Purple mood dengan Happy Day Juice

10.01.2020

Lama tak buat greenjuice rasa lain macam badan, biasa 3x seminggu wajib layan, ni banyak sangat sibuk benda lain sampaikan tak menyempat nak buat greenjuice ikut rutin, yelah benda baru nak biasakan, dapat layan sekali seminggu pun dah lega. So kali ni nak antara the best taste yang Ika suka dari blueberry dan kobis purple. Kali ni tukar bahan iaitu guna base dari seleri. Nanti Ika share 2 resepi dalam entri kali ni untuk buat jus purple ni. Not so green juice tapi nutrisi dari juice ni so powerful. Kalau rasa lemau, takde mood, tak semangat, negative vibes, nak boost mood ke lebih baik, layanlah jus purple ni. Tengok pun dah melting akan warnanya kan? Rasanya pun sedap, manis dari dari kobis tu memang umphh. Sayur kobis ni biasa makan mentah pun masuk sebagai ulam dan salad, lagilah kalau buat jus. Rasanya memang tak pernah mengecewakan. 

Baca juga >> Jus Booster Zat Besi


Nak buat jus purple ni mudah je bahannya cari bahan yang berwarna purple, biasa nak cari carrot purple pun agak payah, atas Cameron pun tengok rezeki, kadang masa kita tak cari tu adalah. Kobis purple ni insyaallah ada kat pasaraya biasa pun, senang nak cari. Kalau terung tu memang warna purple tapi tak pernah dibuat orang makan mentah macam tu je, kobis ni biasalah buat salad pun boleh, nak masak pun boleh. 

Resepi 1 Purple Jus :
Separuh Kobis purple
Seleri 3-4 batang
Segenggam blueberry
1 inci halia

Resepi 2 purple Jus:
Separuh kobis purple
3-4 batang seleri
1 biji epal hijau
Setengah biji lemon

**1 gram serbuk wheatgrass untuk topping kedua-dua resepi) 
Cara buat: potong semua bahan, epal tu kalau tak organik, buang kulitnya, rendam semua bahan yang di potong sekejap dengan cuka epal atau garam pink, lepas tu bilas dengan air tapisan. Kering kan bahan sekejap then boleh slow juice semua bahan dan nikmatilah kesedapannya. Kita hari ni semua terdedah dengan stress, so this juice good for your health, consume masa perut kosong atau sebelum breakfast sebagai mood and energy booster. 



Kubis merah atau nama saintifiknya Brassica oleracea var. capitata f. rubra adalah daripada keluarga kubis yang berbentuk bulat, padat, dan bewarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi rangup. Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika di belah, ada warna putih berselang seli dengan warna merahnya. Itu yang mebuat sayur ini kelihatan mempersonakan.

Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang dikenali sebagai anthocyonin iaitu antioksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurangkan dan megelakkan risiko mendapat kanser.
Kubis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolestrol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin C, riboflabin, potasium dan serat diet. Secawan kubis yang di kisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kubis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit.

Selain itu kubis merah mengandungi banyak vitamin, mineral dan klorofil yang larut dalam air. Sebenarnya lebih bagus kita menikmati kubis merah ini secara mentah tanpa dimasak. Jika anda mengambilnye secara mentah pastikan kubis ini dihiris nipis atau dicincang kecil. Dengan berbuat demikian kubis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser. Teknik megukus juga terbukti dapat melindungi nutrien kubis daripada hilang manakala memasak pula boleh membantutkan penghasilan glucosinolates.


Serbuk Superfood Wheatgrass. 
Perasan tak tabur an hijau kat jus purple tu, yang tu adalah serbuk wheatgrass, biasa Ika buat topping untuk green juice. Pahit kalau test kat jari serbuk tu, kalau nak telan cemtu memang tidak lah, the best way buat topping atau mix dengan green juice. Luarannya tumbuhan ini tidak ubah seperti rumput di tepi jalan tapi siapa sangka rumput hijau kecil ini dikatakan sebagai makanan luar biasa kerana mengandungi khasiat yang mengagumkan untuk kesihatan.




Rumput gandum atau wheatgrass ialah rumput muda tumbuhan gandum biasa dipanggil triticum aestivum, sejenis rumput yang boleh dijadikan jus atau dikisar sebagai serbuk halus hijau yang digunakan bagi mencipta produk pelbagai guna untuk manusia dan haiwan.

Pelbagai kajian sejak beberapa tahun ini mengenai manfaat minuman jus rumput gandum mentah untuk kesihatan termasuk selesema biasa dan batuk, sembelit dan kolitis, penyakit kulit, jangkitan dan radang. Ia juga mula dikaji untuk penyakit jantung dan kanser.

Kalau first time nak cuba wheatgrass ni dalam bentuk serbuk just ambil dalam 1 sudu kecil je mula dengan 1gram serbuk dah cukup. Rumput gandum mengandungi bekalan yang kaya dengan klorofil dan membantu untuk melawan radikal yang merosakkan badan kita. Ia juga sumber semula jadi vitamin A, C, E, K dan B mineral dan enzim termasuk zat besi, magnesium, kalsium, kalium, zink dan asid Amino. Ika order Lazada je dari page Love Earth Organic. 

Perlu lebih banyak fakta yang meyakinkan anda untuk bermula mengambil lebih rumput gandum dalam diet harian? Berikut antara sebab pengambilan rumput gandum baik untuk anda:

1. Daun hijau rumput gandum mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.

2. Tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna.

3. Klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan

4. Klorofil membantu menguruskan, juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan.

5.Walaupun klorofil boleh diekstrak daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, rumput gandum mengandungi sejumlah klorofil jauh lebih tinggi kerana ia boleh menyimpan sejumlah besar unsur lain.

6.Klorofil membantu menyembuh dan merawat lapisan kulit untuk keadaan seperti ekzema, gatal-gatal dan keracunan

7.Rumput gandum membantu menghilangkan kesesakan hidung dan selesema, juga resdung kronik.

8. Klorofil membantu membersihkan hati daripada lebihan toksin yang dimakan setiap hari.

9. Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah.

10. Dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral, dan unsur surih yang diperlukan oleh badan kita.

11.Rumput gandum membantu untuk menangani penyakit usus dan meningkatkan penghadaman

12. Ia juga pembersih kulit dan boleh diserap jika badan direndam di dalam tab yang hangat dengan jus berkenaan.

13. Membantu melegakan kesakitan artritis apabila diletakkan di atas sendi kerana klorofil membantu menyembuhkan keradangan.

14. Masalah kelemumur? Sapu beberapa sudu jus rumput gandum di atas kulit kepala dan biarkan ia selama 20 minit. Ia juga dikatakan membantu menangani uban.

15. Rumput gandum membantu penurunan berat badan kerana ia membantu menguruskan kelenjar tiroid dan ia juga banyak membantu anda mengurangkan pengambilan pemakanan anda.

16. Rumput gandum bertindak sebagai pengkumur mulut semula jadi. Berkumur jus rumput gandum untuk beberapa minit membantu untuk mencegah kerosakan gigi, melegakan sakit gigi dan merawat gusi berdarah.

17. Ia mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol darah dan meningkatkan HDL atau kolesterol baik dan juga tahap vitamin C dalam darah.

18. Ia juga kaya dengan kandungan serat bagi membantu meningkatkan kesihatan pencernaan terutama apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang kaya dengan serat larut dan tidak larut seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

19. Ia membantu untuk meningkatkan penglihatan pada keseluruhannya terutama penglihatan pada waktu malam.

20. Secara semula jadi, ia membantu anda tidur nyenyak, meningkatkan isyarat ke saraf dan mewujudkan kesejahteraan mental yang lebih baik.


Woww banyak sangat manfaatnya kan? Nak ubah pemakanan seimbang dah satu hal,  sebenarnya badan kita perlukan banyak real food. So real food memang makanan terbaik untuk badan kita. Next time Ika share another superfood powder yang bagus untuk kita ambil setiap hari. Biasa kalau malas nak proses greenjuice Ika mix wheatgrass dengan ESP Shaklee je, then shake, minum settle. Simple je nak cukupkan nutrisi harian kita, yang penting kita faham apa yang kita ambil, insyaallah banyak membantu tingkatkan tenaga dan tahap kesihatan diri. Jangan takut nak mulakan sesuatu yang baik untuk kita, insyaallah moga dapat manfaat dari apa yang kita buat. Selamat mencuba! 



BerBBQ di Nova Hotel Cameron Highlands

9.29.2020

Alhamdulillah, cuti Hari Malaysia tu kami sekeluarga curi masa bercuti kat Cameron Highlands dengan mak ayah, yelah nak berkebetulan datang masa cuti umum dan hujung minggu payah, so ada cuti umum baru ni kami berpakat jumpa mak ayah jumpa kat Cameron Highlands, mak ayah dari kelantan, kami naik dari Tapah jumpa kat tempat penginapan sana. Actually nak berkebetulan jugaklah dapat penginapan murah sebab walaupun bukan cuti hujung minggu ada jugaklah yang ambil peluang macam kami bercuti masa cuti umum, sebab tengokkan orang kat Cameron Highlands masa tu ramai jugalah tapi tak sesak.


Kami book Nova Hotel sebab kedudukannya agak strategik berdekatan dengan mall, Kea Farm dan banyak jugaklah tempat lain. So dah dapat apartment 3 bilik tu legalah, ikutkan plan asal memang nak book Kea Guest Garden tapi family room tinggal 1 je, yang lain penuh. Takpelah kira rezeki kami kali ni dok Nova Hotel untuk kali kedua, first time dulu tahun 2018 datang menginap dengan ma. Kali ni bawa mak ayah pula. 
So dari pagi tu kami bertolak dari rumah dalam 9pagi,keluar dan cari makan dulu sebelum bertolak naik Cameron Highlands dari Simpang Pulai. Alhamdulillah cuaca pun baik takde hujan hanya mendung cerah begitulah. Kereta pun takde banyak sangat, so perjalanan kami smooth hingga sampai ke Nova Hotel dalam pukul 2 petang. Memang kami sampai tu sedang elok je sebelum orang dah ramai sampai beratur panjang untuk check-in, awal 5 minit je, kalau tak jenuh nak beratur juga. Sampai lewat petang pun yang daftar masuk tengah beratur tak habis lagi, kami dah settle angkat semua barang, tunggu mak ayah sampai, lepas tu siap makan nasi kerabu, turun cari sayur-mayur untuk sesi BBQ dan steamboat untuk malamnya, alhamdulillah cantik plan, smooth je. Semua alat dah bawa kecuali bahan sayur-sayuran jelah cari kat Cameron Highlands. Memang puas hati kalau duduk Nova Hotel dengan keluarga besar, bilik cukup lengkap, siap dengan dapur dah so tinggal bawa peralatan tambahan sendiri pun dah ok, macam multicooker tu, bawa seketul yang tu insyaallah settle yang lain, hehe. Jadi mak-mak ni lain macam geliga dia kalau bab nak bercuti. Total kos menginap dekat Nova Hotel dalam RM300+ sekali dengan extra bed.


Nak tahu jenis penginapan kat Nova Hotel Cameron Highlands (Klik gambar bawah) ni boleh ke website nya terus, kat situ semua maklumat dan harga details lengkap, tinggal pilih dan booking je. Penthouse pun ada kalau datang dengan family besar, berbaloi sangat dengan harga yang berpatutan dan mampu menginap. Directly ke website atau pilih harga di website online untuk hotel sebab kat situ kadang range harga berbeza dan lebih murah dari website utama. Ika booking melalui booking.com ja, kadang tu Agoda tengok yang mana offer lebih murah. 



Bercuti dengan anak-anak ramai macam ni lah, bukan boleh bawa kedai, bersteamboat kat bilik flexible anak boleh buat aktiviti bebas sambil makan, kiki. Yang penting takde drama tak terjangka kat kedai, yelah part tunggu makanan sampai ni lah yang paling mendebarkan, sebab tak biasa kan anak dengan phone waktu menunggu jadinya anak-anak takkan duduk diam kat meja nak bergerak situ sini, main itu ini, itu jelah side effect kalau anak tak tengok phone masa menunggu makan. Memang kalau bagi phone dia punya khusyuk tengok video sampai tak nak makan pulak, haha begitulah jadi makpak ni, dah faham anak-anak macam mana peelnya, better be safe dan boleh makan bertenang-tenang, kami laki bini decide buat steamboat kat bilik ja. Yang penting suasana sejuk sambil makan steamboat kita ambil feel. Sambil turun je jalan cari sayur tu, sajalah pusing-pusing bawak mak ambil angin sejuk, adalah hampir setahun mak tak keluar rumah lepas patah tangan, lepas tu sambung pkp hingga lah sekarang memang cukuplah duduk kat rumah. Bila ada peluang macam ni, kena nikmatilah, masa yang ada kita hargai sepenuhnya, tak gitu?.



Petang tu lepas pusing-pusing kat area bawah Nova Hotel, bagi peluang kat anak-anak mainlah pula, kasi can lepas perasaan, bulan 12 dah comfirm nak sunat cuti 2 minggu cuti sekolah tu, insyaallah, jadilah boleh bawak diorang makan angin. Naik ke bilik semua siap-siap mandi, ayah je tak turun kes lukis design apartments untuk buat rumah nanti, kiki. Siap mandi, solat maghrib kami laki bini prepare alatan nak bersteamboat dan grill kenyangkan perut makan malam. Salute sungguh lakiku part ni, ada je nak suruh anak-anak buat aktiviti, kita layankan saja. Ingatkan nak bawa perapan kambing sekali, kedai yang biasa kami beli tu tak bukalah pula masa cuti umum. So makan apa adanya malam tu, tu pun semua dah kenyang layan part bahan-bahan steamboat. Lagipun petang tu dah lewat petang semua baru makan tengahari dengan nasi kerabu, so memang masyukklah makan steamboat malamnya pula. 



So malam tu kami lepak bilik je sambil steamboat dan grill makanan, sambil borak-borak. Sambil tu plan nak pergi mana esoknya. Memang sejuk sampai ke tulang rasanya hawa dingin malam angin Cameron ni. Lepas makan solat, layan anak-anak jap, semua dah tidur awal, tu jelah kelebihan makan kat tempat penginapan, anak nak tidur pun takdelah gelabah kat kedai makan, bawa anak-anak bercuti memang kena pandai setting lah, yelah perangai budak-budak bukan boleh di jangka. Terlepas timing makan dan tidur memang bom jangkalah, setakat ni alhamdulillah anak-anak okay je kalau bab berjalan-jalan ni sebab dah biasakan dari kecil travel situ sini, so even keadaan tak selesa sekalipun we can handle better sebab dah tahu macam mana ragam bila bawa depa keluar. Apapun memang pengalaman bersteamboat dengan family kat Cameron Highlands memang best mengimbau kenangan sepanjang kami beberapa kali dah naik sini be ramai-ramai dengan ahli keluarga since tahun 2000. Lagipun sejak berpindah kat Perak selama 4 tahun lebih takde sekalipun mak ayah datang bawa pergi jalan memana sebab diorang tidur semalaman atau ada program lain lepas tu terus balik, so bila dapat peluang bawak mak ayah jalan-jalan bahagiannya rasa, moga Allah limpahkan kurnia nikmat kesihatan berpanjangan buat mak ayah amin. 


Nova Hotel Cameron Highlands 
16-17 September 2020

Pressure Cooker Gadjet Wajib Mak-mak

9.27.2020

Sungguh hari ni semua benda kalau boleh kita nak cepat, asal fikir tu terus boleh siap atau dapat dalam tempoh yang cepat, betul tak? Pressure cooker antara gadjet wajib mak-mak kat dapur ada, sekarang dah terlalu banyak jenama yang keluarkan pressure cooker dan harga ya sangat berpatutan. Nak lembut kan daging, daging tulang, ayam pencen, ayam kampung petik jari je sekarang, tak perlu campak biji kurma, sudu garfu dah dalam masakan, kihkih. Macam pernah buat je.
Ika pun kalau takde keperluan memang takkan beli sesaja. Birthday baru-baru ni mak hadiah kan pressure cooker buat anakanda cheeky nan sorang ni, thank you so much mak, nothing I want just from you just doa everyday that's more than enough. Tapi dah mak bagi, kita terima dengan happy dan tangan terbuka, I'm just so blessed having mak and mom in law from heaven(cried). Entah, bukan jenis Ika meminta-minta ni, suami pun tahu, Ika tak pernah sekali minta benda-benda, cuma setiap keinginan kita simpan sendiri je, rasa takde keperluan yang mendesak, than I'm okay with it. Tapi tulah kalau dah nama rezeki, tak perlu minta pun Allah hadirkan orang-orang yang baik sekeliling kita. Macam part berjalan-jalan, Ika takde lah jenis cakap directly nak pergi situ sini, just the instinct yang Allah hadirkan buat pasangan, macam telepati gitu, biasa spontaneously keluar sendiri dari others atau pasangan, macam part pergi bercuti Langkawi tu, just Ika tulis dalam buku wishlist secretly, no one knows tu yang rasa amazingnya nikmat Allah ni, Allah sampaikan hajat dalam bentuk yang tak kita sangka. Bukankah itu satu rahmat besar, begitulah rezeki. Dalam banyak cara dan bentuk hadir  untuk kita, kerja kita pula, banyak-banyaklah bersyukur. Lagi banyak syukur lagi banyak nikmat Allah kurniakan untuk kita. Ingat rezeki bukan dalam bentuk duit je, nafas kita hari ni pun rezeki juga.



Ehh, sempat plak bersyarah wakaka, just reminder sebab kadang kita ni manusia suka compare and compete with others dalam kehidupan, sedangkan the compare person yang kita compete hanyalah diri kita sendiri setiap hari to be better person for each day. Sebab tulah wujud pepatah, hari ini lebih baik dari semalam, supaya kita upgrade everyday diri, amalan kita. Banyak-banyak renungkan diri sendiri, jangan tenung dan tengok orang lain melainkan untuk inspired kita, untuk dorong kita usaha lebih kuat supaya segala impian kita berjaya di capai, insyaallah.


So ceritanya tak pasal-pasal ada dua pressure cooker, masa pergi Langkawi dulu pun ma dah bagi pressure cooker stainless steel yang manual punya, Ya Rabb bertuah ya diri ada dua mak dari syurga ni, alhamdulillah. So atas kita pula lah tunjuk syukur seiring tak yang dalam hati, perkataan dan perbuatan, biar seiring semuanya. Kalau ada buat tukun dan tugu tak guna juga ye, yang kita miliki kita manfaatkan sepenuhnya. Contoh baru-baru ni balik dari satu tempat semua anak dah kelaparan, nak singgah membeli makanan tengahari semua dah habis, so nasi ayam 30 minit siap dengan adanya pressure cooker ni. Asal anak nak makan bubur, tinggal 20 minit settle. Apapun dalam kehidupan berteknologi sekarang semuanya ada kebaikan dan keburukannya. 


Pernah baca artikel kebanyakan orang perempuan terutamanya isteri banyak berhabis masa didapur, jika dikira-kira dan dihitung purata sehari seorang mak-mak duduk kat dapur lebih dari 6jam sehari dari part sedia kan bahan, sehinggalah hidangan tersedia untuk dimakan. So the best thing ada pressure cooker ni tentulah dapat jimatkan masa kat dapur. Selain tu perkara yang paling power pressure cooker ni, dapat empukkan tulang sekejap je. Antara menu kegemaran Ika sekeluarga adalah menu ayam pencen masak rendang padang, so nak empukkan ayam pencen ni ambil masa yang lama juga kalau guna periuk biasa, tambah pakej lain biji kurma, sudu garfu campak sekali nak kasi cepat empuk tu pun makan berjam-jam juga, huu. Frust geng tunggu meja makan kalau dah lama sangat menunggu lauk tak masak-masak. 


Tapi tulah dalam cepat-cepat kerja dapur dek penangan pressure cooker tu ada juga yang tak Best iaitu kenalah basuh dengan teliti, bab tudung tu kena cabut buang yang bahagian dalamnya cuci bersih lemak-lemak yang melekat dengan teliti. Other than that, pressure cooker ni memang must item yang mak-mak wajib ada kat dapur. Sekarang dah banyak pilihan pressure cooker yang lebih berpatutan, ikut kemampuan dan kehendak  masing-masing. Ada juga yang jenis orang lain ada, kita pun wajib ada, nak kena brand tiptop, yang tu suka hati dialah, duit dia apa kita nak sibukkan, betul tak? Macam kes termomix ke apa, haru biru netizen kes tak puas hati mahal sangat. Ikut pocket masing-masinglah, suka yang mahal pun belilah, baru orang kata berbaloi beli dan puashati, gitewww. 

Carseat, Carrier & Stroller Pelaburan Berbaloi

9.25.2020

Sepanjang besar kan 5 orang anak ni, antara benda yang Ika perasan 3 benda yang wajib ada adalah Carseat, Carrier dan Stroller. Rasa berbaloi dulu beli 3 benda tu sebab memang tak membazir pun. Digunakan sepenuhnya, diutilitikan seoptimum mungkin. Nak cari 3 benda tu tak payah yang mahal-mahal pun, asal ada kualiti dan berpatutan beli jelah. Kita nak guna manfaatnya, jenama tu benda nombor dua, bagi Ika lah. Ada orang tengok brand dulu, Ika asal nampak kukuh, bagus tu dah ok sangat dah. Yang penting anak selesa duduk, dan digunakan sebaiknya.


Bila kau nak Shopping, guna je nama anak😂

Alhamdulillah invest kat 3 benda tu memang wajib untuk new parents . Macam carseat, dulu beli masa sale je pun, asal ada sebab masa tu Harraz baru lahir, rasa tak perlu beli untuk pelbagai range umur, sekali beranak rapat, nampak lah keperluan keperluan carseat untuk 3 range umur tu (dari newborn hingga 6/12 tahun), so kalau nak beli better beli yang jenis tu, mahal sikit pun tak mengapa, sebab boleh guna lama, macam carseat diorang ni 8 tahun dah Ika guna lama dah fikir nak let go, tapi last-last memang lenjan sampai span pun hilang dah kahkah, dah tahap wajib bergantilah. Insyaallah ada rezeki kita ganti yang terbaik terus.



Carrier ni masuk anak ketiga baru kitaorang laki bini cari, actually lebih kepada bini punya kerjalah sebenarnya bab membeli benda-benda macam ni kan. Masa pantang duduk fikir macam manalah nak bawa anak-anak bila keluar rumah pergi berjalan-jalan ke bila dah bertiga ni. Masa tu jugaklah nafsu membeli datang bertandang, dalam pantang pun sempat bershopping bagai carrier kat online shop. Tingg, tahu-tahu dah sampai dan bagitahu suami masalah dah settle nanti, wakaka. Nak beli carrier pun kena decide yang the best supaya berbaloi beli. Masa tu ingat nak juga beli yang newborn punya phase carrier, tapi memikirkan kejap je anak-anak besar, so within tiga ke enam bulan pertama tu guna kain batik lepas je buat ala-ala orang jawa bawa anak, jimat. So bila dah besar sikit, rasa selamat dah nak letak dalam carrier, boleh lah gunakan carrier baby untuk bawa anak tambah lagi yang breastfeeding ni, senang kerja, orang tak perasan pun kita tengah menyusukan anak sambil gendong tu. Banyak brand yang agak berkualiti untuk carrier baby ni termasuk Ergo, Tugeda dan snuggbaby etc. Bila beli tu memang rasa berguna sangat sebab memang digunakan sepenuhnya untuk setiap anak.


Third thing investment untuk anak dalam masa mereka membesar adalah Stroller. Ika masih ingat peristiwa kat kedai Baby kat Bangi tu, one of couple tengah cari Stroller macam kami juga waktu tu. Cuba yang tu yang ni, diorang ambil yang tengah trending masa tu, memang cantik dan stylo, tapi bila masuk kereta tak muat nak letak bonet, naik tukar beli Stroller lain, hihi. Nak beli Stroller pun bukan boleh main taram je, ikut selera semata, kena tengok situasi, keperluan. Kalau nak letak Stroller sampai makan space atau terpaksa buka seat tempat duduk belakang kes kereta kecil membazir sajalah. Melainkan banyak duit, ada Stroller berbeza untuk berjalan, keluar makan, travel etc tu lain cerita lah kan. Bazir space dah satu hal, tak berbaloi pula beli mahal-mahal tapi tak boleh nak bawa ke mana-mana kes isu makan ruang dalam kereta. Yang ni ramai jugaklah yang terlepas pandang. Besarkan anak-anak yang agak rapat ni, pengalaman Ika memang berbaloi lah beli Stroller jenis umbrella atau buggy stroller, nak lipat pun senang dan jimat ruang, lagi pula kami jenis suka keluar. So yang nak beli Stroller tu boleh buat survey dan senarai kan Pro and cons dulu sebelum proceed beli. Masa mula-mula beli Stroller tu berkira bagai lah masa nak membayarnya, tapi bila dah guna hampir 6-7 tahun memang orang kata alah membeli menang memakai gitu. Masa nak beli Stroller kami laki bini fikir nak beli carrier dulu ke, Stroller dulu?so kami beli Stroller dulu sebab fikir lebih senang nak tolak anak tanpa bergendong. Stroller pun memang banyak jenis dan style, kalau ikut nafsu dan keinginan memang tak tahu nak pilih yang mana satu, tapi utamakan keselesaan, kebolehgunaan sepenuhnya sebab ada yang beli last-last kena jual balik sebab anak tak nak duduk dalam Stroller, kihkih. Nak buat macam mana, bukan boleh agak pun budak-budak ni. Stroller bila nak keluar ke mana-mana jadi isu juga sebab kalau anak yang jenis malas dan cepat penat bab berjalan, wajiblah ada at least satu, kalau terlebih beli siapa pulak yang nak menolaknya. So invest untuk Stroller memang berbaloi kalau kena gayanya, yang all in one senang lagi pula untuk bawa kemana-mana je senang untuk di lipat dan bawa. Antara the best brand Sweet cherry dan Halford antara yang Ika suka dan sangat berpatutan selain yang tu banyak lagi pilihan lain.


Haihh teringat zaman blogging trending, masa tu yang umur lebih kurang dari part kahwin sampai part nak beranak pinak geng-geng blogger semua rajin update hal-hal dari sekecil-kecil benda bab pampers hingga sebesar-besar benda. I though semua yang sezaman Ika dah over busy commit dengan kehidupan keluarga yang semakin growing. Alhamdulillah. Ramai dah tukar medium instagram yang lebih fleksibel dan lebih menarik, tak perlu banyak menaip. Apapun di doakan semuanya berbahagia dengan cara masing-masing. Update blog pun satu kebahagiaan, update instagram pun satu kebahagiaan, tak update langsung dan off terus kehidupan pun dari sebarang media sosial pun satu kebahagiaan. Apapun bahagia kita, kita yang tentukan. So nak pilih stroller, Carrier dan carseat macam mana, tak kisah lah kan, asal kita bahagia. Begitulah, kihkih. Dan keputusan Ika buat untuk off dari Facebook adalah keputusan yang terbaik sepanjang tempoh ni, I feel so relieved, much more healthy in term of minds and emotions and feel so good vibes. 



Mula Berjalan dengan Baik

9.23.2020

Perkara yang paling Ika syukur selama hampir 10 tahun ni adalah buat keputusan untuk bergelar surirumah. Walaupun pada awalnya sakit hati, kecewa dengan jangkaan dari orang lain, marah dengan kata-kata negatif orang, alhamdulillah tak sangka hampir 10 tahun tu juga dapat di lalui dengan baik walaupun terlalu banyak air mata dah luruh, hati di tikam berkali-kali, hanya bersyukur dengan nikmat hari ini. Sungguhlah segala ujian pasti ada hikmah besar yang kita tak tahu dan rasa sehinggalah pada masa yang tepat dan baik semuanya rasa manis belaka walaupun pelbagai perisa pahit, kelat, masam, masin, tawar. Takde perisa begitu dalam kehidupan tak best pulak, hidup dan ujian berpisah tiada dalam kehidupan sebagai hambaNYA, betul tak? Teringat dulu masa suami nak mengorat dan setuju sebagai pasangan bercinta, siap cakap kat suami kita try tiga bulan bercinta kalau rasa tak boleh pergi jauh, kita sambung kawan baliklah, ewahh semudah begitu je kuborak dengan suami, hahha. Kemudian saja nak uji suami, bagitahu supaya baik suami cari orang lain je untuk bercinta and jadi partner sebab masa tu Ika masih tak dapat kerja, tambah pulak masa tu trending mak-mak mertua cari menantu orang kerja kerajaan. Ayat balasan tak boleh tahan dari suami, "taknak lah, saya nak awak je, tak kerja pun tak apa, kerja dengan saya je untuk selama-lamanya", tersengih-sengih busuk teringat ayat mengayat, haiihh orang tengah angau ni macam-macam ayat keluar, wakaka. Tak sangka pulak jadi betul kata-kata suami, dari awal kahwin ingat nak jugaklah cari kerja dan sempat kerja sekejap. Tapi ditakdirkan jadi surirumah adalah takdir terindah buat diri, syukur seadanya dengan anugerah nikmat Allah.


Salah satu yang paling best dapat tengok dan perhati teliti setiap progress setiap anak. Walaupun dulu rasa rendah diri sangat, tapi rasa bangga jugaklah berjaya harung cabaran dan dugaan hampir 10 tahun bergelar surirumah, bukan mudah tapi Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan. Si bongsu Haniy tunjuk perkembangan ke fasa seterusnya iaitu berjalan. Punya lama abang kakak tunggu, 1 tahun 3 bulan barulah ada keberanian untuk terus berjalan. Biasa umur 1 tahun 5bulan perkembangan berjalan tu dah tahap Pro dah. Semua anak-anak Ika merangkak selama tempoh 6bulan ke 8 bulan lamanya. 



Walaupun tak secepat perkembangan anak-anak lain tapi dah faham setiap anak ni unik dan perkembangan mereka berbeza, so takdelah sinikal sangat bila orang tanya anak dah pandai buat apa? Kita memang tak boleh kawal apa yang orang akan tanya, fikir dan kata kat kita, tapi kita boleh kawal diri sendiri untuk bersangka baik dengan apa yang orang tanya contohnya bila nak tambah anak etc, ni antara soalan kegemaran kot sebab Ika antara yang kerap bersalin, hahaha. So let it be dan jawab baik-baik sajalah, moga ada ganjaran buat kita sendiri menahan sabar. Hidup ni begitulah yang datang dan singgah dalam hidup kita bukan sesaja Allah izinkan datang dan pergi, ada pengajaran, panduan dan pelajaran yang Allah sertakan untuk kita berfikir.





Bila anak dah start berjalan ni cepat je fikir anak-anak membesar. Baru-baru ni, salah seorang rakan bisnes share akan kehilangan anak sulung dan mak mertua dalam kemalangan, sedih pedih tu terasa kat kita juga, terus belek-belek gambar anak-anak dari mereka lahir sampai besar, entah berapa lama lagi Allah pinjamkan tak tahu, tapi selama Allah pinjamkan ni berharap, berdoa dan berusaha dan dah buat terbaik untuk mereka sebagai amanah yang Allah anugerah kan kita sebagai mama ayah. Cuma sekarang hargai sajalah masa yang Allah kurniakan untuk menikmati nikmat berkeluarga.


Milestone anak mula berjalan ni memang di tunggu-tunggu kebanyakan kita kan sebagai mama ayah? Kalau anak lambat berjalan jangan terlalu risau sangat melainkan dah tunjuk red flag tiada tanda nak berjalan mulai umur 12bulan ke atas, biasanya anak-anak umur 12 bulan ke atas mula berdiri dan berpaut berjalan dari jarak satu tempat ke satu tempat yang sebelum menunjukkan kemahuan untuk bangun berdiri tanpa apa-apa sokongan. Ni antara red flag yang ibu bapa boleh ambil panduan jika anak tidak menunjukkan perkembangan untuk berjalan. 


12 bulan: Masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: Masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: Masih belum stabil semasa berjalan.


Bila dah laju berjalan sambil berpaut, lama-lama memang mereka akan mula me cuba untuk berdiri dan berjalan tanpa di pegang atau meme gang sesuatu. Lagi satu guna walker takkan membantu anak anda berjalan dengan cepat malah silap cara boleh buat otot kaki anak cedera. Bila anak dah start berjalan jangan over sangat sampai setiap masa paksa anak berjalan, kes nampak comel sangat dia berjalan. Just follow je aktiviti dan kemahiran anak berjalan. Dah nampak makin lancar berjalan tambah aktiviti lain untuk memahirkan lagi aktiviti berjalan.


Kalau anak-anak selain anak sulung ni, kira beruntunglah sebab diorang ada guidance dari abang kakak mereka, perhati abang kakak setiap hari pun dah banyak bantu anak untuk meningkatkan perkembangan dan kemahiran dengan lebih cepat. Macam Haniy ni banyak sangat dorongan dari abang kakaknya tu yang cepat je bila dah start berjalan takde sekejap-sekejap dah, terus nak laju je jalannya. Apapun selamat maju jaya anak mama bongsu keladi ni. Yang pasti mama pun kena turut aktif berjalanlah, kasi lemak-lemak yang ada ni burn, lagi best berjalan-jalan makan angin dari jalan-jalan bakar kalori, kehkeh.