Salam kemerdekaan, nasiblah tempat tinggal darul sesak setiap kali musim cuti sekolah, cuti bersambung-sambung ni, tak berbaloi nak keluar beratur kat jalanraya semata nak pergi kedai runcit, maka terperap kat rumah dikala jalan highway utara teruk sesak membawa ke jalan bawah, herloklah sangat betapa dok kat rumah, buat kerja-kerja rumah, atau lagi afdal bantai tidur, daku sempena laki cuti apa lagi maraton drama korealah, satu malam boleh settle 9 episod non stop, hahaha.
Boleh faham macam mana perasaan orang Melaka dan tempat-tempat kerap sesak jalan dijalan dikala musim cuti ni. Kami anak beranak memilih untuk bersidai depan TV tengok perbarisan kemerdekaan untuk kali ni, tak pernah terlintas plan nak bawak anak-anak kat tempat crowded, berhimpit-himpit, bukan cerewet tapi memang tak gemar, alangkan orang berbondong pergi tempat sale, beratur tempat viral, kami sentiasa pilih lawan arus, tenang hidup gitu,hahaha.Orang pergi bercuti masa cuti sekolah, kami dah settle sebelum orang start cuti lagi, cutikan anak sesuka hati macam atok depa punya sekolah.
Ramai suka hari merdeka sebab cuti atau betul-betul meraikan kemerdekaan? Apa makna merdeka bagi daku? Kita sebenarnya hebat dan betul-betul merdeka bila kita sedar kita sendirilah yang bina ketakutan untuk diri sendiri, kita sendirilah yang kuburkan ketakutan itu. Kita sedar kita boleh memilih dan mengawal apapun yang datang kepada kita tanpa sesiapa pun boleh masuk campur untuk membuat keputusan kita sendiri. Kita ada kuasa untuk memilih untuk apa yang kita percaya. 3 years peristiwa tusuk, really made me more 'merdeka' from meaningless circle and grow stronger with small circle, power of choose really awesome. Unlearn and relearn made me so 'merdeka'. Apapun selamat memerdekakan diri dari pemikiran sempit dan jumud. Buang buku teks yang berselirat dalam minda yang menjadi doktrin seperti tembok cina, runtuhkan supaya mindamu terbebas menjadi pemikir yang kritis, pengkaji ilmu yang mencari kebenaran. Ramai masih terjajah minda tanpa mahu teruskan perjuangan mencari gali ilmu, bak kata Dr Razin Jaafar, takut nak baca, sebab takut terbuka apa yang dibimbangkan, kalau begitu jangan ambil tahu, teruskan hidup seperti biasa. Hidup lah dalam fairy tale dunia tipu-tipu supaya terus selesa, alpa dengan apa yang bakal mendatang. Teruslah 'berkurung' supaya rasa selamat itu menguburkanmu.
MERDEKA - ‘SELALU DUK INGAT, TAKUT KOT LUPA’Sehari sebelum hari persembahan sempena kemerdekaan, dek kerana raptai penuh di sekolah, sang faqir hampir ‘tertuang’ sesi pengajian kitab dengan ALLAHyarham Guru.Namun, tetap dikayuhi basikal menuju ke teratak tua, guru tersayang.Apabila ditanya, “Awat lambat?” oleh Guru. Sang faqir menjelaskan bahawa ada raptai penuh di sekolah, balik lewat. Permohonan maaf diajukan. Guru tersayang hanya tersenyum dan mengangguk perlahan sambil berkata, “baguih hangpa la nie, macam-macam buat nak sambut merdeka. Kami dulu, bila kata merdeka nie, selalu duk makin ingat, takut kot lupa.”Budak mentah yang kepenatan sehari, tergaru-garu, “selalu duk ingat, takut kot lupa?” mengulangi semula kata-kata Guru tadi dengan nada soal.“Kita nie, buat kita betui- betui merdeka dengan buat-buat merdeka, duk ada dua saja, satu, INGAT, dua LUPA. Orang betui-betui merdeka, depa akan ingat selalu. Depa yang buat-buat merdeka, koi duk mai lupa.” Guru menjawab semula.Budak mentah berumur 14 tahun, masih samar-samar. “ Saya tak berapa nak tangkap, apa dia maksud dia?”“Hang tau apa maksud merdeka?” Soal Guru tersayang.Sambil diawali dengan Alif Fathah kurang lebih 6 harkat, maka jawab budak tersebut, “merdeka, maksudnya bebas, betui ka?”Guru tersayang sambil memandang ke langit dan tersenyum lalu menyoal, “ Bebas dari apa?”Budak tadi dengan yaqin menjawab, “bebas dari penjajah, kan?”Sambil menarik sebuah kitab, lalu dihulurkan kepada budak tersebut, tertera di muka hadapan kitab tersebut, ‘Faridah Al Faraid’. “Malam nie kita nak cerita pasai merdeka.”Kitab antara yang menjadi syarah oleh Guru tersebut kepada budak tadi, pada hari-hari sebelum itu lagi.“Nak faham merdeka, kena faham ayat nie;يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾Wahai jiwa yang Merdeka ( tenang), kembalilah kepada ROBBmu dengan hati yang Redha lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU (Al-Fajr : 27-30).Maka, hang akan faham erti sebenaq merdeka. Ajaqlah pada anak cucu nanti.”Pengajian diteruskan.Fahamlah akan budak tadi akan maksud ‘SELALU DUK INGAT, TAKUT KOT LUPA’ (Selalu perlu Ingat, Bimbang nanti lupa).‘Siapakah mereka yang Merdeka?’‘Apakah Itu Merdeka?’‘Bagaimanakah cara untuk Merdeka?’‘Kenapakah perlu merdeka?’‘Bilakah sebenar-benar merdeka?’AlhamduLILLAH, pada malam itu, Persoalan-persoalan tersebut dijawab satu persatu oleh ALLAHyarham Guru tersayang.Merdeka pada seorang hamba adalah apabila sentiasa adanya SYUKUR dan HUDUR akan Kebesaran jua Keesaan ALLAH pada setiap hal serta keadaan.MAKA,Merdekalah dirinya dari segala kemusyrikan dan kekufuran.Merdekalah dirinya dari segala kemaksiatan dan kemurkaan ALLAH.Merdekalah dirinya dari segala azab pada zahir dan batin, dunia dan akhirat.Merdeka dari Syirik, Merdeka dari Maksiat dan Merdeka dari Azab.Itulah MERDEKA YANG SEBENAR kepada yang bergelar baharu.Merdeka pada Zahirnya BELUM semestinya Merdeka pada Batinnya.Namun, Merdeka pada Batinnya, SUDAH semestinya Merdeka pada Zahirnya.Gambaran Merdeka pada Zahir adalah Terlepas dari cengkaman penjajah.Hakikat Merdeka pada Batin adalah BEBAS dari SYIRIK Jali mahupun Khafi dan terurai diri dari sekalian belenggu Maksiat.Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 66 buat semua.Merdeka AqidahMerdeka JiwaMerdeka AqalMerdeka ZahirMerdeka BatinInsyaALLAH, semoga menjadi suatu curahan kepada anak cucu kelak.-Kredit Wan Asrul Al-Kalantani
Bila anak request nak makan KFC, takkan nak cakap tak bolehhh! Maka kenalah rajinkan diri masuk dapur. Eh, rasanya banyak sungguh masa hakuu dekat dapur ni. Nampak gaya ramadhan kali ni kena prep meals, kalau dak memang masa banyak kat dapurlah, rugi pulak. Tambah pula harga barang mentah memang ke rahmatullah dia punya harga sekarang, bila dah harga mentah mahal, end product confirmation mahal.
Ikutkan hati nak potong carrot, lada benggala, panaskan kuali buat scramble egg saja, jimat masa. So untuk jimat, makan pun puas hati, maka kita buat lah pakai air tangan sendiri. Biasalah bab masak ni macam terapi jugak. Rasa puas bila dapat masak, tengok anak-anak makan berselera.
So pahamlah kenapa everytime balik kampung tengok mak, mak mertua sanggup susah payah masak untuk anak-anak bila semua balik. Haishh, feeling tu yang mengalaminya jelah yang tahu. So kalau nak makan KFC ni nasi KFC wajib ada sekali, sebab tu feberet Harraz, so complete buat satu set melainkan zinger burger, lain kali lah ekk kita share. Share snack plate je dulu buat dinner, kikiki.
Nak buat ayam KFC ni senang sangat aihh. Ada tepung BESTARI confirm jadikk ayam KFC uols. Ok, jom tengok bahan dan cara buat, klik kat gambar eh, semua Ika letak situ ikut step by step. Zaman sekarang kalau boleh jimat, berjimatlah, sebab tak setiap masa kita senang, ada masa kita dalam susah, payah, ada masa kita mudah, lapang dan berlebihan dalam kehidupan, hidupkan ibarat roda, so dalam pada berpusing-pusing tu, berpada-padalah selalu, giteww. So mohlerr kita makan KFC version Homemade kali ni.
Cuti-cuti sekolah ni memang kena banyak idea menu lah mak-mak, kena ada banyak masa sikit ke dapur lebih dari hari biasa, boleh juga ambil peluang ajar anak-anak basic memasak, goreng telur dadar, goreng telur mata, masak nasi goreng, buat much sardin, buat sambal telur, cara tanak nasi, ajar tumbuk/ blender bahan masak. Kasi can anak-anak guna pisau dapur dengan pantauan. Buat menu KFC untuk makan malam pun okay sangat.
Ada masa tubuh rasa tak kena, tak tahu apa yang tak kena, sampai mood swing, nak kata period nak mai, dah lepas temple habis dah. Perempuan macam tu lah, kadang angin kus-kus datang sampai satu rumah terkena hembusan angin berpulas. Kalau nak tahu badan kita orang perempuan ni mudah masuk angin. Ni kalau doktor cerpen baca, memang gelak, sebab depa tak percaya bab angin-angin dalam badan ni. Tapi kalau siapa yang follow rapat doktor Hafiz Sulaiman memang tahulah teruk angin ni boleh efek kat tubuh badan kita.
Ku percaya bab angin badan bila langgar pantang masa anak first almaklum terpengaruh bab tak payah pantang sangat bab kata doktor modern, rupanya tu atas tahap kekebalan badan sendiri lah, macam badan iols okay je tak pantang sehinggalah dah terkena baru nak sedar diri. Orang ni kalau sakit takdenya dia nak heboh kalau atas silap sendiri, panadol kan ada, telan je, settle. Takkanlerr nak bagitahu orang badan sakit asbab tak pantang, mungkin salah makan, atau pun makanan tak sesuai lebih okay untuk dikatakan. Untuk short term memang okay, untuk long term memang sesal uuihh, nasiblah sedar diri.
So since dah tahu kekebalan imun tubuh tahap mana, maka ku amalkan minum air halia+lemon kalau badan rasa lemau dan mood swings. Air halia ni ada dalam Al-Quran, cari sendiri dalam surah apa. So tak rugi daku amal, orang yang amal je dapat manfaat. Alhamdulillah. Tambah plak ditungku-tungku tubuh badan, angin kentut keluar macam kereta api. Lega dia ya ampun, memang settle masalah angin ni.
Ku masih ingat peristiwa kakak sulungku period pain teruk lepas kahwin, ingat nak miscarriages, kotlah mrngandung tapi tak sedar, rupanya darah haid payah nak keluar lancar, ku kesian tengok kakak yang tak boleh tidur, mengerekot tahan sakit, datang idea nak buat air halia suam, suruh kakak minum, tak sampai sejam, keluar setongkol lendir agak kental sebesar tapak tangan, ingatkan janin ke apa, rupanya tompokan buih-buih yang bertongkol keluar. Terus lega, hilang sakit, bulan depan tu sahih baru mengandung 2minggu.
Punya period pain ni ada kait jugak dengan angin dalam tubuh. Tukang urut pun cakap, orang yang lepas bersalin yang mudah nak meroyan pun ada kait dengan angin, angin naik ke kepala, macam mana? Melalui urat saraf tu. Kalau sakit badan, tapi tak boleh nak describe tu sakit uratlah orang kampung kata, kalau orang modern baca, gelak jelah, sebab takde istilah sakit urat ni, tak semua orang percaya, yang tak percaya tu biarlah sebab mungkin dia tak pernah alami, kita yang dah lalui insyaallah sentiasa beringat dan ambil pengajaran. Apa yang dimakan pun punya faktor besar untuk pengaruh angin dalam tubuh.
So bila pergi kedai kadang time berangin, memang air halia suam wajib dalam order. Paling sedap masukkan extra halia dalam ayam masak halia, masyukkk rasa dia, ngam, sedap dan confirm sedap juga buang angin. Kalau baca cerita mak-mak bidan ramai doktor yang pergi berurut, bertungku senyap-senyap sebab ubatan modern dah tak jalan, kalau folow mak bidan Siti Aisyah tahulah cerita sisi gelap mak-mak yang memilih untuk tak berpantang. Takpelah yang penting badan diri sendiri tanggung, apa nak dikisahkan ye dak? Yang penting badan kita terjaga, dan dapat layanan sepatutnya selepas digunakan 24jam sehari-hari. Dapat tenguk air halia pun nikmat terbaik untuk lepaskan anginkan tersekat.
Xoxo
Mak berangin
Dua kali kami menginap dekat chalet Anees ni, sebab puas hati dengan kemudahan dan tempatnya yang strategik. Mula-mula short vacay datang dengan family kecil kami, second time bawa mak ayah sekali. Murah dah satu hal, nak tempah pun mudah je, call untuk lock bilik, antara yang termurah sebab tak perlu security deposit, terus datang, bayar dan dapat kunci. Daku antara penginap Chalet Anees yang berpuas hati sebab nak dapat penginapan betul-betul mengadap pantai ni limited juga sekitar Mengabang Telipot.
Kalau anak ramai macam iols, ku ambil family room satu bangunan dengan lobby, ada 3 katil queen, 2bilik air tak sampai RM300 untuk satu malam, kalau nak bilik chalet sebab nak vibes mengadap pantai ambil bilik kena tambah tilam atau bawak toto/tilam angin. Kat bilik chalet lengkap ruang solat dan agak luas ruang bawah boleh muat satu lagi tilam queen. Nak barbecue pun takde hal kat sini sebab semua kemudahan ada.
Paling best kat sini sebab kedai makan banyak pilihan, nak cari makan-makan celup tepung kat sini banyak pilihan, sebelah malam tengah malam pun ada orang jual burger seberang jalan dari chalet, belah pagi banyak kedai makan pagi termasuk tepi pagar chalet Anees ni.
Masa mula-mula sampai lakiku dah risau tengokkan rupa tepi pantai macam dalam je sebab benteng ombak batu besar tu biasanya pantai jadi dalam, takde nampak sorang pun main tepi pantai dan mandi. Tanyalah orang kaunter, boleh mandi pantai ke kat sini? Orang tu tanya balik, nappe? ade napok signboard larang mandi ke? Blurr jap lakiku, cerita balik kat daku, berdekahh ku gelak, dia cakap macam kasor bunyinyo orang terengganu cakap, tapi betul jugak soalan dia tanya, memang takde tulis kawasan larang mandi, ku bagitau memang gitulah bahasa diorang, takde kasar, kita tak biasa rasalah macam tu, orang ganu baik-baik je, 3 tahun lebih dok terengganu ku rasa cara depa tak jauh beza dengan orang Kelantan. So dapatlah mandi pantai, cuma agak dalam cerunnya, kalau nak mandi kena ada pantauanlah. Nampak air ombak besar, ada angin, atau air pasang tak payahlah mandi, ni benda common sense.
Chalet ni buka je pintu terus nampak pantai, selalu menjadi rebutan untuk customer. Chalet Anees menyediakan 19 bilik penginapan dan satu dorm dengan suasana yang berkonsepkan Rumah berkonsepkan Tradisional Kampung di perkampungan nelayan Di pantai Tanjung Gelam Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
7 Minit ke Unisza
5 Minit ke UMT
5 Minit ke IPG
5 Minit ICT Sotong Pok Nong
15 minit ke Airport
20 minit ke Drawbridge
25 minit Ke Kuala terengganu
30 minit ke Jeti Merang
RM 120/malam untuk satu unit chalet
Lokasi : CHALET ANEES, KG. TANJUNG GELAM MENGABANG TELIPOT, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
Direct call owner : Chalet Anees
09 6680 137 Ofice
013 9677492 (Zaidi)
014 5338585 (watsap)
ni nombor terbaru Chalet Anees. Call direct office 09 6680 137 untuk maklumbalas yg lebih cepat.
Berlegar video bilik tidur aka rumah kecil yang di diami oleh seorang isteri dan anaknya selama duduk dengan mentua. Isu duduk dengan mentua ni memang never ending stories. Daku pun penat baca, sebab yelah nak ulas kita pun tak tahu duduk bangun dengan mereka dan segala yang dilalui pengalaman macam tu.
Ada yang okay ada yang tak okay, yang banyak tak okaylah. Apapun kita ikutlah apa yang ajaran islam dah bagi panduan, memang bila dah kahwin ni, seeloknya, sebaiknya duduklah berasingan dari ibu bapa melainkan ibu atau bapa dah tak mampu uruskan diri sendiri. Sebab pernah tertengok satu video, bab duduk dengan mak ayah ni, kalau semata-mata nak temankan mak ayah, tak valid, melainkan mak ayah dah tahap tak mampu uruskan diri, maka wajiblah anak-anak ambil tanggungjawab untuk uruskan, dan bila nak uruskan kena duduk sekali bila yang perlukan bantuan 24jam. Daku ingat kata-kata dan pesanan bapa mertuaku sampai sekarang, kat dapur tak boleh ada dua tukang masak, dia makan dalam, bergaduh.
Ku tak tengok orang lain, ku tengok bapa saudaraku sendiri ja, masa mula-mula kahwin dia dah letak borderline even duduk sekali dengan nenek ku, buat pintu masuk rumah lain, dan buat pintu asing yang memisahkan rumah dan bilik pak saudaraku walaupun dibawah satu bumbung yang sama, maksudnya walaupun ruang bilik mereka suami isteri terhad, tapi pak saudaraku lengkapkan macam jadi sebuah rumah kecil ala-ala jepun, tu masa nenda ku masih ada tenaga, sihat berjalan. Even sekarang mereka harmoni je duduk bersama sebab ada bahagian dan ruang peribadi masing-masing untuk memasak, berehat dan sebagainya walaupun ruang tu sebesar sebuah bilik je. Sebab apa, sebab pandangan mak mertua, menantu ni terjaga. Ya! Melalui pandangan matalah timbul pelbagai andaian, prasangka, dan bermacam lagi uneasy action yang mungkin out of expectation antara satu sama lain antara mertua dan menantu, disebabkan masing-masing dapat buat rutin sendiri tanpa diperhatikan perbezaan atas asbab beza didikan, suasana membesar, maka point penting ni ramai yang ambil mudah. Asbab mata terjaga ni lah, mertua atau menantu dapat jaga judgemental views masing-masing.
Ku sangat setuju kalau jenis mak ayah atau adik beradik dah decide untuk salah seorang jaga orang tua, bagi izin kat mereka buat space sendiri. Manusia ni alangkan tengah sakit pun boleh banyak bersangka-sangka, buat andai hanya melalui pandangan mata, begitulah juga seorang mak, menantu ni. Mereka pun manusia, dua-dua nak space sendiri, walaupun mulanya kata tak kisah, mulut tak berbunyi, dihati takde sesiapa yang tahu apa yang timbul melalui pandangan mata bila melihat aktiviti menantu, mertua. Benda makan dalam ni, lama-kelamaan akan jadi keladak tebal kat hati, suatu masa boleh jadi isu ungkit mengungkit. Nauzubillah.
Apapun bila dah decide nak duduk sekali dengan orang tua, berbincang baik-baik dengan pasangan dan orang tua, tanya jelah direct dari hati ke hati sebab bila dah duduk bersama ni memang dugaan dia tak sama dengan duduk dengan anak-anak masa anak belum kahwin lagi. Lain definitely berbeza sama sekali, tak kira orang tua belah suami atau isteri.
Daku pun tak nak judge mereka yang kongsi, komplen, bagitahu masalah kat medsos tentang perkara dan isu sebegini, sebabnya daku pun ada anak-anak yang tengah membesar dan banyaknya daku komplen pasal anak-anak sekadar nak meluah rasa hati. Apapun yang diuji duduk bersama mertua dan menantu moga baik-baik saja ye, ku doa moga Allah kurnia ganjaran terbaik sepanjang kesabaran korang. Ingatlah tiada manusia sempurna, macam daku ni antara spesis menantu hantu, so sentiasa sedar dirilah duduk bangun kat mana, hi hi.
Subscribe to:
Posts (Atom)








Top Social