Carseat, Carrier & Stroller Pelaburan Berbaloi

9.25.2020

Sepanjang besar kan 5 orang anak ni, antara benda yang Ika perasan 3 benda yang wajib ada adalah Carseat, Carrier dan Stroller. Rasa berbaloi dulu beli 3 benda tu sebab memang tak membazir pun. Digunakan sepenuhnya, diutilitikan seoptimum mungkin. Nak cari 3 benda tu tak payah yang mahal-mahal pun, asal ada kualiti dan berpatutan beli jelah. Kita nak guna manfaatnya, jenama tu benda nombor dua, bagi Ika lah. Ada orang tengok brand dulu, Ika asal nampak kukuh, bagus tu dah ok sangat dah. Yang penting anak selesa duduk, dan digunakan sebaiknya.


Bila kau nak Shopping, guna je nama anak😂

Alhamdulillah invest kat 3 benda tu memang wajib untuk new parents . Macam carseat, dulu beli masa sale je pun, asal ada sebab masa tu Harraz baru lahir, rasa tak perlu beli untuk pelbagai range umur, sekali beranak rapat, nampak lah keperluan keperluan carseat untuk 3 range umur tu (dari newborn hingga 6/12 tahun), so kalau nak beli better beli yang jenis tu, mahal sikit pun tak mengapa, sebab boleh guna lama, macam carseat diorang ni 8 tahun dah Ika guna lama dah fikir nak let go, tapi last-last memang lenjan sampai span pun hilang dah kahkah, dah tahap wajib bergantilah. Insyaallah ada rezeki kita ganti yang terbaik terus.



Carrier ni masuk anak ketiga baru kitaorang laki bini cari, actually lebih kepada bini punya kerjalah sebenarnya bab membeli benda-benda macam ni kan. Masa pantang duduk fikir macam manalah nak bawa anak-anak bila keluar rumah pergi berjalan-jalan ke bila dah bertiga ni. Masa tu jugaklah nafsu membeli datang bertandang, dalam pantang pun sempat bershopping bagai carrier kat online shop. Tingg, tahu-tahu dah sampai dan bagitahu suami masalah dah settle nanti, wakaka. Nak beli carrier pun kena decide yang the best supaya berbaloi beli. Masa tu ingat nak juga beli yang newborn punya phase carrier, tapi memikirkan kejap je anak-anak besar, so within tiga ke enam bulan pertama tu guna kain batik lepas je buat ala-ala orang jawa bawa anak, jimat. So bila dah besar sikit, rasa selamat dah nak letak dalam carrier, boleh lah gunakan carrier baby untuk bawa anak tambah lagi yang breastfeeding ni, senang kerja, orang tak perasan pun kita tengah menyusukan anak sambil gendong tu. Banyak brand yang agak berkualiti untuk carrier baby ni termasuk Ergo, Tugeda dan snuggbaby etc. Bila beli tu memang rasa berguna sangat sebab memang digunakan sepenuhnya untuk setiap anak.


Third thing investment untuk anak dalam masa mereka membesar adalah Stroller. Ika masih ingat peristiwa kat kedai Baby kat Bangi tu, one of couple tengah cari Stroller macam kami juga waktu tu. Cuba yang tu yang ni, diorang ambil yang tengah trending masa tu, memang cantik dan stylo, tapi bila masuk kereta tak muat nak letak bonet, naik tukar beli Stroller lain, hihi. Nak beli Stroller pun bukan boleh main taram je, ikut selera semata, kena tengok situasi, keperluan. Kalau nak letak Stroller sampai makan space atau terpaksa buka seat tempat duduk belakang kes kereta kecil membazir sajalah. Melainkan banyak duit, ada Stroller berbeza untuk berjalan, keluar makan, travel etc tu lain cerita lah kan. Bazir space dah satu hal, tak berbaloi pula beli mahal-mahal tapi tak boleh nak bawa ke mana-mana kes isu makan ruang dalam kereta. Yang ni ramai jugaklah yang terlepas pandang. Besarkan anak-anak yang agak rapat ni, pengalaman Ika memang berbaloi lah beli Stroller jenis umbrella atau buggy stroller, nak lipat pun senang dan jimat ruang, lagi pula kami jenis suka keluar. So yang nak beli Stroller tu boleh buat survey dan senarai kan Pro and cons dulu sebelum proceed beli. Masa mula-mula beli Stroller tu berkira bagai lah masa nak membayarnya, tapi bila dah guna hampir 6-7 tahun memang orang kata alah membeli menang memakai gitu. Masa nak beli Stroller kami laki bini fikir nak beli carrier dulu ke, Stroller dulu?so kami beli Stroller dulu sebab fikir lebih senang nak tolak anak tanpa bergendong. Stroller pun memang banyak jenis dan style, kalau ikut nafsu dan keinginan memang tak tahu nak pilih yang mana satu, tapi utamakan keselesaan, kebolehgunaan sepenuhnya sebab ada yang beli last-last kena jual balik sebab anak tak nak duduk dalam Stroller, kihkih. Nak buat macam mana, bukan boleh agak pun budak-budak ni. Stroller bila nak keluar ke mana-mana jadi isu juga sebab kalau anak yang jenis malas dan cepat penat bab berjalan, wajiblah ada at least satu, kalau terlebih beli siapa pulak yang nak menolaknya. So invest untuk Stroller memang berbaloi kalau kena gayanya, yang all in one senang lagi pula untuk bawa kemana-mana je senang untuk di lipat dan bawa. Antara the best brand Sweet cherry dan Halford antara yang Ika suka dan sangat berpatutan selain yang tu banyak lagi pilihan lain.


Haihh teringat zaman blogging trending, masa tu yang umur lebih kurang dari part kahwin sampai part nak beranak pinak geng-geng blogger semua rajin update hal-hal dari sekecil-kecil benda bab pampers hingga sebesar-besar benda. I though semua yang sezaman Ika dah over busy commit dengan kehidupan keluarga yang semakin growing. Alhamdulillah. Ramai dah tukar medium instagram yang lebih fleksibel dan lebih menarik, tak perlu banyak menaip. Apapun di doakan semuanya berbahagia dengan cara masing-masing. Update blog pun satu kebahagiaan, update instagram pun satu kebahagiaan, tak update langsung dan off terus kehidupan pun dari sebarang media sosial pun satu kebahagiaan. Apapun bahagia kita, kita yang tentukan. So nak pilih stroller, Carrier dan carseat macam mana, tak kisah lah kan, asal kita bahagia. Begitulah, kihkih. Dan keputusan Ika buat untuk off dari Facebook adalah keputusan yang terbaik sepanjang tempoh ni, I feel so relieved, much more healthy in term of minds and emotions and feel so good vibes. 



Post a Comment