Anak-anak uols behave tak bila kat meja makan? Me? Faham-faham sendirilah kalau dengan anak-anak kecil ni, macam unpredictable momentlah. Tak ingat since bila ku dah tetapkan kalau nak makan tunggu semua orang dan makan sama-sama, enjoy the food tanpa banyak bercakap, dan bila kat meja makan adalah rules yang agak mudah depa nak ikut.
Dulu kalau dengar si ayahnya ajak makan kat luar, macam nightmare jugalah tambah ada yang menyusu badan ni, since dah experience dengan pelbagai ragam dan versi besar kecil anak antara point penting kat meja makan adalah no gadget at all. Misal kata mak atau pak yang pegang phone sangatlah big no sebab di pemikiran anak, kenapa mama ayah boleh, depa tak boleh. Fair for all, no gadget fokus kat anak-anak, borak something. Dulu masa Harraz kecil dan kerap tantrum memang ku bawa tools seperti pensil dan kertas supaya boleh isi masa menunggu dan elak dari rasa boring.
Sekarang anak-anak dah besar sikit depa dah pandai borak sesama depa, tapi aaa ada tapi jangan adalah yang mulakan perbualan provoke or whatsoever yang boleh memacu emosi tak stabil. So fun talks dengan anak-anak macam-macam topik tau, tanyalah apa yang depa paling suka buat, cerita kartun apa yang best etc. Sebab apa no gadget? some of us memang kasi gadget kat anak untuk diamkan anak, tapi for us tak jadi diam, lagi memberontak adalah lepas tengok gadget, berebut-rebut, dan bising, so lagi bagus tak bagi terus, depend masing-masinglah sebab kita je tahu peel anak-anak ni.
Selain tu kami tak pergi kedai makan viral, kedai makan yang penuh padat apatah lagi yang sampai kena beratur untuk makan, big no and redflag kedai macam ni untuk kami. Biasa kami pergi kedai yang ada orang semeja dua je, macam tak laku, luas, ada laman, dan kawasan sekeliling tak pelik dan berisiko. At least kalau diorang lama sangat menunggu boleh depa jalan-jalan, berlari anak lepaskan energy diorang. Alhamdulillah selama kami singgah kedai takde orang ni semua sedap, takde lagi yang jumpa haukk sampai terkeluar ayat "patutlah takde orang, tak sedap rupanya". Yang biasa keluar ayat kami "kata viral, tapi langsung tak sedap" hahaha, sungguhla baru ku perasan setiap kali singgah kat tempat takde orang niatnya paling utama tak suka bersesak dalam kedai. Tapi tu pun tengok keadaan jugalah, bukan tempat main, tak sesuai anak-anak nak aktif berlebih sebab kalau dah bagi depa main dia punya limit pun depa dah lupa bila start main, biasa anak-anak Ika memang duduk kat meja sambil tunggu je. Nampak mula depa nak start larian ke apa, ku jengil bijik mata je luas-luas, hahha.
Kat rumah macam mana? Biasa waktu pagi dan malam wajib makan kat meja makan, kalau balik sekolah kasilah depa tengok tv sambil makan asalkan kemas tempat makan, so taklah depa rigid sangat. Ada masa kasi santai-santai bab makan. Memang nak tak nak, anak-anak kena belajar self control bila ada makan kat public, common sense depa ni dari experience mereka sendirilah selain kita yang bagitahu dan ingatkan. Actually nak bawa anak-anak makan kat public ni struggle ye, bukan perkara mudah. Yang nampak macam anak-anak elok je, bagus je kat meja makan tanpa haru biru, percayalah behind the scene sebelum sampai kat kedai makan dan duduk kat meja makan dah berbelas kali ingatkan do and don't kat kedai makan even dalam kereta lagi.
Perkara unpredictable macam air tumpah, anak tak nak makan, tu berkaitan dengan self control kita pula nak respon, ku senang je anak tak nak makan even dah order, bungkus je, anak tumpahkan makanan/minuman jangan marah tapi tegur elok elok, dan bantu kemas tumpahan, marah anak in public pun big no. Even semua orang satu kedai dah pakat tengok kita, buat muka tebal sajalah dan buat-buat bodoh melainkan anak dah mula ganggu meja orang lain, berlari-lari hingga membuat orang tak selesa, jangan pulak kita buat bodoh, karang dapat penampar tawar tak ke naya. Common sense tu jangan hilang pulak ye, sebab memang ada je kes-kes terpencil yang 'annoying' tapi mak pak buat tak tahu apa anak buat kat kedai makan. Hmm, macam tu lah gaya nak keluar makan dengan anak-anak kecil, ada cabaran tapi seronoklah sekali sekala layan makan kat kedai.
Macam zaman lani, zaman semua buat content, ni kalau daku makan kat kedai tak pasal yang karang cerita pasal suami tak pegang bayi ketika maknya nak makan, mak pak tak peduli anak makan sepah kat kedai makan, hishh mintak simpanglah. Yelah orang ni depa tengok by surface je, karang cerita ikut sedap tekak dan judgements masing-masing, yang lalui tu bertentangan dari cerita, inilah zaman fitnahnya. So nak buat content, tulis pasal diri sendiri jelah, jangan libatkan orang lain, even cerita nak kasi pengajaran dan pelajaran, kadang apa yang kita coret tu sikit pun tak betul apatah lagi kalau yang hanya memandang situasi dari luaran dan jauh. Tu sebab jarang sangatlah ku makan kat luar. Sekali sekala bolehlah, tukar angin dan selera.
Kesimpulannya kat meja makan ni, moment yang sangat mahal dan bernilai, sebab anak ingat moment yang satu ni, ku dulu macam tu lah, membesar banyak kat meja makan, borak dengan adik beradik, mak ayah kat meja makan selepas selesai makan, even discuss event nikah kahwin dulu pun kat meja makan, banyak sangat nostalgia kat meja makan, sebab almost spend quality time dan borak-borak berisi pun kat si tulah, so indeed we repeat that moments dengan anak-anak pula. Hargailah moment meja makan ni.
Top Social