Semalam terbaca status seseorang update dah khatam Al-Quran sempena sebelum 15Ramadhan, bila terbaca status begitu, rasa sesuatu dalam hati, yes. Really jealous sebab dia mampu khatam Al-quran dalam tempoh kurang dari dua minggu, rasa tertampar, rasa tak aci, rasa aku pun boleh buat kalau dia boleh buat. Teringat dan tergiang-ngiang dan-dan kata-kata ustaz sekolah dulu, kita boleh dengki dalam bab melakukan Ibadah, adapun perasaan hasad yang dibenarkan hanyalah pada perkara-perkara kebaikan, dan ia pada asasnya tidaklah disebut sebagai hasad, bahkan ia lebih merupakan satu keinginan (ghibtoh atau raghbah) untuk dikurniakan kelebihan yang sama agar dapat meningkatkan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan tidak pula ingin supaya nikmat itu ditarik dari orang tersebut. So disebabkan terganggu dengan status tersebut timbul niat dalam hati nak khatam less than two week disamping baca terjemahannya jua, at least faham apa yang di baca sepanjang baca Al-quran. Seharian memikir plan dan strategi nak habiskan juz dalam masa yang ditetapkan. Rasa macam mustahil. Yelah macamkan takde kerja seharian nak disettlekan walaupun duduk kat rumah as fully housewife. Takkan nak mengadap je seharian, anak-anak kecik nak makan nak menyusu pasti ada masa yang tertentu juga nak di bahagikan.
Mulalah datang dalam fikiran, start lepas Ramadhan pun tak apa, apa nak dikejarkan sangat, pasti ada bahagian masing-masing kan dalam berbuat kebaikan. Adoii baru fikir pun dah surrender nak buat, tak buat lagi pun. Sekali timbul camtu kat dalam fikiran, terbaca sharing sahabat lalu kat Wall facebook siapa ada tengok LIVE STREAMING kuliah TUAN GURU SYEIKH ZAINUL ASRI (TGSZA) sejak akhir-akhir ni dengar meremang bulu roma, lain macam pesanan Tuan Guru. Kelmarin Tuan Guru Syeikh Zainul Asri takbir dengan penuh semangat citer tentang tentera Imam Mahdi, hari ni TGSZA cerita tentang NUZUL AL Quran. Sayu sangat pesanan TGSZA
"Bacalah Al-Quran,berdampinglah dgn Al-Quran sementara Al-Quran masih ada dan masih boleh di baca. Al- Quran diturunkan dari langit dan akan diangkat ke langit sebelum helaiannya menjadi kosong. Masa Al-Quran diangkat akan kedengaran bunyi seperti lebah yang banyak. Nanti Al-Quran akan dikembalikan di tempat asalnya iaitu di Arasy Allah.Arasy Allah yang luas. Malaikat yg menanggung arasy iaitu malaikat Habbatul Arasyi ada empat dan mempunyai 600 sayap menunjukkan betapa besarnya Arasy Allah. Jarak bumi ke langit pertama adalah 500 tahun perjalanan, langit pertama ke langit kedua 500 tahun perjalanan sehingga ke langit ke 7 mengambil masa 7000 ke Kursi yang mengelilingi arasy Allah iaitu Pusat Pentadbiran Allah.Luasnya Arasy Allah ibarat cincin ditengah padang,maka yg luas itulah arasy Allah.
Al-Quran datang daripada hadrat Allah dibawa oleh jutaan malaikat yang mengarak KALAMULLAH yg hebat. Tingginya martabat Al-Quran, 'Kalam Raja Segala Raja'. Kalam Allah yg dibawa daripada hadrat Allah iaitu Baitul Izzah yakni tempat Al-Quran diletakkan sebelum diturunkan kepada Nabi Muhammadi s.a.w pada 17 Ramadhan. Surah Iqra' ayat 1-5 diturunkan sehingga surah-surah lain sehingga selesai Al-Quran diturunkan sebagai pedoman Ummat manusia, maka bacalah Al-Quran sebelum diangkat dan berakhir nanti. Hatta di syurga nanti tiada dah Al-Quran, hanya ada 2 surah Shah di syurga iaitu surah Toha dan Yaasin betapa Allah nak tunjuk mulianya Rasulullah s.a.w di dunia ni, tambah-tambah bulan Ramadhan perbanyakkan baca Al-Quran.
17 Ramadhan ni sangat menghampiri 10 mlm terakhir dan malam Lailatul Qadar.Lailatul qadar ada aura dan ujiannya.10 malam terakhir cuba hadirkan diri imarahkan masjid.Aura Lailatul Qadar bermula daripada waktu siang lagi menandakan persiapan antara langit dan bumi.Pada 10 malam terakhir usahakan selepas waktu 1 pagi jangan tidur dan malam itu merupakan malam temasya ibadat. Usahakan Bangun solat dan baca Al-Quran hingga rasa manis di bibir membaca Al-quran. Ramadhan hanya berbaki 12 hari lagi,Ramadhan akan berakhir dan akan pergi sepatutnya kita menangis sebab Ramadhan akan tinggalkan kita.10 malam terakhir usahakan beribadat dan tinggalkan dunia. Sesiapa yg meninggal dalam bulan Ramadhan adalah orang yang mulia.Mulakan bilang berapa kali seumur hidup kita khatam Al-Quran.Semoga Al-Quran menjadi penolong kita di akhirat sana.
Allahu, lagi tertampar bila baca perkongsian saudara Blackmore Marty yang mengatakan Kalau kita ingin mengukur hubungan kita dengan Allah, ukurlah diwaktu Ramadan. Kalau dalam Ramadan pun kita gagal untuk akrab dengan Allah, dengan Alquran, dengan solat, dengan infaq dan dengan dakwah, maka itulah diri kita yang sebenarnya. Diri yang jauh dari langit amal. Memang hidup kita ini adalah pelakon dari takdir Allah tetapi Allah beri kita akal untuk berusaha dan berikhtiar dan ianya adalah milik kita. Kalau kita malas. Itulah kita. Kalau kita suka berehat rehat dan tidur saja, itulah realiti diri dan perangai kita. Jangan kita harap sebuah magis akan datang selepas Ramadan nanti untuk menjadi insan takwa seandainya dalam ramadan pun kita adalah manusia biasa yang dah terbiasa dengan kehidupan biasa. Malas untuk berubah.
Sepatutnya diramadan inilah kita rumuskan perenungan dan muhasabah diri yang panjang, pemetaan hidup yang tepat dan mengukur potensi diri. Zahirkan tujuan hidup kita. Sasaran amalan kita. Berlatih untuk menciptakan amalan unggulan yang akan kita sambung selepas ramadan nanti. Kita ini adalah hamba Tuhan. Hamba yang dilahirkan melalui sistem Allah berbekalkan syariatNya melalui lidah Rasul. Sepatutnya diramadan inilah kita sedut segala rahmat Allah, anugerah Allah, keampunan Allah, redha Allah, kemurahan Allah kepada kita untuk membina amal unggulan kita tanpa menyisa sedikitpun peluang untuk kita membina kekuatan yang nanti akan mengarahkan seluruh perjalanan hidup kita selepas ramadan nanti.
Masih ada ruang untuk membina lagi. Ada 14 hari lagi. Jadi, hadirkanlah obsesi diri setiap saat dalam kesedaran untuk berubah kerana kesedaran itu adalah anugerah bagi setiap jiwa yang mengenal dan setiap jiwa itu ada rahsia kesedarannya yang tersendiri. Moga kita semua termotivasi untuk buat terbaik sepanjang Ramadhan ini yang mungkin kali terakhir buat kita semua. Insyaallah..
Top Social