kalau ikutkan choice untuk cari MUA/ Mak andam zaman sekarang ne, memang rambang mata bila lihat hasil kerja mereka. Namun dalam hal macam ne, kita sebagai bakal pengantin kenalah bijak memilih siapakah bakal memberi khidmat solekan yang cantik menawan, pelamin yang gojes-gojes dan gambar yang super hot-hot! tapi duit yang keluar mestilah jimat vs sederhana...jangan jatuh membazir plak...asal apa yang dibuat ikut kemampuan bukan kemahuan..itu peringatan ye...hehe. Yang pastinya saya punya jurumekap, juru amik gambar, tukang buat pelamin adalah yang orang sama, takyah pening-pening cari photographer segala bagai, semua satu pakej lengkap!..tak sefemes yang top-top, tapi alhamdulillah hasil kerja tip top sebaris pro punya MUA/mak andam...sangat puas hati dengan hasil kerja Kak Rusma... Kalau dekat kelantan memang banyak jugak bridal yang top-top, namun memandangkan saya pengantin yang cuba cut cost, so proses mencari MUA/ mak andam yang affordable sangat berbaloi. Lagipun kalau boleh nak mak andam yang selalu ada je ngan kita sepanjang majlis at least half majlis pun dah okei kan? boleh jugak touch-up pe yang patut...Kak Rusma sangat easy to work with, dan yang penting supercool, ikut seperti yang kita nak dan hasil kerja yang sangat-sangat memuaskan.
p/s: sori kak ma, gambar cilok FB, majlis hari tu tak sempat shoot bersama...hehe
Paling tak sangka, sehari selepas majlis bertandang album kahwin dah siap dengan gambar yang super terkejut, sangat cantik dan berkualiti...really great job Kak Rusma! Kak Rusma ne kalau kira baru launch Bridal baru kat Kota Bharu, baru nak naik...hehe, mendoakan Kak Rusma berjaya dalam bidang ne..amin^_^. Dan tak salah rasanya saya recommend dekat bakal pengantin yang mencari MUA/mak andam untuk majlis bersejarah nanti. Insyaallah, saya yakin Kak Rusma akan bagi yang terbaik buat pelanggannya..eh macam iklan plak...hehe=). Pak andam saya tak jumpa..pasalnya masa yang bertandang pun guna khidmat solekan Kak Rusma. Thanks for everything you really made my day^_^.
p/s: nak jugak tayang potret bilik tidur...muahaha, jangan marah=p
p/s: kenyang...
Top Social