Majlis dah selesai, bekal Hadiah masih belum berakhir

12.25.2011

Alhamdulillah...setiap dugaan ada hikmahnya...syukur, dan saya yakin apa yang Allah aturkan memang terbaik buat hambaNya..ikutkan dugaan dalam tempoh bertunang memang banyak kalau nak cerita satu-satu, tapi takpelah anggap semua dugaan menjadi pengajaran dan peringatan buat kami serta panduan dikemudian hari...yang penting kita kena yakin dengan rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk kita, lambat dengan cepat je^_^...dan orang kata bila kahwin ne, murah rezeki!Alhamdulillah..segala keraguan, ketidak yakinan atas kemampuan kami hilang begitu je...terbaca satu artikel tentang murah rezeki apabila berkahwin..
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” 
(Surah al-Nur, ayat 32)
sumber 


p/s: Lucu pula bila setiap kali suami balik kerja berbekalkan hadiah dari kawan-kawannya...hehe^_^...syukran!!