Tanjung Balau Desaru Johor

9.02.2024

Tanjung Balau merupakan sebuah bandar berpantai di daerah Kota Tinggi Johor, Malaysia. Pantai bandar terletak berdekatan Desaru dan Bandar Penawar. Muzium nelayan tanjung balau di bina di sini menghadap Laut China Selatan. Kedatangan kami ke Tanjung Balau ni pun berkebetulan dekat dengan tempat Penginapan Tiara residence Desaru, jadi memikirkan nak buat aktiviti apapun takdan ingatnya sempatlah singgah ke muzium nelayan kat sini. Dah alang-alang sampai gitu, nak pergi Taman Buaya jauh pula, dan bukan route kami lalu nanti. 



Memandangkan checkout pun dah lewat tengahari, serang elok kami sampai kat area ni, kaunter muzium dah tutup sebab staf berehat tengahari, nak masuk kena tunggu sampai pukul 2.30 petang. Jadi kami cari makan tengahari dulu, order makan, tunggu orang masak makan jam juga, nak lagi anak berceretek ni, sejam waktu makan kat kedai tu kira dah paling sekejaplah tu untuk bahagian makan saja. Roadtrip macam ni, memang tak boleh bazir masa, kalau tak sesia je tak dapat apa pergi berjalan, kihkih, so disebabkan kami malas nak tunggu sampai pukul 2.30 petang kami lepak kejap ambil angin laut kat jambatan Tanjung Balau tu. 




Sungguhlah pantai dan air laut kat sini cantik sangat, tapi sayanglah tak sesuai untuk mandi manda terutamanya kanak-kanak, macam kat pantai Desaru pun anak-anak main kat gigi pantai aje. Ombak dan angin kat sini agak kuat, yelah pantai mengadap directly Laut China Selatan. Memang tak berapa sesuai untuk mandi, berenang macam kat pantai Terengganu, cantik untuk dipandang dan dinikmati mata sahaja. Angin sepoi sepoi bahasa memang mengasyikkan dikala panas lit lit, namun pemandangan gred Premium kat Tanjung Balau ni memang buat rasa diri iols tak nak balik. 




Tanjung Balau ni antara tempat tumpuan juga, untuk yang berkhemah, dan berkelah. Memang sesuai sangat, kalau duduk lepak seharian kat sini berbaloi uiii, pantai, air laut biru jernih kat sini, tak tahu nak describe macam mana, capture cantik original tu melalui pandangan mata kasar lagi best berbanding dengan kamera. Puas hati cuci mata mengadap air laut petang tu. 



Yang dah sampai Desaru tu singgahlah Tanjung Balau, wajib tak menyesal, memang kagum tu tak habis dengan kecantikan pantai dan air laut kat sini. Actually banyak sangat aktivit boleh buat kat Tanjung Balau termasuk riding horse, lawat muzium, playground untuk budak-budak pun banyak, daku jelah tak menyempat luangkan masa yang limited berlama-lama kat Tanjung Balau. Next mungkin boleh lajak ke Pangeran sekali kalau datang lagi dan mungkin boleh consider menginap area Tanjung Balau ni sebab banyak juga homestay dan resort chalet, cuma kena tempah awallah sebelum datang kalau tak macam kami, stay kat mana yang boleh aje.