Cehh, ne post terakhirlah kiranya untuk tahun 2010...rasanya dah banyak wish kat entri sebelum-sebelum ne, makanya memang sinonim lah kalau kalau adanya sambutan untuk rai kedatangan tahun baru 2011. Kat tv dah sibuk tunjuk konsert sana-sini, dah sibuk review sana sini. Apepun ini sikit pesanan untuk ingatan bagi yang celebrate tu
kalau yang celebrate g makan-makan tu, beringat time makan jangan dapat diabetes/obesiti/ penyakit berangkai suda(--")
kalau yang celebrate g tengok konsert tu berhati-hatilah~tapi kalau dah berniat nak pergi buat anak tu, tataulah kan, jangan ko buang merata-riti plak pasne, pandai buat pandai tanggung!
Kalau yang celebrate g karaoke tu, jaga-jaga suara jugak, kang masuk tahun baru, sore dah tadakk!
kalau yang celebrate g main bowling tu jaga-jaga jari tangan, kang takleh nak sarung cincin dah...hehe=p
kalau yang celebrate g shopping tu beringat, jangan sampai rabakk poket, koyak beg duit, pokai akaun
Kalau yang celebrate g dengar ceramah dan tazkirah tu, alhamdulillah...sama-sama kita berkongsi ilmu ye^_^
kalau yang celebrate g merempit tu, harap jangan jumpa jalan mati, jumpa jalan kekubur terus takpe!
Kalau yang celebrate kat umah cam saya..buat entri jelah gayanya sambil ngadap tv ye dakk?haha=p
Apepun kita jumpa next year plak..okeis???Even macam mana kita celebrate new year yang penting sentiasa hargai diri kita dan kehidupan yang kita lalui...
Note: will miss the moment
::Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days::
Projek berakhir...ehehe, takdelah, belom lagilah!mane boleh nak berakhir wehh, tetap tidak berputus asa(--") wuhuu...apapun buat cabaran projek 30 hari ni sebab nak amik hari yang ke-30...haha=p, yang tak terbuat lagi insyaallah akan disambung pada tahun hadapan 2011...meh layan game ne kejap...
A photograph of yourself today
Alamak, macam mana?takkan berkain batik pun nak amik gambar kot, haha=p
letak pic kelmarin dulu bole dakk?Kira aci boleh lah ea...haha
Apepun terima kasih Aiman sebab Aiman buat kak ngah sebijik sejiban cam mak orang, cobet pipi sikit, ee geram aje, miss him again(--").
+ three good things that have happened in the past 30 days
kira cam review untuk 2010 okei tak
1. Bahagia sebab balik kampung dalam tempoh yang lama dari biasa...even tak puas lagi rasanya(T_T)
2. Berat badan naik mendadak<--bukan ke selalu ahh naik berat badan ko??grrr...diam lah!
3. Tak sempat makan nasi kerabu ayam madu yang jual kat kg.gaung sana...hanya sempat makan nasi kerabu ikan celup tepung mak minah aje...takpe, dah kira okeilah tu!
tambah satu lagi bole?
4. Baru perasan post untuk december 2010 cecah 120 termasuk entri ne, hape yang haku tulis ne?!!grrr...(--")
Untuk kesimpulan "30 Days project challenged" yang mana ia memaparkan hari project yang telah diselesaikan oleh saya<-- asal ayat cam skema neh!grrr....insyaallah dilain tahun iaitu 2011 projek akan berjalan seperti biasa untuk mencapai matlamat "status completed"..haha, fail jadi project manager gini, orang bagi 30 hari nak completedkan, ko g bantai sesuka hati!
Note: Amacam?ada berani nak join projek?ape lagi...jomlah, hehe
Jom semua kita follow shahjiehan punye belog. tuan belog nak cukupkan 200 followers sebelum 12 tengah malam atau dengan kata lain menjelang 2011, apa lagi?? jom follow tuan tanah..
Note: Tuan punya belog greenapel plak bila lagi nak "up" kan followers...haha=p,
malu aihh(-_-")
Tengok tajuk pun dah terkejut!ai mean saya lah yang terkejut...terkejut pastu g minum air jap tenangkan diri...ececeh, nak menipu plak...haha=p,padahal terus taip entri je. Tapi seriously memang terkejut secara serius...apa ko cakap ne?!okeis, okeis..Memandangkan tahu lah diri sentiasa tak bertuah, sebab setiap kali ada cabutan bertuah tapi tak pernah bertuah nak dapat, mana tahu dapat GA dari eqbalzack kali ni...perghhh!nak jugak berangan...haha=p
Memandang hadiah serba satu, serba satu ye, diulangi serba satu! ko apehal nak ulang-ulang banyak kali?grrr... kan cakap terkejut tadi...makanya kita skodeng syarat-syarat GA ne..
perghh!hensem ahh en eqbalzack ne!Ape?ko ingat bodek-bodek boleh dapat hadiah ke?haha=p
Syaratnya:-
1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.
Tarikh Tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi
Keputusan:
1.1.11 jam 11.11 pagi
Untuk meningkatkan lagi keterujaan makanya gambar hadiah haruslah ditempek sekali...hehe=p
1 Hadiah Utama:
Table Lamp IKEA...
10 hadiah saguhati:
Frame & Tea Towel Table IKEA...
Akhir kata, untuk memeriahkan GA eqbalzack ne, saya tag Cikblablabla untuk menghangatkan lagi suasana GA ne...hehe, Apapun, bloggers yang lain turut dialu-alu untuk join GA ne, masih sempat, cepat!cepat!(--") sebelum tarikh tutup..asal baru perasan pasal GA ne...(T_T)
Note: cehh, first time join giveaway, ada nampak cam jakun tak?huhu(T_T)
Seronok, kahkah!apehal ko?Actually nak cakap ritu kecewa sikit sebab nuffnang tarik membership status Glitterati..Sekarang dah dapat balik dah!haha=p, itu aje, nak bagitahu!..Nak tahu kenapa membership kita akan ditarik disebabkan beberapa perkara..antaranya ialah wujudnya pesaing nuffnang dalam entri/belog kita. (--"). tapi bila pikir balik, ada ke tak macam tu, macam tak ada...huu(--"). Nak tahu lagi punca status kena tarik, google, takpun baca syarat status glitterati, so maybe one of them kita tak penuhi sebab status ne auto je..
pss: hehe, sengih(--")
Even takdelah effect mana punya mood nak blogging, still buat entri cam biasa, tapi ada jugaklah terbit rasa kecewa sebesar cucu kuman...(T_T), Apepun thanks nuffnang, haihh bila lah nak berjaya cam blogger lain. Kira letak azam untuk tahun-tahun mendatang boleh?hehe=p...Apapun nuffnang da best, even tak pernah nak dapat BE lagi, saya still sayang belog hudoss mucuk ne, i lebiu!haha=p. ko apehal?err...okeis, okeis behave!!Whatever, happy blogging ye semua...^_^
Note: lapar(--")
okei...seriously hilang mood, sebab nak abes 2010 ke?ke sebab teringat kat kampung ke?entahlah, macam-macam, bercapur-aduk...ececeh, konon je ko neh!haha=p, cakap jelah malas, kehkeh, ye, ye memang, tadi pun edit yang lam draft aje...memang dasar perajin!hehe...
pss: printscreen pak cik google aje, haha, cantiklah!
Buat semua blogger Selamat menyambut tahun 2011...Apa azam tahun baru? atau masih meneruskan azam yang lalu? apepun kita semua hebat kan? mana tak hebat kerana berjaya mengharungi segala macam ragam dan cabaran sepanjang 2010. Harap pengalaman lalu memberi kita banyak pengalaman dan pengajaran, yang tak elok kita buat sebagai peringatan supaya tidak melakukan perkara sebegitu pada akan datang, dan yang mana baik dan elok kita sama-sama amalkan. Dan yang penting apa yang sudah kita lalui akan mematangkan diri kita dari segi dalaman dan luaran. mengharapkan yang terbaik untuk tahun 2011 dan pada tahun-tahun yang mendatang!Tingkatkan prestasi dan kurangkan gosip...hehe=p...
Happy New year 2011 for all bloggers, new bloggie like me and hope our life more cheerful and chill always. We are the greatest. Appreciate our life and live it up every second. Pray da best for us for new coming year. Amin^_^
Note: azam apa ye tahun baru?macam takde je?huhu(--")
Sebelum balik s/alam haritu sempat jugak pergi menjenguk rakan sekolah dulu, selamat melahirkan baby girl... Actually masa saya g tu pun kebetulan rakan dah habis tempoh pantang. Dan paling tak tahan rakannya punyalah baeeekkk perangai pergi bawak sekali Bigapple donut, haha=p. Teruk betul, sebab kebetulan lepas beli tiket bas tu terus pergi terjah tesco cari donut, alang-alang beli belilah sekali kat family dioram. Nasib baik semua adiknya ada kat umah...hehe.
pss: sedapnye, mungkin kali terakhir makan, ayah dah suruh stop beli mende alah ne(T_T)
Alhamdulillah baby dah sihat, mama dia cakap aimi damia demam kuning hampir 3 minggu...kesian jannah, hanya dia yang tahu bagaimana diuji anak sakit tika masih sekecil itu, apepun berdoa baby terus sihat dan bertambah-tambah berat badan. Lama jugaklah melekat kat sana, borak macam-macamlah. Tak sangka da dapat sorang anak buah ye. Tetiba plak terbahasa untie kat baby damia...haha=p..okei, memang da tua ye!(--")
pss: aimi damia...alolo...ee geram, geram!
Note: Gambar mama die takle letak sebab seksi, aouch!nape ibu bersalin nampak makin cantikkk....(--")
okeh, mula-mula takmau tingat kat dia...alih-alih tingat jugak, ee, geram-geram, rindunya kat budak mucuk aiman, semalam aiman dah balik sabah, dia balik ngan family dialah, takkan nak balik sensorang plak?ye dakk? meniarap pun tak pandai lagi, dah pandai-pandai nak check-in masuk flight, tak ke ajaib nanti?haha=p
pss: geram-geram
Ouch, rindu,rindu!meh layan gambar aje, geram je budak demup ne...
pss: owh!i miss both of them
Note: harap sume family c'la sume selamat, dan sume dah setel kemas, rumah kena masuk penyamun
Apehal lah mata ne, nak tito wat cara nak titolah, neh still jugak bergayut kat entri...grrr. Kata letih tadi, memang letih ye(--"). Tapi ne ha, mata ne, jari jugak tak berenti jugak dop tekan keypad. Rasa dah penat sangat..tadi tak tidur pun, banyak mende nak kemas...owh, sekarang baru rasa penat sangat2..
Note: Sambung blogwalking esok^_^...
Sangat mengantuk, sangat lenguh tapak kaki, sangat lapar, sangat mahu tidur, apepun aktiviti bersiar-siar dialam maya terpaksa ditangguhkan, nasib baik pagi tadi dah g jejalan sekejap, isnin ne dah training keje dah...haha=p, cam tak caya, biasa haku yang pegi mengadap, nanti-nanti orang plak mengadap haku. Haraplah jangan gabra lebey plak nanti, kang habes berterabur kang...rejected lah orang nak buat calon menantu..kahkah=P
pic source: graphicshunt.com
Apepun, tahniah pasukan bola sepak malaysia kerana memenangi perlawanan sehinggakan rakyat malaysia mendapat cuti free tak pepasal...hehe, nak baca cerita pasal perlawanan bola tu dengan lebih lanjut, bolehlah google, ramai dah blogger buat pasal entri tu, takyah susah-susah saya taip, kang tersalah bagitahu kang yang khairul fahmi tu penyerang bukan penjaga gol, naya!buat malu sendiri je, tatau pasal bola buat cara tak tahu...haha, yang saya tahu gol 4-2 saja..oraitlah tu, tahu pasal gol!
Okeilah mahu berehat seketika, nanti ada masa g terjah blog2 kamu sume ye^_^
Note: Mai tidur semangkuk(--"), hati masih bengkak tak bole miliki apa yang nak huhu, mahu duit!
Seriously semalaman dop lam bas semalam, asal nak pejam je teringat pasal alam barzakh(T_T), trauma naik bas...huhu(T_T), Trauma tengok berita kemalangan ngeri...nanges lagi(T_T) wuwu, sampai sekarang mata takleh lelap balik. Alhamdulillah dah sampai dengan selamatnya kat s/alam ne..Apepun perkara yang paling dekat dengan kita tak lain tak bukan kematian. Haruslah sentiasa mengingatinya ye(T_T)
Jejak kaki shah alam je abes duit, asal habes duit je, jejak kaki kat s/alam...what the??huh..apa pun hakikatlah sekarang...fulus...fulus...jap g kuar cari kerja, doakan saya ye
Note: boring
Tanyalah soalan kat diri sendiri, then siasat secara terperinci jawapan tu...cehhh, hehe...bersedia dari segi apa? tahap mana?bagaimana nak hadapi? Usaha ke arah itu macam mane?kewangan?ekonomi?rohani?mental?fizikal?Kesihatan?lemak?errr...errr, abaikan...=p. Banyak sungguh kalau nak fikir, kalau yang study fikir nak skor macam mana? kalau yang keje?performance macam mane?kalau yang berumah tangga, nak hubungan lagi Hot macam mane? Kalau yang single nak cari yang macam mana? ouchhh, macam-macam lah!apepun didoakan semua urusan kita semua dipermudahkan, Kita hanya merancang sebaik mungkin tapi hanya Dia yang menentukan bagaimana.
pic source: cute-pictures.blogspot.com
Apapun tahun baru 2011 yang bakal dilalui 2 hari lagi bakal memberi cabaran yang baru, bagi yang telah membuat persediaan awal dari segala segi, rasanya takde masalah melainkan unexpected situation, bagi yang belum harap kita sama-sama berusaha kearah yang ditarget. Kamu macam mana?
Note: Mengharapkan yang terbaik^_^
aihh, sebut pasal pisang goreng, teringat plak cerita en.azham...gelak sorok-sorok(--"), aiih orang kelate panggil goreng pisang, yang belah terengganu pahang tak sure la plak panggil apa...hehe. Namun begitu bukan pasal goreng pisang nak diceritakan disini, nak cerita pasal demands yang tinggi ketika musim hujan ne...sikit je nak letak senarai...
pic source: mattersofservice.com~comel nye payung ne
------------->payung/baju hujan/topi keledar/kereta/ confirmlah orang nak pakai time camne, kalau tak asal sampai sikit dah basah kuyup, asal basah kuyup tak berpayunglah gamaknya.
pss: lebey kurang(--")
---------------------------------------->stokin yang comel dengan corak-corak yang sedikit tebal dari biasa (yang ne akan biasa dikalangan pensejuk-pensejuk tegar, dimana ianya seakan-akan kelihatan begitu comel jika dipakai dikaki yang mulus atau pun seperti orang yang dalam pantang kalau yang suka pakai kain batik n t-shirt tu...err seakan-akan lah kan? haha gelak kat diri sendiri)
pic source: sweetsmamahappyfamily.blogspot.com~sedapnye, nyum nyum
------->putu halba or putu ubi kayu(yang ne emo sikit, tak faham weh orang melayu ne, kalau yang nak meniaga putu, jiran yang sedepa pun nak meniaga jugak, kalau sedap tak pelah jugak) Ada yang dekat bawah jambatan tendung tu selalu wat haku nak emo, tak reti2 nak meniaga pagi-pagi sikit?ko pehal?sukahati dialah nak meniaga bila, nak buka gerai bila? yang ko emo apesal?err...yelah time kita rasa nak makan, kita g mengadap sekali baru nak panaskan periuk, mane tak emo! terus blah je lah!(--'') Macam ne lah, kalau betul-betul nak meniaga buat cara nak meniaga..hek eleh!bukan ko yang dapat untung pun?okei okei, tahu...saje, kalau setakat hobi je meniaga tu, ko g jual belakang umah ko jelah...eii, marah nampak?haha=p....
Note: macam nak bah aje gaya hujan n angin(--")
ehehe, nak gempak aje, tapi betullah!sejuk sangat semalam tidur pun lena bagai diulik-ulik...tidur yang sedap.. memandangkan seharian hujan, makanya cuaca bolehlah dikatakan seperti kat seoul, musim sejuk skang ne, kalau kat sini dalam 20 darjah celcius atau kurang lagi je kot.. main hentam je ye...(--")
Owh, selamat pagi!Cuaca masih hujan, macam mane nak tidur dalam bas malam ne, actually ne auto publish, ciss!apehal ko bagitahu...huhu, gatai tangan betullah!masih tidur agaknya, sambung balik lepas subuh kalau sejuk cenggini, haraplah nak wat entri pepagi, makan nasi kerabu pon sodap!!haha=p...ape ye, Owh, selamat pagi lagi.. hari yang ceria suram sebab dah nak balik s/alam...wuwuw(T_T)
note: have a nice day^_^
Adakah patut digelarkan sebegitu rupa? i think deserved lah kan sebab bersempena tahun baru 2011 yang bakal dilalui kita semua, bermakna bakal juga membuka lembaran baru dalam hidup kita...ececeh, ayat nak bermotivasi aje, musim baru ibu segala musim?kenapa plak wei...cuba terang sikit, ceh, sendiri buat soalan, sendiri jawab, bagilah orang berteka-teki dulu..nak ke?hehe..tadi ditanda [baca : tag] di mukabuku, ko pehal nak copy zara ke wehh? She's so adorable kan? ehehe, cam sedap plak kan zara tulis camtu, dah jadi trademark ahh, terus tau tu zara nya penulisan...ececeh, terpuji la plak...hehe..mm, kalau saya agak-agak ada trademark x?Sekeh kan, nak trademark bagai plak, merapu je banyak ko tu..ehehe=p
pic source: livedunya.com~ dalam banyak2 images berkenan yang ne, apehal entah?hehe..
haa, kan dah meleret!!!apa tadi?owh..ibu segala musim kan, sebab nya permulaan musim baru ai mean tahun barulah, banyaklah dapat jemputan kawen, kenduri cukur jambul, yang bertukar status jadi separuh milik orang, yang bertukar jadi mak baby, macam-macamlah, kata orang kelate "serbo mok niqo', ado belakolah". Apepun bagi yang masih tercari-cari tarikh sesuai untuk apa-apa majlis ke, gathering ke, reunion ke, ape-ape jelah boleh g terjah belog yang buat saya lapar daging kambing... aishh, silap!ai mean buat saya teruja sebab dia dah advance, boleh tahu semua cuti tahun depan...terus setel masalah...
note: Owh la la la^_^
haha...cam cabai je tajuk, ko saje kan?eh, takdelah, memang betullah, nak buat penjelasan ne. Actually haritu kan joinlah segmen 500 blog yang en.Ben buat, sekali bila dah tersenarai tu, eksaitedlah..sekejap jelah. Bila first keluar soalan harian..okei, fine!Number URL sendiri kat 500 blog list pun tak hengat...tambah plak nak ingat yang lain, lagilah kan?Punya dengan penuh harapan ada jugaklah pegi klik page en.Ben buat senarai tu, rupanya dah takde. Ok fine!En.Ben memang telus.
Pastu, takpe saya tak putus asa, cehhh.. ayat nak poyo aje...hehe, kira ada harapan masih ada lagi lah sebab ada soalan terkumpul...sekali pergi baca soalan...Wuhuuuu!!!bukan gembira ye, jadi terkejut kerana memikirkan betapa sukarnya soalan En.Ben kalah waktu SPM dulu...hehe=p. Sekali berharap kat soalan bonus plak...okei tipu, saya dah macam nak tunggu cari harta karun yang ada emas solid aje sekarang...haha=p, Buat bakal pemenang segmen 500blog en.Ben saya mengucapkan jutaan Tahniah atas kehebatan mata anda serta ingatan tulus ikhlas minda anda...(T_T), saya tumpang gembira dan terharu diatas bakal kemenangan dan berharap...okei dah, dah!ko tak yah merepek merapu...wuwuwu, nak g cuba jawab gak ahh even ....malas nak taip, tak salah mencubakan...hehe=p
Alahai...penat kalau tak ingat peta umah sendiri, bila orang suruh buat peta guna pensil dan diterjemahkan kat atas kertas, maunya jadi mee goreng...hehe, lebih-lebih plak..tapi betullah, nak cakap pun satu hal. Hujan lebat betul kat luar, baju nak kemas lam beg esok nak bawak ke s/alam tak berbasuh lagi..kalau bawak yang tak basuh boleh tak? Apehal ko?kalau tak bagitahu boleh tak?uhuuu...ter"pergi" tanya la plakss...
pic source: dezeen.com
Tibe-tibe cam penim lalat, actually memang tadi pukul lalat guna tapak tangan sendiri..pengotor!!!!haha=p, apehal lah lalat hijau yang besar gedabak tu dop lalu lalang depan mata, nak kata tak mandi..errr, mandi!!sekali bila dah menatang tu terbang ala poyo depan mata, hambik, mamposs tak pepasal...ekeke=p. Hoh, malas wei nak balik s/alam. Tadi bila bagitahu saya amik dah tiket bas, tambah plak bas dua tingkat, muka ayah n mak jadi berubah semacam.Bimbang!(--").Yelah kes bas dua tingkat kemalangan ngeri baru ne betul-betul menakut rakyat malaysia dimana tahap kesedaran pemandu bas dan pemandu jalan raya yang lain dibawah tahap tapak kaki!Sangat tidak sedar, boleh dikatakan kebanyakan pemandu dimalaysia tidak sayangkan nyawa sendiri...kita beringat tahap gaban pun, orang lain tak beringat??so...entahlah, habis ayat dah nak kata.
Yang penting kita berdoa semoga sentiasa dilindungi Allah yang Maha Pelindung semoga melindungi kita sebagai hambanya walau dimana saja kita berada. Amin
Note: takmo balik lagi!!!tak puas lagi dop kat kg!!wuwu(T_T)
Thanks rakan blogger inform kat saya pasal belog saya berat...appreaciate it^_^, dan terus g check doktor serta merta, cehh takla g check belog saya atau dengan kata lain g timbang kilo berat ne...memang berat, wuwuuu(--") , kompem orang dah takmau singgah dah belog saya yang hudoss ne...owhh, berat belog ne 219.3KB, lebih timbangan... wuuwuu, nanges lagi...Paling boleh dikatakan belog neh berat ngan gambar...huhu(T_T), Tadi kakak saya repunzel call tanya jugak nape belog saya lambat loading...(T_T)
Apepun thanks http://maribinablog.blogspot.com sebab bagitahu punca belog saya jadi gini, dah try Lazy Loader tu, tapi tak tahulah berkesan ke tak?huhu...kamu ada pe2 tips?tolonggggggg....tolongggg!tolongg saya... pehal ko?lebih2 plak...owhh, okei okei(--")
note: suka pic..macam mane?bukan buah pic(--")
kahkah=p, ne tekde tajuk punya pasal, apesal sekarang suka main bantai je hah?! pedulikkan...eh, tapi tajuk tu mesti lah ada pointnya...sekarang baru boleh baring-baring duduk sambil buat entri...hari ni, bravoo!!!ai mean bravo kat diri sendiri lah sebab urusan yang sepatutnya diselesaikan dah selesai...semalam operasi besar-besaran<--gempak aje, padahal kemas bilik je pun, haha=p selesai ye, diulangi selesai<--perlu ke? satne baru publish komen rumate saya yang comel, ai bet dia dah rindu sama ai...haha, saya nak balik!!wait aa^_^<--ne perlu jugak ke mention? takpe tambah ayat lam entri hehe=p. Operasi besar semalam adalah hint kat mak ayah yang saya dah nak balik s/alam. Cehh, sampai ayah boleh perasan<--padahal terkejut apehal anak dara rajin tahap gaban, biasa malas tahap gaban...hehe=p. Ayah tanya nak balik s/alam bila?hehe...nak cakap tak sampai hati, i lebiu mak ayah, nak tinggal budak berdua tu...sayang meh...hehe=)
pss: tunggu nak jual je..enath bila lah lori tu nak lalu depan rumah plak,menyemakk eje(--")
Alhamdulillah even semalam start operasi dah lewat..sempat jugak selesai, maunya nak setel nanti balik pulak, entah bila lah hai...takut wehh nak masuk sem ne, takottttt!!Even sume dah setel, malas okei nak balik sana, tapi apa kan daya, masa tak akan kembali, hancur musnahlah semuanyaa aaa aaa!weh apesal ko raya tetibe?hekkk youuu!! okei, tadi da jejalan sikit jenguk rakan alam maya, sambung malam ne plak lah ye...
note: baru teringat nak check balik tarikh tiket...kot silap, meraung wehh!
eleh, alasan betullah, niat dihati esok akan menyelesaikan segala urusan, cari tiket balik s/alam, jumpa baby jannah, beli Bigapple donuts, jumpa c'la sebelum balik s/alam and before balik sabah, kemas beg! Kemas bilik? haihh, tak sempat nak kemas barang cam kapal pecah, ruang pun takde...hehe. Harap semua selesailah, yang tak selesainya mencari strategi supaya budak adam dan budak kakak tak mengikut.. kalau tak hancus plan, dan terbang melayanglah fulusss kalau diorang ikut!!Cuaca hari ni nak kata panas sangat pun tak, hujan dan mendung pun tak...dan paling penting misi buat tahi mata amat cemerlang, bangun ternak lemak... (--"), harap kamu berubah...pleaseeee!Okei, okei, i'm trying okei!!grrr...
pic source: penangtuapui.com
Owh dan semalam kan bizi, g tempah barang, pastu cari lauk pastu cari barang lagi...masa singgah kat Tesco tu dah niat awal-awallah nak beli Bigapple Donuts...kempunan okei, kempunan!!grrr...asal ko ne!nak marah tak pepasal?Neh nak cite, masa g melangut dop beratur nak tunggu Donuts tu, adelah lam 5 orang kat depan, dan 4 orang kat belakang, depan sekali kat kaunter ada 2orang perempuan cina, dah perasan dah, apehal yang lama sangat diorang kat kauter, dalam sepuluh minit macam tu, pekerja kat situ datang bagitahu, maaf ye customer, orang depan dah beli semua donat dia nak berbelas-belas kotak...DEMMMMMM!!!haku nak menyumpah jgk rasa, terima kasih kat akak yang kat depan saya dan belakang saya kerana tolong sumpahkan!wakaka=p...len kali ko nak banyak-banyak macam tu, ko tempah lah awal-awal lah wehh...bengang gile! kempunan wehhh!terus beli KFC, balik masak mushroom soup ngan bakar roti bawang...demm...masih lagi teringat kat donut!!!
note: kenapa perlu kempunan?
cam menipu je kan?tapi betullah, kalau tak pekena kopi lam sehari cam tak lengkap...ceehh!Ada sesape nak amik saya wat model iklan, ayat dah cam iklan tu...haha=p, terlalu banyak kafein lam tubuh bahaya jugak...tapi bagi peminum kopi tegar (adakah??abaikan) sehari tak jumpa kopi dan minum, rasanya macam ada sesuatu tak kena...heheh, betul lah ne..mm, ada juga pernah baca artikel tak pun emel yang mengatakan kafein boleh mengecutkan payudara...wahaa, takmo!takmo!!Tapi...nak jugak ada tapi!hehe.. dah baca banyak kali artikel lam majalah rapi, mingguan wanita dan Harmoni mengatakan kafein mengurangkan risiko untuk mendapat kanser...hehe, so yang mana nak percaya?tentulah yang dalam majalahkan?Siap dengan sumber info tu dinyatakan. Dalam emel kita tak tahu sumber dari mana kan?...forwarded!
pic source: 6ssatnist.wordpress.com
Bahaya juga emel ne, yelah ingat lagi pasal isu sardin dengan milo haritu!Padahal sumber entah dari mana, disebabkan kandungan emel tersebut sampai sekarang tak boleh nak minum Milo, even dah tahu info tu tak betul dan tak boleh dipercayai, namun content emel yang menjijikkan itu menyebabkan saya terpengaruhlah jugak hai(--")..grr..piat kang!
Note: mai secawan*_*
hari ni buat perkara yang tidak senonoh, apa lagi kalau bukan melayan peta dunia sampai tak hengat, pastu bangun-bangun pergi menstimkan muka, pedih, nyaman...tapi memang best, patut mende punya simple nak buat kena rajinlah layan, tapi memandangkan seorang yang pemalas rajin, mende stim-stim ne buat time ingat jek, habes bijik-bijik putih dan hitam kat muka meraung, padan muka! puas hati...hehe=p...so janganlah harap nak buat kat spa saje, tapi kalau duit bersepah boleh lah!...Pernah stim muka?Alah macam buat facial muka lah...hehe, tapi yang ne buat kat rumah je lah, bila-bila masa pun takpe...
pic source: slapdashtheory.blogspot.com
hah, macam tu lah buat tadi, jangan letak air panas banyak sangat, dan make sure budak kecik takde main sekeliling, maunye tengah syok layan stim, habes melecur muka tak pepasal kena kacau dek budak...hehe=p
Note: malasnya nak kuar(--")
cehh, actually takde tajuk yang nak letak pastu bantai je...haha=p, jangan lah marah, tajuk tu memang g ke point terus...so takyah explain la kan?ke nak jugak...hehe, actually haritu kan besday snow white, pastu memandangkan tuan dia demam dihari lahir sendiri dan juga tak boleh balik kampung, maka kami sekeluarga pun keluarlah celebrate untuk Snow White dan tolong makan untuk dia...hehe, terus dia cakap tak adil..kesian=P malam tu pun semua tatau pun mak ayah nak keluar, ceh kira kejutan jugaklah untuk budak adam dan budak kakak...errr, dan juga saya...kihkih(--'), meh layan gelagat budak dua tu jelah,
malas nak taip..
pss: (^_^)
pss: hehe..
pss: adam...adam,eee
sempat temu ramah kat cashier apehal ramai sangat orang malam tu, sampai nak tunggu meja kosong kena beratur, banyaklah simptom muncung panjang, muka masam...hehe, ai mean order sampai lambatlah...
waa, update laju-laju, mak aihh, mitak2 sempat! harini bizi wehh, nasib baik g baca belog cik dini satne, kalau tak melepas lagi segmen en.ben kita ne...meremang, meremang ne haih sambil menaip! sebab taip laju-laju kan...haha=p, kot tak sempat masuk list!! sempat lagi merepek...
serba sedikit mengenai Greenapel (Tuan punya belog lah)
ape ye, aa cepat pikir!cepat pikir!
mm, berniat untuk membela anak kambing, tadi baru timbul minat..(akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam cabaran projek 30 hari)
Suka makanan, dan memakan makanan
Amat tidak sukakan lemak dan dalam proses menurunkan berat badan (aisehh, perlu gtau ke)
hmm, ape lagi, apa lagi? Oowh, saya tak suka epal hijau even guna nickname greenapel
cukup dah kot..sikit je kan?
tujuan berbelog
Dulu tujuan untuk tahu apa itu belog, terfikir apa yang blogger tulis kat belog dioram
Sekarang bolehlah nak bagitahu kalau berbelog ne untuk isi masa lapang dan juga mencuba bakat menulis... haha, okei okei ai mean menulis waktu rasa nak menulis tak kira ada idea ke tak, semua main balun aje, and one more thing, tak sangka leh kenal ramai orang kat dunia maya ne ye, hensem hensem plak tu, cantik cantik, waduh waduh! tak sangka...okei dah! dah!
Note: Sape nak join segmen en.Ben ne jugak boleh buat entri cam saya ye, buat pasal diri sikit, tujuan blog wujud sikit, kalau nak lagi sahih terjah belog en.Ben ye...
Alhamdulillah, semalam dan hari ni cuaca panas aje...sempatlah kering sekapal kain, ^_^...apa pun sesuatu yang kurang enak menjadi isu di pagi hari, macam ne lah...terus nak buat kesimpulan, hehe...kenapa Allah wujudkan adik-beradik?Bukan untuk bertanding mengumpul kekayaan, dan menunjukkan siapa yang gah, Allah bagi adik beradik tu sebab nak senangkan kita dikemudian hari, sekiranya ada susah adik-beradiklah yang diharapkan menolong, jika ada senang adik berdik jugalah untuk kita kongsikan kesenangan, mencari kekayaan tak salah, tapi kalau adik beradik bermasam muka sebab aku tak sekaya ko, memang tak cerdik sangat, mak ayah berhutang sini-sana engkau punya adik beradik bukan nak tolong pun, mak engkau dop menipu sana-sini, ko tahu tak...!!! Allah salurkan rezeki untuk kita bukan takat untuk anak-anak, tapi ada juga part untuk mak ayah kita, dan adik beradik juga, yang ko nak pergi menunjuk nak banding sapa paling kaya ko dapat ape weh??betul tak cerdiklah, belajar sampai tahap Dr pun, kalau hati perangai cam tapak kaki berkematu, go to ^%$*...kalau yang pemalas macam mane? , pergi baca artikel iluvislam, situ ada kupasan pasal isu tu..grr
pic source: jdrf.ca
Lagi satu, kalau yang jadi menantu dop rumah mertua kena pandai-pandailah, jangan tunjuk perangai tak baik tu! Pemalas satu hal, yang tak jujur ne!tu yang hangen..!!grrr...Ya Allah jauhlah perangai macam tu dariku, segala drama disekeliling haku cukuplah untuk pengajaran, jangan haku plak g melakonkan balik drama macam tu, cukup je haku jadi penonton...grrr, hidup kat dunia macam tulah...hidup ibarat roda, bukan nak kata sok ko kat atas, selamanya ko kat atas, tapi nak cakap hape yang ko buat dulu kat mak ayah ko, skang dah jadik kat diri sendiri, anak-anak buat macam tu jugak lah hai kat ko,....anak-anak berjaya tapi haram jek perangai ...memang kalah drama dalam tv tu...grrr...hei, what's up dude?!chill lah pepagi ne...okei, okei, berdoa supaya Allah melindungi keluargaku dari perkara-perkara buruk yang sebegitu, Amin^_^..owh, hari ni cuaca indah kan?
Note: Sabar-sabar, beringatlah wahai diri yang alpa(--"), segala yang bebel kat atas tu haraplah jadi peringatan kat diri sendiri, time ne sedaplah ngata kat orang, sok karang allah nak uji, kita tak tahu, nauzubillah
Tetiba plak teringat kat kak yong, kawan lama masa degree dulu...harap dia dah sihat kena admitted ward minggu lepas, masa mula-mula dia buka butik dulu tak sempat jugak nak ziarah, sambung study ne jadi nak jumpa kawan-kawan lama pun tak sempat...masing-masing dah sibuk ngan karier masing-masing....tumpang gembira dengan kejayaan kak yong, hope jaga diri dia sebaik mungkin, coz i know her...she's really try' so hard to get what she want, now she's beauty business women...insyaallah kalau ada masa bolehlah turun g Jerteh...miss her damn munch(--")
pss: sape dop jerteh tu, rajin-rajinlah singgah butik kak yong ye
note: Hope oneday i will meet her..
Haihh, tadi masa nak publish post baru perasan post entri dah cecah, malas nak cakap...tapi baru sedar akan kelaghaan diri asek merapu meraban lam belog yang hudooss neh, pekk!tepuk diri..tu bukan idea okei, tu merapu, bebel, entah hape jek. Dan sekarang baru sedar kenapa pertandingan melukis dan mewarna tika dulukala saya tak pernah menang even saguhati pun(--"). Lukisan kawanan burung tu tak pernah berubah(T_T). Pulak kena tulis sign nama yang dilukis kalau tak orang tak tahu hape dia(T_T)
pss: jangan sindir..or kutuk, or ape-ape, tengok saje..(--")
Dan baru perasan jugak readers berjenama Polo bertambah jadi 42?Datang dari mana, malu ahh, dulukala belog ne tempat lepas perasaan, skang pun sama jugak...haha, banyak menulis time stress, time masa cikai-cikai je, time assignment kena hantar esoknya, time tu jugak haku sebook nak ngadap belog ne..time2 kritikal jugak yang dipilih nak buat entri, hape perangai entah..haha=p, tepuk lagi!!Dulu memang en.azham sorang je ngadap mende hudoss ne, skang dia dah dapat kawan..hehe, ishh, ish(--"). Tenkiu sudi baca belog ini ye, saya bagi sejambak bunga yang belum dipetik lagi, masih fresh tertanam lam tanah. Tanah yang subur, tu semut suka..=p. Kalau nak, klik kat pic ye..cantik juga rupanya saya lukis...okei okei g muntah sana...hehe^_^
note: lapar...grrr
Tajuk cam poyo2 aje, padahal nak back-up diri sendiri ahh tu..memang buang tebiat sehari dua ne, dah pandai dah godek-godek Tumblr..ketinggalan ahh ko...takpe, takpe, even english haku hancor kelaut, grammar berterabur bagai garam dihempas ke lantai<--perlu ke cakap? takpe...jangan malu..seb baik sueannajoe (<--cehh, motif nak back-up letak link ne, haha=p) support bab-bab nak guna english lam writing..secara tak langsung leh improve bahasa asing tu, bagoss, i looikkeee=p, so saja nak tunjuk powerless diri sendiri lam tumblr even lidah sendiri cam sengal bila cakap bahasa tu..tak galakkan diri sendiri sape lagi nak galakkan..thank youlah geng-geng Dato' sebab suh improvekan lagi saya nye bahasa tu caca merba(--''). actually masih rabun pasal tumblr, biasa lah amik masa sikit bab teknologi ne...grrr
pic source: tastykeish.com~cehh, bajet je, faham pun tak, dah love love pulak...grr
note: still try'^_^
cehh, kenmain je tajuk...saje, actually nak bagitahu something, namun memandangkan ia belum berlaku yang mana ia belum dilakukan oleh pelakunya, maka baiklah berdiam diri sahaja...yee ahh, dah banyak kali jadi kat diri sendiri, nak buat tu, nak buat ne, sekali haram tak jadi, tapi time tak bagitahu dulu, buat dulu, jadi la plak...ehh, macam merapu lak pulak ayat...haha=p
pic source: marieclaire.com
okei, memandangkan cuti skola dah nak habis, bukan nak cakap dah start mengajar...bukannya cikgu pun, kecoh betul...hehe, yelah memandangkan cuti skola dah nak habis takdelah serba salah nak balik shah Alam, kalau tak fikir banyak kali jugak nak p sana, sapa nak jaga makan minum adik-adik, cehh bajet kakak mithali la plak...pergi muntah sana...tapi tu la kan, berbanding dengan apa yang boleh buat untuk ringankan beban mak ayah tak berbaloi dengan kesusahan mereka tuk besarkan kita..hmm, maka selagi boleh tolong apa yang patut, should be lah kan?Dah berapa kali planning nak g S/alam terbatal...sayang nak tinggal rumah, budak-budak tu, tak puas lagi rasa..mm, tambah plak nak tinggal kan bilik bersepah macam ne, jangan haraplah... (--")
pic source: funny-city.com
Itu memang perangai sejak dulu..actually sebab duduk asrama, jadi terdisiplin secara auto, terima kasihlah kat mak ayah sebab paksa saya duduk asrama, even meraung tiap-tiap minggu nak balik, even sampai buat hal sampai nak kena buang sekolah, diorang tetap sabar jugak ngan perangai haku yang macam hantu dulu...apa pun semuanya terasa berbaloi dengan segala pengajaran dan sempadan...hehe, Sekarang perangai dipaksa paksa dan terpaksa dah jadi kebiasaan. Okeilah meleret plak(--")
Note: tersumbat...betik oh betik
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social