Kemeriahan Waterfront Lumut Perak

10.31.2020

Kalau datang ke Lumut macam kewajiban plak singgah sini untuk bahagian anak-anak main kat playground. Kalau tak memang tak lepas perasaan dan emosi anak-anak yang fitrahnya memang bermain. Selain tempat membeli belah makanan laut kering kat area jeti Lumut tu, kat waterfront Lumut pun boleh tahan meriahnya pada waktu petang. Biasa orang-orang Lumut suka bawa anak-anak datang main dan lepak santai bersama keluarga kat kawasan ni. Angin laut sepoi-sepoi sambil makan lokching, uii mana tak bestnya. Chill gitu di hujung minggu.

Kat waterfront Lumut ni kawasan rekreasinya sangat luas start dari kawasan jeti hinggalah ke hujung kawasan Teluk tempat rekreasinya. Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air laut. Kat sini meriah sangat dengan orang yang berniaga gerai-gerai makanan petang, bolehlah sambil makan, sambil layan anak-anak main, tak pun kita sendiri boleh enjoy naik skuter elektrik. Iyye, kat sini bukan takat budak-budak je datang bersantai yang dewasa pun sama naik habiskan waktu petang bergembira naik skuter elektrik, kayuh basikal dan macam-macam lagilah. Lagipun sewa skuter dan basikal kat sini sangat berpatutan dan banyak pilihan untuk anak-anak juga untuk yang dewasa. Dah puas main skuter, basikal, boleh layan main playground kat sini yang agak besar dan bermacam saiz dan bentuk. Memang puashati kot kalau datang Waterfront Lumut ni, kalau yang datang bercuti tu, bolehlah masukkan tempat ni dalam initiery.


Dating dengan suami dengan anak berderet cemnilah, enjoy!

Biasa petang tu baru nak start meriah, memang sampai ke malam lagilah meriah. Ala-ala dataran Putrajaya kekdahnya, orang datang kerumun even pada waktu malam untuk bersantai-santai bersama keluarga di hujung minggu. Kalau nak datang makan malam kat kawasan ni pun kedai makan pun ada tapi tak semeriah jalan ke Teluk Batiklah. Nak makan masakan yang pelbagai dan sedap kena keluar dari Waterfront Lumut tu sikit, baru jumpa banyak kedai termasuk masakan siam. So kalau tanya ada apa kat Waterfront Lumut? Inilah dia dataran rekreasi keluarga, berbaloi juga untuk disinggahi kalau dah alang-alang sampai Lumut tu, hehe. Dalam pukul 5 petang dan keatas tempat parking memang akan penuh dan sesak, kalau hari biasa tu mungkin taklah, yang biasa meriahnya hujung minggulah.