Setiap biji mengandungi 20 peratus pengambilan harian vitamin yang diperlukan tubuh bagi membantu menjaga penampilan lebih sihat dan menarik.
Berikut kebaikan tomato bagi menjaga kecantikan diri.
• Kaya dengan kalsium, tomato mampu mengukuhkan kekuatan tulang dan gigi bagi memastikan ia tidak mudah longgar dan tercabut.
• Vitamin A, flavonoid, vitamin B kompleks, thiamin, folat dan niacin yang ada dalam tomato membantu menghalang penyakit berkaitan penglihatan, seterusnya membantu mata lebih bercahaya.
• Memiliki antioksidan flavonoid seperti lycopene dan zea-xanthin yang menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas, sekali gus menjadikan kulit lebih awet muda.
• Kandungan protein yang tinggi membantu memperbaiki sel dan membina otot.
• Ia tidak memiliki lemak dan boleh dimakan dalam jumlah banyak untuk melapik perut, pada masa sama memberikan pelbagai nutrien yang membantu mencantikkan kulit.
• Jus tomato yang disapu pada wajah, dibiarkan sehingga kering sebelum dicuci boleh membantu mengecilkan liang roma, menjadikan kulit kelihatan lebih lembut.
• Menggosok separuh potongan tomato pada wajah boleh membantu nutrien diserap ke dalam kulit dan membuatkan wajah lebih berseri. Ini kerana tomato mempunyai vitamin C yang sememangnya terbukti boleh mencerahkan kulit.
• Minyak biji tomato juga boleh membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit kasar dan tanda penuaan seperti garis halus pada wajah.
• Kandungan sebum yang berlebihan pada wajah boleh menyumbat liang roma dan membuatkan kulit berjerawat. Jus tomato yang disapu pada wajah dapat mengurangkan sebum seterusnya membantu kulit lebih sihat.
• Makan tomato atau minum jusnya juga boleh membantu melindungi kulit daripada pancaran UV kerana ia bertindak seakan-akan tabir matahari semula jadi.
• Jus tomato yang dicampur dengan avokado yang dilenyekkan juga boleh dijadikan penyegar semula jadi kulit dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.
• Tidak perlu membahayakan kesihatan dengan ubat atau suplemen memutihkan kulit tetapi cukup dengan menyapu tomato pada kulit kerana ia adalah ejen pemutihan kulit semula jadi.
• Kulit yang terdedah pada panahan matahari akan kemerahan dan kemudian menjadi lebih gelap. Tetapi mereka yang makan tomato setiap hari mampu melindungi kulit daripada masalah itu. Bagi kulit yang mengalami kemerahan, sapukan tomato yang dibelah padanya.
• Tomato juga boleh menyingkirkan sel kulit mati pada wajah apabila ia digosok pada kulit.
Yang tak makan tomato rugi, kikiki. I think dalam banyak-banyak sayuran, tomato adalah makanan paling digemari kanak-kanak. So datang sini memang kenangan terbaik untuk anak-anak memang diorang ingat satu-satu part. Ladang tomato ni kat Kg. Raja, dah on the way nak turun ke Lojing sebelum masjid Lojing tu. Nak kelainan boleh singgah ladang tomato ni.
Top Social