuk ke ladang biri-biri ni, untuk orang dewasa RM8/person dan kanak-kanak  RM5 dan makanan untuk bagi kat biri-biri adalah free. Nak datang ke sini make sure tak bawa orang tua yang wheelchair, if pakai tingkat boleh consider lagi sebab kawasan ni agak curam dan ladang tu ada kat bawah bukit, so kena turun naik tangga banyak, renyah sikitlah, tak campur bau tahi biri-biri lagi, wangi lain achemm, wakaka. Kat sini ada kedai makan juga tapi tak sure yang masaknya Muslim atau tidak, not recommendedlah. If yakin teruskan saja, kat luar dari ladang tu ada Restoren Ayahman ke apa dah lupa, so better choice makanlah kat situ. Ladang biri-biri ni takdelah besar sangat, tapi scenery tepi bukit biri-biri dok bersantai tu memang masuk sangat macam dah kat oversea giteww. 


Kalau anda tak tahu mana nak pergi kat Cameron Highlands ni, bolehlah masukkan dalam initiery. Tapi itulah datang Cameron Highlands memang takkan sempat cover pergi semua tempat even datang bermalam 3 Hari 2 malam pun. Setiap kali datang Cameron tu mesti dah ada target mana tempat nak pergi dan make sure ada tempat berbeza yang kita terjah barulah puas hati. Ada yang memang suka ulang pergi tempat sama je kalau dah macam Teh Boh Palas tu siapa tak jatuh cinta kan? Pergi berkali-kali pun tak puas tengok green scenery dari pokok teh, haihh samalah kita ekk wakaka. Ikutkan dah berbelas kali sampai Cameron tapi ada jugalah tempat yang kami tak pernah pergi lagi, sebab tak tahu.
Ceritanya kat ladang biri-biri, mak ayah gelak jelah, kambing biri-biri kat rumah kampung berlambak datang jugak sini, takpe yang ni version bulu karpet punya biri-biri. Anakku bukan mainlah bising nak datang sini, kes peminat Shaun the Sheep sekali biri-biri datang dekat semua bertempik takut, nak bagi makanan pun takut. Tapi sebagai mak-mak kena tunjuk lah berani dan tak geli, kasi makanan kat biri-biri tu takde hal sangat. Jangan cabar naik skybridge sudah, nak tercabut tulang lutut gayat nanti. Makin bertambah umur ni, makin bertambah gayat apehallah tak tahu. Nak turun tangga pergi jumpa biri-biri pun nasiblah tak curam sangat. Best juga bagi makan kat biri-biri jinak ni, bulu pun bukan main tebal ya Rabbi biri-biri ni. Gebu gebas pula bila pegang dan tekan-tekan kat bebulu tu, geram yang amat. Sekali semua makanan bebiri tu banyak dihabiskan oleh mamanya bagi kat bebiri, dah semua lari menyorok takut disondol biri-biri, sabar jelah. 

Habis bagi makanan, ambil gambar situ sini, kami decide gerak pergi ke Kampung Taman Sedia untuk petik strawberi dan makan sconelah kononnya. Siap keluar dari Ladang biri-biri sempatlah shopping sebarang dua kat Kea Farm dah alang-alang sampai tu, settle membeli terus kami ke Taman Sedia, tapi itulah sebab tak plan elok-elok kami sampai tu jem dan ramai orang kat sana, sepatutnya sampai tu terus singgah makan scone, tapi entah apa dalam fikiran pusing situ sini nampak semua tempat beratur dan ramai orang dari nak petik strawberi, kami beli je strawberi yang dah di petik, anak-anak dah letih jalan-jalan nampak taman permainan terus segar semua. Kasi can main dulu sehinggalah matahari dah terpacak atas kepala, terus kami decide makan kat kedai makan berhadapan Marina Chalet tu, makanan Jawa kekdahnya, punyalah terus lupa nak ke KHM makan scones sedap. Nampak gaya kena singgah lagi la ekk bawa mak ayah lagi. So begitulah ceritanya settle kat Taman Sedia tu kami terus turun ke Tapah je balik rumah sekali dengan mak ayah. Uii memang rasa tak puas jalan-jalan kat Cameron nih. Takpe next time kita repeat lagi, insyaallah ajak ma lah plak. And next-next ulang siar macam tulah ada jugak alasan nak jalan-jalan lagi kan, haha. 

Yang nak naik Cameron tu ada yang tanya berbaloi ke tidak nak pergi The Sheep Sanctuary tu? Ku cakap so-so aje, cuma kalau nak kelainan bolehlah singgah sini, jamah, sentuh, beli bebulus kasi makan kat biri-biri oversea ni, lain sikit dari biri-biri Malaysia ni sebab, emm anda pergilah sendiri merasai pengalaman, barulah merasa. Yelah taste kita kan berbeza ada orang tak suka pergi tempat macam tu, suka part taman-taman, pokok-pokok dan kehijauan dan sebaliknya. Nak kata best tu depend masing-masinglah. So far untuk Ika better spend untuk makan-makan, hmm itulah kalau daku bab makan berpisah tiada. Nak pergi The Sheep Sanctuary ni senang je, pergi ke Kea Farm Brincang saja, kat sini dari tempat parking Kea Farm tu boleh terus lintas jalan ke bangunan dan tempat asal Kea Farm dulu bertapak, nanti besar terpampang nampak signboardnya. Selamat berjalan makan angin uols.

The Sheep Sanctuary Brinchang
17 September 2020



ALAMAT: Kea farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
WAKTU OPERASI: Setiap Hari (9.30 Pagi - 5.30 Petang)
NO. TEL: 018-661 8488

Purple mood dengan Happy Day Juice

10.01.2020

Lama tak buat greenjuice rasa lain macam badan, biasa 3x seminggu wajib layan, ni banyak sangat sibuk benda lain sampaikan tak menyempat nak buat greenjuice ikut rutin, yelah benda baru nak biasakan, dapat layan sekali seminggu pun dah lega. So kali ni nak antara the best taste yang Ika suka dari blueberry dan kobis purple. Kali ni tukar bahan iaitu guna base dari seleri. Nanti Ika share 2 resepi dalam entri kali ni untuk buat jus purple ni. Not so green juice tapi nutrisi dari juice ni so powerful. Kalau rasa lemau, takde mood, tak semangat, negative vibes, nak boost mood ke lebih baik, layanlah jus purple ni. Tengok pun dah melting akan warnanya kan? Rasanya pun sedap, manis dari dari kobis tu memang umphh. Sayur kobis ni biasa makan mentah pun masuk sebagai ulam dan salad, lagilah kalau buat jus. Rasanya memang tak pernah mengecewakan. 

Baca juga >> Jus Booster Zat Besi


Nak buat jus purple ni mudah je bahannya cari bahan yang berwarna purple, biasa nak cari carrot purple pun agak payah, atas Cameron pun tengok rezeki, kadang masa kita tak cari tu adalah. Kobis purple ni insyaallah ada kat pasaraya biasa pun, senang nak cari. Kalau terung tu memang warna purple tapi tak pernah dibuat orang makan mentah macam tu je, kobis ni biasalah buat salad pun boleh, nak masak pun boleh. 

Resepi 1 Purple Jus :
Separuh Kobis purple
Seleri 3-4 batang
Segenggam blueberry
1 inci halia

Resepi 2 purple Jus:
Separuh kobis purple
3-4 batang seleri
1 biji epal hijau
Setengah biji lemon

**1 gram serbuk wheatgrass untuk topping kedua-dua resepi) 
Cara buat: potong semua bahan, epal tu kalau tak organik, buang kulitnya, rendam semua bahan yang di potong sekejap dengan cuka epal atau garam pink, lepas tu bilas dengan air tapisan. Kering kan bahan sekejap then boleh slow juice semua bahan dan nikmatilah kesedapannya. Kita hari ni semua terdedah dengan stress, so this juice good for your health, consume masa perut kosong atau sebelum breakfast sebagai mood and energy booster. 



Kubis merah atau nama saintifiknya Brassica oleracea var. capitata f. rubra adalah daripada keluarga kubis yang berbentuk bulat, padat, dan bewarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi rangup. Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika di belah, ada warna putih berselang seli dengan warna merahnya. Itu yang mebuat sayur ini kelihatan mempersonakan.

Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang dikenali sebagai anthocyonin iaitu antioksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurangkan dan megelakkan risiko mendapat kanser.
Kubis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolestrol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin C, riboflabin, potasium dan serat diet. Secawan kubis yang di kisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kubis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit.

Selain itu kubis merah mengandungi banyak vitamin, mineral dan klorofil yang larut dalam air. Sebenarnya lebih bagus kita menikmati kubis merah ini secara mentah tanpa dimasak. Jika anda mengambilnye secara mentah pastikan kubis ini dihiris nipis atau dicincang kecil. Dengan berbuat demikian kubis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser. Teknik megukus juga terbukti dapat melindungi nutrien kubis daripada hilang manakala memasak pula boleh membantutkan penghasilan glucosinolates.


Serbuk Superfood Wheatgrass. 
Perasan tak tabur an hijau kat jus purple tu, yang tu adalah serbuk wheatgrass, biasa Ika buat topping untuk green juice. Pahit kalau test kat jari serbuk tu, kalau nak telan cemtu memang tidak lah, the best way buat topping atau mix dengan green juice. Luarannya tumbuhan ini tidak ubah seperti rumput di tepi jalan tapi siapa sangka rumput hijau kecil ini dikatakan sebagai makanan luar biasa kerana mengandungi khasiat yang mengagumkan untuk kesihatan.




Rumput gandum atau wheatgrass ialah rumput muda tumbuhan gandum biasa dipanggil triticum aestivum, sejenis rumput yang boleh dijadikan jus atau dikisar sebagai serbuk halus hijau yang digunakan bagi mencipta produk pelbagai guna untuk manusia dan haiwan.

Pelbagai kajian sejak beberapa tahun ini mengenai manfaat minuman jus rumput gandum mentah untuk kesihatan termasuk selesema biasa dan batuk, sembelit dan kolitis, penyakit kulit, jangkitan dan radang. Ia juga mula dikaji untuk penyakit jantung dan kanser.

Kalau first time nak cuba wheatgrass ni dalam bentuk serbuk just ambil dalam 1 sudu kecil je mula dengan 1gram serbuk dah cukup. Rumput gandum mengandungi bekalan yang kaya dengan klorofil dan membantu untuk melawan radikal yang merosakkan badan kita. Ia juga sumber semula jadi vitamin A, C, E, K dan B mineral dan enzim termasuk zat besi, magnesium, kalsium, kalium, zink dan asid Amino. Ika order Lazada je dari page Love Earth Organic. 

Perlu lebih banyak fakta yang meyakinkan anda untuk bermula mengambil lebih rumput gandum dalam diet harian? Berikut antara sebab pengambilan rumput gandum baik untuk anda:

1. Daun hijau rumput gandum mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.

2. Tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna.

3. Klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan

4. Klorofil membantu menguruskan, juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan.

5.Walaupun klorofil boleh diekstrak daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, rumput gandum mengandungi sejumlah klorofil jauh lebih tinggi kerana ia boleh menyimpan sejumlah besar unsur lain.

6.Klorofil membantu menyembuh dan merawat lapisan kulit untuk keadaan seperti ekzema, gatal-gatal dan keracunan

7.Rumput gandum membantu menghilangkan kesesakan hidung dan selesema, juga resdung kronik.

8. Klorofil membantu membersihkan hati daripada lebihan toksin yang dimakan setiap hari.

9. Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah.

10. Dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral, dan unsur surih yang diperlukan oleh badan kita.

11.Rumput gandum membantu untuk menangani penyakit usus dan meningkatkan penghadaman

12. Ia juga pembersih kulit dan boleh diserap jika badan direndam di dalam tab yang hangat dengan jus berkenaan.

13. Membantu melegakan kesakitan artritis apabila diletakkan di atas sendi kerana klorofil membantu menyembuhkan keradangan.

14. Masalah kelemumur? Sapu beberapa sudu jus rumput gandum di atas kulit kepala dan biarkan ia selama 20 minit. Ia juga dikatakan membantu menangani uban.

15. Rumput gandum membantu penurunan berat badan kerana ia membantu menguruskan kelenjar tiroid dan ia juga banyak membantu anda mengurangkan pengambilan pemakanan anda.

16. Rumput gandum bertindak sebagai pengkumur mulut semula jadi. Berkumur jus rumput gandum untuk beberapa minit membantu untuk mencegah kerosakan gigi, melegakan sakit gigi dan merawat gusi berdarah.

17. Ia mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol darah dan meningkatkan HDL atau kolesterol baik dan juga tahap vitamin C dalam darah.

18. Ia juga kaya dengan kandungan serat bagi membantu meningkatkan kesihatan pencernaan terutama apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang kaya dengan serat larut dan tidak larut seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

19. Ia membantu untuk meningkatkan penglihatan pada keseluruhannya terutama penglihatan pada waktu malam.

20. Secara semula jadi, ia membantu anda tidur nyenyak, meningkatkan isyarat ke saraf dan mewujudkan kesejahteraan mental yang lebih baik.


Woww banyak sangat manfaatnya kan? Nak ubah pemakanan seimbang dah satu hal,  sebenarnya badan kita perlukan banyak real food. So real food memang makanan terbaik untuk badan kita. Next time Ika share another superfood powder yang bagus untuk kita ambil setiap hari. Biasa kalau malas nak proses greenjuice Ika mix wheatgrass dengan ESP Shaklee je, then shake, minum settle. Simple je nak cukupkan nutrisi harian kita, yang penting kita faham apa yang kita ambil, insyaallah banyak membantu tingkatkan tenaga dan tahap kesihatan diri. Jangan takut nak mulakan sesuatu yang baik untuk kita, insyaallah moga dapat manfaat dari apa yang kita buat. Selamat mencuba!