Resepi Ayam Kuah Tomato campak-campak

1.11.2023

 Hai, hari ni Ika nak share menu campak-campak Ika. Ika punya menu masak memang takde rules, guna apa yang ada, hustle-free. Sebab apa? 


Ada satu peel anak yang boleh tahan jugak buat Ika geram. Antaranya bila dah siap masak, tak nak makan lauk yang kita masak, uihh mendidih rasanya. Dah masak sesiap, habis masa kat dapur, sudahnya! Makanan takde siapa sentuh. Mana tak mendidih, berasap telinga.


Sebab tu Ika masak on the spot je masa anak mintak, lauk tak bazir, senang hati tengok makanan licin. Biasa masa anak balik sekolah dalam kereta lepas habis interview aktiviti kat sekolah, tanya nak makan menu apa. Make sure sebelum anak balik nasi dah tanak awal-awal, cuma part lauk je kena tanya.


Nampak manjakan anak, sepatutnya paksa anak makan apa yang ada tu makan jelah. Tapi tak jalan. So Ika set dengan anak-anak, menu lunch diorang boleh minta, belah malam kena makan apa yang Ika masak, apa-apa je kena makan, diorang setuju then, yeahh! Senang kerja kita. 


Free-stress dan tak habis tenaga marahkan anak kes tak nak makan, dahlah masa pun banyak habis pikir kat menu je nak masak, sudahnya anak tak nak makan. Lagilah rasa panas, kan? 


Sempat ke nak masak on the spot cemtu? Sempat, kalau dah tahu keyword penting dari pagi. Biasa Ika tanya tengahari ni nak makan apa, Haddad bagitahu nak makan "ayam dan kentang". So sementara buat kerja rumah tu bolehlah defrost awal-awal lauk nak guna tu.


Panjang pulak mukaddimahnya kan, hehhe. So menu sempoi ayam kuah tomato ni, 20minit boleh siap. Sesuai untuk yang nak jimat masa kat dapur. 


Bahannya:-

Ayam 500gm, Ika guna dada ayam je

1 labu bawang merah/kuning mayang halus

Rempah 3 sekawan

Tomato 3 biji belah 6/8

Ubi kentang dadu 4

Carot dadu 4

Zucchini dadu 4

(sayur tu depends masing-masing) tapi yang tomato tu wajib

Sos tomato/puri tomato


Cara:-

Tumis bawang dan rempah hingga garing/naik bau. Lepas tu masukkan semua bahan didihkan hingga naik minyak, atau semua masak. Tutup api masukkan garam pink secukup rasa. Whatt??! Cemtu je?! Ye cemtu jelah, mbhahah, dok dapur jangan lelama tau, boring😂. 


Kalau nak lagi sempoi, masukkan beras dan air, guna api perlahan. Jadikk nasi tomato. Mak anak ramai cemnilah, selagi boleh siapkan secepat mungkin lagi bagus pasalnya anak-anak ni kalau dah lapar diorang punyalah zikir lapar tu sebijik dah macam anak-anak burung, ahahaha.