Kemeriahan Waterfront Lumut Perak

10.31.2020

Kalau datang ke Lumut macam kewajiban plak singgah sini untuk bahagian anak-anak main kat playground. Kalau tak memang tak lepas perasaan dan emosi anak-anak yang fitrahnya memang bermain. Selain tempat membeli belah makanan laut kering kat area jeti Lumut tu, kat waterfront Lumut pun boleh tahan meriahnya pada waktu petang. Biasa orang-orang Lumut suka bawa anak-anak datang main dan lepak santai bersama keluarga kat kawasan ni. Angin laut sepoi-sepoi sambil makan lokching, uii mana tak bestnya. Chill gitu di hujung minggu.

Kat waterfront Lumut ni kawasan rekreasinya sangat luas start dari kawasan jeti hinggalah ke hujung kawasan Teluk tempat rekreasinya. Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air laut. Kat sini meriah sangat dengan orang yang berniaga gerai-gerai makanan petang, bolehlah sambil makan, sambil layan anak-anak main, tak pun kita sendiri boleh enjoy naik skuter elektrik. Iyye, kat sini bukan takat budak-budak je datang bersantai yang dewasa pun sama naik habiskan waktu petang bergembira naik skuter elektrik, kayuh basikal dan macam-macam lagilah. Lagipun sewa skuter dan basikal kat sini sangat berpatutan dan banyak pilihan untuk anak-anak juga untuk yang dewasa. Dah puas main skuter, basikal, boleh layan main playground kat sini yang agak besar dan bermacam saiz dan bentuk. Memang puashati kot kalau datang Waterfront Lumut ni, kalau yang datang bercuti tu, bolehlah masukkan tempat ni dalam initiery.


Dating dengan suami dengan anak berderet cemnilah, enjoy!

Biasa petang tu baru nak start meriah, memang sampai ke malam lagilah meriah. Ala-ala dataran Putrajaya kekdahnya, orang datang kerumun even pada waktu malam untuk bersantai-santai bersama keluarga di hujung minggu. Kalau nak datang makan malam kat kawasan ni pun kedai makan pun ada tapi tak semeriah jalan ke Teluk Batiklah. Nak makan masakan yang pelbagai dan sedap kena keluar dari Waterfront Lumut tu sikit, baru jumpa banyak kedai termasuk masakan siam. So kalau tanya ada apa kat Waterfront Lumut? Inilah dia dataran rekreasi keluarga, berbaloi juga untuk disinggahi kalau dah alang-alang sampai Lumut tu, hehe. Dalam pukul 5 petang dan keatas tempat parking memang akan penuh dan sesak, kalau hari biasa tu mungkin taklah, yang biasa meriahnya hujung minggulah.


Makan Steamboat di Rumah Lebih Selesa dan Puas Hati

10.29.2020

Kalau bab makan steamboat ni memang minat kami laki bini. Sejak bujang sampai kahwin ada masa tekak terasa nak makan steamboat kami layan. Masa anak baru satu sempatlah sekali layan steamboat kat kedai, masuk anak dua dan berderet-deret sampai sekarang memang mimpi sajalah nak makan steamboat kat luar, boleh sangat tapi err takpelah, memang kami buat kat rumah sajalah. Kami sendiri tak selesa dan orang lain pun mungkin tak selesa tengok karenah anak-anak yang aktif ni. Jadinya nak makan bertenang-tenang, puas hati memang aktiviti steamboat atau grill ni kami buat kat rumah ni. Masa kat Banting dulu rumah ada ruangan belakang, so ada masa nak buat grill ke apa, guna ruang belakang untuk aktiviti bakar-bakar, kalau tak memang angkat periuk nasi buat steamboat kat ruang tamu. So bila pindah kami gunakan ruang makan dapur sajalah untuk bersteamboat pun seronok juga. 

So far kami suka dan selesa macam tu, tak payah fikir dah part anak-anak membuas, sebab kat rumah suka hati dioranglah nak buat apa, nak mewarna sambil tunggu makanan masak, nak main dulu ke, fleksibel dan kami laki bini pun boleh berborak santai-santai sambil makan. So anda yang anda kekangan atas pelbagai sebab tapi nak makan steamboat sebab best nampak orang makan steamboat ni, buatlah kat rumah, if nak ajak kawan-kawan, atau family lain pun seronok. Orang kata takde suasanalah macam tu, makan steamboat ni kan syok makan ramai-ramai, tu yang makin best makan kalau tempat yang ramai tu, yang tu maybe depends masing-masinglah kan? 


Bila dah jadi parents ni kami laki bini banyak belajar 'ilmu tassi(sebut dengan nada sabdu)" bak kata ayah, atau ilmu common sense, ilmu andaian. Dah ada anak-anak kecil ramai ni kita sendiri kena andaikan jika pergi sesuatu tempat atau mana-mana tempat, jangkaan perlakuan anak kita macam mana, yelah kita pasti tahu peel anak sendiri macam mana kan, so if apa-apa yang buat anak mula buat perangai, kita boleh ke hadap, macam mana nak kawal, andaikan tempat orang ramai, apa reaksi dan pandangan orang, adakah orang akan rasa terganggu dengan perlakuan anak kita dan macam-macamlah, so ilmu-ilmu sebegini pentinglah untuk parents. Yelah karang anak-anak buat pasal bising, huru hara situ sini, kita makpak buat bodoh as if nothing happen, sadis jugak ye macam ni. So ilmu tas'si ni bukan part yang tu banyak lagi bab-bab lain seperti kita sebagai anak, andaikan kita berada di tempat mak ayah kita, tengok anak-anak berjalan rata riti melancong, pergi situ sini makan sedap-sedap, pasti ada keinginan untuk turut serta. So kalau nak steamboat kat kedai rasa tak berbaloi pula sebab kos per kepala makan steamboat ni RM25 keatas biasanya, kalau bawa laki bini ok lagi, kalau anak-anak berderet macam kami ni, uii tak padan dengan yang dimakan, kalau orang belanja, okay sangatlah, kalau sendiri belanja, wakaka faham-fahamlah. Yang duit kepok-kepok takde masalah, yang macam kami ni kena kreatif banyak, yang penting happy, kan? 

Pernah terbaca kat mana lupa someone yang suka tanya soalan kat maknya yang sudah tua bagaimana perasaan kalau mak ayah anak yang pergi dulu, atau mak ayah yang pergi dulu, mana yang lagi sedih? Maknya jawab anak yang pergi dululah sebab matlamat ibu bapa adalah anak-anaknya, kalau anak yang pergi dulu, hilanglah salah satu matlamat terbesarnya. Lagi satu soalan, apa perasaan kalau anak-anak balik berkumpul bersama? Tak ingat dah siapa yang share, berbaloi ikut artikel yang di tulis, sebab buat kita berfikir dan buat yang terbaik sebagai anak dan juga sebagai mak ayah. Sungguh hidup atas dunia ni terpikul segala amanah atas kita, dalam pada melaksanakan amanah dan tanggugjawab pasti ada kurang dan lebih. Ilmu tas'si ni memang wajib semua tahu dan amal, even dalam rumah tangga sekalipun. Contoh lah macam bila dah kahwin, si isteri atau suami berkeras setiap kali raya wajib balik ke rumah keluarganya dulu, ada tau isu sebab ego, tak nak mengalah, then berpuluh tahun buat, sampai anak besar, anak perati apa yang kita buat, anak dapat pasangan, pasangan anak pula perangai sebiji macam kita dulu, apa perasaan kita bila anak buat macam tu, anak tak dapat balik sebab dah janji dengan pasangan? Kadang kita tak nampak dan rasa impaknya, tapi akan sedar bila diri sendiri pula lalui apa yang kita buat. Sebab tu apa yang kita buat sekarang jika melibatkan ramai orang terutama sekali ahli keluarga, fikir panjang dan banyak sabar. Orang tua kita pun tak selamanya ada, dan kita pun tak selamanya panjang umur. Nak tak nak sabar tu macam dah acara wajib dalam kehidupan, tak gitu. 


Emm tadi tajuknya steamboat, asal masuk part lain sudah, hahaha. So korang kalau nak bersteamboat atau buat Bbq kat rumah memang ngam sangatlah, tambah lagi kalau balik kampung,duduk berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik, mak ayah, wajiblah buat aktiviti ni. Kos pun takdelah banyak sangat kalau buat kat rumah, lebih murah dan jimat, sos pun boleh buat sendiri ala-ala Johnny's tu. Mak ayah pasti suka tengok persepakatan anak-anak bila berkumpul. 

Selain dapat tukar suasana kat rumah, pastinya aktiviti sebegini dapat menghiburkan hati orang tua melihat anak-anaknya dapat berkumpul bersama. Percayalah masa ni mood orang tua berubah lebih positif, gembira, selera makan bertambah dan lebih banyak bercakap. Korang kalau jumpa orang tua yang suka bercakap tentang anak-anak janganlah mudah bersyak wasangka, negatif, "aa, nak tunjuk lah tu mana anak-anaknya yang paling power, hebat", percaya lah mereka takde benda lain untuk dikongsi melainkan berkongsi tentang anak-anak mereka sebab nak besarkan manusia dan jadikan anak 'manusiawi' bukan perkara mudah, anggap sajalah perkongsian mereka sebagai kata-kata semangat untuk kita yang bakal melalui proses yang sama seperti mereka. Raikan apa yang mereka kongsi. Sungguh orang tua akan bercakap benda yang sama 6491649kali bila bercakap, so do we too. Tengoklah kita masa kecil-kecil dulu beratus kali tanya benda yang sama, sabar je mak ayah layan dan jawab, samalah juga bila tiba waktu tua, ibu bapa pula bercerita perkara yang sama, apa nak susah, tadah saja telinga, dalam ceritanya pasti ada pelajaran, pengajaran dan iktibar untuk kita juga. Hargai lah masa yang ada dengan ibu bapa kita. Balik sekali sekala, berkumpul sekali sekala dengan keluarga jadikan satu acara berbeku dan steamboat. Lain macam auranya, selamat mencuba. 





Berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut

10.27.2020

Seriously ni aktiviti kesukaan kami, Ika pun seronok rasa tenang, damai bunyi ombak dan bau laut masin. Kind of earth therapy gitu, yelah kita pun asal dari tanah, nak sihat memang kena connect dengan alam. Ada terbaca salah satu buku kegemaran, antara orang yang paling sihat atas muka bumi adalah para petani? Wonder why? Sebab merekalah yang banyak sentuh germ, terdedah dengan banyak jenis bakteria, virus dan manusia yang banyak bergerak ikut fitrah badan dicipta. Manusia ni ibarat sebuah mesin yang kena bergerak, kalau tak bergerak lama-lama makan diri, tengoklah orang sakit terlantar lumpuh kalau tak bergerak lama jadi macam mana kat belakang badannya. Manusia kena bergerak, masa kita tidur pun badan kita bergerak, so nak kurus pun lagilah berganda kena bergerak, eh kesitu pulak kita ye. So nak ceritanya bab berkelah, berkhemah tak try lagi dengan anak-anak, soon kita cuba insyaallah, asyik bawak dan rasa yang senang saja kan? Kena cuba juga yang susah dan menyusahkan. Bab berkelah ni, kalau tak membekal memang tak sah. Nak berkelah tak perlu kaya raya, ada duit minyak nak bergerak ke tempat nak dituju insyaallah sampai. Makanan lebih afdal bawa yang dari rumah, jimat pun ye. 


Teringat dulu masa duduk Banting kami kerap berkelah dekat Paya Wetland tu, sambil anak main basikal, makan-makan pun jadilah, kosnya minyak dan masa sahaja. Sekarang kos untuk beriadah pun boleh tahan mahal, dulu-dulu mak ayah siap bawa kami masuk hutan kes nak cari batang pokok liar untuk buat pokok hiasan, yang kena drill buat lubang then cucuk-cucuk bunga atau daun, jadilah pokok hiasan yang boleh tahan mahal harganya masa tu, yang part pokok tu ingat, yang part masuk hutan pun Ika ingat, seronok sangat. Kadang mak ayah bawa pergi pantai atau jeram, makan-makan berkelah ramai-ramai. Bila dah jadi mama ayah ni baru faham, once bila dah ada anak-anak, anak-anaklah matlamat terbesar ibu bapa. Ini jelah kenangan nak bagi kat anak-anak supaya dewasa nanti mereka pun ingat waktu-waktu terbaik mereka dengan kita, tak kira susah atau senang. 


Kali ni kami cuba juga pergi ke Teluk Batik, Lumut, even sebelum ni kami dah sampai untuk survey dan putus angin kes tengok terlalu padat, tapi kali ni kami cuba pergi tengok keadaan kotlah kan ada kelapangan kat kawasan pantai, lagipun bawa anak main pasir hari tu tak sempat habis haul dan depa pun tak sempat puas. Makanya misi kali ni kami bawa anak-anak nak main pasir je, dapat spend 3 4 jam depa mengadap pasir pun dah okay sangat. Alhamdulillah biasa tengok jalan penuh padat, bersusun orang. Kali ni jalan smooth je, pun rezeki juga perjalanan lancar. Kali ni takde drama singgah menyinggah kat mana-mana sebab semua dah kenyang makan roti canai pagi, Ika bawa bekal sambal cili dan nasi je. Selain ya bawa lauk mentah ikan dan ayam untuk di bakar kat tepi pantai. 


Sampai sana, ada kawasan yang agak lapang untuk kami lepak. Kalau nak datang kat Teluk Batik ni, sama ada bawa khemah, atau paling simple bawa tukar dan boleh sewa kerusi santai yang dah sedia ada kat tepi pantai tu, duduk je insyaallah sampailah orang yang ambil caj tu, tengok kita ambil atau guna berapa buah kerusi, satu kerusi RM3 kalau tak silap. Nak berteduh kat pokok yang lebih rendang dah penuh orangnya, semua pakat berkumpul situ, maka dapat berteduh kat bawah pokok kelapa pun jadilah. Alhamdulillah banyak pahala orang yang tanam pokok area sini ni. Tak dinafikan pemandangan pantai kat sini sangat cantik. Kalau nak naik banana bot atau bot pusing Pulau Marina pun boleh, tapi tak sure lah pula berapa cajnya. 

Kalau datang bawa body je semata-mata tanpa niat nak berkelah tapi terkelah juga kat Teluk Batik ni pun takde hal sebab kat sini banyak kedai - kedai makan tapi part baju tu terhad lah sikit pilihannya. Apapun berkelah di Teluk Batik kali ni memang puas hati sebab anak-anak dapat mandi air laut sekali even dah bagitahu main pasir je, kalau dah kaki dah basah main gigi air tu, rendam jelah kasi basah satu badan, baru betul mandinya. Tengok orang lain betapa strugglenya cari duit untuk menampung kehidupan zaman ni, tambah lagi dengan isu covid ni, memang buat kami insaf, bersyukur dan banyak berfikir. Till then, next time Ika sambung karang lagi cerita. 


Makan Western Suasana Kampung di Along Burger Leleh Bidor Perak

10.25.2020

Kadang betullah yang nak makan kat kedai tu bukan kes makanan, ada yang pergi makan sebab suasananya, ambil feel orang kata, betul tak? So kali ni kami pun cubalah explore Bidor, yelah dah datang tu kan, kena ambil peluang explore apa yang ada, Bidor ni famous dengan Petai, rasanyalah sebab Petai in everywhere. Kalau nak dibandingkan Tapah, Bidor ni hanyalah pekan kecil, ala-ala Pekan orang Pencen pun ada, sebab orang sini relax je, tak sibuk. Tahu pasal Along Burger Leleh ni kes viral kat page Rizal Hakim kalau tak silap, so kami apa lagi, pantang juga ye bab viral ni, tapi pilih-pilih jugaklah kalau yang viral pun, kadang tak seindah yang di viral, kikiki.


Along Burger Leleh ni dalam Kampung Koh letaknya, kalau dari tol Bidor tu jumpa simpang tiga ambil ke kiri, lepas tu straight je, sampai jumpa pustaka kampung Poh, then masuk lagi ke dalam, memang confuse jap, betul ka ada kedai dalam hutan, pokok tebal ni, tapi kat situ memang kampung orang, jangan risau, insyaallah Google dan waze jumpa lah gerai comelnya. Bagus jugak konsep kedai depan rumah ni, jimat dah satu hal, yang penting suasana kampung ni, menggamit memori kat kampung sambil makan. Kami sampai dah petang dah masa tu, dah lah tengah buat detox cukup tujuh hari, terus cheat day, hapelahh, cabaran orang nak turun kan berat ni bukan kaleng-kaleng, inner motivation kena kuat, tambah pula kalau diuji dengan makanan sedap, hancur. So kalau orang share keberjayaan dapat turunkan berat tu, raikan sebab bukan benda mudah nak buat.


Sampai je kat sana, benda pertama anak-anak cari adalah tandas, sabar jelah. So ada tandasnya, don't worry, walaupun kampung style tandas ada, tempat parking ada, dan tempat duduk dalam kedai selesa dan kemas. Menu agak banyak juga termasuk yang dalam talam, rugi pula tak order yang ramen masa tu. Sebab al-maklum nama lagi cheat day, kau dah rambang mata tengok makanan macam ni, ya Rabb, kuatnya nafsu makan ni, wakaka.

So order yang sedang-sedang buat kenyang ambil yang talam satu set dan burger untuk anakanda, tu pun jenuh nak perabis, burger punya tebal, anak tak habiskan makanya mama ayahnya yang menghabiskan sisa, mana lemak tak menari, kalau part habiskan makanan ni memang tak lain tak bukan kita lah. Nak kat sedap, okay lah bagi rate 4/5 dengan suasana ala-ala kampung, gerai ni buka sebelah petang hingga malam, so bolehlah masuk dalam acara makan petang membawa ke dinner. Kenyang.

Kredit gambar: Yetza

Alamat: Along Burger Leleh
Kampung Koh Bidor
GPS:4.0770442, 101.3468348

Avant Chocolate Cameron Highlands, All in One

10.23.2020

Viral tempat ni sebab coklatnyakah atau tempatnya yang menarik? Pendapat Ika Avant Chocolate ni wajib masuk dalam list kalau visit Cameron Highland jika tak nak pergi banyak-banyak tempat sebab kat sini dah banyak tarikan all in one, sayur-sayuran dan buah-buahan, nak petik strawberry atau salad, mini farm lavender, tempat anak beriadah, nak makan atau minum santai, semua ada kat sini. Landskap kat sini pun sangat menarik dan facilities lengkap, tandasnya bersih dan selesa.

Kalau yang nak turun Cameron Highlands melalui Simpang Pulai bolehlah singgah sini atau pun singgah masa naik, puas hati kot singgah sini. Memandangkan ini laluan balik dan pergi bila balik kampung atau Perak, antara port yang selalu singgah jugalah samada rest atau singgah tandas, even takde mood bercuti bagai, bolehlah sebagai port cuci mata kami anak beranak segar kan mood, kihkih. Beruntung jugaklah ye, sebab ni antara salah satu laluan kami. Jadi rugilah tak ambil peluang singgah tambah pula tengah anak-anak membesar ni, masa ni lah nak ajak anak-anak tukar suasana.



Teringat masa naik Cameron Highlands lepas PKP hari tu, bukan takat yang sihat nak keluar ambil angin, yang bertongkat, berwheelchair sama naik ambil peluang ambil angin luar, pijak tanah, ambil udara segar, sebab apa? Sebab those thing make we alive. Orang yang sakit, kurang upaya untuk bergerak berusaha untuk menikmati keindahan alam, kita yang sihat ni tak buat macam tu, bila lagi nak buat? Takkan tunggu jadi macam yang kita lihat tu, baru kita berfikir-fikir kenapalah kita baru sibuk-sibuk nak menikmati semua tu masa dah takde nikmat sihat? So buatlah 5 perkara sebelum 5 perkara, bukan saja-saja wujud peringatan tu untuk kita manusia. Eh, eh melencong dah kemana. Kadang tak perlu tempat jauh, tempat berbayar, yang free pun banyak, tinggal kitalah memilih untuk menikmati atau tidak. 


Kat Avant Chocolate ni apa yang ada? Kat sini ada Greenview Garden dan Avant Chocolate dimana Green View Garden ni ada lavender mini Garden, mini lake dan paddle boat untuk anak-anak naik, mini farm yang ada arnab comel comel, dan juga pejalan kaki yang penuh dengan lock love ala-ala Penang, Korea tu. Kat sini nak kata luas pun tidak, sedang sedang je kawasannya tapi semua yang ada kat sini menarik. Mula-mula masuk kat tempat ni pun mata dah dijamu dengan pelbagai aiskrim yang menarik dan sedap juga kedai yang penuh dengan produk chocolates dari pelbagai perasa. Tu pun kalau nak makanlah, tapi sekala sekala bolehlah, harganya boleh tahan mahal seketul wehh. Kami takat bayar masuk tandas pun ok dah, yang lain jamu mata free, wakaka. Insyaallah kat sini semua makanan minuman halal ye. 


Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja,
39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Kode GPS: 4.579943, 101.379882
Website: www.avantchocolate.com
Email: avantchocolate@gmail.com
No Tel: +6 05 – 4981 982