Jika tiada siapa yang mahu mendengarmu, tulislah!
Eh, betullah tu, korang kalau korang banyak sangat benda nak cerita, tapi takdak siapa sudi dengar, jangan merentan-rentan, boleh jadi kamu ni tergolong dalam golongan pendengar yang baik, see kurang belah situ, Allah kasi sisi baik belah lain, tapi kita tak sedar. Yelah tak semua benda orang boleh cerita, tapi memilih kamu sebagai pendengar, tak semua orang boleh apa ceritanya dan masalah, apa rahsianya, tapi orang pilih kamu untuk mendengar. Kita tak perlu jadi penyelesai masalah orang, adakala orang perlu kita sebagai pendengar sahaja, sebab yelah orang meluah memang sesetengahnya dia tak nak dengar apa nasihat, tak nak dengar apa-apa compliment tapi dia hanya perlu orang dengar. Tu je, like?! ada eh, ye ada. Sebab tu ada talian panggilan untuk orang yang perlukan pendengar.
Habis kita ni? yang tak sempat nak cerita pun apa masalah kita, apa luahan hati kita macam mana?Tulis. Tulislah. Tapi benda ni rahsia, camno nak kasitahu orang, ambil buku, tak suka buku, tak suka blog, tulis kat thread, tak nak orang tahu, gunalah nama samaran, aaaa, tapi nanti, nanti dulu, asalkan luahan kita tak jadi ghibah, tak fitnah orang. Camne tak jadi ghibah benda dah public, tutup komen. Tapi nanti orang screen shot, pi mengata, maki, menyumpah dan sebagainya. Tak selesai pulak jadinya ekk, pening pulak, dari suruh tulis jadi ladang dosa plak, haihhh. ku pun tak tahu apa hukum kalau yang jenis suka screenshot merata lepas tu pi tepek situ sini jadi batu api, yang tentunya yang jenis buat kerja cemtu tiptop dia punya saham neraka, huahuaa. Sebaiknya pi MRDIY beli satu buku note, tulis belaka yang nak maki, sumpah, Dan bermacam perkataan manusia lain tak gamak baca, tulis, dah puas hati tulis, bakar je buku tu, imagine macam kita burn semua yang kita tak suka tu. Ku suka follow someone yang suka menulis selain Tuan Khairul hakimin, catatan Tuan Roslan abdul Hamid ku suka baca dan banyak lagilah kalau nak listkan memang penuh satu mukasurat buku kalau nak ku taip, ni kira antara-antaranyalah.
Ku suka baca mental survivor punya catatan, ibu-ibu tunggal dan travelers, cerita seram rasa lebih feel dan thrill, ku tak tahu tapi tulah memang ku suka baca, tak kisah apa ceritanya. Antara cerita ibu tunggal yang ku follow kak dura, dan beberapa orang, cerita-cerita mereka penuh mesej dan pengalaman hidup mereka penuh pelajaran dan pengajaran dan menjadikan daku orang yang lebih bersyukur. Tulis, tak payah tulis cerita tentang orang lain, cukup tentang rasa yang kita lalui je bila terlibat dengan si fulan itu ini, , ku respect sangat orang yang bercerita tentang pengalaman tapi tak pernah reveal siapa yang jahat dan pegang watak antagonis dalam cerita hidup kita, hanya guna samaran. yelah benda aib, tuan diri sajalah yang tahu dan rasa kalau tetiba cerita tu kena plak dengan segala apa yang diceritakan. Antara yang ku ingat pesanan penulis penulis otai, tulislah yang baik-baik walaupun diri kita tak baik mana, sekurangnya kita dah jauh dari dosa menulis benda-benda yang tak baik. Lagi haru benda kita tulis rupanya fitnah, mahunya sampai dalam kubur tanggung azab, Allahu.
Kadang jalur cerita ada yang lebih kurang sama, tapi tak serupa, boleh jadi asbab tulisan kita boleh menyentuh hati-hati orang yang membaca untuk berubah lebih baik, dan dalam tak sedar diri kita sendiri perlukan cerita yang pernah kita lalui untuk terus kuat melalui hari mendatang. Betul tak? Ada satu video pendek ku pernah tengok Kat MLstudio, maybe salah seorang pegawai kesihatan, dia cakap dia mengalami stress yang amat bila anaknya yang 10bulan masuk NICU, dia tak boleh masuk tengok pun anak dia dan tak boleh buat apa-apa, bila jadi cemtu dia stress sangat. So apa dia buat? Dia masuk pejabat kat rumah dia, dia buat writing terapi, ambil buku dia tulis, dia tulis je apa yang dia nak, tenyeh dua tiga helai kertas, tulissss! Sampai mengalir air mata dia menulis tu, then dia tertidur. Bangun dari tidur dia rasa sangat fresh, otak dia kata "eh kau tak boleh berada dalam situasi tersebut".
Pastu dia kata lagi, orang zaman sekarang bila sebut-sebut anxiety, kenapa? Pertama, dia tak boleh nak solve dia punya problem, padahal benda tu kecik je pun, kecik sangat, tapi kerana tidak ada ilmuilmu mengurusnya berbanding dengan orang dulu, kita nampak mereka ni ada stress sendiri, tapi mereka ni alirkan ke mana?Melalui aliran ke mana? Melalui tulisan kat buku, hari ni apa aku buat? Problem apa semua? Itulah yang dinamakan writing terapi. Akhir zaman ni, ramai dah tak buat sangat, dia tak boleh alirkan stress dia kemana-mana. Dah terbuku bertimbun-timbun dalam hati, dalam kepala pun terbuku, akhirnya kena kanser, stage empat. Bila stage empat, ni tak boleh buat apa, jumpalah pakar pun, memang jawapannya takde jalan dah. Contoh, orang dulu-dulu, ada buku 555,so dekat situlah buku keciknya tu, bahasa mudahnya, diari untuk dia tulis. Hari ni aku nak buat apa? Macam bapak dia dulu, tulis beli apa untuk keluarga dia, listkan, jadi tulis semua senarai, jadi journal satu hari tu complete untuk dia heal dia dia.
Orang sekarang alir kat mana?Game, tengok tv, Netflix, healing tapi lepas tu balik, geleng. Bukan healinglah tu, maknanya problem tak selesai lagi, tak terluah lagi yang dok terbuku tu. Maknanya takde ilmu, orang dulu takde masuk belajar pun ilmu-ilmu kesihatan mental, orang dulu punya kekuatan mental yang sangat hebat. Tanpa mereka sedar, mereka melaksanakan writing therapy, orang-orang muda sekarang nak buat apa? Sikit-sikit anxiety, sikit-sikit healing sana, healing sini, lepas tu keluar duit banyak sangat. Nombor satu jumpalah pakar, ada kounselor, psychologists, Psychiatric, mental health therapist. Kalau tak Jalan just empat-empat ni,kalau rasa malas nak jumpa empat-empat ni, so buatlah yang kelima, apa dia? Terapi penulisan, contoh saya fulan bin fulan, saya seorang yang begini begini, hidup saya begini begini, lima enam tujuh muka surat pun takpe, bila you dah alirkan begini, you akan rasa, ohh ini yang selama ni yang ku pendam selama ni. Settle lagi ke tak? Pergi nombor enam, bawak you punya writing therapy tu jumpalah empat-empat pakar tadi, supaya dia boleh analisa apa yang anda alami, supaya anda tahu macam mana nak selesaikan anxiety, depression anda. So kepada yang tak mampu macam buatlah macam brother tu syorkan, jangan malu, sebab kita nak sihat, jiwa, nak sihat badan. Jangan memandai self diagnosis. Kaedah orang dulu pun sebenarnya berkuasa, ambil dan adaptasi pada diri, insyaallah try buat you akan rasa, release. Otak lapang, jiwa pun bahagia. Ehh, bila taip-taip ni ku rasa pernah sharelah bab macam lebih kurang gini. Jap nak godek.
Haa, betullah, <baca sini>, dan ku pernah cerita kenapa blog ni terwujud<baca sini>, eh laaa rupanya dah lama benda terapi ni ku buat, wakakaka. Bila throwback balik, yelah ada entri yang ku taip, masa marah meluap-luap, rasa benci tak terkata, ada kala masa ku happy sangat, ada masa siap entri berteman air mata menjejes-jejes, ohh this blog so sentimental rupanya, penuh semua rasa manusia normal melalui hari-hari yang tak terjangka. Baru ku ingat masa anak sulung masuk NICU, memang details ku taip semua rasa, ohh rupanya ku sedang buat terapi diri, kalaulah ku pendam semua, soheh meroyan dan mungkin lagi teruk dari tu dah kot eh, nauzubillah. Begitulah kadang kita buat je, tapi tak tahu hikmahnya. Kurang-kurangnya daku tak salah guna skill asah pisau kat dapur kat benda lain, huahuaa, sound like phsyco kan? Tapi itulah fikiran-fikiran gila bila keadaan tak rasional, combine letih, stress, dan semua rasa bergabung. Nak selamat pi ambik pena tulis nahhh. So ku agree dengan saranan dari brother ni, start menulis. Nak selamat, tulis kat buku bila libatkan ayat-ayat berat, tu yang daku buatlah. Kat blog ni daku tulis bertapis banyak dah<baca sini>, kalau ikut liar jari jemari dan imaginasi ni, entah apa jadi. Don't overshare jika kat public, tu jelah.
Nak tulis zaman sekarang memang kena hati-hati, digital proof, kalau buat fitnah tak pasal naik turun mahkamah, dok kat lokap. Ku ingat-ingat lupa ada several blogger dulukala yang kena saman fitnah sebab penulisan ajenya, bila dah kena cemtu diri sendiri yang susah, kalau kaya takpe, ni kayap, dahlah kayap, fitnah orang plak, herlokklah. So nak tulis, tulislah benda berfaedah. Rasa takde benda nak tulis, tak payah tulis, memang medan digital ke realiti ka, medan berjuang untuk pahala atau dosa, so pilihlah, rasa banyak sangat buat baik, banyak unlimited pahala, pi lah buat dosa jariah share pahala sendiri kat orang lain, so beringat-ingat nah, menyoroklah belah mana dalam fake akaun buat fitnah, shaming orang, lama-lama terbuka juga rahsianya. Gitulah.
Baca penulisan orang pun one of therapy to me, macam daku memang Salah satu tujuan tulis kat blog sebab nak release feels sendiri, kihkih, jadi takde views, takde reader pun apa pedulik, yang penting kita release, lega. Yelah kita hari-hari lalui ups and downs, tak semua indah tapi tetap alhamdulillah masih berezeki hidup dan menikmati saat ni, jadi ku anggap ada ramai yang seperti daku, bukan kita seorang, eh daku sorang ke gitu gini? <baca sini>Tak, ramai macam kita, tapi ramai yang hadap dengan cara berbeza jadi banyak perspective, cara kita response situation berbeza berdasarkan kemampuan diri kita, betul dak? Kita hari-hari sebenarnya berperang dengan diri sendiri, tu pun dah meletihkan, too much though and so on. Deep breath and move, you can do it. Tulis. Tadi ku terscroll gambar tahun 2017, dan nampak kaki kecik cinonet bernanah. Allah, next time karang, banyak eh nak karang ni, yang pasti draft daku dah berkurang, yahuu!
Mood rajin menaip,
Top Social